PENTADBIRAN
ATURCARA PENTADBIRAN
Masa Aktiviti Tindakan
-Nyayian lagu Negaraku dan lagu Kebesaran Negeri -Semua diminta untuk berdiri
Sembilan
- Bacaan doa
- Ucapan Pengarah
- Gimik perasmian
AKTIVITI TEKS
Mengumumkan ketibaan
Diiringi oleh
Acara 3 Ybhg Prof Tan Sri Datuk Sri Dr Haji Taif Ezwan,
Alu-aluan Pengacara Majlis Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Yang dihormati,
Ketua-ketua jabatan,
Ketua-ketua unit,
Para pensyarah,
Staf-staf sokongan, Ahli Jawatankuasa Forum sempena
sambutan bulan bahasa kebangsaan ,IPG Kampus
Pendidikan teknik 2016
Serta Hadirin yang dimuliakan
(UCAPAN PENGARAH )
Selasih mekar di tengah desa
Mencelah sama kembang melati
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa
Perpaduan disemai bersatu hati
Melilit rotan didahan ara
Dicelah angsana mekar serata
Ucapan alu aluan pembuka bicara
Tuan Pengarah bermadah kata
Hadirin sekalian, pihak majlis dengan hormatnya
mempersilakan yang berbahagia Dr Jesie Joseph pengarah
ipgkpt untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan..
(video gimik)
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.
َ ع َذ
ِ اب النَّار َ سنَة ً َوقِنَا َ َربَّنَا َءاتِنَا فِي الد ْنيَا َح
ِ سنَة ً َوفِي
َ األخ َر ِة َح
ب العال همين والحمد ه َّ ه، وصلَّى للا على مح َّم ٍد وعلى ءا هل هه وصح هب هه وسلم
لِل ر ه َّ
TEKS UCAPAN PENGARAH
Yang Berbahagia,
Yang Berbahagia,
Yang Berbahagia,
Yang Berbahagia,
Pensyarah-Penyarah,
Dan Para Pelajar Ipg Kampus Pendidikan Teknik yang dikasihi sekalian.
1 Pertama sekali, bersyukur Kita Kepada Tuhan Kerana Dengan Limpah Rahmat Dan
Kurnia-Nya, Kita Dapat Bersama-Sama Hadir Dalam Forum Pada Hari Ini. Sempena dengan
bulan bahasa pada tahun ini, jabatan bahasa telah menganjurkan pertandingan forum dan
seperti yang kita ketahui tajuk forum kita pada hari ini adalah Kedudukan bahasa melayu
selepas 59 tahun merdeka. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita
yang terdahulu telah bersepakat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan
dan bahasa rasmi negara, sementara bahasa-bahasa ibunda yang lain boleh digunakan di
luar urusan rasmi. Dalam konteks Tanah Melayu sebagai sebuah negara pascakolonial
pada ketika itu, penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dilihat amat
penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum dan membina sebuah negara bangsa
yang bersatu padu.
2. Namun, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja.
Kedudukan bahasa Melayu kemudiannya dimantapkan lagi dengan pelaksanaan Dasar
Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sekolah-sekolah
yang dahulunya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar telah diwajibkan
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Manakala sekolah-sekolah vernakular dibenar
menggunakan bahasa ibunda masing-masing dengan harapan suatu hari nanti sekolah-
sekolah ini juga akan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
3. Pada peringkat awalnya, terdapat suara-suara yang tidak yakin dengan kemampuan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ada yang menganggap bahasa
Melayu adalah bahasa yang mundur. Bagi mereka bahasa Melayu tidak akan mampu
mengungkapkan konsep-konsep ilmu moden yang diperlukan oleh bangsa kita untuk maju.
Sebetulnya juga, banyak negara-negara yang telah maju, atau yang sedang berkembang
maju, berjaya menempa kemajuan tanpa meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing.
Negara-negara ini mementingkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi tidak sekali-kali
menggantikan tempat bahasa kebangsaan mereka dengan bahasa Inggeris.
Hadirin sekalian,
4. Saya percaya, yang penting ialah sikap kita terhadap bahasa kebangsaan. Kita perlu
yakin dengan kemampuan bahasa kebangsaan kita sendiri sebagai bahasa ilmu dan
bahasa kemajuan. Kerana itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan menetapkan bahasa
kebangsaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara kita.
Bayangkan kira sekiranya bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan di sekolah dan di
universiti. Perkembangan bahasa kebangsaan pastinya akan terbantut dan tamatlah riwayat
bahasa kita sebagai bahasa ilmu.
5. Apabila bahasa kita tidak lagi mempunyai apa-apa nilai yang dikaitkan dengan ilmu
dan kemajuan, lama-kelamaan ia akan menjadi bahasa pasar atau bahasa jalanan sahaja.
Lebih malang sekiranya bahasa kita tidak lagi dituturkan orang dan pupus begitu sahaja.
Pupus bahasa, pupuslah bangsa. Saya menimbulkan kebimbangan ini bukan kerana mahu
bersikap pesimis terhadap nasib masa depan bahasa kebangsaan. Tetapi bak kata pepatah
Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
6. Akhir kata, saya menyeru kepada generasi muda yang bakal menerajui agar terus
gigih melengkapi diri menjadi warga yang berilmu pengetahuan tinggi serta warga yang
sentiasa menyayangi dan menyanjungi bahasa kebangasaan kita. Saya yakin, dengan
semangat dan usaha tanpa mengenal erti putus asa yang ditanamkan di kalangan generasi
muda kita ini, mereka berupaya meletakkan diri di persada yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa melayu telah bermula berdekad lampau.
Menjelang alaf baru kedudukan bahasa melayu benar-benar tercabar.Malah, sejak 59 tahun
selepas merdeka , kedudukannya sebagai bahasa ilmu semakin merosot.Hadirin, kenyataan
ini amat pedih tetapi itulah hakikatnya.
Selamat Datang ke Majlis Forum Perdana sempena bulan bahasa kebangsaan bagi tahun
2016.
Para pensyarah serta siswa-siswa pendidik IPG kampus Pendidikan teknik yg sya kasihi.
Oleh itu,hadirin sekalian,ahli panel kita disini,akan mengupas tajuk kita dengan lebih
mendalam iaitu “ Kedudukan Bahasa Melayu selepas 59 tahun merdeka” . Tetapi sebelum
itu saya ingin memperkenalkan ketiga-tiga ahli panel jemputan khas kita pada hari ini.
Disebelah kanan saya ahli panel kita yang pertama kelihatan tampan dan segak orangnya.
iaitu Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan Junaidi.Apa khabar prof. Alhamdulillah seri pengantin
pun belum hilang nampaknya
Seterusnya panel kita yang kedua.. Diam-diam ubi berisi,orangnya kurus dan tinggi tetapi
tetap tampan dan segak. Sejuk mata memandang..Prof Tan sri dato dr haji Taif Ezwan..Apa
khabar Prof..alhamdulillah..
Ku petik sekuntum bunga melati,pabila tersenyum menggoda hati..itu dia hadirin panel kita
yang ketiga Dr aina najwa kamaruzzaman. Apa khabar dr… Alhamdulillah manis sungguh
senyumannya
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk sesi forum kita pada hari ini.
Baik lah hadirin, kita teruskan dengan sesi prbincangan kita. Terlebih dahulu,saya persilakan
Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi untuk menjelaskan serba sedikit latar
belakang perbincangan kita. Silakan…
Terima kasih Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi untuk penerangan yang
ringkas dan padat. Hadirin sekalian,bhasa melayu sebagai bahasa ilmu mampu menggalas
tanggungjawab menyebar ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya di Negara kita, Malaysia.
Namun amat menyedihkan apabila status bahasa melayu tak ubah seperti raja tanpa kuasa.
Jadi, Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Haji Taif Ezwan
Apakah punca yang menyebabkan berlakunya kemerosotan bahasa melayu pada masa ini.
Silakan prof…
Terima kasih Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Haji Taif Ezwan
Seterusnya kita dengar pula apakah pandangan Ybhg Dr Aina Najwa Kamaruzzaman
Silakan..
Betul apa yang Prof Dr aina Najwa katakan sebentar tadi bahawa penggunaan Bahasa
Melayu dalam kalangan penjawat-penjawat awam ,jabatan-jabatan kerajaan dan juga ahli-
ahli politik menyebabkan kedudukan bahasa melayu semakin goyah.
Seterusnya kita dengar pula apa pendapat Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi
Silakan….
Terima kasih Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi Demikianlah hadirin
pandangan Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi tentang punca kemerosotan
bahasa melayu dari aspek pendidikan sama ada di sekolah mahupun di IPT terutamanya
swasta.
Hadirin sekalian, menurut seorang tokoh pujangga iaitu Samuel Johnson , masa depan itu
dibeli oleh masa sekarang.Oleh itu, tindakan haruslah diambil bermula dari sekarang agar
bahasa melayu tak luntur ditelan globalisasi. Sebentar tadi Ybhg Dr Aina Najwa
Kamaruzzaman ada menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi menjadi
faktor kemerosotan bahasa melayu. Jadi, saya ingin bertanya kepada Dr , apakah solusi
yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.Silakan…
Terima kasih. Betullah apa yang Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Haji Taif Ezwan katakana tadi
bahasa melayu masih dapat diselamatkan kedudukannya sekiranya langkah-langkah
tersebut diaplikasikan dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Sebentar tadi kita telah mendengar pandangan Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Haji Taif Ezwan
Hadirin sekalian,jelaslah disini bahawa kerajaan memain kan peranan yang penting dalam
usaha memartabatkan bahasa melayu agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Hadirin sekalian,hilang bahasa,leyaplah bangsa.Kita dapat lihat bahasa melayu kian lama
kian layu. Jadi Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi boleh kah prof jelas kan
bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengukuhkan lagi kedudukan bahasa melayu dari
aspek pendidikan. Silakan…
Sebentar Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi tidak dinafikan hakikat ini,namun
apakah wajar perlekehkan bahasa sendiri kerana hal tersebut ?? Tidakkah mereka sedaar
bahawa orang luar menilai ketinggian bahasa kita.
Terima kasih Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi Seterusnya hadirin, apa kata
kita dengar pendapat atau mungkin ahli panel kita mempunyai nasihat mereka sendiri
tentang topic yang kita bincangkan sebentar tadi.Saya mulakan dengan Ybhg Dr Aina Najwa
Kamaruzzaman
[CELAHAN]
Terima kasih prof.. Seterusnya kita beralih semula kepada panel jemputan kita yang
pertama iaitu Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi,Mungkin prof ada apa-apa
yang hendak ditambah.
Terima kasih Ybhg Prof Tan Sri Dato Dr Fadzwan bin Junaidi Dengan topic yang telah kita
bincangkan sebentar tadi , maka jelaslah disini bahawa usaha memartabatkan bahasa
melayu merupakan tugas semua pihak.
Hadirin sekalian, sebelum mengakhiri forum kita pada hari ini, saya memberi peluang
kepada hadirin untuk mengutarakan seolan.Dipersilakan…
Hadirin dan ahli panel sekalian,jika kita benar-benar ingin memartabtkan bahasa
melayu,ingin memartabatkan bahasa tersebut sebagai bahasa serantau dan menajdikan
bahasa tersebut sebagai salah satu bahasa utama dunia ,kita perlu tanamkan azam ,
melipatgandakan usaha dan membudayakan penggunaan bahasa melayu dalam semua
aspek kehidupan.Sekian,Wabillahitaufiqwalhidayahassalamualaikum wbt
PANEL 1
Terima kasih. Hadirin sekalian. Takrifan perbincangan kita pada hari ini adalah berkaitan
dengan Bahasa. Bahasa ialah apa yang diucapkan manakala melayu pula bermaksud
bangsa yang mendiami seluruh daerah di nusantara di asia tengga. Makna perkataan2
tersebut dapat kita peroleh dalam kamus dewan edisi ke4 dan kamus pelajar Bahasa
Melayu edisi ke2. Manakala selepas merdeka merujuk kepada masa sekarang pada abad ini.
Di sini jelaslah bahawa tajuk perbincangan kita adalah untuk merungkai persoalan di
manakah kedudukan Bahasa Melayu kita selepas 59 tahun merdeka.
Hadirin sekalian
________________________________________________________________________
Terima kasih saudari pengerusi majlis, Sikap kurang percaya kepada Bahasa Melayu
sebagai Bahasa ilmu dengan pelbagai alasan yang digunakan seperti tidak cukup istilah
pada buku teks dan tiada guru yang mampu mengajar dalam Bahasa Melayu. Begitulah apa
yang dikatakan panel 3 sebentar tadi. Sikap para pemimpin yang mengatakan bahawa
Bahasa Melayu tersebut menjadi faktor-faktor penghalang kepada Bahasa inggeris. Ini jelas
apabila mereka secara terang menolak dasar kebangsaan dengan mengalakkan pengunaan
Bahasa inggeris dalam urusan rasmi. Oleh itu, Bahasa lain yang dianggap penting telah
menyebabkan masyarakat memandang rendah terhadap kepentingan bahsa melayu. Ini
disokong oleh kata kata datuk dr awing sariyan iaitu kementerian pendidikan dewan bahsa
dan pustaka semasa beliau ditemu ramah dalam rancangan What Say you dengan izin
saudari pengerusi dan kita boleh dapati dalam laman sesawang moutv.my. Beliau
mengatakan bahwa Bahasa melayu telah tenggelam dalam arus pendidikan swasta kerana
institusi pendidikan tinggi swasta tidak menjadikan Bahasa melayu sebagai Bahasa
pengantar.
Hadirin sekalian,
Hasil daripada kajian Dr Juriah Long dari Fakulti Pendidikan UKM menunjukkan bahawa
hanya 27% Bahasa Melayu digunakan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta manakala 34%
menggunakan Bahasa Inggeris dan 42% menggunakan kedua dua Bahasa tersebut. Kajian
tersebut juga mendapati Bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai subjek wajib malah diberi
pengecualian kepada pelajar yang telah lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam
______________________________________________________________________
Terima kasih saudari pengerusi majlis. Hadirin sekalian. Untuk mendaulatkan Bahasa
melayu, antaranya ialah kita boleh meletakkan subjek Bahasa melayu sebagai subjek wajib
lulus peperiksaan awam. Semua pelajar wajib belajar untuk lulus peperiksaan awam. Pelajar
akan lebih memahami sekaligus mendaulatkan Bahasa Melayu. Selain itu hadirin, dasar
PPSMI yang telah digantikan dengan dasar MBMMBI iaitu dasar memeartabatkan bahsa
melayu dan memperkukuhkan Bahasa inggeris merupakan satu langkah agar semua pihak
benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan mememartabatkan Bahasa
Melayu. Jika tersilap langkah, Bahasa inggeris pula yang dimartabatkan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
Sepatutnya kita tidak perlu malu malah kita perlu melihat perspektif Bahasa Melayu sebagai
Bahasa yang bertaraf antarabangsa. Justeru, para perlaksana di peringkat makro dan mikro
pelru menjadikan beberapa penyelesaian masalah sebagai agenda penting pada abad ini.
Kajian daripada Dr Juliah Long mengatakan bahawa masalah ini merupakan masalah
terpenting di IPTS. Selain sekap pelajar, guru dan para pelaksana di peringkat mikro dan
makro. Dalam usaha kita membina tamadun Malaysia, kita harus mengambil iktibar daripada
beberapa buah negara seperti jepun, rusia, perancis dan Indonesia. Bahasa bagi negara-
negara tersebut adalah Bahasa kebangsaan mereka sendiri.
_________________________________________________________________________
Terima kasih saudari pengerusi. Ingatlah hadirin, Bahasa kebangsaan tidak pernah
menjadi penghalang kepada kemajuan teknologi, sain dan teknologi. Sebaiknya pemikiran,
kreatif dan ciptaan baru melalui Bahasa yang perlu akrab dari hati dan nrani penuturnya.
PANEL 2
Terima kasih Dr. Fara.
Hadirin sekalian,
Malaysia telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa
teknologi maklumat. Bahasa teknologi maklumat yang paling dominan di dunia ialah Bahasa
Inggeris. Permasalahan ini secara langsung menggangu dan menggugat kedudukan
Bahasa Melayu di rantau asia tenggara ini. Memang diakui bahawa Bahasa Melayu masih
lagi muda dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan Bahasa Inggeris.
Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat melahirkan satu unsur baru yang
dikenali sebagai bahasa rojak. Ini dicirikan dengan penggunaan Bahasa Melayu yang
bercampur aduk dengan Bahasa Inggeris.
“Hello sayang, kenapa tak angkat call I semalam, you know I miss you sangat”
Jika hal ini berterusan, sudah pasti akan merosakkan keindahan Bahasa Melayu di negara
ini. Bagi golongan remaja pula, penggunaan Bahasa Melayu mereka cukup membahayakan
dan boleh merosakkan nilai keaslian bahasa itu sendiri. Hal ini kerana apabila mereka
menghantar pesanan ringkas kepada rakan-rakan misalnya, mereka akan menggunakan
bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa. Menurut Prof. Dr. Hashim Hj. Musa dalam
bukunya yang bertajuk Sosio Linguistik Lanjutan keluaran 2009 muka surat 50 yang
menyatakan bahawa kerancuan bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak
mengikut peraturannya.
Memang benar Dr. Tetapi budaya itulah yang harus kita hapuskan untuk memartabatkan
bahasa melayu kita. Jika halini dibiarkan nescaya Bahasa Melayu akan hilang ditelan
bahasa asing terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Hadirin sekalian,
Terima kasih Dr. Fara. Hadirin sekalian, Bahasa Melayu akan tetap berkembang walaupun
kedudukannya digugat oleh bahasa asing. Menurut pendapat Prof. Dr. Hashim Haji Musa
dalam bukunya yang bertajuk Sosiolinguistik Lanjutan keluaran 2009 muka surat 61
menyatakan bahawa penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi, kepakaran dan
kemahiran secara meluas dalam kalangan rakyat jelata merupakan faktor utama dalam
pembangunan sumber daya tenaga manusia sesebuah negara secara menyeluruh. Yang
mana menjadi faktor pembangunan sesebuah negara. Penyampaian dan pemahaman ilmu
pengetahuan, sains, teknologi, kepakaran dan kemahiran dengan cara yang paling
berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu sendiri.
Pendekatan terhadap penggunaan bahasa melayu itu sendiri haruslah diutamakan
khususnya kepada laman sesawang yang dibina oleh anak malaysia walaupun
menggunakan dwibahasa. Dengan cara inilah bahasa melayu mendapat tempat yang
sewajarnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Maklumat yang ada dalam
teknologi harus ada dalam bahasa melayu yang mana sesuai untuk menjagatkan
kedudukan bahasa melayu di rantau nusantara ini. Dengan cara ini, bahasa melayu mampu
mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjana maklumat pelbagai bidang terutamanya
dalam dunia tanpa sempadan. Kembali...
Terima kasih Dr. Fara. Hadirin sekalian, apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah bagi
mencapai hasrat dan cita-cita serta merealisasikan pembentukan sebuah negara yang
berdaulat dan harmoni, teknologi maklumat boleh menjadi platform yang sesuai untuk
mewujudkan negara yang sebegitu rupa. Menerusi teknologi maklumat yang serba canggih,
menerusi ruang siber, internet, globalisasi dan liberalisasi, kita boleh menggunakan bahasa
melayu untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat kekitaan rakyat malaysia ke arah
pembentukan negara yang disanjung tinggi. Kembali..
PANEL 3
Terima kasih saudari pengerusi. Mengatur bahasa bererti mengatur fikiran bangsa.
Menambah kata-kata bererti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu ialah jiwa bangsa.
Hadirin sekalian, untukmenjadi ahli politik apatah lagi wakil rakyat, kita haruslah pandai
bercakap. Kepandaian bercakap ini tentu sahaja berkait rapat dengan kemahiran
menggunakan bahasa walaupun ramai orang besar berkata bahawa mereka sentiasa
mendaulatkan Bahasa Melayu tetapi hakikatnya tidaklah sedemikian. Ketua pengarah
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Dato Dr Awang Sariyan, sewaktu merasmikan Persidangan
Kebangsaan Bahasa Melayu setelah 55 tahun merdeka berkata hal ini berlaku kerana ada
pegawai atasan dan penjawat awam yang tidak memahami atau terlepas pandang dasar
bahasa kebangsaan yang turut disokong oleh dasar pendidikan kebangsaan dan dasar
kebudayaan kebangsaan. Katanya, setakat ini hanya ada beberapa kementerian, jabatan
dan agensi kerajaan yang mencapai tahap 80% hingga 90% penggunaan Bahasa Melayu.
Sepatutnya, sebagai jabatan kerajaan mereka mengutamakan Bahasa Melayu. Jika kita lihat
dalam beberapa acara rasmi misalnya, para pemimpin masih cenderung untuk berucap
dalam Bahasa Inggeris walaupun khalayaknya terdiri daripada bangsa dan kaum sendiri.
Kecenderungan berucap dalam Bahasa Inggeris ini memperlihatkan bahawa anggota
masayarakat belum benar-benar menempatkan bahasa kebangsaan pada kedudukan yang
sewajarnya. Kembali kepada saudari pengerusi.
Terima kasih saudari pengerusi. Sebelum saya menyampaikan pendapat saya, izinkan saya
melafazkan serangkap pantun.
Ingatlah Bahasa Melayu adalah Bahasa Orag Melayu. Bahasa Melayu sebahagian daripada
bangsa Melayu. Jika Orang Melayu sendiri enggan dan malu menggunakannya, maka
jangan haraplah bangsa asing mahu menghormatinya. Hadirin sekalian, nasib warisan dan
identiti Orang Melayu terletak di tangan Orang Melayu sendiri. Bahasa Melayu merupakan
medium komunikasi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan. Penegasan dan
penguatkuasaan dasar bahasa sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula selaras
dengan perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Akta 32
iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963, 67 pindaan 1964 perlulah diperkasakan. Dalam
perkataan lain, kerajaan perlulah menekankan dan menegaskan akta parlimen ini yang
mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi. Penubuhan
jawatankuasa untuk mengaudit penggunaan Bahasa Melayu bagi mengenalpasti tahap
penggunaan Bahasa Melayu setakat ini. Sebagai contohnya, cara yang terbaik untuk
meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu adalah dengan mengadakan audit bahasa ini
dari semasa ke semasa. Seperti yang dicadangkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa
dan Pustaka.
*Celahan pengerusi
Audit bahasa ini akan dibuat oleh jabatan kerajaan dan di semua kementerian bagi
memantau penggunaan bahasa yang bermutu. Saudara pengerusi, audit bahasa ini
merupakan Jawatan kuasa khas pelaksanaan dasar kebangsaan. Penarafan bintang-
bintang dari sudut bahasa akan dilaksanakan. Kajian akan dilakukan terhadap sesuatu
kawasan, sekiranya 90% kawan tersebut menggunakan Bahasa Melayu, 5 bintang akan
diberi, manakala jika 80% pula 4 bintang, ataupun tiada bintang langsung. Kembali saudari
pengerusi.
____________________________________________________________
Terima kasih saudari pengerusi. Kita ingin melihat penggunaan Bahasa Melayu yang
berkhemah dan bermartabat. Bukannya bahasa rojak, lebih baik makan rojak daripada
berbahasa rojak. Tak begitu saudari pengerusi?
*celahan
Hadirin sekalian, apakah Bahasa Melayu rojak ini adalah bahasa bangsa Malaysia kurun ke
21. Ingatlahh, bahasa itu bangsa. Walaupun kita ini dituntut untuk menguasai bahasa asing
tetapi janganlah pula pemikiran kita yang dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah bangsa
yang maju. Kembali saudari pengerusi.
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi