Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN CANOSSIAN CONVENT (M)

JALAN BATU PAHAT, 86000 KLUANG, JOHOR

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN, RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)


BIL : 2 TAHUN 2018

Tarikh : 4 Februari 2018


Hari : Ahad
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Perpustakaan

1.0 UCAPAN PENGERUSI (Puan Asmawati bt Elias)


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir pada hari ini
.

1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat dijalankan bagi membincangkan perkara yang
berkaitan dengan kantin, dan tambahan RMT bagi murid tahun 1 2018.

1.3 Pengerusi memberikan ucapan penghargaan kepada semua ahli diatas kerjasama yang
diberikan dalam pengurusan dan pelaksanaan kantin dan RMT
Makluman : Semua ahli

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Siti Khadijah bt Mansur mencadangkan agar minit mesyuarat Kantin, Rancangan
Makanan Tambahan Bil 1 Tahun 2018 disahkan tanpa sebarang pindaan.

2.2 Pn. Rohayati bt Puteh menyokong cadangan supaya minit mesyuarat disahkan.

2.3 Penerimaan cadangan di atas adalah sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada
4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN
1
4.1 KANTIN

4.1.1 Tahap pemarkahan laporan kendiri kantin setakat ini adalah pada aras baik.
Tindakan : Makluman

4.1.2 Tiada masalah atau isu besar yang timbul berkaitan dengan kantin sehingga
hari ini.
Tindakan : Makluman

4.1.3 Guru bertugas memastikan murid meletakkan sudu, pinggan, mangkuk, sudu
dan garfu di dalam bekas yang disediakan mengikut label.
Tindakan : Makluman

4.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


4.2.1 Penyelaras RMT menyatakan bahawa pertambahan murid RMT tahun 1 2018
ialah seramai 3 orang menjadikan jumlah RMT tahun 2018 seramai 16 orang.
Tindakan : Makluman

4.2.2 Penyelaras RMT juga menyatakan bahawa pemilihan menu terkini adalah
berdasarkan buku pengurusan yang dibekalkan oleh KPM.

Tindakan : Makluman

4.2.3 Penyelaras RMT menyatakan bahawa laporan berkenaan RMT setakat ini
berada dalam keadaan baik.
Tindakan : Makluman

4.2.4 Beliau juga mengingatkan agar guru RMT yang bertugas mengisi buku
kehadiran dan buku laporan yang disediakan. Guru RMT hendaklah
memastikan semua murid memakai tag yang dibekalkan bagi mengelakkan
murid yang tidak mendapat RMT mengambil makanan.

Tindakan : Guru RMT


4.3 Program Susu 1 Malaysia
4.3.1 Pengerusi menyatakan bahawa setakat ini belum ada sebarang maklumat
berkenaan Program Susu 1 Malaysia.
2
Tindakan : Makluman

5.0 HAL - HAL LAIN


5.1.1 Penyelaras RMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru RMT
kerana memberi kerjasama yang baik dalam pengurusan RMT.

6.0 PENUTUP/UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan mengharapkan
agar semua AJK dapat memberi kerjasama yang baik bagi melancarkan pengurusan
kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.

Disediakan oleh :
Jawatankuasa Kantin, RMT dan Program Susu 1 Malaysia
SK Canossian Convent (M), Kluang

Anda mungkin juga menyukai