Anda di halaman 1dari 2

No. Tel.

: 09-5362121
E-mel : cea4082@yahoo.com No. Faks : 09-5362122

Ruj. Kami : CEA4082 600 - 1/1/2(05)


Tarikh : 27 MAC 2018.

Ibu Bapa / Penjaga Murid


SMK Gudang Rasau,
25150 KUANTAN.

Tuan

Peraturan bagi Murid yang Menunggang Motosikal ke Sekolah

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menetapkan peraturan


menunggang motosikal untuk murid ke sekolah:

2.1 Murid yang menunggang motosikal mesti memiliki lesen memandu yang sah.

2.2 Motosikal hendaklah mempunyai nombor pendaftaran yang sah dan mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

2.3 Murid yang menunggang dan membonceng motosikal ke sekolah diwajibkan


memakai topi keledar.

2.4 Motosikal hendaklah dikunci sebagai langkah untuk mengelakkan kecurian.

3. Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang
wajar diberikan perhatian oleh para penunggang dan pembonceng motosikal.

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan untuk memastikan anak jagaan tuan mematuhi
peraturan keselamatan jalan raya amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HASBULLAH BIN ABDUL LATIF)


Pengetua
Lampiran

Panduan Keselamatan Jalan Raya Bagi Penunggang Motosikal

Sebelum memulakan perjalanan


1. Periksa tayar, brek, cermin sisi dan lampu motosikal untuk memastikannya berada dalam
keadaan baik dan berfungsi.
2. Pakai topi keledar dengan betul iaitu kancing tali dagu dengan ketat untuk perlindungan
yang maksimum dan pastikan anda menggunakan topi keledar yang telah diluluskan oleh
SIRIM.

3. Pakai topi keledar dan pakaian yang cerah supaya anda senang dilihat oleh pengguna
jalan raya yang lain. Sekiranya pakaian anda berwarna gelap, tambahkan pemantul
cahaya agar anda mudah dilihat.

Semasa perjalanan
1. Patuhi had laju yang ditetapkan kerana had laju tersebut menunjukkan kelajuan
maksimum yang selamat bagi jalan yang anda lalui.
2. Jika hendak memotong, amalkan tabiat memotong kenderaan lain dengan selamat.
Pastikan juga tidak memotong di zon larangan.
3. Elakkan mengekori terlalu rapat kerana hanya akan mengundang padah pada diri sendiri
dan juga orang lain.
4. Patuhi undang-undang lampu isyarat iaitu lampu hijau bermaksud boleh meneruskan
perjalanan, lampu kuning bermaksud perlahankan motosikal dan bersedia untuk berhenti
dan merah bermaksud berhenti. Anda hanya akan mengundang padah sekiranya gagal
mematuhi peraturan tersebut.
5. Beri keutamaan kepada pejalan kaki, termasuk mereka yang berada di garisan belang
untuk melintas.
6. Jangan menukar lorong sesuka hati. Lihat dahulu cermin sisi dan berikan isyarat apabila
hendak menukar lorong. Setelah yakin selamat, barulah tukar lorong anda.
7. Jangan mencelah-celah, ikut lorong anda kerana perbuatan mencelah-celah ini hanya
akan menyebabkan anda sukar dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain kerana anda
bergerak masuk dan keluar dari kawasan titik buta.

8. Jangan sesekali menjadikan jalan raya ini sebagai litar lumba dan tempat untuk
menunjukkan kehebatan anda. Ingatlah! Malang tidak berbau.
9. Sentiasa menjaga adab ketika berada di jalan raya dan jauhi sikap mementingkan diri
sendiri. Sentiasa ingat bahawa bukan kita seorang sahaja yang menggunakan
kemudahan ini tetapi seluruh rakyat Malaysia.
10. Pandu cermat, jiwa selamat.

www.jkjr.gov.my/

Anda mungkin juga menyukai