Anda di halaman 1dari 7

ASAL USUL NAMA KULIM, KEDAH DARUL AMAN

Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18


oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok
Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar “Kulim”
mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil
“Kulim” (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan


Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya
Scorodocarpus borneensis. Buah pokok ini digunakan sebagai
perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini
mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997
dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu
adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

1
Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak
pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal
dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19
Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada
tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara
kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok.
Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan
Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan
Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat
cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada
tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-
pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai “Perang
Nyonya Cantik” atau “Perang Kulim”.

Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di


sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita
Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah
menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam
pergaduhan yang terjadi. Keamanan penduduk telah terancam dan
pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan
memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat.
Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah
terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai
Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri
Kedah yang teruk.

2
Perjanjian Bangkok
Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah
menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya
pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian
dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British.
Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok
Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim
oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan
perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu
di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula
membuka Daerah kulim. Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari
kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan
pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya
kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering di tubuhkan oleh pekerja-
pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan
bijih timah.

Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri


merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang
untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi
bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak
pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan
Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah
ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan
untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan
mereka mendulang bijih timah.…………………………………………

3
Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah
panggung Coronation,Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah
dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan
Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam
merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15
September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar
Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu
seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam
Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam
Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan
dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di
Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE
Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas
Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SULTAN BADLISHAH (1948)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


ST’ PATRICK (1933)

5
JAM MERDEKA KULIM (15 SEPTEMBER 1957)

PANGGUNG KAPITOL

6
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai