Anda di halaman 1dari 6

1 Hari 1 Hadis, [02.04.

18 06:45]

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Miskin Yang Benar

َ َ ُ َ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َُ َ ََ َ َ َ َ َ َ ُ ْ َ ُ َُ ََ ُّ َ ُ ُّ َ ُّ
ْ ‫ب َع‬
‫ن‬ ُْ ‫ول أنْ َعن ْه‬
َْ ِ ‫اّلل َر‬
ْ ِ ‫ض ه َري َرْة أ‬ ْ ‫اّلل رس‬
ْ ‫ّل‬ ْ ْ‫م َعليه‬
ْ ‫اّلل ص‬ ْ ‫ال وسل‬
ْ ‫سق‬ ْ ‫ي لي‬ْ ‫وف الذي المسك‬ ْ ‫ّل يط‬ْ َ ‫َواللق َمتانْ اللق َم ْة ت ُرد ُْه الناسْ ع‬
ُ َ َ ُ ْ َ َ ُ َ ً َ ُ َ ُ ُ َ َ َ ََ ُ َُ ُ ََ َ
‫ي َولكنْ َوالتم َرتانْ َوالتم َرْة‬ ْ ‫ل الذي المسك‬ ْ ‫ل ُيغنيهْ غ‬
ْ ‫ن يج ْد‬ ْ ‫ن َو‬ ْ ‫ل َعليهْ ف ُيت َصد‬
ْ ‫ق بهْ يفط‬ ْ ‫وم و‬
ْ ‫ل يق‬
ْ ‫اس فيسأ‬ْ ‫الن‬

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang dikatakan miskin itu
orang yang berkeliling meminta-minta kepada manusia satu dua suap makanan atau sebiji dua
kurma. Akan tetapi yang dikatakan miskin adalah orang yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh
memenuhi hajatnya dan tidak diketahui halnya lalu ia diberi sedekah, ia tidak mahu meminta–minta
sedekah kepada orang. (HR Bukhari No: 1385) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kemiskinan bukan suatu penghinaan, kerana rezeki itu kurniaan Allah yang diberi dengan kadar
yang tidak sama antara makhluk. Ada yang mendapat banyak dan ada yang sedikit. Kesemuanya
mengandungi hikmah di sisi Allah sebagai ujian kepada manusia. Namun bukan bermakna kita tidak
perlu bekerja dan berusaha.

2. Orang yang berjalan menemui orang ramai kerana meminta sedekah dengan mengharapkan
sesuap dua makanan namun tidak mahu berusaha dengan tenaga yang ada bagi mendapatkan
pekerjaan dan rezeki untuk keperluan hidup, belum dianggap miskin. Mereka ini pemalas dan bukan
Muslim yang mulia.

3. Meminta sesuap dua makanan atau sebiji dua korma bermaksud mencari keperluan rezeki
dengan cara meminta sedekah atau mengemis dengan tidak mahu berusaha dan bekerja (jalan
mudah dengan mengemis sebagai profesion), mereka ini bukan sebenar-benar miskin.

4. Orang yang tidak mendapat sesuatu yang boleh memenuhi hajatnya (benar-benar miskin), tetapi
ia tidak mahu melahirkan kemiskinannya dengan meminta-minta hingga orang menganggap ia tidak
memerlukan sebarang pertolongan. Ia memiliki sifat mulia diri dan tidak mahu menghina diri dengan
mengemis atau meminta-minta, dia berusaha bekerja mendapatkannya. Inilah orang yang benar-
benar miskin. Firman Allah:
ٓ َ ُۡ َ َ ْ ُ ۡ ُ َ َ َ ُ َ ۡ َ ٗۡ َ َ ۡ ُ ُُ َ ۡ َ ُ َ ۡ ََٓ ۡ َ َ ُّ ُ َ ۡ ُ َ َ
‫ين للفق َرا ْء‬
ْ ‫وا ٱلذ‬
ْ ‫ف أحِص‬ ْ ِ ْ‫ّلل َسبيل‬
ْ ‫لٱ‬ْ ‫ون‬
ْ ‫ف ضبا يستطيع‬ ْ ِ ْ‫م ٱۡل ۡرض‬
ْ ‫ل يحسبه‬ ْ ‫م ت ۡعرف ُهم ٱلت َعففْ م‬
ْ ‫ن أغنيا ْء ٱلجاه‬ ْ ‫ل بسيم ََٰٰه‬
ْ
َ َٔ‫ون‬َ ُ َ ٗ ۡ
ْۡ ‫ٔي‬
‫س‬ ْ ‫إل َحافاْ ٱلن‬
ْ ‫اس ل‬

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan
khidmat atau berjuang) di jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya (untuk berniaga,
berusaha dan sebagainya) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya
kerana mereka memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya,
mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak (al-Baqarah: 273)

5. Semulia-mulia orang yang miskin ialah mereka yang tidak mahu meminta-minta malah berusaha
bekerja sedaya upaya dan apa jua pekerjaan yang halal walaupun pendapatan tidak mencukupi.
Namun untuk meminta-minta, jauh sekali. Mereka inilah yang paling layak diberi zakat dan dibantu.

Kemiskinan bukan alasan untuk meminta-minta, kerana meminta dan mengemis itu adalah
pekerjaan yang hina. Berusaha dan bekerjalah kerana ia adalah pekerjaan mulia.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

02hb April 2018

15hb Rejab 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:

https://t.me/ahadithadayAHAD

1 Hari 1 Hadis, [02.04.18 06:45]

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Miskin Yang Benar


َ َ ُ َ ُ َ َ ُ َ َ َ َ َُ َ ََ َ َ َ َ َ َ ُ ْ َ ُ َُ ََ ُّ َ ُ ُّ َ ُّ
ْ ‫ب َع‬
‫ن‬ ُْ ‫ول أنْ َعن ْه‬
َْ ِ ‫اّلل َر‬
ْ ِ ‫ض ه َري َرْة أ‬ ْ ‫اّلل رس‬
ْ ‫ّل‬ ْ ْ‫م َعليه‬
ْ ‫اّلل ص‬ ْ ‫ال وسل‬ْ ‫سق‬ْ ‫ي لي‬ْ ‫وف الذي المسك‬ ْ ‫ّل يط‬ْ ‫َواللق َمتانْ اللق َم ْة ت ُرد ُْه الناسْ ع‬
ُ َ َ ُ ْ َ َ ُ َ ً َ ُ َ ُ ُ َ َ َ ََ ُ َُ ُ ََ َ َ
‫ي َولكنْ َوالتم َرتانْ َوالتم َرْة‬ ْ ‫ل الذي المسك‬ ْ ‫ل ُيغنيهْ غ‬
ْ ‫ن يج ْد‬ ْ ‫ن َو‬ ْ ‫ل َعليهْ ف ُيت َصد‬
ْ ‫ق بهْ يفط‬ ْ ‫وم و‬
ْ ‫ل يق‬
ْ ‫اس فيسأ‬
ْ ‫الن‬

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang dikatakan miskin itu
orang yang berkeliling meminta-minta kepada manusia satu dua suap makanan atau sebiji dua
kurma. Akan tetapi yang dikatakan miskin adalah orang yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh
memenuhi hajatnya dan tidak diketahui halnya lalu ia diberi sedekah, ia tidak mahu meminta–minta
sedekah kepada orang. (HR Bukhari No: 1385) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kemiskinan bukan suatu penghinaan, kerana rezeki itu kurniaan Allah yang diberi dengan kadar
yang tidak sama antara makhluk. Ada yang mendapat banyak dan ada yang sedikit. Kesemuanya
mengandungi hikmah di sisi Allah sebagai ujian kepada manusia. Namun bukan bermakna kita tidak
perlu bekerja dan berusaha.

2. Orang yang berjalan menemui orang ramai kerana meminta sedekah dengan mengharapkan
sesuap dua makanan namun tidak mahu berusaha dengan tenaga yang ada bagi mendapatkan
pekerjaan dan rezeki untuk keperluan hidup, belum dianggap miskin. Mereka ini pemalas dan bukan
Muslim yang mulia.

3. Meminta sesuap dua makanan atau sebiji dua korma bermaksud mencari keperluan rezeki
dengan cara meminta sedekah atau mengemis dengan tidak mahu berusaha dan bekerja (jalan
mudah dengan mengemis sebagai profesion), mereka ini bukan sebenar-benar miskin.

4. Orang yang tidak mendapat sesuatu yang boleh memenuhi hajatnya (benar-benar miskin), tetapi
ia tidak mahu melahirkan kemiskinannya dengan meminta-minta hingga orang menganggap ia tidak
memerlukan sebarang pertolongan. Ia memiliki sifat mulia diri dan tidak mahu menghina diri dengan
mengemis atau meminta-minta, dia berusaha bekerja mendapatkannya. Inilah orang yang benar-
benar miskin. Firman Allah:

ٓ َ ُۡ َ َ ْ ُ ۡ ُ َ َ َ ُ َ ۡ َ ٗۡ َ َ ۡ ُ ُُ َ ۡ َ ُ َ ۡ ََٓ ۡ َ َ ُّ ُ َ ۡ ُ َ َ
‫ين للفق َرا ْء‬
ْ ‫وا ٱلذ‬
ْ ‫ف أحِص‬ ْ ِ ْ‫ّلل َسبيل‬
ْ ‫لٱ‬ْ ‫ون‬
ْ ‫ف ضبا يستطيع‬ ْ ِ ْ‫م ٱۡل ۡرض‬
ْ ‫ل يحسبه‬ ْ ‫م ت ۡعرف ُهم ٱلت َعففْ م‬
ْ ‫ن أغنيا ْء ٱلجاه‬ ْ ‫ل بسيم ََٰٰه‬
ْ
َ َٔ‫ون‬َ ُ َ ٗ ۡ
ْۡ ‫ٔي‬
‫س‬ ْ ‫إل َحافاْ ٱلن‬
ْ ‫اس ل‬

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan
khidmat atau berjuang) di jalan Allah (membela Islam) yang tidak berupaya (untuk berniaga,
berusaha dan sebagainya) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya
kerana mereka memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya,
mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak (al-Baqarah: 273)
5. Semulia-mulia orang yang miskin ialah mereka yang tidak mahu meminta-minta malah berusaha
bekerja sedaya upaya dan apa jua pekerjaan yang halal walaupun pendapatan tidak mencukupi.
Namun untuk meminta-minta, jauh sekali. Mereka inilah yang paling layak diberi zakat dan dibantu.

Kemiskinan bukan alasan untuk meminta-minta, kerana meminta dan mengemis itu adalah
pekerjaan yang hina. Berusaha dan bekerjalah kerana ia adalah pekerjaan mulia.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

02hb April 2018

15hb Rejab 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:

https://t.me/ahadithadayAHAD

1 Hari 1 Hadis, [04.04.18 07:24]

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir

َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َُ َ ََ َ َ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ََََْ َ َ َ َ َ َ
ْ ‫ب َع‬
‫ن‬ ُْ ‫ال َعن ْه‬
َْ ِ ‫اّلل َر‬
ْ ِ ‫ض ه َري َرْة أ‬ ْ ‫ال ق‬
ْ ‫ول ق‬ْ ‫اّلل رس‬
ْ ‫ّل‬ ْ ْ‫م َعليه‬
ْ ‫اّلل ص‬ ْ ‫م َعذابْ منْ أرَب َٰعْ منْ ب‬
ْ ‫اّلل فليتعوذْ أحدكمْ تشه ْد إذا وسل‬ ْ ‫جهن‬
ََ َ َْ َ َ َ َْ َ َ ْ َ َ ‫ر‬ َ َ ْ ُ ُ َ َ َ ََ ُ َ
ْ‫ش ومنْ والمماتْ المحيا وفتنةْ القبْ وعذاب‬ ْ ْ‫ل ْه بدا بما لنفسهْ يدعو ثمْ الدجالْ المسيح‬

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian
bertasyahud (membaca tahayat akhir semasa solat), maka mintalah perlindungan pada Allah dari
empat perkara iaitu dari siksaan neraka Jahannam, siksaan azab kubur, fitnah semasa hidup dan
fitnah semasa kematian dan dari kejahatan Al-Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk
dirinyaْsendiriْdenganْdoaْapaْsahajaْyangْiaْinginkan.”ْ(HRْNasaiْNo:ْ1293)ْStatus:ْHadisْSahih
Pengajaran:

1. Kita disuruh berdoa agar dijauhi dari azab dan ujian semasa hidup, kejahatan dajjal, di saat
kematian, azab kubur serta azab neraka dan semoga selamat di dunia dan juga di akhirat

2. Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah semasa selesai bacaan tahiyat akhir.

3. Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:

َ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َ َُ َ ََ َ َ ُ َ ُ ََُ َُ ‫َ َ ُ ُ ر‬ َ َْ َ
ْ ‫ب َع‬
‫ن‬ ُْ ‫ال َعن ْه‬
َْ ِ ‫اّلل َر‬
ْ ِ ‫ض ه َري َرْة أ‬ ْ ‫ان ق‬
ْ ‫ول ك‬
ْ ‫اّلل رس‬
ْ ‫ّل‬ ْ ْ‫م َعليه‬
ْ ‫اّلل ص‬ ْ ‫ول يدعو وسل‬
ْ ‫ب اللهمْ ويق‬
ْ ِ ‫وذ إ‬ ْ ‫َعذابْ َومنْ القبْ َعذابْ منْ ب‬
ْ ‫ك أع‬
َ ْ ْ َ ْ
ْ‫الدجالْ ال َمسيحْ فتنةْ َومنْ َوال َم َماتْ ال َمح َيا فتنةْ َومنْ النار‬

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa: Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa
kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih
Dajjal. (HR Bukhari No: 1288) Status: Hadis Sahih

4. Doa yang dibaca selepas bacaan tahiyat akhir di dalam solat ialah lafaz yang ma'tsur (berasal dari
hadis) dan dibaca dalam bahasa arab seperti di atas.

Ayuh kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah
ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#

#Malaysia Menuju Negara Rahmah#

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

04hb April 2018

17hb Rejab 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:

https://t.me/ahadithadayAHAD

Anda mungkin juga menyukai