Anda di halaman 1dari 9

ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov.

2016): 68-77 68

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

KEBERKESANAN PETA BULATAN DAN PETA ALIR DALAM MENINGKATKAN


PENGUASAAN MENULIS KARANGAN NARATIF MURID-MURID CINA
(Effectiveness Circle and Flow Mapping in Increasing of Narrative Essay Writing of Chinese Pupils )

NOOR HIDAYU MOHD RAHIM Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan
Kementerian Pendidikan Malaysia peta bulatan dan peta alir dalam meningkatkan penguasaan kemahiran
noorhidayu53@gmail.com menulis karangan naratif dalam kalangan murid Cina di sebuah sekolah
jenis kebangsaan Cina. Kajian kuasi eksperimen ini dilakukan terhadap
murid Cina tahun lima. Seramai 30 orang murid dijadikan sampel kajian
YAHYA OTHMAN
bagi kumpulan eksperimen dan 30 orang murid dijadikan sampel bagi
yahyaoth@gmail.com kumpulan kawalan. Melalui sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
dalam kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan peta bulatan
dan peta alir. Data yang diperoleh daripada pra dan pasca ujian. Data
Dihantar pada: dianalisis menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA. Dapatan kajian
20 Januari 2016 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran
menulis karangan naratif bagi sampel kumpulan eksperimen dalam pasca
Diterima pada: ujian dengan nilai t = nilai t = 2.114 dan sig = 0.039 (p<0.05). Dapatan
20 April 2016 kajian ini membuktikan bahawa penggunaan strategi peta bulatan dan peta
alir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjaya
Koresponden: meningkatkan pencapaian menulis karangan naratif dalam kalangan murid
noorhidayu53@gmail.com Cina dari sekolah jenis kebangsaan Cina.

Kata kunci: Peta bulatan, peta alir, menulis karangan, karangan naratif,
sekolah jenis kebangsaan Cina,

Abstract: This study was conducted to evaluate the effectiveness of the use
of circle and flow mapping in narrative essay writing skills in one of the
national-type Chinese primary schools. This quasi-experimental study was
conducted over a five-year Chinese pupils. A total of 30 pupils as sample
for the experimental group and 30 pupils were sample for the control
group. Through teaching and learning, pupils in the experimental group
were given treatment using thinking maps i-Think. Data obtained from pre
and posttest. Data were analyzed using t-test and ANOVA test. The
findings showed that there were significant differences on narrative essay
writing skills of a sample experimental group in post-test and t = t = 2.114
and sig = 0.039 (p <0.05). This study proved that the use of circle and
flow mapping strategy in Malay Language teaching and learning
successfully increased achievement in writing narrative among Chinese
pupils from Chinese primary schools.

Keywords: Circle mapping, flow mapping, essay writing, narrative essay,


Chinese primary school

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2016


ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 70

PENGENALAN membimbing murid-murid untuk menguasai


kemahiran menulis karangan.
Peta pemikiran i-Think bertujuan mempertingkat Zamri (2014) mendapati bahawa penggunaan
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam peta minda mendorong murid memahami
kalangan murid ke arah menghasilkan murid maklumat dengan baik dan mengenal pasti
berinovatif. Peta pemikiran i-Think dalam perbezaan pemahaman mereka. Secara
penguasaan menulis karangan naratif dapat keseluruhan, penggunaan peta pemikiran i-Think
membantu murid menggunakan kemahiran berfikir seperti peta bulatan dan peta alir sebagai salah satu
aras tinggi bagi menulis karangan dengan lebih alat berfikir dalam penguasaan kemahiran menulis
baik. Peta pemikiran i-Think dalam menulis karangan di Sekolah Kebangsaan Cina sangat
karangan naratif juga dapat memberi kesan kepada berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid
murid kerana ia menyediakan peluang dalam dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
mencorakkan pemikiran yang lebih meluas
terhadap diri murid untuk menyelesaikan masalah TUJUAN DAN SOALAN KAJIAN
dalam apa jua situasi yang dihadapi. Roselan
(2003) berpendapat, menghasilkan penulisan Secara am, tujuan kajian adalah untuk melihat
merupakan suatu proses yang kompleks. Setiap sejauh mana kesan penggunaan dua kaedah
murid perlu menguasai pelbagai kemahiran pengajaran, iaitu peta bulatan dan peta alir dengan
kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kaedah konvensional dalam kemahiran menulis
kreatif, serta inovatif. Aspek ini kurang diberi karangan naratif murid Cina. Secara khusus,
perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya soalan kajian ini adalah untuk mengetahui:
untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan
berfikir secara kritis di luar konteks akademik 1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
semasa menulis karangan. terhadap pencapaian menulis karangan naratif
Selain itu, pendekatan peta pemikiran i-Think menggunakan peta bulatan dan peta alir
ini akan mengubah suasana dan menghidupkan antara kumpulan kawalan dan eksperimen
situasi pembelajaran. Perlakuan murid yang pasif dalam ujian pra?
boleh diatasi dengan mengaktifkan interaksi guru 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
dengan murid, murid dengan murid dan terhadap pencapaian menulis karangan naratif
penggunaan alat bantu mengajar di samping menggunakan peta bulatan antara kumpulan
memberi sedikit kebebasan untuk berfikir kreatif. kawalan dan eksperimen dalam ujian pasca?
Penglibatan aktif murid meningkatkan kemahiran 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
berfikir aras tinggi (KBAT) dan memudahkan terhadap pencapaian menulis karangan naratif
murid meluahkan idea. Dalam -kajian lepas telah menggunakan peta alir antara kumpulan
membuktikan pencapaian murid menggunakan kawalan dan eksperimen dalam ujian pasca?
peta minda memberikan kesan yang positif kepada 4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan
prestasi murid. terhadap pencapaian menulis karangan naratif
Justeru, peta pemikiran i-Think dapat menggunakan peta bulatan dengan peta alir
memberi kesan penguasaan kemahiran menulis dalam ujian pasca?
karangan dalam kalangan murid Cina untuk 5. Adakah terdapat perbezaan pencapaian
menghasilkan karangan yang baik berdasarkan menulis karangan naratif menggunakan peta
peta bulatan dan peta alir dengan efektif. Murid bulatan dan peta alir dalam ujian pasca antara
Cina dirangsang pemikirannya menggunakan peta kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
bulatan dan peta alir agar masalah-masalah
karangan seperti kesalahan bahasa, kesalahan METODOLOGI
tatabahasa dan sebagainya dapat diatasi. Guru
Bahasa Melayu pula dapat memperkaya kaedah Reka Bentuk Kajian
pengajaran di dalam bilik darjah dengan
memperluas kefahaman strategi pengajaran dengan Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan
pendekatan peta pemikiran i-Think bagi kuantitatif dengan menggunakan kaedah kuasi
eksperimen kuantitatif. Pendekatan penyelidikan
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 71

kuantitatif dipilih kerana mementingkan Penganalisisan Data


keobjektifan dalam pengumpulan data. Kuasi
eksperimen pula digunakan untuk melihat Ujian-ujian disemak dan diteliti berdasarkan
keberkesanan peta pemikiran (bulatan dan alir) markah yang dicapai murid daripada kedua-dua
dalam meningkatkan penguasaan menulis kumpulan dalam menghasilkan karangan naratif.
karangan naratif dalam kalangan murid Cina Data kumpulan dikumpul dan dianalisis
sekolah jenis kebangsaan ketika mempelajari menggunakan program SPSS versi 22. Dua jenis
Bahasa Melayu. analisis tang digunakan untuk menganalisis data
dalam kajian ini iaitu, (i) ujian-t (signifikan pada
Sampel Kajian aras 0.05), dan (ii) analisis ANOVA.

Populasi kajian ialah murid-murid tahun lima di DAPATAN DAN PERBINCANGAN


sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina. Sampel
kajian terdiri daripada dua buah kelas, iaitu tahun Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
5Y dan tahun 5N. Kedua-dua kelas ini terdiri pencapaian menulis karangan naratif antara
daripada 60 orang murid. Oleh sebab kajian ini kumpulan rawatan (peta bulatan) dan kawalan
berbentuk kuasi eksperimen, maka pensampelan dalam ujian pra.
berkelompok secara rawak ini digunakan kerana
lebih berkesan dalam memilih sampel dari Analisis ujian-t bebas digunakan untuk mengenal
populasi yang besar. Pengkaji memilih dua buah pasti perbezaan pencapaian menulis karangan
kelas daripada lapan buah kelas di sekolah tersebut naratif “Pengalaman berkelah di tepi pantai”
dan menjadikan kelompok tersebut sebagai sampel antara kumpulan rawatan (peta bulatan) dan
kajian. kawalan dalam ujian pra. Hasil analisis ujian-t
bebas tersebut seperti Jadual 1.
Instrumen Kajian
Jadual 1. Ujian-t bebas perbezaan pencapaian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri menulis karangan naratif antara kumpulan rawatan
daripada dua jenis, iaitu persediaan mengajar, (peta bulatan) dan kawalan dalam ujian pra
ujian pra dan pasca. Ujian pra dan pasca
digunakan Kumpulan N Min Sisihan Nilai df Sig.
Piawai t
Rawatan 30 17.07 4.65 - 58 0.768
Prosedur Kajian ( (peta bulatan) 0.297
Kawalan 30 17.40 4.02
Selepas melakukan pemilihan murid, pengkaji (tradisional)
membahagikan murid kepada dua kumpulan, iaitu
kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak terdapat
dua peta pemikiran (peta bulatan dan peta alir) dan perbezaan yang signifikan pencapaian menulis
kumpulan kawalan yang diajar tanpa karangan naratif “Pengalaman berkelah di tepi
menggunakan peta pemikiran. Kemudian, kedua- pantai” antara kumpulan rawatan (peta bulatan)
dua kumpulan diuji dengan ujian pra, iaitu selama dan kawalan dalam ujian pra dengan nilai t = -
satu jam untuk menilai tahap pencapaian awal 0.297 dan sig = 0.768 (p>0.05). Dari segi min
penulisan karangan naratif mereka. Selepas, menunjukkan bahawa murid yang belajar dengan
melaksanakan ujian pra ujian, kedua-dua kaedah konvensional (min = 17.40 dan sp = 4.02)
kumpulan diajarkan karangan naratif, iaitu mempunyai pencapaian menulis karangan naratif
kumpulan eksperimen diajar menggunakan peta “Pengalaman berkelah di tepi pantai” yang lebih
pemikiran. Kumpulan kawalan diajarkan secara tinggi berbanding dengan murid yang belajar
konvensional. Setelah melalui beberapa sesi menggunakan kaedah peta bulatan (min = 17.07
pengajaran sebanyak lima kali, kedua-dua dan sp = 4.65).
kumpulan diberikan ujian pasca selama satu jam. Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan.
Ujian disemak dan diperiksa. Seterusnya, pengkaji Hal ini menunjukkan bahawa Ho1 adalah gagal
membuat laporan penyelidikan. ditolak. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 72

tahap pencapaian kumpulan eksperimen dan Analisis ujian-t bebas digunakan untuk mengenal
kumpulan kawalan dalam ujian pra dari segi pasti perbezaan pencapaian menulis karangan
statistik adalah setara. naratif “Pengalaman berkelah di tepi pantai”
antara kumpulan rawatan (peta bulatan) dan
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kawalan dalam ujian pasca. Hasil analisis ujian-t
pencapaian menulis karangan naratif antara bebas tersebut seperti Jadual 3.
kumpulan rawatan (peta alir) dan kawalan dalam
ujian pra. Jadual 3. Ujian-t bebas perbezaan pencapaian
menulis karangan naratif antara kumpulan rawatan
Analisis ujian-t bebas digunakan untuk mengenal (peta bulatan) dan kawalan dalam ujian pasca
pasti perbezaan pencapaian menulis karangan
naratif “Adik yang terjatuh di taman permainan” Kumpulan N Min Sisihan Nilai df Sig.
Piawai t
antara kumpulan rawatan (peta alir) dan kawalan
Rawatan 30 20.13 4.75 2.114 58 0.039
dalam ujian pra. Hasil analisis ujian-t bebas (peta bulatan)
tersebut seperti Jadual 2. Kawalan 30 17.83 3.60
(tradisional)
Jadual 2. Ujian t bebas perbezaan pencapaian
menulis karangan naratif antara kumpulan Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat
rawatan (peta alir) dan kawalan dalam ujian pra perbezaan yang signifikan pencapaian menulis
karangan naratif “Pengalaman berkelah di tepi
Kumpulan N Min Sisihan Nilai df Sig. pantai” antara kumpulan rawatan (peta bulatan)
Piawai t dan kawalan dalam ujian pasca dengan nilai-t =
Rawatan 30 16.30 4.57 -0.892 58 0.376
2.114 dan sig = 0.039 (p<0.05). Dari segi min
(peta alir)
Kawalan 30 17.23 3.45 menunjukkan bahawa murid yang belajar dengan
(tradisional) kaedah peta bulatan (min = 20.13 dan sp = 4.75)
mempunyai pencapaian menulis karangan naratif
Jadual 2 menunjukkan bahawa tidak terdapat “Pengalaman berkelah di tepi pantai” yang lebih
perbezaan yang signifikan pencapaian menulis tinggi berbanding dengan murid yang belajar
karangan naratif “Adik yang terjatuh di taman menggunakan kaedah konvensional (min = 17.83
permainan” antara kumpulan rawatan (peta alir) dan sp = 3.60). Hal ini menunjukkan hipotesis nol
dan kawalan dalam ujian pra dengan nilai t = - (Ho3) adalah ditolak.
0.892 dan sig = 0.376 (p>0.05). Dari segi min Selain itu, dapatan kajian ini juga disokong
menunjukkan bahawa murid yang belajar dengan oleh dapatan Norfarahin (2014) yang
kaedah konvensional (min = 17.23 dan sp = 3.45) menggunakan peta alir sebagai intervensi berjaya
mempunyai pencapaian menulis karangan naratif membantu semua peserta kajiannya memahami
“Adik yang terjatuh di taman permainan” yang dan menyelesaikan masalah dan dapat membantu
lebih tinggi berbanding dengan murid yang belajar menjana pemikiran kreatif, di samping
menggunakan kaedah peta alir (min = 16.30 dan sp menggalakkan pembelajaran yang bermakna. Di
= 3.45). samping itu, dapatan yang diperoleh daripada
Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Yahya (2012) menggunakan peta minda dalam
Hal ini menunjukkan Ho2 adalah gagal ditolak. P&P karangan argumentatif di Sekolah Menengah
Hasil ujian ini menunjukkan bahawa tahap Arab menunjukkan murid yang menggunakan
pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan strategi peta minda dalam P&P berjaya
kawalan dalam ujian pra dari segi statistik adalah meningkatkan pencapaian penulisan karangan
setara. argumentatif berbanding murid yang
menggunakan kaedah konvensional.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan Bahkan hasil kajian ini selari dengan hasil
pencapaian menulis karangan naratif antara dapatan kajian Wahidah (2011) serta Nik Nur
kumpulan rawatan (peta bulatan) dan kawalan Farihah dan Zamri (2014) mengatakan
dalam ujian pasca. penggunaan peta minda ini telah berjaya
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 73

meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam mencetuskan minat dan penglibatan aktif murid
P&P. untuk belajar. Seperti mana beliau berpendapat
bahawa pendekatan dan kaedah yang digunakan
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan melalui kaedah konstruktivisme berjaya membantu
pencapaian menulis karangan naratif antara murid untuk meningkatkan kefahaman bagi
kumpulan rawatan (peta alir) dan kawalan dalam sesuatu isi pelajaran. Kajian yang telah dilakukan
ujian pos. oleh Looi Kuang Siang (2012) menyatakan
bahawa dengan melaksanakan kaedah peta konsep
Analisis ujian-t bebas digunakan untuk mengenal membolehkan murid dapat sesuatu konsep dengan
pasti perbezaan pencapaian menulis karangan baik.
naratif “Adik yang terjatuh di taman permainan” Dapatan kajian ini adalah sama seperti yang
antara kumpulan rawatan (peta alir) dan kawalan diperkatakan oleh Rohaida dan Zamri (2015) di
dalam ujian pasca. Hasil analisis ujian-t bebas mana i-Think merupakan salah satu alat yang
tersebut seperti Jadual 4. membantu murid-murid merapatkan diri kepada
kejayaan. i-think bukan sahaja dapat digunakan
Jadual 4. Ujian-t bebas perbezaan pencapaian untuk membantu penguasaan bahasa, malah ia
menulis karangan naratif antara kumpulan rawatan selari dengan kajian semasa. Justeru, peta
(peta alir) dan kawalan dalam ujian pos pemikiran i-Think dapat menarik minat murid
dengan penglibatan yang sangat aktif semasa P&P
Kumpulan N Min Sisihan Nilai df Sig. menulis karangan naratif.
Piawai t
Rawatan 30 19.30 5.25 0.953 58 0.345
(peta alir)
Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
Kawalan 30 18.17 3.86 pencapaian menulis karangan naratif
(tradisional) menggunakan peta pemikiran (peta bulatan) dan
peta pemikiran (peta alir) dalam ujian pasca
Jadual 4 menunjukkan bahawa tidak terdapat antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
perbezaan yang signifikan pencapaian menulis
“Adik yang terjatuh di taman permainan” yang Analisis ANOVA dua hala dijalankan bagi
terjatuh di taman permainan antara kumpulan mengenal pasti perbezaan pencapaian menulis
rawatan (peta alir) dan kawalan dalam ujian pasca karangan naratif menggunakan peta pemikiran
dengan nilai t = 0.953 dan sig = 0.345 (p>0.05). (peta bulatan) dan peta pemikiran (peta alir) dalam
Dari segi min menunjukkan bahawa murid yang ujian pasca antara kumpulan rawatan dan
belajar dengan kaedah peta pemikiran peta alir kumpulan kawalan. Sebelum analisis ANOVA dua
(min = 19.30 dan sp = 5.25) mempunyai hala dijalankan, ujian Levene’s dijalankan bagi
pencapaian menulis karangan naratif “Adik yang menentukan kesamaan pemboleh ubah yang
terjatuh di taman permainan” yang lebih tinggi dibandingkan.
berbanding dengan murid yang belajar Hasil ujian Levene’s menunjukkan tidak
menggunakan kaedah konvensional (min = 18.17 terdapat perbezaan varian-covarian yang
dan sp = 3.86). signifikan dalam kalangan pemboleh ubah
Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. bersandar untuk semua aras pemboleh ubah bebas
Hal ini menunjukkan Ho4 adalah gagal ditolak. dengan nilai F= 2.416 dan sig = 0.070 (p>0.05).
Dapatan ini selari dengan dapatan temu bual Hal ini bermakna, varian pemboleh ubah bersandar
terhadap dua orang sampel yang menyatakan adalah homogenus merentasi pemboleh ubah
bahawa murid sangat berminat dalam pengajaran bebas. Oleh itu, ujian ANOVA dua hala boleh
dan pembelajaran menggunakan i-Think semasa dijalankan bagi melihat perbezaan pencapaian
mengajar menulis karangan dan pencapaian murid menulis karangan naratif menggunakan peta
didapati meningkat berbanding pencapaian murid pemikiran (peta bulatan) dan peta pemikiran (peta
yang menggunakan kaedah konvensional. alir) dalam ujian pasca antara kumpulan rawatan
Hal yang sama juga ditekankan dalam dan kumpulan kawalan. Hasil analisis ANOVA
dapatan kajian Omardin (2011), menyatakan dua hala seperti Jadual 5 dan 6.
bahawa pembelajaran yang menarik dapat
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 74

Jadual 5. Min dan sisihan piawai perbezaan ujian pasca antara kumpulan rawatan dan
pencapaian menulis karangan naratif menggunakan kumpulan kawalan dengan nilai F = 0.524 dan sig
peta pemikiran (peta bulatan) dan peta pemikiran = 0.471 (p>0.05). Hal ini menunjukkan Ho5
(peta alir) dalam ujian pasca antara kumpulan adalah gagal ditolak. Dapatan kajian juga
rawatan dan kumpulan kawalan menunjukkan bahawa tidak terdapat interaksi yang
signifikan antara kumpulan dan peta dalam ujian
Kumpulan Peta N Min Sisihan pencapaian menulis karangan naratif.
Piawai
Rawatan Pengalaman berkelah 30 20.12 4.75
di tepi pantai
Jadual 7 Ujian t bebas perbezaan pencapaian
(peta bulatan) menulis karangan naratif pengalaman berkelah di
Adik yang terjatuh di 30 19.30 5.25 tepi pantai antara kumpulan rawatan (peta bulatan)
taman permainan dan kawalan dalam ujian pasca
(peta alir)
Jumlah 60 19.72 4.98
Kumpulan N Min Sisihan Nilai df Sig.
Kawalan Pengalaman berkelah 30 17.83 3.60
Piawai t
di tepi pantai
Rawatan 30 20.13 4.75 2.114 58 0.039
Adik yang terjatuh di 30 18.17 3.86
( (peta bulatan)
taman permainan
Kawalan 30 17.83 3.60
Jumlah 60 18.00 3.70 (tradisional)

Jadual 5 menunjukkan dalam kumpulan Jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat


murid yang diajar menggunakan peta pemikiran perbezaan yang signifikan pencapaian menulis
peta bulatan, ujian pasca pencapaian karangan karangan naratif “Pengalaman berkelah di tepi
naratif keseluruhan (min = 20.12 dan sp = 4.75) pantai” antara kumpulan rawatan (peta bulatan)
lebih tinggi dari ujian peta pemikiran peta alir (min dan kawalan dalam ujian pasca dengan nilai t =
= 19.30 dan sp= 5.25). Berdasarkan kumpulan 2.114 dan sig = 0.039 (p<0.05). Dari segi min
yang diajar kaedah konvensional pula menunjukkan bahawa murid yang belajar dengan
menunjukkan ujian pos karangan naratif kaedah peta bulatan (min = 20.13 dan sp = 4.75)
“Pengalaman berkelah di tepi pantai” (min= mempunyai pencapaian menulis karangan naratif
18.17 dan sp = 3.86) lebih tinggi berbanding “Pengalaman berkelah di tepi pantai” yang lebih
pencapaian karangan naratif “Adik yang terjatuh tinggi berbanding dengan murid yang belajar
di taman permainan” (min= 17.83 dan sp= 3.60). menggunakan kaedah konvensional (min = 17.83
Bagi melihat perbezaan tersebut ialah dan sp = 3.60). Hal ini menunjukkan bahawa
signifikan secara statistik untuk kedua-dua kaedah adalah ditolak.
pengajaran yang digunakan, maka ujian ANOVA Dapatan kajian juga jelas menunjukkan
dua hala dijalankan seperti Jadual 6. penggunaan peta bulatan menyebabkan pencapaian
murid Cina lebih baik untuk menguasai kemahiran
Jadual 6. ANOVA dua hala perbezaan pencapaian menulis karangan naratif dengan lebih berkesan.
menulis karangan naratif menggunakan peta Penggunaan peta bulatan telah menyebabkan
pemikiran (peta bulatan) dan peta pemikiran murid Cina ingin belajar dan senang untuk
(peta alir) dalam ujian pasca antara kumpulan mengikuti pembelajaran kemahiran menulis
rawatan dan kumpulan kawalan karangan. Malahan, murid Cina senang untuk
merangka isi-isi dan membuat pertautan ayat-ayat
Pemboleh ubah Type III Min
bebas Sum of Kuasa
menggunakan peta pemikiran i-Think. Hal ini
Squares df Dua f Sig. selari dengan kajian Abdul Jalil (2001) mendapati
sebahagian besar murid tidak berkeupayaan untuk
Kumpulan Peta 10.208 1 10.208 0.524 0.471 menghasilkan ayat yang kohesif dan koheren
dalam penulisan karangan mereka.
Jadual 6 menunjukkan tidak terdapat Jelaslah bahawa peta bulatan dapat mengatasi
perbezaan yang signifikan pencapaian menulis kelemahan merangka isi-isi dan membuat
karangan naratif menggunakan peta pemikiran pertautan murid Cina supaya ayat yang dihasilkan
(peta bulatan) dan peta pemikiran (peta alir) dalam
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 75

lebih kohesif dan koheren, sekali gus dapat merangsangkan daya ingatan dan kemahiran
menarik minat pembaca. berfikir melalui gambar rajah yang dibuat.
Selain itu, hasil temu bual bersama sampel Tambahan lagi, melalui penggunaan peta
juga mengatakan penggunaan peta bulatan dalam pemikiran i-Think ini juga murid-murid akan lebih
karangan naratif lebih baik kerana karangan yang berminat dan pembelajaran mereka lebih
dihasilkan oleh murid Cina lebih menarik dan menyeronokkan.
kreatif. Seorang sampel lagi mengatakan peta Di samping itu, peta pemikiran boleh
bulatan membuatkan murid lebih bersedia untuk dijadikan sebagai alat untuk menilai tahap
belajar menulis karangan naratif. Perkara ini penguasaan murid di dalam bilik darjah dengan
disebabkan peta bulatan merupakan alat berfikir tajuk karangan yang disampaikan oleh guru. Hal
kepada murid untuk menjana isi-isi berkaitan ini kerana, peta pemikiran i-Think boleh dijadikan
dengan tajuk karangan. Hal ini selari dengan satu alat hala tuju yang lebih terancang berbanding
kenyataan Ismail (2006) menyatakan bahawa dengan alat berfikir yang lain kerana setiap peta
masalah pengajaran yang kurang memberikan pemikiran i-Think mempunyai fungsi yang
penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam berbeza. Selain itu, dengan menggunakan peta
sesuatu teknik telah menyebabkan pelajar tidak pemikiran juga pemikiran murid lebih terarah dan
bersedia untuk belajar. terancang mengikut fungsi peta pemikiran yang
Di samping itu, dapatan ini selari dengan telah ditetapkan berbanding alat berfikir yang lain
kajian Zamri (2014) menjelaskan bahawa seperti peta konsep dan peta minda.
penggunaan peta minda yang dijalankan kepada Melalui peta pemikiran i-Think juga, murid
satu kelompok pelajar dan sebaliknya bagi satu boleh membuat pertautan antara isi-isi karangan
kelompok yang kedua, menunjukkan pelajar yang tentang tajuk karangan naratif yang dipelajari
belajar menggunakan peta minda mendapat semasa proses P&P di dalam bilik darjah.
keputusan ujian yang lebih baik berbanding Tambahan lagi, murid juga dapat menguasai aspek
kelompok pelajar yang kedua. Hal ini selari wacana yang merupakan elemen paling tinggi
dengan dapatan yang diperoleh daripada Looi dalam hierarki tatabahasa supaya karangan yang
Kuang Sian (2012) sebanyak 17-20% tahap dihasilkan menarik dan mendapat markah yang
ingatan dapat ditingkatkan melalui penggunaan tinggi dalam peperiksaan. Selain itu, pengajaran
peta minda. karangan naratif menggunakan peta pemikiran i-
Think dapat disampaikan kepada murid secara
IMPLIKASI KAJIAN lebih berkesan bukan sekadar hanya memberi isi-
isi karangan atau secara menghafal semata-mata.
Mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya Selain itu juga, peta pemikiran i-Think boleh
kemahiran menulis karangan merupakan peringkat digunakan sebagai persediaan pra-pengajaran
tertinggi dalam peringkat kemahiran berbahasa. kepada guru. Guru boleh menggunakan peta
Kemahiran menulis karangan naratif memerlukan pemikiran untuk menyusun bahan-bahan
murid membuat perancangan untuk merangka isi- pengajaran sebelum dan selepas pengajaran di
isi, memahami, menguasai bahasa dan kemahiran dalam bilik darjah. Selain itu, bahan pengajaran
berfikir yang tinggi. Justeru, murid perlu belajar yang baharu boleh disusun dengan
merancang, memahami dan menguasai setiap tajuk menggabungkan konsep pengetahuan sedia ada
karangan yang diberikan. Selain itu, untuk dalam struktur kognitif murid tersebut. Guru
menghasilkan murid yang berfikiran aras tinggi Bahasa Melayu dalam pembelajaran menulis
peta pemikiran merupakan salah satu alat bagi karangan seharusnya menjadikan aktiviti membina
murid untuk menjana pendapat mereka sendiri peta pemikiran i-Think sebagai alat pembelajaran
ketika proses P&P di dalam bilik darjah. yang rutin di samping alat berfikir dalam kalangan
Pada hakikatnya, proses pemikiran aras tinggi murid.
murid-murid mengambil masa yang panjang untuk Menerusi kemahiran menulis karangan
diukur namun kemahiran ini seharusnya naratif, peta pemikiran i-Think yang digunakan
diterapkan lebih mendalam ketika proses P&P. Hal bukan sahaja boleh menyatakan fakta atau konsep
ini kerana, melalui pembelajaran menggunakan sesuatu perkara malah ia juga boleh digunakan
peta pemikiran i-Think murid boleh sebagai alat untuk melihat tatabahasa seperti kata,
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 76

frasa, klausa, ayat dan sebagainya. Walau kajian ini turut mengutarakan beberapa cadangan
bagaimanapun, lapan jenis bentuk asas pembinaan yang boleh diambil kira oleh pihak-pihak yang
peta pemikiran i-Think ini perlu diaplikasikan oleh berkaitan dan juga kajian-kajian lanjutan pada
guru dan juga murid. masa hadapan.
Selain itu, guru Bahasa Melayu dalam Secara keseluruhan, kajian ini diharapkan
pembelajaran kemahiran menulis karangan naratif dapat memberikan maklumat mengenai
juga boleh menggunakan peta pemikiran i-Think penguasaan kemahiran menulis karangan naratif
sebagai pengenalan kepada sesuatu tajuk yang menggunakan peta pemikiran i-Think dalam
ingin disampaikan. Hal ini akan menjadikan murid membantu meningkatkan pencapaian kemahiran
lebih memahami kerana semasa membina peta menulis karangan naratif dan penggunaan peta
pemikiran i-Think, murid akan mengemukakan pemikiran i-Think sebagai alat berfikir yang baru.
lebih banyak persoalan malah secara tidak
langsung kemahiran berfikir dapat ditingkatkan. RUJUKAN
Selain itu juga, guru boleh menjadikan peta
pemikiran sebagai cara untuk membuat rumusan Abdul Jalil Othman. 2001. Perkaitan semantik
bagi keseluruhan tajuk yang diajar pada hari dalam penulisan. Issues in Education, 24:
tersebut. Sesudah mempelajari sesuatu tajuk 141-157.
berkenaan, murid dapat menguji tahap ingatan dan Goodnough, K. & Woods, Robin. 2002. Student
pemahaman dengan membuat satu gambar rajah and teacher perceptions of minds mapping: A
peta pemikiran i-Think tentang keseluruhan tajuk middle school case study. New Orleans, LA:
karangan berkenaan. Sage Publication.
Oleh itu, peta pemikiran i-Think ini menjadi Goodnough, K. 2002. Robin Long Science Scope.
kegunaan untuk semua jenis murid tidak kira Academic Research Library, 25 (8): 20.
murid lemah, sederhana atau cemerlang. Peta Ismail Zain. 2006.. Kepentingan penggunaan peta
pemikiran i-Think juga boleh dijadikan alat untuk minda. Utusan Malaysia, 27 September: 9.
merencanakan pembelajaran yang cemerlang Looi Kuang Siang. 2012. Penggunaan peta minda
ataupun ia sebagai alat untuk pemupukan dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan
pembelajaran yang bermakna. Bagi guru pula, murid tahun 4 dalam subjek Sains. Seminar
ianya merupakan sebagai alat perencanaan Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu
pengajaran semasa proses P&P di dalam bilik Lintang.
darjah. Marohaini Yusoff. 2001. Pengutipan dan
pengumpulan data perlakuan dan proses
KESIMPULAN menulis karangan di dalam bilik darjah. Dlm.
Marohaini Yusoff. Penyelidikan kualitatif
Secara umumnya, kajian ini mengkaji pengalaman kerja lapangan kajian, 87-119.
keberkesanan kaedah peta pemikiran i-Think Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
dalam penguasaan kemahiran menulis karangan di Norfarahin Izzati Yusof. 2014. Penggunaan peta
sekolah jenis kebangsaan Cina. Keberkesanan alir i-think dan ki “Pat-Pat Kup” dalam
ditinjau dari aspek pencapaian murid membantu murid menguasai kemahiran
menggunakan peta pemikiran i-Think (peta bulatan mengukur perimeter gabungan bentuk dua
dan peta alir). Program i-Think yang diperkenalkan dimensi. IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
di sekolah-sekolah adalah satu usaha untuk Nik Nur Farihah Nik Harmi & Zamri Mahamod.
membudayakan kemahiran berfikir menggunakan 2014. Keberkesanan kaedah peta pemikiran
satu alat berfikir iaitu peta pemikiran yang dapat (i-think) terhadap pencapaian, sikap dan
meningkatkan aras pemikiran murid-murid. kesediaan murid tingkatan 4. Prosiding
Dapatan kajian jelas mendapati bahawa Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa
penggunaan peta pemikiran i-Think berupaya Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali
meningkatkan kefahaman, penguasaan, Ketiga. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidika,
pencapaian, daya mengingat dan keseronokan Universiti Kebangsaan Malaysia.
dalam proses P&P menulis karangan naratif.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh juga,
ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 2 (Nov. 2016): 68-77 77

Omardin Ashaari. 1999. Pengajaran kreatif untuk


pembelajaran aktif. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. Keberkesanan
peta pemikiran i-think dalam meningkatkan
pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid
tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5
(2): 31-37.
Roselan Baki. 2001. Interaksi lisan pengajaran
penulisan bahasa Melayu daripada perspektif
guru. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wahidah. 2011. Keberkesanan konsep peta minda
dalam pembelajaran berasaskan masalah.
Tesis Dr. al. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Yahya Othman. 2012. Keberkesanan penggunaan
peta minda dalam pengajaran dan
pembelajaran karangan argumentatif di
sebuah menengah Arab di Negara Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 2 (2): 32-45.
Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam
pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan ketiga.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai