Anda di halaman 1dari 4

Soalan 7

( a) Apakah kaedah yang digunakan untuk pemilihan Khalifah al-Rasyidin?

1. Melalui musyawarah atau syura, semasa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai
khalifah yang pertama.

2. Melalui cadangan satu nama sahaja semasa pelantikan Saidina Umar yang telah
diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

3. Melalui pemilihan semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan daripada sejumlah
enam nama yang diusulkan.

4. Melalui pencalonan semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib oleh sekelompok
majoriti masyarakat.

(b ) Sumbangan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam pemerintahannya.

1. Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.

2. Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.

3. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.

4. Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.

5. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha.

6. Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran


di kawasan masjid.

► Nyatakan sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib dalam pemerintahannya.

1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian


negara.
2. Sanggup menghentikan peperangan saudara, iaitu Perang
Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan
kerana lawan yang telah mengangkat al-Quran.
3. Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria
untuk pertahanan negara.
4. Mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk
mengenakan jizyah.
( c ) Cadangan untuk mempertingkatkan pembangunan negara

1. Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif


2. Memajukan e- dagang
3. Meluaskan pasaran antarabangsa
4. Memperluaskan kemudahan infrastruktur
5. Mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara-negara
lain
6. Memperkukuh peranan institusi kewangan
7. Memantapkan kestabilan politik
8. Membawa masuk tenaga kepakaran luar
9. Melaksanakan transformasi ekonomi negara
Soalan 5

Apakah maksud tamadun

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain


dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan
pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai
civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek
iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.

Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam


aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan
sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud
keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.

Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting


1. Corak hidup lebih sistematik
2. kawasan yang dipilih memastikan kelangsungan bekalan
makanan
3. hasil inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam pertanian.
4. hasil pengeluaran meningkat
5. terdapat lebihan pengeluaran

Faktor Peningkatan sebuah tamaduan

1. kestabilan politik
2. sistem pemerintahan yang kuat dan adil
3. pemimpin berwibawa dan dinamis
4. bersifat kreatif dan inovatif
5. sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan
6. Perkembangan ilmu pengetahuan
Soalan no 8

Ciri utama perjanjian Persekutuan 1948 ialah


1. Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah
negeri
2. Persekutuan T. Melayu diketuai oleh pesuruhjaya Tinggi British
3. Raja berpelembagaan diwujudkan
4. Senarai persekutuan dan Senarai negeri
5. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang
Melayu
6. Intitusi Raja melayu dikekalkan dan bidang kuasa dan
kedudukan jelas dalam pentadbiran

(b) Nyatakan tindakan penduduk Sarawak menentang penyerahan Sarawak


kepada kerajaan British.

1. Persatuan menentang penyerahan Sarawak secara terbuka.


2. Kaum Ibu dalam PKMS berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan
kepada kerajaan British.
3. Kakitangan kerajaan menentang secara terbuka.
4. Seramai 338 kakitangan awam meletak jawatan sebagai tanda bantahan
terhadap Surat Pekeliling kerajaan British.
5. Kaum terpelajar dan orang muda Sarawak mengadakan pakatan sulit.
6. Mereka menubuhkan Rukun Tiga Belas untuk menghadapi tekanan British.
7. Rosli Dhobi telah membunuh Gabenor Sarawak, Duncan Stewart.

( c )Pada pendapat anda, apakah nilai yang patut menjadi asas kekuatan perjuangan
golongan nasionalisme dinegara kita

Nilai yang patut menjadi asas kekuatan perjuangan golongan nasionalisme dinegara
kita
1. Cinta akan negara
2. Tidak putus asa
3. Berani berjuang
4. Sanggup berkorban
5. Semangat kental
6. Benci penjajahan

Anda mungkin juga menyukai