Anda di halaman 1dari 3

Kitar semula

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Simbol kitar semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang
baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas
rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. [1][2] Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil, dan
elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan
biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar
semula.[2] Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau
dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi
pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi
bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas
pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.
Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan
keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan
atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan
lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari
keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau
emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan
mengitar raksa dari pelbagai bahan).
Pengkritik sering-kali mempertikai kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar
berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula sering kali menjadikan keadaan
lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa
bahawa kos dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan penggangkutan
mengurangkan (dan melebihi) kos dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan; juga
kerja yang dihasilkan oleh industri kitar semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan
kerja dalam pembalakan, perlombongan, dan industri lain yang dikaitkan dengan pengeluaran
baru; dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar beberapa kali sebelum penguraian
bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar semula menafikan semua
tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada pertikaian yang
berpanjangan.

Isi kandungan

[sorok]

 1 Sejarah

o 1.1 Kitar semula awal

o 1.2 Kitar semula masa perang

 2 Lihat juga

 3 Rujukan

[sunting] Sejarah

[sunting] Kitar semula awal

Kitar semula merupakan amalan biasa dalam sejarah manusia, dengan rekod penyokong seawal
Plato pada 400 BC. Semasa tempoh sumber kurang, kajian arkheologi bagi sampah silam
menunjukkan kurang buangan rumah (seperti abu, perkakasan rosak, dan tembikar)—
mencadangkan lebih banyak sampah dikitar semula disebabkan ketiadaan bahan baru. [3]

Dalam tempoh sebelum pengilangan, terdapat bukti serpihan gangsa dan logam lain dikutip di
Europah dan dicairkan kembali begi kegunaan berterusan. [4] Di Britain debu dan abu dari
pendiang kayu dan arang batu dikumpul oleh 'pengumpul sampah' dan di kitar bawah
("downcycling") sebagai bahan asas bagi penghasilan batu-bata. Punca utama bagi kitar semula
jenis ini adalah kelebihan ekonomi mendapatkan bahan suap stok kitar semula dan bukannya
bahan baru, termasuk juga mengurangkan sampah awam di kawasan yang semakin padat
dengan penduduk.[3] Pada tahun 1813, Benjamin Law membangunkan proses menukar perca
kain menjadi benang shoddy dan mungo wool di Batley, Yorkshire. Bahan ini merupakan
gabungan fiber kitar semula dengan benang dara. Industri shoddy Yorkshire Barat di bandar
seperti Batley dan Dewsbury, berakhir dari seawal abad ke-19 hingga Perang Dunia Pertama.
Gambar publisiti bagi kempen guna semula aluminium Amerika Syarikat, 1942

[sunting] Kitar semula masa perang

Kekurangan sumber disebabkan oleh Perang Dunia, dan kejadian menukar dunia lain
menggalakkan kitar semula.[5] Kempen promosi besar-besaran kerajaan dilakukan semasa
Perang Dunia Kedua disemua negara terbabit dalam perang, mendorong warga negara
menderma logam dan mengurangkan fiber, sebagai sumbangan patriotik besar yang penting.
Program pengekalan sumber ditubuhkan semasa perang diteruskan di sesetengah negara tanpa
sumber mentah semulajadi, seperti Jepun, selepas perang berakhir.

Anda mungkin juga menyukai