Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0: PENGENALAN
Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang lebih dikenali sebagai TITAS
memfokuskan kepada pengenalan ilmu berkaitan dengan ketamadunan seperti konsep
asas tamadun Islam dan tamadun Asia, ciri-ciri tamadun dan interaksi antara tamadun.
Selain itu, TITAS juga turut menyediakan ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang
sejarah ketamadunan, tokoh yang terlibat dengan isu-isu kontemporari antara Tamadun
Islam dan Tamadun Barat serta hubungan mereka dalam proses untuk membangunkan
sesebuah negara. Kursus ini dianggap penting kerana mampu memberikan pendedahan
kepada pelajar tentang kepentingan sejarah yang telah berlaku supaya mereka boleh
mengambil iktibar dan pengajaran.
Bagi tugasan kerja kursus MPU3052 TITAS, saya dikehendaki menulis sebuah
analisis yang kritis berkenaan dengan perbandingan kepelbagaian tamadun Asia antara
tamadun Melayu, Cina dan India yang terdapat di Malaysia. Saya perlu membandingkan
ketiga-tiga tamadun ini dari segi perbezaan sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.
Tugasan ini memerlukan saya untuk mencari dan meneliti serta memahami sumber
yang diperolehi supaya dapat menganalisis secara kritis dan sempurna.
1
2.0: KEPELBAGAIAN TAMADUN ASIA DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang makruf dengan rakyat yang berbilang
kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Tiga kaum ini
merupakan hasil pertembungan tamadun yang telah bertapak di Tanah Melayu sejak
berkurun lamanya. Menurut Hani (2009), penduduk peribumi Melayu mewakili Tamadun
Melayu, kaum Cina pula mewakili Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan kaum India
mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Hasil gabungan kepelbagaian tamadun
yang menetap di Malaysia telah menyebabkan berlakunya pertembungan dari segi
agama dan budaya yang diamalkan oleh rakyat Malaysia sehingga kini.
Di samping itu, menurut Tan Yao Sua (2016) penjajahan Inggeris di Tanah
Melayu telah mengakibatkan wujudnya masyarakat pelbagai etnik melalui kemasukan
imigran orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Mereka ini termasuk golongan Melayu,
India dan Cina yang diasingkan dari segi bidang pekerjaan, tempat tinggal dan sistem
pendidikan. Hal ini telah menyukarkan masyarakat untuk berinteraksi sesama mereka.
Namun, kesepakatan ketiga-tiga kaum ini akhirnya telah menyebabkan Persekutuan
Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Dasar yang dibawa
oleh British masih lagi memberi kesan kepada kaum di Malaysia walaupun sudah
hampir 61 tahun merdeka. Kita dapat lihat walaupun ada perbezaan dari aspek sosio
budaya, ekonomi dan pendidikan tiga kaum utama Malaysia ini iaitu Melayu, Cina dan
India tetapi disebabkan kesefahaman dan permuafakatan telah membentuk satu identiti
bangsa negara Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu padu.
2
3.0: PERBANDINGAN KRITIS ANTARA TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA
3
belanjawan untuk majlis perkahwinan semasa berlangsungnya sesi pertunangan
ini. Upacara kemuncak dalam pertunangan adat Melayu ialah wakil pihak lelaki
yang terdiri daripada ibu atau saudara perempuan menyarungkan cincin belah
rotan sebagai tanda gadis itu sudah dilamar.
4
pengantin dalam keluarga mertua terutamanya pengantin perempuan dan juga
untuk mengeratkan hubungan. Pada sebelah malamnya pula, terdapat jamuan
yang disediakan dan tetamu yang hadir akan membawa ang-pau sebagai
cenderahati kepada pengantin. Akhir sekali, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan saksi
sebagai bukti perkahwinan.
Selain itu, keunikan adat perkahwinan bagi kaum India adalah mereka
mempunyai penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam) yang merupakan lambang
suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-kedua pengantin. Menurut
Pendidikansivikk3 (2012), pada Thaali itu diikat dengan segumpal benang putih
yang disapu kunyit. Adat penyediaan Thaali disediakan tujuh hari atau sembilan
hari sebelum perkahwinan. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil
dan diletakkan di tempat sembahyang. Majlis perkahwinan masyarakat India
dikendalikan oleh pedanda. Pedanda memulakan upacara perkahwinan dengan
sembahyang dan memohon restu kepada Tuhan. Di samping itu, menurut
Yogha (2014) dalam penulisan blognya berkata dulang berisi atchatai iaitu beras
yang dicampur dengan kunyit serta bunga dibawa kepada tetamu. Beras ini
digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat Thaali
berlangsung. Pedanda pula akan menyerahkan Thaali kepada pengantin lelaki
untuk diikatkan pada leher pengantin perempuan. Thaali seharusnya menyentuh
dada dan benang suci. Sewaktu upacara ini berlangsung, atchatai ditaburkan ke
atas pengantin sebagai tanda restu. Seterusnya pengantin akan bertukar
kalungan bunga yang dipakai sebanyak tiga kali dan selepas itu penganti lelaki
akan memegang tangan pengantin perempuan untuk mengelilingi api sebanyak
tiga kali.
5
Persamaan bagi ketiga-tiga kaum ini dalam adat perkahwinan ialah
mereka mempunyai proses yang sama sebelum sesebuah ikatan perkahwinan
itu dibina. Proses yang dimaksudkan ialah peringkat merisik, meminang dan
majlis perkahwinan. Walaupun isi ataupun cara proses dilaksanakan secara
berlainan tetapi tujuannya tetap sama. Persamaan yang ketara adalah sewaktu
berlangsung majlis perkahwinan bagi kedua-dua pengantin. Kaum Melayu, Cina
dan India akan mengadakan majlis kenduri kahwin yang mana pada masa ini
mereka akan menjemput jiran tentangga, saudara mara yang jauh mahupun
dekat untuk meraikan pasangan pengantin. Sewaktu majlis ini berlangsung,
makanan dan minuman disediakan bagi meraikan tetamu. Selain itu, terselit juga
amalan nilai murni apabila berlangsung majlis perkahwinan seperti tolong-
menolong, ziarah-menziarahi dan kasih sayang. Oleh itu jelaslah, ketiga–tiga
kaum iaitu Melayu, Cina dan India mempunyai beberapa persamaan dalam adat
istiadat perkahwinan disebabkan oleh pertembungan tamadun yang telah
berlaku.
6
3.2: Ekonomi
Seperti yang kita ketahui, sejak dulu lagi terdapat perbezaan jurang ekonomi
antara kaum di Malaysia. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh dasar pecah
dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak British yang mana melibatkan tiga
kaum utama Tanah Melayu pada ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India. Kesan
daripada dasar tersebut telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku di mana
kaum Melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan kekal dengan ekonomi
tradisional. Menurut Ahmad Zaki (2012) kaum Melayu dibiarkan di kawasan
pedalaman untuk mengerjakan aktiviti pertanian seperti bercucuk tanam dan
menuai padi untuk memastikan bekalan makanan penduduk tidak terjejas.
Manakala kaum Cina pula ditempatkan di kawasan bandar dan menguasai
perusahaan lombong bijih timah serta perniagaan. Kaum India pula diletakkan di
kawasan estet bagi mengerjakan kerja ladang seperti menoreh getah dan kelapa
sawit.
7
perikanan tempatan. Sehingga ke harini ramai usahawan mengakui perusahaan
mereka berkembang pesat setelah dibantu oleh LKIM terutamanya dalam aspek
bekalan produk yang berkualiti.
8
daripada pedagang dan peniaga. Misalnya, Gujarati dan Sindhi memiliki
sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Malayu. Pada zaman kini pula,
perusahaan kain tekstil jenama GULATIS yang dipelopori oleh Kirpar Kaur Gulati
mendapat tempat di hati rakyat tempatan sehinggakan digelar Raja Kain Sutera
yang mana menyediakan tekstil yang bermutu tinggi (KOSMO Online, 2010).
Tokoh perniagaan yang dikagumi oleh masyarakat Melayu ialah Tan Sri
Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Menurut Mysumber (2017), Tan
Sri Syed Mokhtar merupakan orang kesepuluh terkaya di Malaysia dan satu-
satunya kaum Melayu yang berada dalam senarai 10 terkaya itu. Forbes (2017)
menyatakan beliau mempunyai harta yang bernilai kira-kira AS $ 1.8 billion. Syed
Mokhtar merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary yang kini terkenal sebagai
sebuah badan kebajikan yang membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Selain itu, beliau turut menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin
9
yang pandai serta membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang bernilai RM
500 juta. Beliau turut terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan,
pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan (Majalah Niaga, 2017)
10
3.3: Pendidikan
11
Selain itu, menjadi satu kelebihan kepada kaum Melayu berbanding
dengan kaum India dan Cina adalah kerana wujudnya Majlis Amanah Rakyat
(MARA) yang telah membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). MRSM
merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh MARA di bawah
Akta Majlis Amanah Rakyat Bil 2.0 Tahun 1996 (Saiful Nordin, 2014). Memetik
kata-kata mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd.
Shafie Apdal dalam akhbar Mingguan Malaysia 8 Mei 2011, beliau berkata
bahawa MARA merupakan satu organisasi amanah yang ditubuhkan untuk
memajukan rakyat terutamanya kaum Bumiputera. Menurutnya lagi, MARA
bukan organisasi biasa tetapi MARA wujud untuk memartabatkan bangsa
Melayu terutamanya. MARA merupakan badan kanun yang mempunyai sistem
kewangan sendiri bagi membantu membiayai pendidikan dan keusahawanan
dalam kalangan Bumiputera.
Pendidikan bagi kaum Cina dan India dibahagikan kepada sekolah jenis
kebangsaan. Sekolah ini merupakan lanjutan sekolah vernakular yang
berasaskan kaum di Malaysia yang telah diperkenalkan oleh BrItish. Terdapat
dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Pada era penjajahan British, sekolah
ini dahulunya dibiayai dan ditanggung sepenuhnya oleh kaum India dan Cina.
Namun, setelah merdeka sekolah jenis kebangsaan ini dibiayai oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dan dianggap sebagai sekolah bantuan
kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia
12
merupakan satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara yang masih
mempertahankan sistem SJK ini (BERNAMA, 2011). Beliau menyatakan
bahawa kerajaan masih lagi mengiktiraf dan membantu SJK ini. Menurutnya lagi,
murid yang bersekolah di SJK ini mempunyai kelebihan menguasai tiga jenis
bahasa berlainan iaitu Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Ibunda mereka sama ada Mandarin atau Tamil. Penguasaan lebih daripada satu
bahasa ini mampu memberi nilai tambah kepada murid tersebut sekaligus
mampu membantu negara mencapai tahap kemajuan seiring dengan negara-
negara yang lain. Berbeza dengan sekolah kebangsaan yang mana hanya
menggunakan dua bahasa saja iaitu Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris
Persamaan bagi pendidikan kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia ini
adalah berlandaskan kepada dasar pendidikan negara yang sama iaitu
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut buku Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia, FPK berperanan sebagai tonggak utama dalam
perlaksanaan pendidikan di Malaysia. Selain itu, FPK turut menyumbang kepada
sistem pendidikan negara dalam kurikulum sekolah. Sukatan pelajaran bagi
memberi penerapan nilai murni dimasukkan dalam kurikulum sekolah yang ada
di seluruh Malaysia. Maksudnya tidak kiralah sekolah kebangsaan ataupun
sekolah jenis kebangsaan, matlamat mereka tetap sama seiring kehendak FPK
yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek selain mampu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.
13
4.0: KESIMPULAN
Setelah menganalisis secara kritis perbandingan antara kaum Melayu, Cina dan India
dari aspek sosio budaya, ekonomi dan pendidikan saya dapati banyak perkara baru
yang telah saya pelajari. Kerja kursus ini telah membantu saya untuk memahami
dengan lebih lanjut berkenaan dengan perbezaan dan juga persamaan yang terdapat
dalam ketiga-tiga kaum ini. Selain itu, saya dapat menyingkap kembali sejarah zaman
terdahulu yang telah mengakibatkan wujudnya tamadun Melayu, Cina dan India.
Sejarah yang telah menyebabkan kewujudan tamadun Malaysia yang dianggap unik
kerana masyarakat mampu hidup dalam perpaduan walaupun mempunyai pelbagai
bangsa dan agama. Hasil hubungan interaksi antara tamadun Melayu, tamadun Cina
dan tamadun India telah melahirkan satu corak budaya dan identiti bagi rakyat Malaysia.
Kesinambungan dan kelangsungan ketiga-tiga tamadun ini diperoleh hasil daripada
sikap terbuka masyarakat Malaysia dalam menerima sebarang perubahan dan
pembaharuan.
Selain itu, saya dapati walaupun sesebuah kaum itu mempunyai perbezaan
dalam aspek sosio budaya contoh adat perkahwinan, tetapi masih boleh diterima lagi
oleh kaum yang lain kerana rakyat Malaysia yang sudah berjanji untuk saling hidup
dalam suasana harmoni walaupun mengamalkan adat dan budaya yang berlainan.
14
Seterusnya walaupun terdapat perbezaan dalam aspek ekonomi tetapi tujuaanya tetap
sama iaitu ingin membantu negara Malaysia mencapai kejayaan di persada dunia
global. Akhir sekali, pendidikan di Malaysia adalah di bawah naungan sebuah matlamat
iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaupun murid tersebut belajar di SK atau
SJKC atau SJKT tetapi hala tujuanya tetap mahu melahirkan warganegara Malaysia
yang seimbang dari segi emosi, jasmani dan rohani.
15