Anda di halaman 1dari 14

KAJIAN TAHAP PENCAHAYAAN DEWAN KULIAH TERHADAP KESELESAAN

DAN PRESTASI PELATIH


(BAB 2)

MUHAMMAD EZZUAN BIN MUHAMMADIN

BPPKP2015-1318

DKP27 AR-RADZI1

DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN KSKB SUNGAI BULOH


BAB 2

KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur boleh didefinisikan sebagai aktiviti membuat rujukan ke atas dokumen-
dokumen yang mengandungi maklumat dan data, yang berkaitan dengan kajian yang dikaji.
Kajian perpustakaan diperolehi melalui media elektronik dan juga media bukan elektronik
seperti buku, jurnal, akhbar dan sebagainya. Untuk kajian ini iaitu mengkaji kaitan tahap
pencahayaan dewan kuliah terhadap keselesaan dan prestasi pelatih di Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh.

Cahaya merupakan satu gelombang yang membantu kita untuk melihat. Sumber cahaya boleh
diperolehi daripada dua sumber iaitu sumber semulajadi seperti cahaya matahari manakala
sumber mekenikal adalah seperti lampu bilik atau lampu pendaflour. Bagi sumber
pencahayaan semulajadi Sifat-sifat cahaya adalah ianya bergerak lurus ke semua arah. Ini dapat
dibuktikan apabila kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam
sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang
bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini
disebut sebagai pantulan cahaya.

Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti
melalui udara, kaca dan air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak
lebih laju melalui udara berbanding melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju apabila melalui
udara daripada daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong
dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui
medium yang berbeza tidak dibiaskan. Pencahayaan diukur menggunakan unit SI unit lux (lx)
atau lumen per meter persegi (cd•sr•m-2). Wagner dan Hollenbeck (2002), menyatakan
keperluan pencahayaan adalah berbeza-beza dalam organisasi mengikut jenis pekerjaan yang
dilakukan dan ia mempunyai hubungan yang signifikan dengan masalah kesihatan pekerjaan.
Bagi seorang murid atau dalam konteks kajian iaitu seorang pelatih, keperluan pencahayaan
yang mencukupi dapat memastikan penumpuan yang baik dan memberi lebih tahap keselesaan
bagi seorang murid .

Terdapat empat jenis pencahayaan utama iaitu General Lighting, Decorative Lighting, Accent
Lighting dan Task Lighting. Bagi pencahayaan General Lighting ianya adalah jenis
pencahayaan yang berperanan menerangi keseluruhan sesuatu ruang. General Lighting
membolehkan orang yang berada di sesuatu ruang melihat keseluruhan ruang tersebut dan
contoh lampu bagi pencahayaan General Lighting ialah lampu pendaflour. Bagi Decorative
Lighting ianya adalah pencahayaan yang lebih kepada tujuan perhiasan dimana bagi
pencahayaan jenis ini ianya menekankan bentuk lampu yang mana selalunya ianya mempunyai
bentuk yang menarik dan memberi pencahayaan yang menakjubkan kepada kawasan yang
diteranginya. Contoh bagi pencahayaan Decorative Lighting ialah lampu chandelier dan light
strip. Bagi pencahahayaan Accent Lighting pula ianya sejenis pencahayaan yang bertujuan
untuk memfokuskan sesuatu kawasan dan objek serta menerangi objek dan kawasan dengan
pencahayaan yang menarik. Biasanya pencahayaan ini digunakan untuk menerangi lukisan
dan permukaan dinding yang telah didekorasi, antara contoh Accent Lighting ialah track light
dan lampu canister. Dan yang terakhir iaitu Task Lighting adalah satu pencahayaan yang
memfokuskan kepada satu arah dan digunakan untuk tujuan khusus tertentu seperti membaca
buku, pembuatan jam dan membuat kerja kayu. Pencahayaan ini memberikan amaun cahaya
yang lebih banyak kepada sesuatu kawasan tempat kerja dilakukan dan amaun cahaya itu lebih
banyak berbanding cahaya yang menerangi kawasan di sekitar. Contoh lampu yang digunakan
dalam ; ialah lampu meja dan lampu gantung.

Gambar 1: Contoh General Lighting ( sumber dari www.interletric.com)


Gambar 2:. Contoh Decorative Lighting Gambar 3: Contoh Accent Lighting
(sumber dari: www.savelights.com) (sumber dari:www.expertelectric.ca)

Gambar 4: Contoh Task Lighting (sumber dari:www.greengaragedetroit.com)

Manusia pada kebanyakan masa memperolehi ilmu, pengalaman dan informasi melalui daya
penglihatan dan dalam sudut ini tahap pencahayaan memainkan perana yang penting didalam
proses psikologikal dan biological manusia dan ini dapat dilihat melalui melalui kajian-kajian
lepas tentang kepentingan pencahayaan yang mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar atau
dalam konteks kajian ialah pelatih-pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai
Buloh. Kepentingan pencahayaan telah dibuktikan melalui kajian terkini di mana ianya
memberi kesan positif kepada pelajar dari aspek membaca, menulis dan membuat kerja
matematik yang ditunjukkan pada tahap pencahayaan 500 lux yang mana lebih terang
berbanding pencahayaan standard 300 lux yang diaplikasikan dikebanyakan sekolah
(P.Sleegers et al., 2011).
2.2 KAJIAN SEBELUM BERKENAAN VARIABLE FAKTOR

Pencahayaan adalah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia yang mana ianya
melengkapkan fungsi deria prnglihatan untuk melihat dengan jelas dan untuk melakukan
aktiviti seharian seperti makan, mandi, bekerja dan belajar. Tetapi adalah lebih baik untuk
kajian ini menerangkan tentang sifat pencahayaan itu sendiri. Menurut Purnama Esa Dora,2012
untuk memberikan pencahayaan yang baik ada beberapa yang perlu diambilkira iaitu;

 Kuantiti Cahaya
 Penyebaran kepadatan cahaya
 Terhadkan cahaya yang menyilaukan
 Pembentukan banyangan dan arah pencahayaan
 Warna cahaya dan refleksi warna

Pencahayaan dalam kelas selalunya melibatkan pencahayaan semulajadi dan pencahayaan


buatan. Dimana pencahayaan semulajadi datang dari bukaan dalam sesuatu ruang atau dewan
kuliah itu seperti tingkap dan pintu. Pencahayaan semualajadi juga disentuh dalam aspek
undang-undang di mana;

Tiap-tiap bilik yang direkabentuk, dipadan atau digunakan bagi maksud-maksud kediaman,
perniagaan atau lain-lain kecuali hospital dan sekolah hendaklah dilengkapkan dengan
pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang
mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai bilik itu.
(Peraturan 39(1) UBBL 1984 ) dan untuk memahami kehendak undang-undang. Terdapat satu
lagi peruntukan undang-undang yang menjelaskan pencahayaan semulajadi dalam institusi
pendidikan yang menyatakan bahawa; Tiap-tiap bilik yang digunakan bagi maksud
menjalankan kelas-kelas dalam sesuatu sekolah hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan
semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai
jumlah keluasan tidak kurang 20% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah
mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak
terganggu yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lantai itu (Peraturan 39(3) UBBL
1984 )

Bagi pencahayaan buatan pula yang semakin moden yang mana dahulunya hanya lampu
mentol, lampu fluorescent, lampu halogen dan kini menyaksikan penggunaan yang lebih cekap
menggunakan tenaga eletrik iaitu lampu LED di dalam sesuatu ruang (Lia Kurniawati, 2008).
Pencahayaan buatan dapat kita fahami sebagai pencahayaan selain semulajadi yang dicipta
manusia yang pada asasnya menggunakan tenaga eletrik untuk berfungsi.

Warna juga memainkan peranan penting pencahayaan dimana warna dapat kita fahami sebagai
cahaya atau radiasi gelombang yang dihasilkan dari cahaya putih seperti cahaya matahari (Lia
Kurniawati,2008). Mekanisma penglihatan warna dapat difahami dengan lebih jelas apabila
cahaya matahari melalui sebuah prisma yang membiaskan dan menukarkan cahaya putih
matahari tadi kepada 6 frekuensi atau jenis cahaya yang berlainan seperti yang boleh dilihat
dalam pelangi iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Gambar di bawah memberikan
gambaran jelas tentang bagaimana konsep penglihatan warna ini berlaku.

Sumber: (mapmaker.rutgers.edu)

Populasi yang dikaji dalam kajian ini ialah Pelatih-pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
(KSKB) Sungai Buloh. Pelatih-pelatih ini datang dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak. Pelatih-pelatih di KSKB Sungai adalah pelatih-pelatih yang menjalani
kursus diploma separa perubatan tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia di mana mereka
wajib menjalani latihan mengikut kurikulum dan kokurikulum yang digariskan oleh Bahagian
Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan selepas tamat diploma mereka akan
dilantik ke dalam perkhidmatan awam berjawatan U29 mengikut disiplin latihan diploma yang
dijalani sekiranya terdapat kekosongan jawatan. Pelatih-pelatih di KSKB menjalani berbagai
jenis diploma latihan iaitu Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Kejururawatan, Diploma
Jurupulih Perubatan, Diploma Jurupulih Carakerja, Diploma Radioterapi dan Radiografi dan
Diploma Lanjutan. Justeru sebagai sebuah institusi latihan dan pembelajaran adalah penting
bagi fasiliti-fasiliti di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu mempunyai tahap pencahayaan yang
baik agar memudahkan pelatih-pelatih menjalani latihan dan diploma mereka.
2.3 KAJIAN SEBELUM BERKENAAN KESAN KESIHATAN

Sesuatu pencahayaan juga walaupun merupakan suatu elemen yang penting dalam fungsi
fisiologi manusia yakni dalam deria penglihatan, ianya juga memberikan kesan kepada
kesihatan manusia yang mana kesan tersebut tidak hanya terhad di anggota dan organ deria
penglihatan tetapi juga memberikan kesan ke anggota dan organ lain di bahagian tubuh
badan manusia.

Silau adalah kesan kesihatan atau kesan kepada penglihatan yang kerap kali berlaku
melibatkan tahap pencahayaan. Pencahayaan yang berlebihan meyebabkan silau.
Permukaan yang terang dalam kawasan penglihatan manusia juga antara faktor mendorong
silau. Silau dapat dikelaskan dan dialami dalam dua keadaan iaitu disability glare dan
discomfort glare. Disability glare menjejaskan kebolehan untuk melihat dan menyebabkan
kehilangan penglihatan sementara. Ianya dihasilkan oleh pencahayaan yang tinggi ketika
menerangi tempat yang mempunyai tahap pencahayaan yang rendah seperti keadaan ketika
berdiri di hadapan kereta yang menyalakan lampu yang mana akan menyebabkan silau jenis
disability glare. Disability glare tidaklah secara langsung menyebabkan kesan kesihatan
kepada manusia tetapi ianya menyebabkan kesan sampingan seperti melemahkan daya
penglihatan yang menjurus ke arah sukar mengenalpasti objek yang dilihat (Cosmin
Ticleanu et al., 2015). Disability glare dapat dicegah dengan mengubah arah pencahyaan
dan menggunakan lapisan penghalang dan pencegah silau. Bagi discomfort glare pula
ianya dikenalpasti dalam bentuk ketidakselesaan penglihatan dan gangguan dimana ianya
tidak menyebabkan kurangnya kemampuan dan kebolehan untuk melihat tetapi mendorong
kearah kelelahan mata. Silau jenis ini juga menyebabkan asthenophia, sakit kepala dan sakit
belakang, serta menjejaskan mood dan psikologi seseorang (Cosmin Ticleanu et al., 2015).

Migrain adalah antara kesan kesihatan yang boleh didapati dari sesuatu tahap pencahayaan.
Menurut National Institute of Neurological Disorders and Stroke, Amerika Syarikat,
migran boleh didefinisikan sebagai denyutan yang kuat atau sakit di sesuatu kawasan di
kepala. Migran pada sesuatu masa dapat menyebabkan manusia berasa sensitive terhadap
cahaya dan bunyi. Menurut portal myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan
bahawa migrain menyebabkan “aura” iaitu tanda-tanda amaran sebelum migran berlaku
dan dalam konteks pencahayaan dan penglihatan menyebabkan hilang penglihatan secara
sementara dan munculnya kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum
ianya hilang. Aura ini juga didorong oleh kekurangan tidur, ketidakseimbangan
pemakanan pendedahan kepada cahaya dan ketidakseimbangan hormon.(SCENIHR,2008).
Menurut Kesatuan Pengilang Lampu Eropah menyatakan orang yang menghidap migrain
lebih sensitive kepada cahaya berwarna biru.

Pencahayaan juga boleh mengakibatkan kesan radiasi kepada kulit manusia. Zaman ini
inovasi dalam penciptaan lampu semakin berkembang dan antaranya adalah penciptaan
lampu LED dimana ianya dicipta menggunakan gallium arsenide dan sinaran inframerah
yang halus (Cosmin Ticleanu et al., 2015). Pendedahan lampu LED dalam jangkamasa
tertentu akan membuatkan keadaan kulit bertambah teruk dan menyebabkan penyakit
keradangan kulit seperti Lupus (Cosmin Ticleanu et al., 2015). Disamping itu sinar UV
dalam lampu juga berpotensi menyebabkan kerosakan kulit yang berkaitan dengan
erythema, elastosis dan kanser. Walaubagaimanapun semakin jauh manusia dari lampu
menjadikan risiko kesihatan dari sinaran UV tersebut menjadi rendah. (Cosmin Ticleanu et
al., 2015). Keadaan ini menjadikan sumber pencahayaan konvensional dan standard dalam
rumah, dewan kuliah dan pejabat adalah selamat kerana jarak yang jauh antara manusia
dan sumber cahaya yakni lampu itu.
2.4 KAJIAN SEBELUM BERKAITAN IV DAN DV

Michael S. Mott, Daniel H. Robinson, Ashley Walden, Jodie Burnette, and Angela S.
Rutherford(2012. Kajian ini menyatakan bahawa kualiti dan suhu warna mempengaruhi tahap
focus pelajar dalam pembacaan. Ia juga menekankan tentang tetapan pencahayaan buatan perlu
diambil kira oleh pihak bertanggungjawab dalam bidang pendidikan, kejuruteraan dan rekaan
lampu untuk mengoptimumkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Kajian ini
juga menyatakan mengenai kesan cahaya yang memfokuskan kepada pelajar dan
mencadangkan penilaian dan kajian yang lebih mendalam mengenai tahap iluminasi
pencahayaan dan warna suhu yang memberi kesan kepada hasil pembelajaran pelajar

Purnama Esa Dora(2010). Kajian ini yang dijalankan di kelas di SMA Santa Maria Surabaya
Indonesia yang mempunyai masalah kerana kurangnya intensity cahaya pada dinding dan
disamping itu jenis cermin juga memberikan masalah silau di kelas di SMA Santa Maria. Untuk
mengurangkan masalah silau ini langkah menukar cermin yang digunakan di kelas telah
diambil untuk mengurangkan sinar matahari seterusnya mengatasi masalah silau.

P Sleegers, N Moolenaar, M Galetzka and B van der Zanden(2012). Menurut kajian ini kesan
pencahayaan terhadap penumpuan dapat dilihat memberi kesan kepada kumpulan pelajar yang
lebih muda berbanding kumpulan pelajar yang lebih tua dari mereka. Menurut kajian ini
mungkin kerana pelajar yang lebih tua tersebut telah dilatih dan membiasakan diri untuk
menumpukan sepenuh perhatian berbanding pelajar yang lebih muda yang masih dalam
peringkat mengembangkan dan mengasah kemahiran pembelajaran mereka. Kajian juga
mencadangkan untuk menjalankan lebih banyak kajian tentang kaitan pencahayaan terhadap
prestasi pelajar dari aspek kumpulan umur yang berlainan.

Professor Jo Silvester & Dr Efrosyni Konstantinou (2010). Kajian ini di mana ianya lebih
menekankan tentang pencahayaan dan kerja menyatakan penemuan mngenai hubungan
pencahayaan dan prestasi kerja. Pencahayaan juga adalah ada antara beberapa faktor yang
digabungkan untuk membina suasana kerja yang sihat yang seterusna meningkatkan
produktiviti kerja. Kajian ini juga menekankan tentang pentingnya standard dan peraturan
berkaitan pencahayaan dalam meningkatkan kepentingan pencahayaan dan kesihatan
penglihatan kepada pekerja terutamanya kepada pekerja yang lebib berisiko seperti pekerja
yang lebih tua.
Menurut Purnama Esa Dora(2012). Kajian ini mempunyai beberapa hasil dimana antaranya
kedudukan seseorang terhadap arah cahaya memainkan peranan penting dalam keselesaan
seorang yang mana akan mempengaruhi kecekapan kerja mereka, keselesaan di sini menurut
maksud dar kajian adalah meliputi kemampuan membaca dalam berbagai jenis media, pantulan
cahaya pada beberapa peralatan di tempat kerja dan kemampuan melihat sekeliling. Kajian juga
menekankan tentang susun atur perabot terhadap arah pencahayaan perlu diberi perhatian.
2.5 KAJIAN SEBELUM BERKAITAN KEPENTINGAN KAJIAN

Secara umumnya, penemuan dalam penyelidikan-penyelidikan sebelum ini menunjukkan


kaitan masalah pencahayaan yang dihadapai oleh populasi-populasi dalam kajian tersebut iaitu
pelajar sekolah dan pekerja berkait rapat dengan keselesaan serta pencapaian populasi-populasi
tersebut dan ini dapat digunakan dalam mengkaji populasi kajian yang saya jalankan iaitu
pelatih-pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh. Penemuan dalam kajian-kajian
sebelum ini memberi lebih banyak maklumat dan gambaran tentang bagaimana aspek
pencahayaan itu memberi kesan kepada populasi yang dikaji. Penemuan dalam kajian ini juga
boleh dijadikan satu panduan oleh pihak yang berkaitan seperti pihak pengurusan Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu, Radicare iaitu syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara fasiliti di
KSKB Sungai Buloh, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia,
jurutera, kontraktor dan pereka lampu untuk lebih memahami keperluan sebenar pencahayaan
dalam pekerjaan dan pendidikan agar populasi yang dikaji seperti pekerja dan pelatih seperti
yang dikaji dalam kajian ini mendapat tahap pencahayaan yang mencukupi agar tidak memberi
kesan yang tidak baik kepada mereka terutamanya dalam aspek keselesaan dan prestasi
mereka.Kajian juga boleh digunakan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk mengkaji perkara
berkaitan di masa hadapan agar lebih banyak hasil dan penemuan dapat dikenalpasti. Selain itu
juga diharap pelatih dan populasi yang dikaji lebih memahami tentang pencahayaan yang
sesuai untuk mereka dan bagaimana tahap pencahayaan itu dapat memberi kesan kepada
mereka.
Bibliografi

1. Fitri Permatsari, Yunani Setyandriana(2013), Keluhan mata silau pada penderita


Astigmatisma dengan Miopia
2. Cosmin Ticleanu (2015). A summary of LED lighting impacts on health.

3. Javan Mehrdad, Barakat Samira, Dehghan Habibollah,Yosefi Hossein Ali, Amiri


Masoud, Abram Fahimeh (2013) Evaluation in lightning intensity in dormitory study
hall of Isfahan University of Medical Science,Iran.

4. Puspa Indah Wibiyanti(2008), Kajian Pencahayaan Pada Industri Kecil Pakaian Jadi
dan Pembuatan

5. Lia Kurniawati (2008).Pengaruh pencahayaan L.E.D terhadap ruang café dan restoran

6. Michael S. Mott, Daniel H. Robinson, Ashley Walden, Jodie Burnette, and Angela S.
Rutherford(2012). Illuminating the Effects ofDynamic Lighting on Student Learning

7. P Sleegers, N Moolenaar, M Galetzka and B van der Zanden(2012). Lighting affects


students’ concentration positively: Findings from three Dutch studies.

8. Professor Jo Silvester & Dr Efrosyni Konstantinou (2010). Lighting, Well-being


and Performance at Work

9. Purnama Esa Dora(2010). OPTIMASI DESAIN PENCAHAYAAN RUANG KELAS


SMA SANTA MARIA SURABAYA.

10. Purnama Esa Dora(2012). HUBUNGAN ARAH PENCAHAYAAN BUATAN


TERHADAP KENYAMANAN DAN EFISIENSI KERJA

11. Scientific Committee on Emerging and Newly Identified Health


Risks,SCENIHR(2008). Light Sensitivity.

Anda mungkin juga menyukai