Anda di halaman 1dari 7

BAB 5

PERATURAN PUSAT SUMBER


SEKOLAH
5.1 Peraturan Am
5.2 Peraturan Khusus
5.3 Peraturan Penggunaan Bilik PSS
5.4 Peraturan Pinjaman dan Pemulangan
Bahan
KANDUNGAN DALAM BAB INI TELAH DIBENTANG DAN
DIPERSETUJUI DALAM MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
INDUK KALI KE ___ YANG TELAH DIADAKAN PADA ___

Disediakan oleh, Disahkah oleh,

............................ ...........................

Guru Pusat sumber dan Media Guru Besar

Tarikh :................................. Tarikh :................

5.1 PERATURAN AM

5.1.1 Semua unit PSS terbuka kepada semua warga sekolah.


5.1.2 Murid tidak dibenarkan masuk ke PSS tanpa guru mata muridan atau
kebenaran guru unit PSS.

5.1.3 Tidak dibenarkan membuat bising di dalam PSS.

5.1.4 Tidak dibenarkan membawa masuk makanan dan minuman serta makan dan
minum di dalam PSS.

5.1.5 Tidak dibenarkan menyalahgunakan, merosakkan dan membawa keluar


bahan-bahan PSS tanpa kebenaran.

5.1.6 Tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di dalam PSS.

5.1.7 Sila buang sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan. Sila jaga
kebersihan PSS.

5.1.8 Kerjasama semua pihak amatlah dihargai agar PSS dapat dimanfaatkan
sepenuhnya.

5.2 PERATURAN KHUSUS

5.2.1 Peraturan Pusat sumber

a. Masa perkhidmatan ialah pada waktu rehat I (9.50-10.10 pagi), dan waktu
pulang ( 1.10 -1.40 petang )

b. Kebersihan dan keceriaan pusat sumber adalah tanggungjawab bersama.

c. Semua murid hendaklah sentiasa berdisiplin ketika berada di pusat sumber.

d. Murid mesti memakai pakaian seragam sebelum memasuki pusat sumber.

e. Guru hendaklah berada di pintu masuk bagi memudahkan kawalan murid.

f. Guru bertanggungjawab memastikan pelakuan murid sepanjang berada di


pusat sumber.

g. Pengguna pusat sumber dikehendaki menyusun semula buku, peralatan atau


bahan yang telah digunakan ke tempat asal.

h. Bagi guru yang menggunakan pusat sumber pada waktu akhir hendaklah
memastikan semua suis elektrik ditutup.

i. Guru hendaklah membuat tempahan sebelum membawa masuk murid dan


merekodkan penggunaannya di dalam buku rekod yang telah disediakan.

5.3 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK PSS

Peraturan sebelum masuk.

5.3.1 Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam pusat sumber.
5.3.2 Dilarang membawa masuk beg sekolah, buku rujukan, fail, atau peralatan
luar.

5.3.3 Hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan kertas sahaja.

5.3.4 Murid tidak dibenarkan masuk pada waktu pengajaran dan pembelajaran
tanpa kehadiran guru.

5.3.5 Murid dikehendaki menanggalkan kasut dan berbaris ketika masuk dan
keluar pusat sumber.

5.3.6 Kanak-kanak atau binatang peliharaan tidak dibenarkan bawa masuk ke


pusat sumber.

Peraturan semasa berada di pusat sumber.

5.3.7 Murid dilarang makan dan minum serta membuat bising.

5.3.8 Murid dilarang membawa masuk dan keluar sebarang bahan bacaan tanpa
kebenaran.

5.3.9 Dilarang menconteng, merosakkan atau mengoyak bahagian-bahagian


tertentu di dalam mana-mana bahan bacaan.

5.3.10 Dilarang membawa atau menyembunyikan bahan bacaan bukan di tempat


asalnya.

5.3.11 Dilarang memindahkan bahan bacaan ke rak lain.

5.3.12 Dilarang membuang sampah di merata-rata tempat.

5.3.13 Pihak perpustkaan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau


kehilangan barang persendirian yang dibawa masuk.

5.4 PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN / ALAT

Peraturan pinjaman.

5.4.1 Murid dibenarkan meminjam buku sebanyakdua buah sahaja dalam sesuatu
masa.

5.4.2 Tempoh pinjaman adalah selama 5 hari. Denda akan dikenakan sebanyak 10
sen sehari kepada murid yang lewat memulangkannya.

5.4.3 Buku yang dikembalikan mestilah dalam keadaan yang baik.

5.4.4 Murid hendaklah bertanggungjawab ke atas semua buku yang dipinjam di


atas namanya.
5.4.5 Urusan pinjaman dan pemulangan buku hendaklah dibuat pada waktu rehat
dan petang sahaja.

5.4.6 Tindakan akan dikenakan kepada murid yang menyewakan kad pinjaman
mereka kepada murid lain.
BORANG PINDAAN DASAR FAIL KUASA PSS
Pindaan : Bil ____ / _____

BI PERKARA TARIKH KUATKUASA TARIKH MANSUH


L

Keputusan tersebut di atas telah dicapai dalam mesyuarat AJK


Induk PSS Kali ke - ___ / ____ yang telah diadakan pada
______

Disediakan oleh, Disahkah oleh,

............................ ...........................

Guru Pusat sumber dan Media Guru Besar

Tarikh :................................. Tarikh :................

Anda mungkin juga menyukai