Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN

CERAMAH REMAJA &


MASALAH SOSIAL
MASA KINI

TEMPAT:
DEWAN SEMARAK, SMRA KUALA KLAWANG

TARIKH:
19 FEBRUARI 2014 (RABU)

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENDAHULUAN

Program Ceramah Remaja dan Masalah Sosial Masa Kini merupakan satu
program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah
Rendah Agama Kuala Klawang. Program yang bakal dilaksanakan ini merupakan salah
satu program berorentasi pendidikan kepada pelajar berkaitan dengan tingkahlaku
disiplin dikalangan pelajar sekolah.

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang


amalan disiplin yang positif seharusnya dipupuk dikalangan pelajar dan menanamkan
budaya disiplin yang sihat. Program ini juga merupakan antara langkah pencegahan yang
terbaik bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan Negara yang ingin menghasilkan
pelajar yang berilmu tinggi dan mengurangkan masalah sosial dikalangan pelajar dari
terjebak dengan gejala yang tidak sihat yang akhirnya memusnahkan pemuda-pemudi
harapan negara pada hari ini.

2. MATLAMAT PROGRAM

2.1 Memupuk amalan disiplin yang baik dikalangan pelajar.


2.2 Mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
2.3 Mewujudkan sikap bertanggungjawab dan rasa sayang terhadap diri sendiri,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Melahirkan insan yang mempunyai sifat sayang pada diri sendiri
3.2 Meningkatkan kesedaran diri pelajar bahawa disiplin yang bagus akan memberi
kejayaan kepada pelajar.
3.3 Memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dikalangan pelajar untuk sama
sama membanteras masalah disiplin di kalangan pelajar.
3.4 Menjadikan kawasan sekolah bebas dari salah laku dan masalah disiplin.

4. SASARAN

Semua pelajar tingkatan 1,2 dan 3

5. KETENTUAN
Tarikh : 19 Februari 2014 (Rabu)
Tempat : SMRA Kuala Klawang
Masa : 2.45 ptg – 3.45 ptg

6. TEMA PROGRAM

“Disiplin Cemerlang, Sahsiah Gemilang”

7. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Seperti di lampiran A

8. ANGGARAN BELANJAWAN

Seperti di lampiran B

9. TENTATIF PROGRAM

Seperti di lampiran C

10. PENUTUP
Dengan adanya program ini, diharapkan agar ia dapat mencapai matlamat dan objektif

sekolah yang ingin meningkatkan prestasi mutu sahsiah yang cemerlang dan mengurangkan

masalah salah laku disiplin pelajar. Adalah dipercayai bahawa disiplin yang baik akan dapat

membantu pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Di samping

itu, diharapkan program yang diadakan dapat meningkatkan jati diri dan moral murid-murid

supaya mereka tidak terjebak dengan bahana gejala sosial kelak.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ................................................
(FATHLINA BT MUSA) (HAJAH HASNAH BT MOHD YASIN)
Kaunselor Pengetua
SMRA Kuala Klawang SMRA Kuala Klawang

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PROGRAM
CERAMAH REMAJA DAN MASALAH SOSIAL MASA KINI

PENAUNG
Pn. Hjh. Hasnah bt Mohd Yasin

PENASIHAT
Pn. Rozana bt Yahaya
Pn. Hafsah bt Hj. Mohd Isa
Pn. Rafidah bt Ab Rahman

SETIAUSAHA
Pn. Fathlina bt Musa

BENDAHARI
Pn. Siti Izakiah Nor bt Dato’ Ibrahim

PERSIAPAN TEKNIKAL KEROHANIAN


Pn. Sri Sabariah bt Mohd Samsir Pn. Juliana bt Othman

PERSIAPAN DEWAN DISIPLIN & KAWALAN MURID


Pn. Zuriati bt Mohammed Zainuddin En. Mohammad Ikram b. Ariffin

FOTOGRAFI HADIAH & CENDERAMATA


Cik Saila bt Suparno Pn. Fathlina bt Musa.

JAMUAN
Pn. Aznida bt Abdullah
LAMPIRAN B
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Cenderamata Penceramah (Hamper) RM 25 x 2 RM 50.00
2 Hadiah Kuiz Pelajar RM 5 x 6 pelajar RM 30.00
JUMLAH RM 80.00

Sumber : Peruntukan PCG Bimbingan dan Kaunseling

LAMPIRAN C
TENTATIF PROGRAM
19 Februari 2014
2.30 ptg - Pelajar mengambil tempat
- Ketibaan penceramah jemputan
2.45 ptg - Kata aluan dari pengacara majlis
- Bacaan doa
- Slot Ceramah dari Pegawai Perhubungan Sekolah
3.30 ptg - Kuiz Pelajar
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
3.45 ptg - Penutup
- bersurai

Anda mungkin juga menyukai