Anda di halaman 1dari 5

KEJOHANAN MERENTAS DESA ZON KERAMAT 2015

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN.

1.1 Tarikh : 5 Februari 2015 (kHAMIS)

1.2 Tempat : ASTAKA Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (rujuk peta laluan)

1.3 Masa : 7.30-12.30 tengah hari

2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia


(KOAM), Peraturan-peraturan AM Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan
Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan
peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutuan
(MSSWP).

3. JENIS PERTANDINGAN/KATEGORI / JARAK LALUAN

3.1 Pertandingan akan dijalankan secara individu dan berpasukan.

3.2 Kumpulan umur dan kategori adalah seperti berikut:

Kategori Peringkat Umur Jarak (KM)


A Lelaki Bawah 18 tahun 8 KM
B Perempuan Bawah 18 tahun 6 KM
C Lelaki bawah 15 Tahun 6 KM
D Perempuan Bawah 15 Tahun 6 KM
E Lelaki Bawah 12 Tahun 4 KM
F Perempuan Bawah 12 Tahun 4 Km

 Pelajar tingkatan 3 boleh bertanding pada peringkat umur bawah 15 tahun.

 Setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil bahagian pada peringkat umur yang layak
sahaja.

 Pelajar bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam kategori bawah 18
tahun.

4. PERATURAN PESERTA

4.1 Setiap kategori sekolah menengah perlu mendaftar 5 orang peserta manakala kategori
sekolah rendah perlu mendaftar 4 orang peserta. Hanya sekolah yang menghantar
sekurang-kurangnya 4 peserta bagi setiap kategori (menengah) dan 3 peserta (rendah)
yang layak bertanding dalam acara berpasukan.

4.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi
yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bersama dengan salinan kad pengenalan
yang disahkan. Butir-butir peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh pihak
pentadbir sekolah masing-masing.

4.3 Borang penyertaan yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pengelola pada hari
pertandingan iaitu 45 minit sebelum acara dijalankan.

5. PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI ACARA BERPASUKAN

5.1 Bagi kategori sekolah menengah 4 peserta terbaik yang menamatkan larian diambil kira
untuk menentukan kedudukan pasukan.

5.2 Bagi kategori sekolah rendah 3 peserta terbaik yang menamatkan larian diambil kira
untuk menentukan kedudukan pasukan.

5.3 Pasukan yang mendapat agregat yang terendah akan dikira sebagai pemenang.

5.4 Jika berlaku seri dalam kiraan mata, penamat yang keempat terbaik akan dikira bagi
menentukan pemenang.

6. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN

6.1 Johan keseluruhan berdasarkan kepada pasukan yang mendapat bilangan Johan
Berpasukan terbanyak dikira sebagai pemenang.

6.2 Jika berlaku seri , tempat kedua dan berikutnya akan dikira sebagai pemenang.

Contoh:

Pasukan L18 P18 L15 P15 Kedudukan


A Johan - Johan - 1
B Ke 4 Johan Ke 3 Ke 7 3
C Ke 3 Ke 4 Ke 5 Johan 2

7. HADIAH-HADIAH

7.1 Bagi acara individu, sijil diberikan kepada pemenang tempat 1 hingga 15 bagi setiap
kategori.

7.2 Bagi acara berpasukan, Piala Pusingan akan disediakan untuk semua kategori (P15, L15,
P18, L18, P12, L12) dan Johan Keseluruhan.
7.3 Hadiah iringan bagi johan setiap kategori dan keseluruhan tidak disediakan.

8. NOMBOR PESERTA

8.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor yang ditetapkan di bahagian depan dan
belakang badan dan disematkan pin pada keempat-empat sudut kain.

8.2 Penetapan nombor dan warna adalah dua nombor pertama mengikut nombor pigeon
hole sekolah masing-masing. Contohnya seperti dibawah

Bil Sekolah No. HIJAU HITAM MERAH BIRU OREN UNGU


Pigeon P15 L15 P18 L18 P12 L12
Hole
1 SMK PUTERI 17 1701- - 1710- -
TITIWANGSA 1705 1720
2 SMK DANAU 60 6001- 6006- 6012- 6018-
KOTA 6005 6011 6017 6023
3 SK WANGSA 29 - - - - 2900 - 2905 -
MAJU ZON R1 2904 2909

9. MELAPORKAN DIRI PESERTA

9.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara
berkenaan dijalankan.

9.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti


disemat dengan pin pada

setiap penjuru nombor di baju masing-masing.

10. MEMANASKAN BADAN

10.1 Peserta-peserta dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

11. PAKAIAN

11.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas serta berkasut sewaktu mengambil
bahagian pada majlis penyampaian hadiah.

11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.

12. BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOM , kecuali perkara berikut:

12.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak
dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka
peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSWP kelak.

12.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah


dilakukan dengan serta merta tidak lewat daripada

12.2.1 30 minit setelah keputusan rasmi diumumkan.

12.2.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertakan dengan wang
pertaruhan sebnayak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja)

13. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan,
tetapi jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan
Pembangunan Olahraga MSSWP, berhak meminda susunan acara jika difikirkan
perlu. Jika berlaku sebarang pindaan . Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.

13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat
dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-peraturan AM MSSM atau
apa-apa perubahan di maklumkan ke pihak sekolah Peraturan-peraturan Olahraga
MSSWP. Keputusan adalah muktamad.

14. HAL-HAL LAIN

14.1 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan , kematian, kecacatan


anggota, kehilangan anggota badan dan lain-lain kemalangan.

14.1.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke tapak merentas desa.

14.1.2 Semasa kejohanan dijalankan.

14.1.3 Di dalam dan di luar kawasan merentas desa.

14.2 Walaubagaimanapun, pihak pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil


langkah-langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan

peserta dan pegawai terjamin.

15. MEWAKILI ZON KE KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSMWP


15.1 Peserta yang mendapat tempat pertama (1) hingga kesepuluh (10) SETIAP
KATEGORI LAYAK MEWAKILI Kontinjen Merentas Desa MSS Wilayah Keramat ke
peringkat MSSWP 2015

Anda mungkin juga menyukai