Anda di halaman 1dari 26

Asas-asas Insurans & Takaful

Apakah Insurans?

Insurans adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada
syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi
menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.

Jenis Insurans.

Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:


 Insurans Hayat
 Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun
diinsuranskan)
 Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-
tahunan atau tahunan.
 Risiko yang dilindungi:
 kematian dalam tempoh polisi
 pendapatan semasa persaraan
 penyakit
 hilang upaya
 Produk Utama:
 polisi seumur hidup
 polisi endowmen
 polisi bertempoh
 polisi berkaitan pelaburan
 polisi anuiti
 polisi perubatan dan kesihatan
 Insuran Am
 Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans haya
 Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekali gu
 Risiko yang dilindungi
 Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran ruma
 Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh and
 kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaa
 Produk utama
 polisi moto
 polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
 polisi kemalangan diri
 polisi perubatan dan kesihatan
 polisi marin, udara dan transit

Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan
tersebut

Prinsip Asas Insurans

4 prinsip asas insurans adalah:


 Kepentingan boleh insurans
 Anda harus mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau
kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkan anda menanggung kerugian kewangan.
 Sebagai contoh, sekiranya anda menjual kereta anda, anda juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta
tersebut kerana anda tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya anda terus menginsuranskannya, syarikat insurans
tidak akan membayar pampasan kepada anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut.
 Penuh percaya mutlak
 Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Anda, sebagai pemegang polisi, mestilah mendedahkan
semua fakta penting apabila membeli polisi. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut mungkin
menjadi tidak sah
 Indemniti
 Hanya diguna pakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda (contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan
bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Anda tidak bole "mendapat keuntungan" daripada polisi insurans.
Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan anda kepada keadaan yang sama sebelum
berlaku kerugian.

 Sumbangan
 Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya anda membeli lebih
daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut.
Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, anda boleh
membeli lebih daripada satu polisi sekiranya anda ingin melindungi hayat anda.

Apakah Takaful?

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk
caruman penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan
bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Perkongsian lebihan
 Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah
yang telah dipersetujui
 Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
 Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful
Majlis Pengawasan Syariah

Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:


 Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak
pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip Syariah
 Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank
 Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam
dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.

Pelan Takaful yang best

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka
bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.Ia dirangka dengam matlamat untuk menangani keadaan -
keadaan yang tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya.
Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.
1- Kematian
 Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu. Sebab
kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
 Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan
akan diberikan sekali gus.

Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.

Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan
3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
 Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
 Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
 Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN
sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
 Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
 Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
 Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit
kritikal)
 Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis
penyakit kritikal.
 Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
 Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah
tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
 Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang
bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap,
pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali(Double Indemnity)
 Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan
(%)
 Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada
tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda
telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun
yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
 Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari
tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim
kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
 Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan
akibat kemalangan.
 Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.
7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
 Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau
dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara
( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan
ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
8- Kad Perubatan (Medical Card)
 Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk
perlindungan bil perubatan. Antara kelebihan Takaful Health adalah seperti berikut :

 Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi


 Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
 Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
 Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil
rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance
Services (HAS).
 Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
 Penjagaan jururawat di rumah
 Pembedahan balik hari (Day Surgery)
 Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
 Rawatan Dialisis buah pinggang
 Rawatan Kanser
 Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
 Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
 Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan
dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
 Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...terus claim ikut had seumur hidup, jika memilih annual limit
waiver. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.

 Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat Takaful Health (TH)
 Penerangan mengenai NCB :
 NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health.
 NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful
Health) pada tahun semasa. Sebagai Contoh : Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan
langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 300 (lihat jadual di atas)...akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan
client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 300 NCB
(dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.
 Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada
tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 300 akan dikreditkan ke
dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
 Plan yang amak unik dan istimewa. Medical card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia. Dapatkan
maklumat mengenainya sekarang.
 Perhatian :
 Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat danterma ko-takaful iaitu :
 Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital
dan Pembedahan (In Hospitalisation; Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada
ko-takaful di kenakan. Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
 Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation(300>= ko-takaful :10% <=1000)
 Contoh 1 : Jumlah Bil RM 2,000 : 10% Ko-Takaful = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful RM 300, klien perlu
bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN akan bayar selebih RM1,700.
 Contoh 2 : Jumlah Bil RM 5,000 : 10% Ko-Takaful = RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital,
kerana nilainya antara 300 hingga 1000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 4,500.
 Contoh 3 : Jumlah Bil RM 30,000 : 10% ko-Takaful = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had
maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
 Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital
(Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful
di atas. Untuk maklumat lanjut atau penerangan yang lebih jelas, anda boleh
 Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada
had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan
anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.
 Apakah Pengecualiannya?
 Pengecualian yang biasa ialah:
 Kecederaan diri yang disengajakan.
 Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
 Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
 Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan
pembedahan oral.
 Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat
kemalangan atau penyakit).
 Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan
fi zikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan,
penjagaan atau rehat pulih.
 AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
 Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.
 Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
 Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
 Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan
berbahaya lain.
 Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
 Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
 Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
 Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
 Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
 Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
 Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
 Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
 Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing
condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa
membuat permohonan takaful.
 Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj
yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap
perlajanan.
 Untuk maklumat lanjut sila
9- Medical Cover
 Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
 Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
 Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
 Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity
Level)
 Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
 Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

 Level 1 : RM 125
 Level 2 : RM 250
 Level 3 : RM 500
 Level 4 : RM 750
 Level 5 : RM 1,250
 Level 6 : RM 1,875
 Level 7 : RM 2,500

 Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun


10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)

Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.

Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.

Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.

Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit
& Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit
manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.

Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan
bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari
hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.

Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum
perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)
11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
 Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada
akibat penyakit atau kemalangan.
 Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
12- Khairat Kematian

Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik
sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar
mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)


 Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis
penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
 Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent
Contributor
14- Pulangan Pelaburan
 Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan
apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
 Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
 Sekiranya anda ingin mendapat kan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Pelan pendidikan anak (UPDATE) - untuk mommies and anak
dalam kandungan since 20 week
PELAN SMARTLINK PRUBSN TAKAFUL ADALAH SATU PELAN SUMBANGAN BERKALA BERKAITAN PELABURAN YANG DI REKA
UNTUK MENYEDIAKAN PERLINDUNGAN SERTA MEMBINA DANA PENDIDIKAN YANG KUKUH UNTUK ANAK ANDA.

DENGAN SUMBANGAN MINIMUM RM50.00 SEBULAN.PELAN YANG BERPATUTAN INI DI SEDIAKAN UNTUK ANAK ANDA YANG
BERUMUR DI ANTARA 1 HINNGA 18 TAHUN.

PELAN SMARTLINK TAKAFUL PRUBSN ADALAH FLEKSIBEL DI MANA ANDA BOLEH MEMILIH SAMA ADA PELAN TERSEBUT
MATANG APABILA ANAK ANDA MENCAPAI UMUR 25 TAHUN ATAU ANDA BOLEH MELAKUKAN PERANCANGAN MASA HADAPAN
SUPAYA IA TAMAT TEMPOH PADA UMUR 80 ATAU 100 TAHUN.

KITA LIHAT CONTOH PERJALANAN SESEORANG BERMULA DARI KELAHIRAN

SENARIO 1

AZMI TELAH MEMBELI SEBUAH PELAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK TERSAYANGNYA, AZMAN DENGAN CARUMAN
SEBANYAK RM200 SEBULAN.

BERMULA NYA PELAN PADA UMUR 1 TAHUN, DAN AZMAN DI LINDUNGI DENGAN PELAN PENDIDIKAN SEPERTI DI BAWAH:
SETERUSNYA PERJALANAN HIDUP AZMAN SEBAGAI PELAJAR TAHUN 1 HINGGA UMUR 17 TAHUN DI PERINGKAT
MENENGAH….ALHAMDULILLAH KEPUTUSAN SPM AZMAN BOLEH DIKATAKAN CEMERLANG.

PADA USIA 18 TAHUN AZMAN DISERAP KE MATRIKULASI AWAM. KECERMELANGANNYA BERTERUSAN SEHINNGA DIA
MENDAPAT KEPUTUSAN 3.97 CGPA..UNTUK MENERUSKAN KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA

DI PERINGKAT IJAZAH AZMAN TELAH MEMILIH PENGAJIAN DALAM BIDANG KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN MEMILIH
UNIVERSITI SWASTA UNITEN.. DI UNITEN AZMAN MENDAPAT “SCHOLARSHIP” DARI MULA TAHUN PERTAMA HINGGA
TAHUN AKHIR DI UNIVERSITI TERSEBUT KERANA KEPUTUSAN CEMERLANGNYA.

EN AZMI TELAH MEMUTUSKAN DIA TIDAK AKAN MENGELUARKAN DANA PENDIDIKAN ANAKNYA UNTUK TUJUAN
PENDIDIKAN.TETAPI MEMILIH UNTUK MENYAMBUNG PELAN TERSEBUT UNTUK TUJUAN LAIN.

PADA UMUR 25 TAHUN PELAN PENDIDIKAN AZMAN TELAH PUN MENJANA SEBANYAK RM 25,000..DAN AZMAN JUGA
INGIN MENAMATKAN ZAMAN BUJANG NYA PADA UMUR TERSEBUT..

BAGI EN AZMI INILAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENGELUARKAN DANA YANG TELAH TERKUMPUL SELAMA 25 TAHUN
UNTUK ANAK KESAYANGAN NYAAZMAN..ALHAMDULLAH..EN AZMI MENGGUNAKAN SEBAHAGIAN DARI SIMPANAN
UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA..DAN AZMANMENGGUNA KAN SIMPANAN SELEBIHNYA UNTUK MEMULAKAN
KEHIDUPAN SEBAGAI SUAMI.
BERBEZA DENGAN KAWAN-KAWANNYA YANG TERPAKSA MEMBUAT “PERSONAL LOAN” UNTUK TUJUAN PERKAHWINAN.

AZMAN BOLEH MEYAMBUNG SIMPANAN NYA UNTUK SIMPANAN HARI TUA HINGGA UMUR 80TAHUN ATAU 100 TAHUN

SENARIO 2

PN LATIFAH TELAH MEMILIH SEBUAH PELAN PENDIDIAN KEPADA ANAK TERSAYANGNYA, SHARIFAH DENGAN
CARUMAN SEBANYAK RM250 SEBULAN

BERMULA NYA PELAN PADA SHARIFAH DI LINDUNGI DENGAN PELAN PENDIDIKAN SEPERTI DI BAWAH:

PADA SEUSIA 5 TAHUN ANAK PEREMPUAN NYA SHARIFAH TELAH PUN DI MASUK KAN KE HOSPITAL AMPANG PUTERI
DISEBAB KAN DEMAM DENGGIYANG AGAK SERIUS..SHARIFAH TELAH DIRAWAT SELAMA SEMINGGU DI HOSPITAL
TERSEBUT,DAN SEGALA BILL HOSPITAL SHARIFAH TELAH DI TANGGUNG OLEH SYARIKAT PRUDENTIAL TAKAFUL BSN
SEBANYAK RM 7000.00

MUJUR PUAN LATIFAH MEMBELI BENEFIT KAD PERUBATAN + SAVING UNTUK ANAKNYA..PADA UMUR ANAK NYA 19
TAHUN SELEPAS MENAMATKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT STPM,PUAN MENGELUARKAN SEMUA SIMPANAN ANAKNYA
UNTUK MENAMPUNG PENGAJIAN DI PERINGKAT IAJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI TEMPATAN.

SENARIO 3

EN. FARID MEMBELI SEBUAH PLAN EDUCATION UNTUK ANAK NYA FUADYANG BERUSIA 2 TAHUN,BERHARGA RM150
SEBULAN..

SELEPAS 3 TAHUN KEMUDIAN ,MALANG TIDAK BERBAU,EN FARIDMENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA YANG AGAK
SERIUS..AKIBAT DARIPADA ITU,EN FARID TELAH LUMPUH SELURUH BADAN..

WALAUPUN EN FARID TIDAK MENGAMBIL INSURAN UNTUK DIRINYA..EN FARID TIDAK PERLU MEMBAYAR LAGI PELAN
ANAKNYA . INI KERANA BERDASARKAN REPORT DARI DOCTOR DAN HOSPITAL ,EN FARID TELAH MENGALAMI LUMPUH
DAN TIDAK MAMPU UNTUK BEKERJA DAN MENYARA ANAKNYA FUAD..

DISEBAB KAN EN FARID SEBAGAI PAYOR ATAU PEMBAYAR BAGI POLISI TERSEBUT …EN. FARID TIDAK
PERLU MEMBAYAR LAGI PELAN ANAKNYA KERANA PREMIUM PELAN ANAKNYA TELAH DI BIAYAI OLEH PRUDENTIALBSN
TAKAFUL

PELAN ANAKNYA AKAN DIBIYAI OLEH SYARIKAT PRUDENTIAL BSN TAKAFUL SEHINGGA UMUR ANAKNYA 25TAHUN..

Pru BSN Takaful baru sahaja melancar produk baru untuk mommies and anak dalam
perut since 20 weeks lagi..... manfaat tambahan tue namer nyer Vital care, baby care
dan manfaat Xtra.
1. VITAL CARE
- Penyakit dilindungi bagi kanak-kanak
1. Penyakit Lelah yang teruk
2. Epilepsi yang teruk
3. Glomerulonefritis dengan Sindrom Nefritik
4. Leukemia
5. Penyakit Kawasaki dengan Komplikasi Jantung
6. Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin Melitus
7. Demam Reumatik dengan Ketidaksempurnaan Injap
8. Artritis Reumatoid Juvenil yang teruk
9. Trauma kepala major.

- Vital Care membayar manfaat sekiranya orang yang dilindungi didiagnosis penyakit
yang dilindungi bagi kanak-kanak sebelum umur 25. Ianya dibayar sebagai tambahan
dari jumlah perlindungan asas

- peserta perlu menunggu 60 hari selepas polisi diluluska n..


lepas tue baru boleh tuntut pampasan ini.
- Tiada manfaat akan dibayar:
Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit dilindungi bagi kanak-kanak
sebelum atau di dalam tempoh menunggu 60 hari daripada tarikh permulaan sijil.

Sekiranya anda didiagnosis menghidapi penyakit dilindungi bagi kanak-kanak yang:

a) timbul secara langsung atau tidak langsung daripada Keadaan Sedia Ada yang
ditakrifkan sebagai hilang upaya orang yang dilindungi yang diketahui sewajarnya oleh
peserta dan wujud sebelum tarikh permulaan pelan; atau

b) disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan
Penyakit (AIDS) atau jangkitan Virus Kurang Daya
Tahan Manusia (HIV); atau

c) merupakan sebarang penyakit yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung
dengan sebarang Keadaan Sejak Lahir atau penyakit keturunan sebelum Orang yang
Dilindungi mencapai enam (6) tahun; atau
d) kecederaan yang dilakukan sendiri ke atas diri semasa waras atau tidak waras; atau
e) trauma kelahiran dan / atau komplikasi dari sisanya; atau

f) merupakan akibat daripada menggunakan dadah yang tidak dipreskripsikan, di


mana mengikut undang-undang dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.

2. Manfaat Xtra
a) Manfaat khairat kematian
- Sekiranya berlaku kematian ibu kepada orang yang
dilindungi dalam 20 minggu mengandung sehingga 60 hari selepas kelahiran, khairat
kematian sebanyak RM5,000 akan dibayar.

b) Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit Pergantungan


Tinggi (HDU)
- Sekiranya orang yang dilindungi dimasukkan ke ICU atau HDU serta merta
selepas kelahiran disebabkan kelahiran pra-matang (dilahirkan sebelum minggu ke-
36), manfaat ini membayar balik caj ICU atau HDU harian sehingga manfaat
maksimum sebanyak RM300 sehari, selama 30 hari secara maksimum. Amaun
maksimum sebanyak RM300 sehari adalah termasuk Manfaat Inkubasi (jika ada).
c)Manfaat Inkubasi
- Sekiranya orang yang dilindungi diinkubasi selama sekurang-kurangnya 3 hari
berturut-turut dalam 60 hari dari hari kelahiran, manfaat ini akan membayar balik caj
inkubasi sehingga RM100 sehari secara maksimum.
-PENGECUALIAN
 Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keadaan sejak lahir termasuk keadaan
yang disebabkan oleh keturunan.
 Perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racunatau minuman keras y
ang memabukkan, bunuh diri ataupercubaan membunuh diri waras atau kecederaan
ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak.
 AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV.
 Penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang
dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.
 Memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atassebab-sebab
perubatan seperti yang dinasihatkan olehPerunding Obstetrik dan Sakit Puan.
 Sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada
rawatan tersebut.
 Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau
perbuatan secara sengaja atau kegagalan untuk bertindak.
Peperangan, rusuhan ataurevolusi atau sebarang peristiwa seumpamanya ataumenga
mbil bahagian dalam rusuhan, mogok ataukekacauan awam.

3. BABY CARE
- Baby Care membayar manfaat-manfaat berikut sebelum umur 46, untuk beberapa
kelahiran:
-Manfaat khairat kematian sebanyak RM2,000
sekiranya berlaku kematian fetus dari 20 minggu
mengandung sehingga kelahiran dan kematian
anak dalam 2 tahun daripada hari kelahiran.
- Manfaat Unit Rawatan Rapi (ICU) atau Unit
Pergantungan Tinggi (HDU) secara bayaran balik
sehingga maksimum RM300 sehari bagi
maksimum 30 hari. sekiranya bayi dimasukkan
ke ICU atau HDU serta merta selepas kelahiran
disebabkan kelahiran pra- matang (dilahirkan
sebelum 36 minggu). Amaun maksimum
sebanyak RM300 sehari adalah termasuk
Manfaat Inkubasi (jika ada).
- Manfaat inkubasi secara bayaran balik sehingga
maksimimum RM100 sehari jika bayi diinkubasi
sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut
dalam 60 hari selepas kelahiran.
- Bonus imunisasi sebanyak RM200 apabila kanak-
kanak mencapai umur 2 tahun.

-PENGECUALIAN
 Sebarang rawatan atau pembedahan bagi keadaan sejak lahir termasuk keadaan
yang disebabkan oleh keturunan.
 Perbuatan secara sengaja seperti mengambil dadah, racun atau minuman keras
yang memabukkan, bunuh diri atau percubaan membunuh diri waras atau kecederaan
ke atas diri sendiri yang disengajakan semasa waras atau tidak.
 AIDS, kompleks berkaitan AIDS atau jangkitan oleh HIV.
 Penggunaan dadah yang tidak dipreskripsikan, di mana mengikut undang-undang
dadah tersebut perlu dipreskripsikan oleh doktor.
 Memilih untuk menamatkan kehamilan selain daripada atas sebab-sebab
perubatan seperti yang dinasihatkan oleh Perunding Obstetrik dan Sakit Puan.
 Sebarang rawatan kesuburan dan komplikasi yang mungkin timbul daripada
rawatan tersebut.
 Sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang, perbuatan jenayah atau
perbuatan secara sengaja atau kegagalan untuk bertindak.
Peperangan, rusuhan atau revolusi atau sebarang peristiwa seumpamanya atau meng
ambil bahagian dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

Anda mungkin juga menyukai