Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

Soalan Tugasan i

Pengenalan 2

Sastera Kanak-Kaan Bagi Setiap Genre 2-4

Sumbangan Kepada Perkembangan Pendidikan Negara 4

Kesimpulan 6

Rujukan 7

Lampiran

1
1.0 Pengenalan
Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana
peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut
pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang
ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi
semua bentuk penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca,
hiburan dan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera
kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri
seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya.
Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang
dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.

2.0 Sastera Kanak-Kanak Bagi Setiap Genre


Definisi yang diberikan oleh Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak
adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak
daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang
berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen
dan bukan fiksyen. Perkembangan sastera kanak-kanak terbahagi kepada empat tahap
utama :

2.1 Tahap Permulaan


Kegiatan percetakan bermula di Pulau Pinang pada tahun 1806, di Melaka
pada tahun 1815 dan di Singapura pula pada tahun 1822. Buku-buku sastera yang
ditulis untuk kanak-kanak belum ada pada ketika itu. Bahan bacaan kanak-kanak
yang awal diterbitkan yang sesuai dengan kanak-kanak ialah Hikayat Penerang
Hati pada tahun 1901. Dalam tahun 1906 Kitab Gemala Hikmat pula diterbitkan.
Buku ini mengandungi gurindam, pantun, seloka untuk kanak-kanak yang ditulis
oleh Munsyi Sulaiman bin Muhammad Nur (1870-1928). Pada peringkat
permulaan ini, buku bacaan kanak-kanak ditulis oleh orang perorangan yang
berminat dalam sastera. Mereka menggali bahan daripada sumber sastera lisan
tempatan dan juga cerita rakyat luar negeri.

2.2 Tahap Percubaan (1924 – 1956)


Pada peringkat awal, permintaan terhadap buku kanak-kanak masih kecil kerana
tidak ramai yang boleh menulis dan membaca. Pejabat Karang Mengarang (PKM)
atau The Malay Translation Bureau adalah faktor utama yang bertanggungjawab
atas perkembangan kesusasteraan kanak-kanak dari tahun 1924 hinggan tahun

2
1957. PKM bertanggungjawab memulakan suatu tradisi dengan kegiatan sastera
tempatan iaitu dengan menganjurkan tiga peraduan mengarang sebagai suatu
usaha untuk menarik perhatian penulis-penulis. Peraduan-peraduan ini bukan
sahaja telah menggalakkan lahirnya karya-karya asli tempatan, malahan telah
memulakan tradisi penulisan novel dan cerita pendek untuk kanak-kanak. PKM
meneruskan dan memperluaskan usaha orang perorangan memajukan
kesusasteraan kanak-kanak, PKM menjadi tulang belakang pada tahap permulaan
bentuk baharu. Kebanyakkan buku yang yang diterbitkan pada tahap ini adalah
buku-buku dongeng tradisional dan klasik tempatan. Cerita-cerita binatang
daripada India yang telah diterjemahkan daripada bahasa Tamil oleh Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi merupakan cerita binatang terawal dicetak.
Tinjauan yang dilakukan terhadap perkembangan buku kanak-kanak Melayu
sebelum merdek menunjukkan bahawa kebanyakkan buku ini diterbitkan dalam
tahun-tahun 1930-an dan sebelumnya. Tahun-tahun 1940-an merupakan tempoh
kontang dalam penghasilan karya-karya kesusasteraan kanak-kanak. Meskipun
dalam tempoh sebelum merdeka, pada umumnya sudah nampak minat dan
percubaan untuk menghasilkan bahan-bahan bacaan kanak-kanak, mutu buku-
buku yang dihasilkan masih rendah khususnya, dari segi teknik penulisan dan
percetakkan.

2.3 Tahap Pembentukan (1957 – 1970)


Dasar bahasa dan pendidikan kebangsaan telah meletakkan bahan-bahan
bacaan untuk kanak-kanak dalam bahasa Malaysia di tempat istimewa.
Perubahan tersebut telah menimbulkan permintaan besar terhadap buku-buku
bacaan tambahan selain buku teks sekolah, terutamanya terhadap buku-buku
sastera untuk kegunaan murid-murid sekolah kebangsaan dan kanak-kanak
lainya. Kesusasteraan kanak-kanak turut terlibat dalam proses pencapaian cita-
cita bahasa, kesusasteraan serta pendidikan kebangsaan. Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan Seminar Kebangsaan
Sastera Kanak-Kanak telah diadakan pada tahun 1966. Seminar ini telah
menimbulkan suatu perkembangan yang menarik dalam kegiatan sastera atau
bacaan kanak-kanak di Malaysia. Ia telah menghasilkan majalah kanak-kanak
yang penting iaitu Dewan Pelajar yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1967.
Dalam tahap ini, kita menyaksikan peranan dan pengaruh pemerintahan terhadap
alam bacaan kanak-kanak selepas merdeka.

3
2.4 Tahap Peluasan
Tahun 1970,penghasilan buku kesusasteraan kanak-kanak Melayu memasuki
satu lagi era baru dalam sejarah perkembangannya. Kesusasteraan kanak-kanak
ini mengalami proses pertumbuhan selanjutnya, hal ini dapat dilihat dari segi
penghasilan dan kegiatan-kegiatan sastera kanak-kanak. Sepanjang tempoh
1970-1982 sebanyak sembilan seminar yang membincangkan bahan-bahan
bacaan kanak-kanak telah berlangsung di Malaysia. Di samping itu, sebelas
peraduan mengarang dan pelbagai bidang atau jenis sastera kanak-kanak telah
diadakan. Begitu juga bengkel-bengkel penulisan telah diadakan untuk
membimbing mereka yang berminat dalam bidang ini.

3.0 Sumbangan Kepada Perkembangan Pendidikan Negara


Sastera kanak-kanak juga berfungsi sebagai alat pendidikan dan pengajaran. Hal ini
kerana dalam setiap cerita sastera kanak-kanak terdapat unsur-unsur pendidikan dan
pengajaran yang baik untuk perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Eleanor Estes
dalam buku Hadijah Rahmat, buku kanak-kanak yang baik adalah buku yang dapat:

“Menyebabkan seseorang kanak-kanak ketawa atau menangis menjadikannya


berasa beberapa emosi, menyebabkan ia berasa ingin keluar untuk membetulkan
kejahatan dunia, untuk mencapai sesuatu yang mulia, mencetuskan hubungan
perasaan di jiwanya dengan pemikiran, tulisan dan tindakan mulia dan unggul akal
fikir, menimbulkan perasaan kasihan terhadap golongan yang tidak bernasib baik dan
yang berduka ; menimbulkan kesedaran bahawa apa yang ia fikirkan, tuturkan dan
lakukan, turut menyumbangkan rasa persefahaman sesama manusia, dan bertegas
bahawa orang ramai perlu bersifat baik dan murah hati.”

Hal ini jelas menunjukkan melalui sastera kanak-kanak juga mampu memberikan
perkembangan pemikiran mereka. Selain itu melalui pembacaan ini juga kanak-kanak
akan melihat pengajaran yang disampaikan oleh sesebuah cerita itu. Oleh itu dapat dilihat
bahawa cerita kanak-kanak boleh membantu kanak-kanak dalam mengenal dunia yang
bakal mereka hadapi kelak. Contohnya cerita bawang putih bawang merah. Walaupun
terdapat sedikit unsur khayalan, namun mesej atau pemikiran yang disampaikan jelas iaitu
perbuatan baik akan dibalas baik. Oleh itu sastera kanak-kanak sangat membantu
pemikiran dan minda seorang kanak-kanak itu bagi melahirkan kanak-kanak yang bedaya
saing dan setaraf dengan negara-negara maju lain dalam bidang pendidikan

4
Sastera kanak-kanak juga berfungsi sebagai pendorong atau motivasi. Hal ini berlaku
kerana kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk berjaya. Selain itu fungsi
sebagai pendorong dan motivasi yang berkesan dengan memperkenalkan dan
mendedahkannya kepada pembaca jenis-jenis kejayaan atau sesuatu lingkungan
pencapaian yang baik, berguna, sesuai dan luas. Melalui sastera kanak-kanak seseorang
kanak-kanak itu mampu meningkatkan daya motivasi dan keyakinan dalam diri. Kanak-
kanak akan berusaha untuk menjadi lebih baik atau sama dengan kejayaan yang terdapat
dalam cerita kanak-kanak itu. Contohnya cerita binatang seperti sang kancil yang
memperlihatkan kepandaian sang kancil. Melalui dorongan cerita ini kanak-kanak itu akan
berusaha untuk menjadi sebijak sang kancil dan lebih bijak lagi daripada sang kancil yang
ada dalam cerita itu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sastera kanak-kanak itu mampu
menjadi pendorong dan motivasi dalam diri seseorang kanak-kanak.

Sastera kanak-kanak juga menjadi alat sosialisasi. Alat sosialisasi merupakan satu
wadah atau corong penyaluran nilai-nilai masyarakat kepada generasi muda. Hal ini dapat
dilihat melalui mesej atau pengajaran yang cuba disampaikan oleh sesebuah cerita kanak-
kanak itu. Contohnya cerita Upin dan Ipin yang memaparkan nilai masyarakat kampung
yang penuh deengan nilai ketimuran dan keagamaan yang tinggi. Seperti episod puasa
dalam animasi Upin dan Ipin. Dalam cerita itu menunjukkan kepentingan bulan puasa dan
ibadat puasa dalam kalangan umat islam. Tidak kira daripada orang dewasa sehingga
kanak-kanak. Melalui teladan dalam cerita ini kanak-kanak yang beragama islam akan
mencontohi dan mengukuhkan sosialisasi dan kepercayaan terhadap agama islam itu
sendiri.

Sastera kanak-kanak juga menjadi salah satu bidang kerjaya. Hal ini dapat dilihat agak
kurang penyelidik atau bidang kepakaran yang melibatkan sastera kanak-kanak.
Sekiranya ditelusuri secara teliti tidak ramai yang terlibat dengan bidang sastera kanak-
kanak ini. Secara tidak langsung sastera kanak-kanak juga boleh menjadi salah satu
bidang kerjaya yang masih terbuka. Penghasilan buku kanak-kanak juga tidak banyak
dihasilkan oleh penulis pada masa kini. Oleh itu sastera kanak-kanak boleh menjadi
sumber pencarian dan kewangan seseorang itu. Sastera kanak-kanak juga salah satu
medium kritikan sosial. Hal ini kerana melalui sastera kanak-kanak seseorang itu boleh
mengkritik masalah sosial, atau kumpulan masyarakat yang tertentu. Keadaan ini
selalunya disampaikan dalam cerita kanak-kanak untuk menyindir golongan tertentu
dengan cara yang lembut, sopan dan tidak memalukan pihak yang dikritik. Oleh itu sastera
kanak-kanak menjadi salah satu medan mengkritik golongan masyarakat tertentu.

5
4.0 Kesimpulan

Melihat semua fungsi sastera kanak-kanak boleh membantu dalam segala aspek kehidupan
mahupun diri seseorang itu. Kita juga jangan menyempitkan pemikiran dengan melihat
sastera kanak-kanak hanya untuk kanak-kanak sahaja. Sastera kanak-kanak juga boleh
dibaca oleh semua lapisan umur, disebabkan sifat sastera kanak-kanak yang umum dan tidak
terikat dengan mana-mana unsur. Kesimpulannya sastera kanak-kanak bukan sahaja
berperanan sebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia
pendidikan. Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remaja
mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini
disebabkan golongan ini adalah golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah
“kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan.” Oleh itu, setiap hasil karya
sastera kanak-kanak dan remaja itu perlu mempunyai unsur yang dapat membentuk
keperibadian kanak-kanak sebagai generasi yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera
kanak-kanak yang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan
tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak dan remaja itu terletak pada
tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.

6
Rujukan

Hadijah Rahmat (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Dewan Bahasa
dan Pustaka : Kuala Lumpur

Othman Puteh, (1987), Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Misran Rokimin. (2006). Isu pendidikan dan pembangunan insan menerusi novel. Bangui:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allor, J. & Mc Cathreen. (2003). "Developing Emergent Literacy Skills Through Storybook
Reading." Intervention in School and Clinic Vol.39 (Issue 2): p72-79.

Anselmo, S. F., W. (1995). Early Childhood Development Prenatal Through Age Eight.
NewJersey, Merill-Prentice Hall.

Glazer, J.I. (2000), Literature for Young Children. Prentice Hall. USA.

Harun Mat Piah (2000), Kesusasteraan Melayu Tradisional. DBP: KL.

Lynch-Brown & Tomlinson, C.M. (1999), Essential¶s of Children¶s Literature, Allyn &
Bacon:London

Hart-Hewins,L & Wells, J. (1990). Real Books for Reading: Lerning to Read with
ChildrenLiterature. USA, Pembroke Pub.

Molina, S. N. (1981). Apakah sastera kanak-kanak khasnya buku bergambar. Bengkel


Buku Bergambar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

7
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai