Anda di halaman 1dari 1

Universitas Putra Malaysia (bahasa Melayu: Universiti Putra Malaysia, UPM) adalah sebuah

universitas di Malaysia. Universitas ini didirikan pada tahun 1971 sebagai Universiti Pertanian
Malaysia, melalui penggabungan antara Fakultas Pertanian Universiti Malaya dan Kolej
Pertanian Malaya Serdang. Universitas ini bermula dengan tiga buah fakultas yaitu Pertanian,
Perhutanan dan Kedoktoran Hewan dan Sains Peternakan dan terus kekal sebagai sebuah
universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama,
penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada
awal tahun 80-an, UPM telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang
Sains dan Teknologi (S&T).

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita- cita tinggi untuk membina
Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan
terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat
(IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa
sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada
Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr.
Mahathir bin Mohamad. la adalah satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM
sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian
bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.

Anda mungkin juga menyukai