Anda di halaman 1dari 5

NAMA PROGRAM : KURSUS KEPIMPINAN MURID & WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS

2018
HARI : SABTU
TARIKH : 03 FEBRUARI 2018
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH, SK (1) GOMBAK
PESERTA : MURID (TAHUN 2, 3, 4, 5 & 6)

1.0 PENGENALAN

Kursus Kepimpinan Murid dan Watikah Pelantikan Pengawas ini diadakan bertujuan untuk
memperkasakan nilai-nilai kepimpinan dan pembangunan sahsiah di kalangan pimpinan sekolah.
Secara umumnya, kursus ini juga berbentuk “Experienial Learning” untuk membuka minda dan
menimba pengalaman di samping memupuk nilai sahsiah diri yang unggul di kalangan para
peserta dalam usaha untuk meningkatkan kualiti, kecemerlangan minda, prestasi kerja dan jati diri.
Kursus ini juga dapat menggembeleng usaha ke arah peningkatan dan pembangunan sahsiah diri
serta aspek ketahanan mental di kalangan kepimpinan pelajar muda.

2.0 KEKUATAN

2.1 Fasilitator
Perlaksanaan program telah dikelolakan oleh fasilitator luar yang telah dilantik oleh pihak
sekolah dan berjalan dengan lancar. Manakala, guru pembimbing unit disiplin sekolah, Pusat
Sumber Sekolah, Bimbingan dan kaunseling pula bertindak membantu fasilitator luar yang dilantik
semasa aktiviti dijalankan serta memastikan perjalanan program berjalan lancar. Secara
keseluruhannya, fasilitator telah menyampaikan program dengan berkesan kepada para peserta
kursus kepimpinan murid dan watikah pelantikan pengawas ini.

2.2 Peserta
Murid-murid tahun 2, 3, 4, 5 dan 6 telah terlibat sepenuhnya seperti yang telah dirancang.
Semua murid amat teruja dan memberikan kerjasama dengan baik sepanjang program ini
dijalankan seperti berkumpul awal di Dewan Sekolah dan membawa alatan yang diperlukan
semasa program berlangsung. Para peserta juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan jitu
terhadap Kursus Kepimpinan Murid dan Watikah Pelantikan Pengawas ini dan hampir 98% para
peserta sekolah telah menghadiri kursus ini. Kebanyakkan peserta memberi respon yang positif
terhadap kursus kepimpinan murid ini dan menyatakan kursus ini perlu diadakan pada setiap tahun
dan keinginan untuk mengikutinya lagi.

2.3 Aktiviti

Para peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti kursus kepimpinan murid ini semasa
program berlangsung terlebih dahulu. Hal ini membantu para peserta untuk lebih memahami
tujuan aktiviti yang akan dilaksanakan dan mempunyai bahan kursus selain catatan sendiri
semasa mengikuti kursus kepimpinan murid ini. Selain itu, aktiviti yang disediakan juga tidak
tertumpu kepada bahan slaid atau ceramah berkaitan kepimpinan sahaja malah modul ini juga
mengandungi latihan stimulasi atau praktikal yang boleh dipraktikan oleh pemimpin dalam
meningkatkan jati diri sebagai seorang pemimpin sekolah dan mempunyai disiplin serta sahsiah
diri yang baik.
3.0 KELEMAHAN

3.1 Kelewatan kursus bermula


Kursus kepimpinan murid ini bermula agak lewat daripada masa yang telah dirancang
berikutan fasilitator yang tersesat mencari lokasi sekolah. Kursus bakal bermula pada pukul 8.30
pagi seperti yang dirancang dalam tentatif program namun berikutan hal yang tidak dapat
dielakkan kursus ini telah bermula agak lewat sikit daripada masa yang telah dijadualkan.

3.2 Modul
Modul yang disediakan turut mengandungi modul yang tidak selaras dengan matlamat
kursus kepimpinan pengawas iaitu terdapat modul teknik belajar kepada para peserta. Kursus ini
dirancang awal bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengawas tentang disiplin dan
jati diri sebagai seorang pengawas atau pemimpin pelajar di sekolah yang harus mereka contohi
dan teladani serta praktikkan kepada para murid yang lain.

3.3 Keterlibatan guru dalam program


Sepanjang program ini berlangsung didapati guru-guru unit disiplin & pengawas kurang
dilibatkan dalam modul kursus kepimpinan pengawas ini. Guru-guru tidak dapat menunjuk ajar
atau memberi contoh teknik atau teladan kepada para pengawas untuk dicontohi dalam
menangani kes-kes didiplin oleh murid-murid di sekolah.
4.0 PENAMBAHBAIKKAN

4.1 Kelewatan kursus bermula


Fasilitator boleh dimaklumkan lebih awal tentang lokasi sekolah dan penyelaras program
juga boleh meminta fasilitator untuk lebih menepati masa program yang telah ditetapkan agar
program yang dirancang ini dapat dimulakan tepat pada masanya.

4.2 Aktiviti
Aktiviti yang disediakan juga hendaklah selaras dengan matlamat program dan fasilitator
boleh mengubahsuai modul tersebut dengan sasaran program yang dikehendaki oleh penganjur.
Penganjur juga boleh memaklumkan akan matlamat atau sasaran program yang ingin
dilaksanakan.

4.3 Keterlibatan guru


Guru-guru sekolah perlu dilibatkan dalam kursus kepimpinan murid ini dan dicadangkan
untuk program kursus kepimpinan murid yang akan datang perlu diadakan slot khas untuk para
guru menunjukkan contoh bagaimana untuk menangani kes-kes kesalahan yang dilakukan oleh
murid-murid kepada pemimpin dalam melaksanakan tanggungjawab mereka seharian.
5.0 KESIMPULAN
Kursus Kepimpinan Murid dan Watikah Pelantikan Pengawas Tahun 2018 ini telah berjaya
mencapai objektif yang disasarkan kepada murid-murid seperti meningkatkan dispilin diri yang utuh dan
kemahiran komunikasi yang boleh para pemimpin pelajari. Oleh itu, program ini amat perlu diteruskan
dengan pelbagai aktiviti yang berbeza dan lebih menarik kerana bukan sahaja amat membantu
pembangunan diri murid-murid itu sendiri malah memberi pendedahan idea kepada para pemimpin sekolah
tentang kepimpinan yang harus mereka contohi dan teladani selain meningkatkan jati diri sebagai seorang
pemimpin serta mempraktikkan disiplin yang baik.

Anda mungkin juga menyukai