Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 3A

“Kepimpinan yang berkesan mempengaruhi produktiviti sesebuah organisasi.”


(Mahathir Mohamed, 1990)
Sebagai pemimpin apakah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk
meningkatkan keberkesanan kepimpinan organisasi sesuai dengan saranan di atas.

JAWAPAN
Pemimpin sesebuah organisasi memainkan peranan yang sangat penting dalam
menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi kerana salah satu peranan utama
pemimpin organisasi ialah menentukan hala tuju organisasi dan memastikan visi dan
misi organisasi dapat dicapai. Pemimpin yang efektif akan merancang strategi-strategi
yang strategik bagi memastikan visi, misi dan objektif organisasi dapat dicapai. Berikut
adalah langkah-langkah yang boleh seseorang pemimpin itu jalankan untuk
meningkatkan keberkesanan kepimpinan orgasnisasi.
Langkah pertama yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin adalah menyediakan
latihan kepimpinan. Latihan ini boleh dibuat secara menyertai kursus ataupun
mengadakan kursus orientasi bagi mana-mana penjawat baru. Tujuan kursus ini adalah
untuk membolehkan mereka sedar dan memahami mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka apabila berkhidmat kelak. Ini dapat mengelakkan berlakunya
salah faham yang seterusnya akan menyebabkan terjejasnya sesebuah organisasi itu.
Latihan ini tidak seharusnya berhenti pada satu-satu tahap sahaja malahan kursus ini
sepatutnya berjalan dari masa ke semasa bagi membolehkan seseorang itu mendapat
pengetahuan yang terbaru. Latihan yang paling penting dan perlu ditekankan untuk
dilaksanakan adalah latihan kerohanian.
Seterusnya adalah penerapan nilai-nilai murni kepimpinan. Terdapat pelbagai
nilai untuk diterapkan sebagai contohnya menerapkan nilai-nilai Islam di dalam
pentadbiran. Penerapan ini bertujuan memberi kesedaran kepada individu tentang
pandangan Islam terhadap kepimpinan yang seterusnya akan memberi kesan yang
positif kepada diri individu itu sendiri. Nilai murni yang dipegang teguh akan melahirkan
organisasi yang jitu kerana mereka memegang tunjang kepada nilai yang baik dan
diredhai oleh Allah seperti yang termaktub dalam 10 nilai murni perkhidmatan awam.
Selain daripada itu, perubahan sikap pemimpin itu juga penting. Seseorang itu
haruslah mempunyai deria yang peka terhadap dirinya dan juga pada masa yang sama
peka terhadap individu lain yang sama-sama berkerja di dalam organisasi yang sama.
Ini akan membolehkan seseorang itu mengesan kekuatan di dalam dirinya yang perlu di
utamakan. Disamping itu juga dengan perubahan sikap ini kita dapat membetulkan
kelemahan diri kita sendiri. Apabila ini berlaku, sudah tentulah sesebuah organisasi itu
dapat melakukan kerja mereka sebaik mungkin kerana mereka berkerjasama di antara
satu sama lain. Pemimpin yang berkesan tidak seharusnya malu untuk mengaku
kelemahan nya dan me minta tolong individu lain di dalam organisasinya. Perubahan
sikap yang positif ini tentulah akan menyebabkan anggota bawahan berasa hotmat
kepada pemimpin diatasnya.
Seterusnya ‘feedback’ daripada pekerja bawahan juga amat penting bagi
meningkatkan mutu kepemimpinan seseorang pemimpin itu. Acapkali dijalankan sistem
penilaian yang menggalakkan pekerja bawahan untuk menilai prestasi seseorang
pemimpin. Sistem penilaian ini haruslah bersifat telus dan adil supaya mutu
perkhidmatan pemimpin itu dapat ditingkatkan. Sistem pentadbiran yang unggul adalah
sistem ‘bottom to top’ dan bukanlah sebaliknya. Seseorang pemimpin tidak seharusnya
bersifat angkuh dan dan mementingkan diri sendiri. Seorang pemimpin yang berkesan
adalah seseorang yang mampu menerima kritikan dan teguran membina daripada
‘subordinate’nya. Dengan cara ini, corak kepemimpinan akan menjadi lebih baik jika
sesuatu keputusan dibuat dengan mengambil kira pandangan dari semua pihak.
Contohnya, di sekolah sekarang, guru-guru malahan tukang kebun juga boleh
memberikan cadangan atau teguran kepada Guru Besar sekiranya cadangan atau
teguran itu mampu mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti pentadbiran sekolah itu.
Langkah seterusnya yang boleh diambil oleh seseorang pemimpin untuk
meningkatkan keberkesanan kepimpinannya ialah menambahkan lagi pengalaman
bekerja dan juga menggalakkan sistem pusingan kerja. Seseorang pemimpin itu
haruslah diberi peluang untuk menjawat jawatan yang lebih mencabar bagi menambah
pengalamannya. Dengan lebih banyak pengalaman dan pengetahuan pemimpin itu di
dalam sesuatu bidang kerja, maka kualiti kepimpinannya juga akan bertambah.
Pemimpin itu akan menyedari lebih banyak peluang-peluang penambahbaikan di dalam
organisasinya kerana beliau sudah mempunyai lebih banyak pengalaman di dalam
menangani masalah yang lebih rumit ketika menjawat jawatan yang sukar. Selain dari
itu, seseorang pemimpin juga boleh membuat pusingan kerja dengan penjawat lain bagi
meningkatkan kualiti pentadbirannya.
Faedah-faedah dari Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK):
1. Erat hubungan antara pekerja dan pengurusan
2. Pupuk kerjasama di kalangan pekerja
3. Beri kepuasan bekerja
4. Yakin kebolehan diri sendiri
5. Asah bakat kepimpinan
6. Galakkan daya kreativiti
7. Baiki sistem dan cara kerja
(Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 7 Tahun 1991)
Menurut PKPA di atas, sekiranya seseorang pemimpin menyertai KMK, maka
dengan secara tidak lansung beliau dapat mengasah bakat kepimpinan yang mungkin
tidak diterokai secara menyeluruh sebelum ini. Tambahan pula, dengan bergiat di dalam
KMK, seseorang pemimpin itu juga mampu memperbaiki sistem dan cara bekerja
bukan setakat untuk dirinya sahaja, bahkan juga untuk seluruh struktur organisasi.
Akhir sekali seseorang pemimpin haruslah sentiasa mempunyai keinginan untuk
memajukan diri sendiri dan juga kerjayanya. Bagi mencapai objektif ini, beberapa usaha
boleh dijalankan iaitu dengan menambah ilmu pengetahuan. Seseorang pemimpin
mestilah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dengan melanjutkan pelajaran,
menghadiri seminar-seminar ilmu atau bertukar-tukar pendapat dan pengalaman antara
pemimpin-pemimpin lain. Selain dari itu, pihak atasan juga boleh menghargai
sumbangan pemimpin-pemimpin dengan menganugerahkan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang bagi memotivasikan pemimpin untuk sentiasa berdaya saing dan
mempertingkat mutu dan kualiti kerja.
Kesimpulannya, seseorang pemimpin yang baik mestilah mempunyai pekerti
yang mulia, bertanggungjawab dan amanah di atas tugas yang telah diberikan, sentiasa
ingin memajukan diri sendiri serta organisasi yang dipimpin dan juga mestilah berilmu
pengetahuan yang tinggi. Seorang pemimpin yang hebat mampu melakukan lebih dari
apa yang dipertanggungjawabkan dan mampu mendengar teguran dan nasihat dari
orang bawahannya. Pincanglah sesebuah organisasi itu sekiranya pemimpinnya
angkuh dan mementingkan kepentingan sendiri. Walaupun senario ini masih berlaku di
negara kita, akan tetapi kita seharusnya bersikap positif dan sentiasa mengharap agar
pemimpin yang dipilih di kalangan kita mampu menjalankan tugasnya dengan telus, adil
dan saksama.

Anda mungkin juga menyukai