Anda di halaman 1dari 8

“Bukakanlah, gilakanlah, cintailah, usahakanlah, hancur luluhkanlah jiwamu

Umat kepada Pencipta-mu melebihi bukaan, kegilaan, kecintaan, kegigihan, keperitan


dan kehancuran yang kau rasai pada Ummi kerana Dia bersifat dengan segala
kesempurnaan ”

PA’CIK
Suatu kisah yang berakar umbi dari gerak hati dan pandangan hidup.
Realiti hidup yang membayangi dan mendewasakan tiap-tiap jiwa.

Otak kiri mengawal-gerak anggota kanan…


Otak kanan mengawal-gerak anggota kiri…
Gerakan anggota kanan mengaktifkan otak kiri…
Gerakan anggota kiri mengaktifkan otak kanan…
Fahami yang tersurat…
Selami yang tersurat…

1824
17 Muharram 1427 Hijrah
16 Februari 2006
BAB 1: UMAT

Umat bin Insan. Seorang anak remaja yang kian mendewasa. Lahir di kawasan pedalaman yang
dipenuhi malar hijau. Tenang angin dan suasana pedalaman melahirkan ketenangan pada jiwa Umat.
Terdidik di dalam persekitaran yang selamat menjadikan Umat sentiasa mendambakan sesuatu yang
indah. Kesederhanaan ayahandanya Umat sentiasa inginkan sesuatu yang selari dengan idolanya itu.
Ketenangan dan kesejukan pada wajah seorang bonda membuatkan angan Umat pada wajah
perwatakan seiras bonda. Hati Umat cukup tegar, menolak wujudnya pekongsi-pekongsi hati, seiring
nasihat ayahanda dan bonda. Sesekali hati Umat terdetik untuk mengintai denai-denai percintaan.
Sesekali jiwa Umat yang kosong meronta-ronta minta diisi. Seringkalinya Umat bertegas, imun untuk
menahan pathogen-patogen yang berusaha merosakkan pegangan yang dijaga. Biarpun hati muda
sentiasa meronta, penjara kukuh yang dibina masih mampu merantai gelodak keganasannya.

Bertahun berlamanya Umat mempertahankan prinsip yang dipegang. Sehinggalah pada suatu
remang petang, Umat ditakdirkan bertemu seorang insan. Tatkala kali pertama memandang, kalbu
Umat mula berdegup kencang. Darah panas mula membakar seluruh tubuh, dadanya bergelombang
turun dan naik. Pandangan Umat tak mampu lagi dialihkan dari pandangan pertamanya itu. Panah
syaitan yang tidak pernah tersasar. Tepat. Satu titik hitam mematuk kalbu Umat.

Umat tersenyum. Otak berputar, berfikir. Hati berbolak-balik mengenang sesuatu yang cukup
indah. Kaki berlegar-legar, mata ligat memerhati ke setiap sudut pandangan. Umat sedang berhadapan
sesuatu yang sedang dicari, sesuatu yang selama ini cuba dielak. Suatu perasaan yang perlu didalami
untuk mengerti suatu kenyataan. Umat bersedia meneroka kisah yang selama ini menjadi lagenda dan
meluap-luap di dalam hatinya.
BAB 2: UMMI

Perwatakan lemah-lembut, senyum simpul dan lirik mata sudah cukup untuk menggambarkan
betapa indahnya Ummi. Akhlak dan peribadi yang indah menambahkan lagi keindahan yang telah
dianugerahkan.

Wanita yang memelihara rohani dan jasmaninya. Lahir dan zahir seiringan, terdidik dalam
suasana yang suci. Kemurahan dan keikhlasan dalam setiap kuntum senyum yang dilemparkan
menggamit hati pencinta keindahan. Bicara mesra dan layanan yang berpada-pada menjadi igauan jiwa-
jiwa yang sedang mencari nilai sebuah cinta. Tubuh dibaluti nilai keagamaan, menjadikan gerak langkah
rohani dan jasmani Ummi sentiasa dalam kawalan akhlak. Muamalat seharian berpandukan Kalam-
Kalam suci. Hatinya teguh mempertahankan kesucian cinta. Cinta utama pada Ilahi, itulah cinta hakiki.
Hati Ummi belum bersedia menyerahkan kesucian cinta kepada sesiapa, baginya cinta belum layak
dikongsi sesiapa kecuali pada Yang Maha Pencipta.

Tanpa disedari, senyuman dan perwatakannya yang indah menggamit hati seorang jejaka, Umat.
Kini hati Ummi yang tegar akan diuji. Ummi dalam dilema, desakan jiwa remaja seakan-akan
memaksanya untuk menerima kehadiran Umat. Suatu yang terlalu sukar untuk ditafsirkan, penerimaan
yang tiada penggantungan. Ummi terfikir-fikir sendirian.
BAB 3: AWAL DAN AKHIR

Renungannya lurus menuju pinggir jalan yang sesak. Biasan pandangan Umat terpaku pada riak
Ummi. Menatap indah wajah Ummi. Riak seindah akhlak yang dididik, persis nukilan pengukir ciptaan
agung. Riak dan akhlak yang dicari-cari Umat setelah sekian lamanya. Gerak lisan menzahirkan rohani
yang kudus, mendegupkan jantung si Umat. Bagaikan ada talian rohani pada kedua-dua insan ini. Umat
diuja keawangan, dibuai bauan indah yang didetikkan pada cinta hati fitrah. Saat itu hati yang selama ini
tepu dan terkadang-kadang dicairkan oleh indahnya bisikan, mencair secair-cairnya. Pintu yang dikunci
oleh pencarian gerak hati, diketuk-ketuk oleh kehadiran Ummi. Mungkin Ummi yang dicari-cari selama
ini.

“Usah diangankan pada insan yang dilihat, hatimu terbuka kepada insan yang menutup hatinya seperti
tertutupnya hatimu pada saat lepas”. Telinga Umat dibingitkan oleh kata-kata yang
berulang-ulang.

Hati Umat masih tegar, dipejamkan mata dan ditarik nafas sedalam-dalamnya sehingga berkeriuk irama
dari sangkar rusuk yang digerakkan. Pertukaran udara segar mengalir pada jalan-jalan darah Umat.
Membawa pesanan yang meluap-luap.

“Persetankan kata-kata yang membingitkan, bangkitlah mengejar yang dicita-citakan selama ini”

Pesanan dikesan reseptor fitrah lantas menghantar rangsangan kepada pusat kawalan hati. Hati yang
cair luluh merembeskan hormon dorongan. Otot efektor tergerak, mengecut dan mengendur mengikut
ritma arahan. Umat mula mundar-mandir, sesekali menongkat dagu memikirkan agenda tertentu. Otak
beku mula berputar, ribuan telahan dan persoalan berlegar-legar bersama ribuan jawapan yang direka-
reka. Mekanisma homeostasis yang disistemkan berfugsi cemerlang, bergerak mengikut arahan yang
diberikan. Namun hasil terakhir yang disimpulkan belum muktamad, jawapan masih kabur dan beraneka
pilihan. Umat termenung memikirkan jawapan yang paling tepat. Otak Umat tidak mampu memberikan
pilihan yang sesuai, sesuatu yang normal bagi otak manusia. Otak terkadang-kadang berfungsi
berdasarkan pengalaman. Umat belum merasai pengalaman ini, Umat masih mentah.

Saat yang bergerak menambahkan keazaban pada jiwa Umat. Sesekali bertembung wajah Ummi
menjadikan jiwa Umat makin bergelodak, rasa yang terpendam makin membuak-buak.
Pandangan Umat tidak lagi dapat menyembunyikan rasa yang terpendam dalam sanubarinya. Ummi
bagaikan memberi petanda yang meyakinkan Umat, rasa hati Umat bagai dihargai. Umat mencuba
mengorak langkah berani, menebalkan derma dan membekukan aliran darah merah. Hati Umat
membulatkan tekad untuk cuba mengetuk pintu-pintu yang terkunci.

Tiba-tiba suara menyindir menerpa ke gegendang telinga Umat. “jalan mara kaki tersadung, tebal derma
tangan kudung…”.

Aliran darah yang mulanya tersekat, mengalir laju. Derma tebal pucat lesu mulai dibasahi aliran darah.
Derma bersinar-sinar kemerahan. Darah merah menyirap dari hujung kuku terus ke hujung rambut,
Umat tersentak. Nafas umat mulai merudum, ventilasi mulai terganggu, mata Umat mulai kabur, kaki
Umat mulai longlai. Umat jatuh tersungkur, berguling-guling di atas jalan yang sesak. Wajah Umat
dipenuhi debu, Umat malu, Umat keliru, Umat terharu. Baju yang membalut tubuh Umat compang-
camping dikoyak oleh rasa malu yang mulai membelit tubuh Umat. Rasa sakit terjatuh sudah tidak
dirasai lagi, rasa malu lebih menyengat dan memnyiat setiap inci tubuh umat.

Panas terik matahari membakar tubuh Umat. Titik-titik hujan siang menimpa wajah Umat. Umat terkapai-
kapai, cuba bangkit dari jatuhan yang memalukan. Tersedar Umat, ujian Tuhan menguji hatinya. Hati
keras yang selama ini tertutup, dibakar rasa bersalah pada saat pintunya baru dibuka. Ujian yang keras
perlu untuk menyedarkan hati Umat yang keras. Umat terpaku seketika. Otak yang masih lelah berfikir
diperah lagi, Hati yang sedikit terluka berdegup kembali dan maruah yang telah tercalar ditongkat berdiri.
Umat mula bangkit bersama sebait kesedaran.

“…Hati keras terkunci mencair hanya kerana pandangan kepada Ummi. Secalit sifat Keindahan dan
Kesempurnaan-Nya yang dicampakkan pada diri Ummi menggoncang peribadimu, menghancur luluhkan
jiwamu. Pandanglah kepada Keindahan dan Kesempurnaan yang Maha Tinggi. Bukakanlah, gilakanlah,
cintailah, usahakanlah, hancur luluhkanlah jiwamu Umat kepada Pencipta-mu melebihi bukaan, kegilaan,
kecintaan, kegigihan, keperitan dan kehancuran yang kau rasai pada Ummi kerana Dia bersifat dengan
segala kesempurnaan ”
BAB 4: MONOLOG DALAMAN

“ Indahnya saat aku mula menyusun rentak, melontar pandangan mencari jalan untuk
merapatimu”. Jiwa Umat mula bermonolog.
Dagu yang dibaluti rerambut indah diletakkan ke atas tangan yang sedang bertongkat. Merenung jauh
dan sesekali Umat merenguskan hembusan nafas, bagaikan ada nada mengeluh setiap kali nafas
dihembuskan.

“ Aku berjaya melompat ranjau yang pertama, mengetuk pintu hati yang pada firasatku terkunci
rapi”.
“ Tapi…aku terlepas sesuatu yang hampir dalam genggaman”.
“ Ah, ini semua salahku!”.
“ Mungkin juga bukan salahku. Benar, ini semua bukan salahku. Aku tak patut dipersalahkan”.
“ Kalau begitu, salah siapa lagi? Ummi? Ummi tidak pernah mengundang kehadiranku, tidak
sesekali mengalu-alukan kedatanganku. Benar, ini semua bukan salah Ummi. Ummi tak patut
dipersalahkan”.
“ Kalau begitu, salah siapa lagi?”.

Bertubi-tubi persoalan menusuk masuk jirim kelabu dan putih Umat. Umat menghela nafas panjang,
melepaskan beban yang bersarang dalam kotak pemikirannya. Bagaikan suatu rutin harian, inilah kerja-
kerja harian Umat. Bercakap kepada diri sendiri, mencari jawapan yang sebenarnya tiada pada dirinya.

“ Perlukah aku terus menunggu dan berharap?”.


“ Mungkin tiada jodoh atau mungkin belum tiba seru. Kalau ditakdirkan kau untuk aku, biar
apapun rintangan jodoh tetap penentu. Ya, itu semua sudah tersurat, tidak perlu aku mencari dan
mengharap pada mimpi”. Umat membujuk hatinya.
“ Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Biarlah masa yang menentukan”.
BAB 5: ULANGAN LAGENDA

Suatu siang, Umat tertidur. Bisikan angin membelai dan menyanyikan lagu indah. Satu tarikan
seakan mengajak-ajak Umat. Umat mengekori tarikan itu dan berjalan menyusuri suatu denai. Hujan
yang turun memaksa Umat berlari-lari menyusuri denai itu. Setiba di celaha pepohon, tarikan tadi telah
menghilang. Umat terlonta-lonta mencari arah. Dalam kekalutan itu Umat dihujani helaian kertas yang
jatuh dari pepohon itu. Umat terkejar-kejar mengutip helaian kertas yang bertaburan itu. Berpeluh-peluh
muka Umat.

“ Astaghfirullahhal’azim…mimpi rupanya”. Umat beristighfar panjang.

Mimpi yang indah dan mengerikan itu masih bermain-main di benak fikiran Umat. Otaknya mula menafsir
mimpi siang itu. Wajah Umat berkerut dan garis-garis senyum mula mengukir pada wajahnya. Umat
menyelongkar kotak-kotak usang. Mencari-cari sesuatu yang suatu ketika dulu tidak berharga padanya,
namun kini ianya terlalu berharga. Raut wajah Umat yang berpeluh tersenyum gembira. Sebuah kitab
lama yang usang digenggam erat. Untuk beberapa kali, dikucupnya kitab lama itu. Diselak-selak kitab
lama itu beberapa halaman, Umat mula membaca dan bacaannya terhenti pada suatu perenggan…

Aku rasa teruja. Kini aku yakin, aku mampu menghuraikan persoalan yang ditinggalkan oleh
“aku-1984” dan “aku-2000”. Pengalaman mereka akan aku jadikan suatu pedoman dalam merungkai
setiap persoalan yang ditinggalkan. Si gadis yang terpilih diharapkan dapat membantu aku menyelami
maksud “Tidak perlu aku memaksa sesiapa untuk mempercayai persoalan yang kuutarakan ini kerana
kupercaya,
akan tiba masa untuk setiap insan melaluinya” dan “Mataku makin kabur, kata-kata ungkapan “aku-
1984” bermain-main di telingaku. Aku tersedar rupanya kata-kata “aku-1984” adalah suatu…

Puas. Itulah perasaan yang mungkin dapat digambarkan pada wajah Umat. Digelen-gelengkan
kepalanya beberapa kali. Senyuman jelas terukir pada wajahnya, dipejam matanya dan doitarik nafas
sedalam-dalamnya. Satu hembusan nafas yang panjang dilepaskan dan tidak dapat digambarkan
betapa puas dan gembiranya hati Umat. Kegembiraan yang bukan sekadar lakonan, kegembiraan yang
sebenar. Kegembiraan yang memberikan suatu pengalaman buat Umat meneruskan sisa-sisa
kehidupan yang mendatang agar tidak sia-sia.Ujikaji Umat telah berjaya. Lagenda yang sama berulang
padanya. Bagi Umat, itu semua tidak penting. Kepuasan yang dirasainya itu cukup berharga. Umat
berjaya mengungkai maksud yang tersirat dalam suatu kisah lagenda yang sering berulang. Lagenda
yang akan terus berulang selagi wujud rasa cinta dalam jiwa manusia.

Anda mungkin juga menyukai