Anda di halaman 1dari 3

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS Tingkatan 1

Gaya Bahasa Dalam KOMSAS Tingkatan 1


1
Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis
gaya bahasa (berserta beberapa contoh) bagi memudahkan pelajar memahami
konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

 aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata
yang berturutan
 Satu memegang satu memikul [Pantun Dua Kera (Nasihat)]
 ikat tingkatnya tak nampak alam [Syair Pohon Buluh]
 di bawah redup bebayang mentari [Kita Umpama Sehelai Daun,
SMahadzir]
 Sesekali kuingin kalungkan kagum [Kuingin Berterima Kasih, Ihsan
Noorzali]

 anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya
secara berturutan agar memperoleh kesan tertentu
 Pengulangan ‘Bahasa’ dan ‘tidak’ [Kunci Bahasa, Abdul Hadi Yusof]

 asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata.


 buah sintang buah senikul [Pantun Dua Kera (Nasihat)]
 Yang ada sedia panji-panji bendera [Syair Pohon Buluh]
 ingin bernaung mencari hidup [Kita Umpama Sehelai Daun, SMahadzir]
 Sesekali kuingin berterima kasih [Kuingin Berterima Kasih, Ihsan Noorzali]

 Penggunaan Bahasa Asing

Bahasa Arab – Alhamdulillah, Rabbulizzati, Ghafururrahim, wasilah, ummah,


ukhuwah, qadak dan qadar

Bahasa Inggeris – camping, No problem [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin Sarbini]

Bahasa Indonesia - paman, bibik, omongan

 bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang


mendalam tentang sesuatu peristiwa

 bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan


kerabat diraja – baginda, gering, mankat, takhta, raja

 bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian

 bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti


sebermula, syahadan, jera, tampak

 diksi – pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan
puisi.
Diksi yang baik terlihat pada
GAYA BAHASA DALAM KOMSAS Tingkatan 1
a. pemilihan kata yang tepat
b. penggunaan kata yang munasabah 2
c. penggunaan kata yang jelas dan khusus.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

 epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan

 hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih –


lebihan
 dari tusukan bahang memijar [Kita Umpama Sehelai Daun, SMahadzir]
 ...mata ayah mulai berkaca. [Oren, Saifullizan Yahaya]
 ...ladang bunga-bunga gembira yang baru saja berputik dalam hati [Kuih
Bakul Limau Mandrin, Mohd. Helmi Ahmad]
 perjalanan gila ini [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin Sarbini]

 hybrid – penyatuan dua perkataan membentuk satu perkataan


ketidakpastian – tidak + pasti

 imej/unsur alam
 buah sintang buah senikul [Pantun Dua Kera (Nasihat)]
 laut, langit, pohon dan ombak [Aku, Rosli K. Matari]

 inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang


lazim
 Hari inilah aku tercipta [Aku, Rosli K. Matari]
 Tidak berbilur bahasa di lidah [Kunci Bahasa, Abdul Hadi Yusof]

 metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza


daripada yang sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan kata
konkrit dan abstrak
 taman keresahan [Kuingin Berterima Kasih, Ihsan Noorzali]
 jambatan ukhuwah [Kunci Bahasa, Abdul Hadi Yusof]
 kandang kemarahan [Kuih Bakul Limau Mandrin, Mohd. Helmi Ahmad]
 kamar hati [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin Sarbini]

 paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya


wujud kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.

 pembinaan ayat – jenis ayat yang digunakan oleh pengkarya dalam karyanya.
Contoh: ayat yang rinngkas, sederhana dan kompleks, ayat inti, ayat tanya,
ayat pasif, ayat penegas dan ayat gabungan.

 peribahasa
 pilih kasih [Oren, Saifullizan Yahaya]
 menegakkan benang yang basah [Kuih Bakul Limau Mandrin, Mohd.
Helmi Ahmad]
 indah khabar daripada rupa [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin Sarbini]
 kacang lupakan kulit [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin Sarbini]
GAYA BAHASA DALAM KOMSAS Tingkatan 1
 perlambangan
 Kau Pencipta [Aku, Rosli K. Matari] - ‘Pencipta’ merujuk kepada Tuhan 3

 personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,


tumbuh – tumbuhan, keadaan atau peristiwa
 tempat bercanda unggas meriang [Kita Umpama Sehelai Daun,
SMahadzir]
 tidak kering bahasa diperah [Kunci Bahasa, Abdul Hadi Yusof]
 bunyi brek yang mencengkam jalan [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin
Sarbini]
 Matahari pukul 10.00 pagi menebarkan cahayanya [Destinasi Impian,
Mohd. Ismail bin Sarbini]

 rima – keselarasan atau persamaan bunyi pada kata atau suku kata terakhir
dalam sesuatu ayat atau baris puisi.

 repitisi/pengulangan – pengulangan kata yang diulang-ulang, dianggap


penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki
 buah sintang buah senikul [Pantun Dua Kera (Nasihat)]
 Pengulangan frasa ‘Sesekali kuingin’ dan ‘kepadamu’ [Kuingin Berterima
Kasih, Ihsan Noorzali]
 Lemah badan, lemah semangat [Destinasi Impian, Mohd. Ismail bin
Sarbini]
 Mak, oh, mak, Yati dah balik. [Hadiah, Aripin Said]

 responsi – pengulangan kata di tengah baris

 simile – perumpamaan secara jelas mengungkapkan sesuatu perbandingan


atau persamaan dengan menggunakan kata ‘seperti’, “bagai”, “umpama”,
dan “macam”.
 Hujan bagai tetamu [Kuingin Berterima Kasih, Ihsan Noorzali]
 laksana api besar yang dapat menghanguskan,.. [Destinasi Impian, Mohd.
Ismail bin Sarbini]
 ...kata-katanya itu ibarat racun yang disembur [Kuih Bakul Limau Mandrin,
Mohd. Helmi Ahmad]

 simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama.

 sinkope – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel)


seperti tak, nak, ni, dan dah

 slanga
 ong, kompelin [Kuih Bakul Limau Mandrin, Mohd. Helmi Ahmad]

Anda mungkin juga menyukai