Anda di halaman 1dari 4

KELAS 5 HIJAU MASA 10:20 – 11:20

TARIKH 17 JAN 2017 HARI SELASA

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 waktu )


STANDARD
2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara
KANDUNGAN
elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD 2.2.1 Membaca dan memahami manual.


PEMBELAJARAN 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang
diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.
2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model
seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan
tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri,
sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


PEMBELAJARAN 1. membaca dan memahami manual.
2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.
3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model
dengan betul.

RINGKASAN Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru.


Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit
model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.


2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS Keusahawanan :


KURIKULUM EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber.
Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian.
Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN Kit model, manual, carta, alatan tangan.


MENGAJAR
AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada
murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan
jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.


2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual
kit model.

Langkah 2

1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan


alatan tangan dengan betul.
2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model
seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali
sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel
solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3

1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model


yang ditunjukkan oleh guru.
2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh
kegunaan komponen yang pernah dilihat pada
persekitaran.

Penutup

Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan


beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti


PENGAJARAN DAN lampiran.
PEMBELAJARAN

PENGETAHUAN SEDIA Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan
ADA MURID kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI
TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 Waktu )


STANDARD KANDUNGAN
2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara
elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD 2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.


PEMBELAJARAN 2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.
2.2.6 Menguji kefungsian kit model.
2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1.


PEMBELAJARAN memasang komponen kit model berpandukan manual
dengan betul.
2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat
pada kit model.
3. menguji kefungsian kit model.
4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan
menyimpan kit model.

RINGKASAN Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan


elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model
berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual kit model.


2. Menggunakan alatan tangan dengan betul.
3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan
betul.

ELEMEN Keusahawanan :
MERENTAS KURIKULUM EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan
melaksanakannya.
Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan
kualiti tugasan.
Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN Kit model, manual, alatan tangan.


MENGAJAR
AKTIVITI PENGAJARAN Set Induksi
DAN PEMBELAJARAN
Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk menamakan
kit model tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid.

Langkah 1

1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap


kumpulan.
2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid
melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual
dalam kumpulan.

Langkah 2

1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang


terdapat pada kit model.
2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat
pembaikan sekiranya tidak berfungsi.

Penutup

Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi


penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit
model.

PENILAIAN 1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut
PENGAJARAN DAN kumpulan.
PEMBELAJARAN 2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada
ADA pembelajaran yang lalu

REFLEKSI