Anda di halaman 1dari 6

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018


PERTANIAN 3729/2
Kertas 2
Fasa 2
April - Jun
3 bulan Tiga bulan

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tugasan.


2. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tugasan yang diberikan
secara individu.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan amali ini mengikut masa yang ditetapkan.
Tiada masa tambahan diberi.
4. Tugasan ini disertakan dengan Lampiran II.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3729/2 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3729/2

1.0 ARAHAN KEPADA CALON

1.1 Tugasan Pentaksiran Pusat mata pelajaran Pertanian wajib dilaksanakan oleh
semua calon Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang mengambil mata pelajaran
Pertanian.

1.2 Tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan dikawal selia oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Pertanian.

1.3 Tugasan mesti dilaksanakan mengikut arahan seperti yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.

1.4 Aktiviti pengumpulan maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran.

1.5 Calon dikehendaki melakukan Kerja Amali dan membuat Pelaporan.

1.6 Bagi Kerja Amali tertentu, calon boleh melakukan secara berkumpulan tetapi
tidak lebih daripada 5 orang. Pelaporan dan penilaian dibuat secara individu.

1.7 Calon dikehendaki mengisi rekod kerja amali dalam Lampiran II.

1.8 Hasil kerja amali mestilah atas usaha calon sendiri dan tidak ditiru, ditempah
atau diambil daripada mana-mana pihak.

1.9 Pentaksiran dan penilaian kerja kursus calon dilakukan di sepanjang tempoh
tugasan dilaksanakan.

1.10 Calon digalakkan menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan


Komunikasi (TMK) dan juga sumber rujukan lain untuk mendapatkan maklumat.

1.11 Pelaporan yang dibuat hendaklah dari hasil usaha sendiri dan disediakan dengan
tulisan tangan menggunakan kertas A4 berwarna putih.

1.12 Kerja kursus yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pentaksir
selewat-lewatnya dua minggu sebelum tempoh pelaksanaan kerja kursus tamat.

1.13 Calon hendaklah mengamalkan nilai murni dan etika kerja baik semasa
melaksanakan kerja kursus.

[Lihat halaman sebelah


3729/2 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3729/2

2.0 TUGASAN
2.1 KERJA AMALI
Anda dikehendaki menanam sayuran jenis daun menggunakan kaedah
hidroponik jenis NFT atau kaedah fertigasi selama 30 hari.

Berdasarkan tugasan itu, anda dikehendaki:


(i) Menyedia dan memasang sistem hidroponik jenis NFT atau fertigasi secara
individu.
(ii) Menanam (minima) empat pokok sayuran jenis daun.
(iii) Mencatatkan rekod penjagaan tanaman itu pada Lampiran II.

2.2 PELAPORAN AMALI


Pelaporan kerja amali hendaklah mengandungi maklumat berikut:

Muka hadapan:
- Nama Sekolah dan Nombor Pusat
- Nama Calon
- No. Kad Pengenalan
- Angka Giliran
- Tajuk Tugasan

Kandungan:
(i) Objektif amali (Minimum dua objektif).
(ii) Langkah kerja amali yang lengkap.
(iii) Perkara yang perlu dipatuhi untuk memastikan kejayaan kerja amali.
(iv) Membuat lakaran 3D dan berlabel:
- Melakar reka bentuk sistem hidroponik atau fertigasi yang
digunakan ketika sayuran berumur tiga minggu selepas ditanam.
(v) Mencatat Rekod Kerja Amali (Lampiran II).
- Melengkap dan melampirkan borang Rekod Kerja Amali.
(vi) Melampirkan gambar foto aktiviti kerja amali.
- Mengambil dan melampirkan gambar foto aktiviti menanam,
menyediakan larutan baja A dan baja B, menguji kepekatan
baja dengan menggunakan EC meter dan menuai hasil tanaman.
(vii) Menyenaraikan sumber rujukan.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


3729/2 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 3729/2
Lampiran II
BRP
F2

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018

BORANG REKOD PENJAGAAN TANAMAN SAYURAN


MENGGUNAKAN KAEDAH HIDROPONIK NFT / FERTIGASI

Nama Sekolah
Nama Calon Angka Giliran
Tarikh Mula Tarikh Akhir
Jenis sayur

Larutan Larutan
Bil. Bacaan Masa Menyiram
Baja A Baja B Catatan
Hari EC meter (Set Timer)
(ml/lit) (ml/lit)

10


3729/2 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 3729/2

Larutan Larutan
Bil. Bacaan Masa Menyiram
Baja A Baja B Catatan
Hari EC meter (Set Timer)
(ml/lit) (ml/lit)

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26


3729/2 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 3729/2

Larutan Larutan
Bil. Bacaan Masa Menyiram
Baja A Baja B Catatan
Hari EC meter (Set Timer)
(ml/lit) (ml/lit)

27

28

29

30

Tandatangan Tandatangan
Calon Pentaksir
Nama
Pentaksir

Tarikh Tarikh


3729/2 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Anda mungkin juga menyukai