Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi lokasi untuk beberapa peristiwa penting di

mana bangunan ini menjadi latar belakang Perarakan Kemerdekaan setiap 31 Ogos dan sambutan
malam Tahun Baru setiap 1 Januari . Perarakan kereta berhias sempena Pesta Flora juga diadakan di
sini. Perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 2009 dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Mizan Zainal Abidin. Lumba basikal Le Tour de Langkawi ditamatkan di hadapan bangunan ini.
Beberapa drama dan filem tempatan , Hollywood dan Bollywood juga pernah mengadakan
penggambaran di sini. Botak Chin, komunis dan penjenayah yang paling berbahaya pada suatu ketika
dahulu telah mengaku bersalah dan dihukum gantung sampai mati di sini.

BANGUNAN BERSEJARAH

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Hanya jauhari mengenal manikam.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Voltaire: "Sejarah manusia tak lain tak bukan hanyalah gambaran masa dahulu sebagai pengajaran
masa sekarang.

Malah,bangunan bersejarah dapat menaikkan semangat generasi muda zaman sekarang.Pihak


kerajaan telah mewajibkan setiap rakyatnya mempelajari Sejarah Negara Malaysia.Tidak
hairan,generasi muda masa sekarang tidak pernah lupa tentang bangunan bersejarah yang telah
dibina.Mereka turut disemai perasaan cinta akan Negara.Merekalahyang akan menjadi pemimpin
pada masa hadapan.Merekalah juga yang bertanggungjawab memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah ini supaya generasi akan datang dapat mengetahui tentang sejarah bangunan yang ada di
Malaysia.Berbekalkan ilmu Sejarah,pasti rakyat tidak pernah mahu mengulangi zaman pemerintahan
sebelum Merdeka.

Akhir sekali,rakyat Malaysia dapat menunjukkan perasaan cinta kepada Negara dengan terus
membangunkan Negara.Selepas kemerdekaan,Negara kita mengalami perubahan yang
mendadak.Hal ini disebabkan,rakyat Malaysia tidak mahu kemerdekaan Negara tergugat apabila
Negara ini dijajah semula.Demi mengelakkan daripada penjajahan,rakyat Malaysia berusaha
bersaing menjadi Negara yang maju dengan teknologi dan kaya dengan budi bahasa di samping tidak
pernah melupai tentang sejarah yang telah dilalui Malaysia.Sistem pendidikan yang teratur
membuatkan semua generasi muda dapat turut menyumbang kepada pembangunan Negara

Sehubungan dengan itu,bangunan bersejarah mengajar kita untuk terus bersatu padu
mempertahankan Negara.Bangunan bersejarah dicipta atas tujuan tertentu.Bangunan bersejarah
dicipta pada zaman sebelum kemerdekaan dan ia memerlukan ramai orang untuk
membinanya.Bangunan Bersejarah seperti Stadium Merdeka dibina oleh Rakyat Malaysia pada
zaman dulu .Mereka tetap berusaha berganding bahu membinanya tanpa mengira bangsa dan latar
belakang kerana pada masa itu mereka hanya memikirkan kebaikan anak cucu mereka pada masa
hadapan.Kita haruslah berusaha mengekalkan usaha mereka yang dahulunya sudah bertungkus
lumus mempertahankan Negara sehingga terpaksa menggadaikan nyawa sendiri

Anda mungkin juga menyukai