Anda di halaman 1dari 2

TAJUK: SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis ,Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”.

Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-


fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan
kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya.

Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka
berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.

Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. “ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita
sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu.

Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. “
Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan”
kata Sang Kancil . Semua haiwan berdiam diri .

Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan


singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.

“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-
sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut
dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok.
Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. “ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku
mencabar engkau untuk berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani. “ Engkau
nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.

“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan
dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.

“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang
mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak
berjaya.

Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan
pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu.

Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin
beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat
gigitan Tebuan itu.

Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat ya kawan-kawan,

1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.

2. Kita tidak boleh bersikap malas, jadi berusahalah mencapai cita-cita.

3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya .

4. Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat
mengalahkan kekuatan fizikal..

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai