Anda di halaman 1dari 5

Cerpen Mutiara Bonda (Osman Ayob) KOMSAS Tingkatan 3

Sinopsis
Mohd. Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk
menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran
bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya
tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd.
Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak
ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya,
Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya
melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya
menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya.

Tema - Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.

Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (___________) sehingga berjaya
melanjutkan pelajaran di ______________.

Persoalan

i. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Contoh: Bonda sangat


_________________(sayang) Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.

ii. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Contoh: Keempat-empat orang anak bonda
termasuk Mohd. Harraz berjaya ________________________ (lanjut) pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

iii. Keciciran pelajar luar bandar. Contoh: Mohd. Harraz pernah _________________ (henti)
sekolah ketika berada di darjah enam.

iv. Masalah sosial dalam kalangan remaja. Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya
yang tidak bersekolah terjebak dalam _________________ (tagih) ganja.

v. Tekanan hidup anak bekas banduan. Contoh: Mohd. Harraz ______________________(hadap)


tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.

Plot

i. Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya,
Mohd. Harraz yang sedang melanjutkan _______________(ajar) di Jordan. Bonda mengimbas kembali
saat-saat ketika ____________________(besar) adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10
hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii. Perkembangan

Pada bahagian ini, penulis menggambarkan _________________(nakal) dan kedegilan Mohd. Harraz
sehingga dia mengambil ____________________(putus) berhenti sekolah ketika berada dalam darjah
enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii. Puncak

Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang
selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah _____________(serbu) pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik
kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv. Peleraian

Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan _________________(kata) hasratnya untuk menyambung
pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.
Teknik Plot

i. Pemerian. Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat
warkah _______________________(khabar) daripada adik di Jordon.

ii. Dialog. Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik)
keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum __________________(malang) berlaku.

iii. ____________ ____________. Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz
(adik) ketika kecil terutamanya ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam
darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan
raya.

iv. Kejutan. Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya
patah _____________________.

v. _________________. Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah
sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.

vi. __________________. Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti
sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu memberi muka
kepada adiknya itu.

Watak utama

Adik

i. Nama penuhnya __________________________ bin _________________________.


ii. Anak _________________ tunggal daripada empat orang adik-beradik.
iii. Degil dan keras hati.

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan
ibunya kerana telah lewat malam.

iv. _____________ bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial.

Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.

v. Panas ___________________.

Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 daripada bonda untuk membeli mercun, adik telah
menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan
memberikannya.

vi. Insaf akan kesalahan yang __________________(laku).

Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya.

vii. Ber________________(ajar) tinggi.

Contoh: Adik melanjutkan pelajarannya di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan

Bonda

i. ____________ tunggal yang kematian suami.


ii. Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
iii. Gigih ____________________(besar) anak-anak.
Contoh: Bonda gigih membesarkan anak-anaknya setelah kematian suaminya.

iv. Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup.

Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan ________________(ubah)
dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku.

v. Sangat sabar ___________________(hadap) kerenah anak lelaki tunggalnya.

Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena
serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik.

Kak Cik

i. Anak ____________________ daripada empat orang adik-beradik.


ii. Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar.

iii. Anak yang bertanggungjawab.

Contoh: Kak Cik sering ________________________(tenang) bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa

i. Waktu pagi. Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan ______________________(bunyi) hon
apabila adik lambat bersiap untuk ke taski.

ii. Waktu _______. Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii. Waktu malam. Contoh: Pada pukul ________________ malam, adik keluar dari rumah dan terlibat
dalam kemalangan jalan raya.

Latar Tempat

i. ______________ Bonda. Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena
ibu jari kaki bonda sehingga terluka.

ii. ________________ di dusun. Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi
tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.

iii. _______________ _______________. Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya
berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.

Latar Masyarakat

i. Masyarakat yang gigih mendidik anak.

Contoh: Bonda gigih _________________(didik) adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.

ii. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

Contoh: Bonda ______________________(sekolah) anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.


Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu ___________________(sakit) hatinya
terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.
Gaya Bahasa

i. __________________________. Contoh: - tikaman masa lampau yang menajam di ingatan

ii. __________________________. Contoh: - melangit tinggi, berasap-asap bara meluat

iii. __________________. Contoh : - “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”

iv. _________________________. Contoh : - tidak pernah dicubit, tidak pernah ditengking

v. ______________. Contoh: - perangainya persis syaitan, bonda bagai tercampak ke pulau hana

vi. ______________. Contoh: - bersengkang mata, mengembalikan manikam ke dalam cembulnya

Nilai

i. Nilai ____________ ______________. Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya .

ii. Nilai _______________________. Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan


anak-anak setelah kematian suaminya.

iii. Nilai _____________________. Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama
anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

iv. Nilai _____________________. Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil
sehingga berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

v. Nilai ____________________. Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam
kemalangan dan mahu belajar semula.

vi. Nilai ke____________an. Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah
sehingga meninggal dunia dalam penjara.

Pengajaran

i. Kita hendaklah gigih ____________ mendidik anak-anak. Contoh: Bonda gigih mendidik adik
yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

ii. Kita mestilah bertanggungjawab ________________ anak-anak. Contoh: Walaupun bonda


seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang
terhadap anak-anaknya.

iii. Kita mestilah berusaha _______________ mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.
Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

iv. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang _____________ keluarga.

Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya
menampar adik.

v. Kita haruslah sabar _______________ menghadapi segala kerenah ahli keluarga.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang
bermasalah.

vi. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.


Contoh: Bonda tetap tabah ________________ suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal
dunia dalam penjara.

Anda mungkin juga menyukai