Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU : TINGKATAN 1 TAHUN 2012

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

BAND 1
PERNYATAAN STANDARD Mengetahui perkara yang didengar –dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR B1 DL1
Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah.
EVIDENS B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan
harian.

AKTIVITI PENTAKSIRAN 1.Murid berbual dengan guru tentang koperasi sekolah.


2.Murid-murid memberikan respons kepada isi perbualan.
3.Lima orang murid dipilih untuk berbual tentang cara-cara untuk
berjimat-cermat dalam kehidupan seharian.

Contoh Perbualan :

Guru : Pernahkah anda pergi ke koperasi sekolah kita?


Murid : Ya, kami selalu pergi ke sana.
Guru : Di manakah letaknya koperasi sekolah kita?
Murid : Ada di sebelah kantin cikgu.
Guru : Apakah barang-barang yang pernah anda beli di koperasi?
Murid : Saya selalu membeli alat tulis dan buku latihan.
Cadangan Jawapan bagi aktiviti ketiga:
i.menyenaraikan barang-barang yang perlu dibeli sahaja.
ii. membandingkan harga barang sebelum membeli.
iii.mengamalkan sikap menabung.
iv.menutup semua suis elektrik jika tidak menggunakannya.
v.memastikan pili air ditutup dengan ketat.
vi.tidak membeli barang yang berjenama mahal.
vii.membawa bekal ke sekolah

Anda mungkin juga menyukai