Anda di halaman 1dari 13

“ INI DIA CARA UNTUK ENTRY AWAL DENGAN SEBATANG CANDLESTICK EXTREME”

Ok seperti yang dijanjikan...saya akan berkongsi pulak cara entry awal dengan sebatang candlestick
Extreme.

Apa maksud entry awal tu ?

Sebenarnya...ia bermaksud, dari sebatang candle extreme h1 kita boleh dapat entry sama ada buy
atau pun sell. Dari sebatang candle extreme h1 kita boleh dapat entry sama ada buy atau pun sell..

Kita akan fokus pada Tf h1 dulu ya. Nanti kalau dah faham konsepnya, boleh la cuba buat kat Tf lain...

Kita refresh dulu apa maksud extreme.

Iaitu MA merah atau kuning yang keluar dari Bolinger Band ( BB ) dan ada candle berlawanan yang
close dalam BB. Ini yang terbaik....mesti ada candle berlawanan yang close dalam BB semula.

Faham kan ?

Contoh Extreme Sell iaitu MA merah yang keluar dari BB dan ada candle sell yang close dalam BB.

Extreme Buy pulak, MA kuning yang keluar dari BB dan ada candle buy yang close dalam BB. Simple
je...

Yang terbaik...extreme ni berlaku masa BB mendatar atau market sideway. Ini jelas dan kuat
menunjukkan market akan bertukar arah.

Kita kan suka lawan trend...hihi...memang sifat trader gitu. Market naik dia fikir nak sell...naik lagi sell
lagi...naik lagi sell lagi...float pun takpe. SL tak letak pun sebab sayang...tak nak rugi...

Last-last MC ...baru nyesal ☺

Ini sebab...kita lawan trend masa belum cukup syarat. Memang kita nak sell kat pucuk, buy kat akar.
Tapi biar market tunjuk tanda yang kuat dia akan reverse baru kita entry. Kan ?

So...setup wajib kita mesti ada break SNR. Ini yang penting.

Extreme break SNR atau....break SNR tanpa Extreme. Lagi baik kalau ada Extreme + Engulfing break
SNR. Ini memang bonus !

Ingat ...ni semua asas yang ada dalam ebook sebelum ni. Ingat step ni...mesti kena ingat
Ok....so untuk setup entry awal ni, bezanya kita mula dengan Tf h1 tapi kita entry di Tf M15. Kita tak
tunggu market break SNR pada Tf h1 iaitu pada Tf yang sama berlaku extreme. Faham kan ?

Dalam ebook sebelum ni...kita buat dan kita belajar Extreme Tf h1 break SNR Tf h1.

Beza entry awal ni...Extreme Tf h1....break SNR Tf M15.

Ingat...

Extreme Tf h1 break SNR Tf M15. Inilah bendanya...inilah stepnya..inilah rahsianya untuk dapatkan
entry awal. Tak la tunggu lama sangat market nak retest.

Saya masih guna setup asal tu..Extreme Tf h1 break SNR Tf h1. Untuk setup entry awal ni...saya guna
juga.

Dua-dua ada potensi..

Dua-dua ada risiko..

Dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Takde yang sempurna. Kebaikan setup entry awal ni, kita
tak lama sangat menunggu market retest untuk ambik PO kita.

Yelah..kadangnya nak tunggu retest Tf H1 tu lama juga. Kadang berjam...kadang berhari-hari baru
dapat entry.

Kekurangannya pulak..cepat dapat entry maknanya makin banyak risiko. Sebab kerap entry. Mesti
macam tu kawan...banyak entry banyak risiko. Tak kira lah setup master mana sekalipun, hakikat ni
kita kena terima.

Lagi satu kena ingat. Setup entry awal ni, hanya berlaku break pada Tf M15. Jadi ...pergerakannnya
tak besar. So jangan la letak TP jauh sangat. Saya cadangkan antara 15-20 pip je cukup.
Contoh 1 step 1

Bermula dengan Tf H1. Cari kat mana ada extreme. Tengok tu...ada MA kuning keluar dari BB dan ada
candle berlawanan yang close dalam BB semula. Tapi dalam contoh ni, candle buy ( cs lawan tu )
close sikit je dalam BB. Boleh guna juga...buat je dulu..marking je dulu.

Ok..marking candle extreme tu ( cs buy yg close dalam BB ). Itu candle extreme. Marking dengan
rectangle macam saya buat tu. Warna biru. Kalau guna fon pun boleh buat marking tu...cuba belajar
buat ya...

Tengok ya..berlaku extreme Tf H1 tapi belum break SNR Tf H1. Nampak tak kat mana SNR dia ? lupa
plak saya nak tanda...

Ce pandang kiri...atas yang ada shadow panjang tu, atas sikit tu ada pertemuan candle buy dan sell
kan. Ha....situ la SNR

Ok ini step pertama. Jom tengok step ke 2 ...


Contoh 1 step 2

Lepas siap marking candle extreme Tf H1 tadi, alih atau zoom ke Tf M15. Alihkan pulak marking
rectangle tadi ke candle paling bawah atau last cs. Last kat candle extreme Tf H1 tadi

Marking....lepas marking. Peratikan pulak kat mana SNR Tf M15. Haa...ini penting tau. Mesti ada SNR
dan break SNR. Konsep SNR sama je. Pertemuan cs buy dan cs sell ( rujuk balik ebook SNR )

Ok. Tanda line SNR tau...macam saya buat tu. Tengok line putih tu SNR...

Lepas dah tanda SNR, barulah fikir macam mana nak tarik fibo. Jangan tak nampak SNR dah fikir nak
tarik fibo. Ini bahaya. Salah langkah...salah step. Bila dah jumpa SNR memang senang nak tarik fibo

Ok. Maka...tariklah fibo untuk bantu kita dapatkan level entry terbaik.

Tengok gambar tu. Lepas kita alih marking kat last cs...pastu kita tandakan line SNR pastu kita tarik
fibo. Ingat cara tarik fibo, buat macam say buat tu. Level 0 kat shadow paling rendah dan level 100
pada close boy yang break SNR.

Kedudukan fibo biar macam saya buat tu. Senang nampak...selaras...


Dalam gambar ni, kotak marking kita duduk ngam dengan level 23. So kalau bentuknya macam ni
saya cadangkan pasang je PO kat level 23 tu, sebab dia pun dah sama dengan kotak marking. Situ zon
entry kita...

Kalau kotak marking tu duduk sama dengan level 50 atau 61.8, baru kita pasang PO ikut level fibo.
Antara kat level 38 atau 23. Tujuan apa ? Untuk kecikkan risiko....kan

Ok..so pasang lah PO untuk entry dengan TP dan SL....selamat.

Siap ! tu je stepnya....simple sangat. Tengok tarikh kat mt4 tu, rujuk chart semula. Tengok market
naik lepas hit PO kita. Beress......

Jom tengok contoh lagi..


Contoh 2 step 1

Step yang sama. Mula dengan extreme Tf H1. Marking cs extreme tu...

Tengok kan...dia belum break SNR Tf H1 tapi kita dah boleh marking.

Terus ke step ke 2
Contoh 2 step 2

Ok..alihkan marking ke last cs. Last cs ni tak kisah cs apa. Boleh jadi cs buy atau boleh jadi cs sell. Kita
marking je cs terendah tu.

Pastu...cari kat mana SNR dia, tandakan macam saya buat tu. Line putih tu SNR.

Lepas dapat SNR, pastikan dah break SNR...baru tarik fibo. Macam biasa...step yang sama.

Ok...kali ni kotak marking kita duduk ngam pulak dengan level 38 fibo. So...boleh letak PO kat level 38
tu atau level 23 untuk lebih minima risikonya. Cuma risiko lain....PO tak trigger sebab dia hanya retest
sampai kotak marking dan level 38 je.

Semua ni ada kebarangkaliannya. Kita tak tahu 100% market nak stop dan jalan sampai mana. Kita
hanya buat prediction je kan. So ..segala risiko ni lah kita kena rancang dan buat kiraan.

Ok...untuk gambar ni, market retest level 38 fibo + kotak marking dan terus naik. SL kita kecik je tu
sebab entry Tf M15 kan.

Nisbah R:R buat 1:2 pun dah ok....

Nampak....senang je kan
Contoh 3 step 1

Marking cs extreme. Nampak MA kuning dari BB dan ada cs berlawanan yang close semula dalam BB.
Kalini bentuk cs extreme ni macam engulfing...memang engulfing pun hihi.

So kita ada extreme + engulfing Tf h1. Tapi belum break SNR Tf H1. Dalam ebook lepas...engulfing
break SNR Tf H1 juga kan..

So yang ni kita nak olah dapatkan entry awal..

Marking candle tu. Marking dari high sampai low. Marking seluruh candle tu...

SNR ada kat atas tu tapi belum break lagi. Kita nak cari entry awal...so kena cari break SNR Tf M15

Tengok step 2...


Contoh 3 step 2

Ok tengok chart ni lain sikit pada chart sebelum ni. Last cs dia besar....walaupun dah zoom ke Tf M15.

Kita marking sampai lowest shadow tau. Nampak macam last cs sell tu rendah, tapi shadow kat cs
buy tu lagi rendah...so marking cs tu.

( cs ni maksudnya candlestick la ye )

Pastu...pastikan kat mana SNR dia. Tandakan macam biasa...

Tengok...kotak marking kita ngam dengan level 61.8 kan. Jadi besar la risiko kita kalau entry kat situ.

Masa ni lah gunya fibo untuk kecikkan risiko. Kita guna level fibo untuk kecikkan risiko dan dalam
masa yang sama kita dapatkan entry terbaik.

So dalam kes ni, jangan pasang PO kat kotak marking..tapi kita pasang PO kat level 38 atau 23 fibo.
Baru best...SL kecik. Tengok...market retest sampai level 38 dan naik....

Nampak kan ? apa guna kotak marking...apa guna fibo


Contoh 4 step 1

Nampak macam gambar chart sebelah tadi kan ? macam sama tapi lain. Tadi EU ni AU..

Tapi cs engulfing sama. Extreme + engulfing Tf H1 tapi belum break SNR Tf H1. Nampak ada shadow
cucuk je line SNR atas tu..tapi tak break. Kita nak ambik entry sikit ni...semi scalping....

Nak cari setup entry awal...

Pindah ke Tf M15..jom tengok


Contoh 4 step 2

Ok macam biasa..alihkan marking tadi ke last cs terendah kat Tf M15. Marking sampai kena shadow
terendah dia untuk kecikkan risiko.

Pastu tandakan SNR. Lepas ada SNR pastikan dulu berlaku break SNR baru tarik fibo.

Tengok kotak marking kita duduk ngam dengan level 23 fibo. So boleh la pasang PO kat kotak
marking sama dengan level 23 atau dekat level 38...atas sikit. Takut terlepas entry katakan...:-)

Tengok..market retest ngam kat kotak marking + level 23 dan naik. Nisbah RR dapat cantik tu..sebab
SL nipis dalam 15-20 pip je. Kemungkinan market naik sampai level 100 tu tinggi. TP kat situ pun dah
cukup baik....
Itulah cerita setup entry awal kita tuan/ puan. Baca betul-betul bagi faham. Ambik masa sikit untuk
ulangkaji..jangan kalut-kalut

Banyakkan buat latihan untuk kuatkan ingatan. insyaAllah setup kita ni senang je...

Sabar kena tinggi untuk trade ni. Emosi tu nak kena jaga betul-betul. Bab MM jangan lupa ulangkaji.
Biar dapat lot entry yang betul..jangan main hentam je. Nanti hit SL 3-4 kali dah MC.....itu tak betul.

Ok geng. Moga bermanfaat hendaknya....insyaAllah

Love you all. Doakan kita semua berjaya ya. Aminn.....

Anda mungkin juga menyukai