Anda di halaman 1dari 11

MENDENGAR DAN BERTUTUR

Perkataan Suku Kata Tertutup

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Kelas : Tahun 3 Inovasi

Tema : Kesihatan dan kebersihan

Tajuk : Kebersihan makanan

Standard Kandungan : 1.2 Mendengar, mengecam dan


menyebut bunyi bahasa iaitu abjad,
suku kata, perkataan , frasa dan
ayat dengan betul.

Standarad Pembelajaran : 1.2.6 Mendengar, mengecam dan


menyebut frasa dan ayat dengan
struktur binaan ayat yang betul dan
tepat.

Kemahiran Literasi : 2.1 Menyebut, membaca dan memahami


perkataan suku kata tertutup.

Objektif Pembelajaran : Murid berkeupayaan untuk:

Menguasai :

1. Mendengar dan mengecam frasa dan ayat dengan binaan ayat yang betul
dan tepat.

2. Menyebut frasa dan ayat dengan struktur binaan ayat yang betul dengan
tepat.

Tidak menguasai :

1. Menyebut dan memahami perkataan suku kata tertutup dengan sebutan


yang betul.

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti

Nilai Murni : Menjaga Kebersihan

Bahan Bantu Mengajar : Kad bergambar, kad perkataan, kad frasa


Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajarn Catatan
1. Murid-murid diminta menyanyikan lagu " Perut BBB:
Set Induksi Oh Perut".
2. Bersoal jawab tentang kepentingan menjaga Seni kata lagu
7 minit Kebersihan makanan ( wujud interaksi guru - murid )
Teknik:

Soal jawab, didik hibur

1. Murid mendengar cerita " Ranjit Sakit Perut"


Langkah 1 melalui slaid. BBB:
2. Murid mengecam perkataan berwarna dan frasa Slide cerita
15 minit yang bergaris berdasarkan cerita. ( lampiran )
3. Guru dan murid bersoal jawab tentang bahan yang Teknik:
diperdengarkan. Bersoal jawab

Murid yang tidak menguasai


1. Murid menyebut perkataan dan membaca BBB:
perkataan suku kata tertutup yang diwarnakan.
Langkah 2 Slide cerita
Murid yang telah menguasai
15 minit 1. Murid menyebut frasa yang digariskan dalam Teknik:
dalam petikan yang dipapar dan diperdengarkan.
2. Murid mengecam dan menyebut frasa dalam ayat Latih tubi
yang terdapat dalam cerita.
3. Murid bersoal jawab dengan guru untuk
menerangkan maksud frasa tersebut.

Murid yang tidak menguasai


1. Murid menyebut dan memahami perkataan suku BBB:
kata tertutup berdasarkan gambar.
Kad bergambar,
Langkah 3 Murid yang telah menguasai kad perkataan
1. Murid menceritakan semula kisah " Ranjit Sakit
15 minit Perut" dengan menggunakan ayat mudah. Teknik:
2. Murid menceritakan semula kisah " Ranjit Sakit
Perut" dengan gaya penceritaan dan intonasi Bercerita
yang betul.
3. Murid menyalin semula frasa bergaris dengan
betul.
4. Murid menyambaung cerita dalam lembaran kerja.
1. Guru membuat aktiviti pengukuhan:
Permainan bahasa : Nyanyian mengikut melodi Teknik:
Penutup goreng pisang.
Murid dikehendaki memadankan perkataan yang Permainan bahasa
8 minit sesuai untuk membina frasa dalam ayat.
Contoh : Ranjit sakit ( 3 x ).....sekarang
sakit apa ( 3 x ).....sekarang
sakit perut ( 3 x )....sekarang

Penilaian :

Mendengar, mengecam dan menyebut frasa dan


ayat dengan betul.
Menyebut dan memahami perkataan suku kata
tertutup dengan sebutan yang betul.

Refleksi :

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Lampiran 1

Perut oh perut,

Kenapa engkau sakit,

Macam mana aku tak sakit,

Makan mihun terdedah

Ranjit oh Ranjit,

Kenapa tidak hati-hati,

Pilih makanan ikut suka hati,

Pasti susah nanti.

Ranjit oh Ranjit,

Dengarlah nasihat ini,

Kau mesti hati-hati,

Supaya kamu sihat.

( Ikut melodi " Bangau Oh Bangau "


Lampiran 2

Pada cuti persekolahan yang lalu, Ranjit dan kawan-kawannya

bermain bola sepak di padang yang berdekatan dengan rumah

mereka. Ranjit kehausan dan bermandi peluh kerana cuaca

sangat panas.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ranjit singgah di gerai

makan Pak Halim umtuk membeli mihun sup dan burger.

Makanan di gerai Pak Halim terdedah dan lalat berterbangan di

sekitar gerai itu. Ranjit menikmati makanan itu tanpa mencuci

tangan.

Apabila sampai ke rumah, perut Ranjit mulai sakit. Dia

muntah-muntah dan cirit - birit. Dia mengerang kesakitan di

dalam biliknya.

Ibu Ranjit membawanya ke hospital untuk mendapatkan

rawatan. Selepas memeriksa keadaan Ranjit, doktor itu

memberitahu Ranjit bahawa dia keracunan makanan. Beliau

menasihati Ranjit supaya lebih berhati-hati sewaktu membeli

makanan.
Lampiran 3

bermain bola sepak

menikmati makanan

muntah-muntah dan cirit-birit

mengerang kesakitan

mendapatkan rawatan

keracunan makanan

membeli makanan
rumah
makan
lalat
burger
doktor
Lalat

Rumah
Makan

Doktor
Burger

Perut

Anda mungkin juga menyukai