Anda di halaman 1dari 1

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR

Baru-baru ini, saya telah mengikuti satu program motivasi Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR). Program selama dua hari satu malam ini diadakan di Dewan Kuliah
Perdana, Maktab Rendah Sains MARA, Taiping, Perak. Program ini dimulakan
seawal pukul 08:00 pagi dan berakhir pada pukul 10:00 malam.
Program anjuran PIBG ini melibatkan empat subjek teras UPSR, iaitu Bahasa
Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Barisan penceramahnya pula dipilih
daripada kalangan guru pakar dalam keempat-empat kertas peperiksaan
berkenaan.

Setiap peserta dibekalkan dengan fail yang dilengkapi bahan edaran bengkel.
Program motivasi ini merangkumi slot analisis soalan peperiksaan, slot teknik
jawab soalan, slot tip peperiksaan dan slot pengurusan masa.
Kesempurnaan pengurusan makan minum, iklim bilik kuliah yang selesa dan
kemudahan prasarana asrama yang canggih menyebabkan kami sentiasa ceria
dan bertenaga sepanjang menghadiri program tersebut.

Kami juga sempat menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin untuk
memohon keberkatan-Nya agar ganjaran maksimum iaitu pakej 6A dalam UPSR
2017 akan kami boloti.

Sesungguhnya, program motivasi ini telah berjaya membentuk jati diri dan
memperkukuh iltizam saya untuk menghadapi UPSR yang bakal mendatang.