Anda di halaman 1dari 2

Frasa Adjektif

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2015), frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri
daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat
sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut.

Unsur Frasa Adjetktif

i. Unsur penguat dalam frasa adjektif


Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan
berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat
tiga jenis kata penguat:
 Kata penguat hadapan
AMMB menjadi kaunter yang paling banyak diniagakan. 26436#1
 Kata penguat belakang
Roda masa terus berputar dengan pantas sekali. 1357#0
 Kata penguat bebas
Keadaan rumah itu sangat sederhana. 60151#0
Sombong sangat !" Kataku dalam nada gurau. 47883#4

ii. Unsur kata bantu dalam frasa adjektif


Kata bantu, yang hadir sebelum frasa, ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa
kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna tambahan dari segi
aspek waktu atau ragam. Oleh yang demikian, kata bantu dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
 Kata bantu aspek
"Sebenarnya, fungsi GTC sedia ada masih banyak kekurangannya dari segi strategi
promosi dan pengedaran. 13788#0
 Kata bantu ragam
Tidak boleh berat sebelah, mesti seimbang. 47828#1

iii. Frasa adjektif dengan ayat komplemen


Frasa adjektif sebagai predikat dapat diikuti oleh ayat komplemen, menjadikan ayat yang
terhasil itu ayat majmuk.
"Saya turut yakin bahawa dengan dokongan kita bersama, kita berharap kepemimpinan ini
akan mampu memberi keyakinan baru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya keyakinan
orang Melayu terhadap Umno. 31793#0

Fungsi Frasa Adjektif


i. Penerang
Untuk membangunkan konsep rumah pintar, peralatan elektrik rumah mesti berkomunikasi
antara satu sama lain dan beroperasi bersama. 9848#5
ii. Predikat
Diana lebih cantik dan bergaya. 85830#0
iii. Unsur keterangan
Rumah tumpangan (hotel), bar dan pusat hiburan begitu ghairah menyediakan pelacur untuk
menarik pelanggan dan keuntungan secara mudah. 86945#1
iv. Pelengkap
KEKECOHAN menyelubungi perebutan gelaran Perdana Satu antara Pahang dan Pulau Pinang
kini bertambah kusut. 50917#0
v. Subjek
Pix:- Cantik watak alat mainan yang menyertai pertandingan Malaysian Toys. 7160#0

Anda mungkin juga menyukai