Anda di halaman 1dari 21

SEMINAR

GURU CEMERLANG MALAYSIA 2006

TAJUK

PENGGUNAAN ANALOGI SEBAGAI SATU ALTERNATIF


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK
YANG BERKESAN

Oleh
TN HJ BURHAN BIN RAMLI @ MD. NOR
SEKOLAH MENENGAH SAINS MACHANG
18500 MACHANG
KELANTAN

Anjuran
Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM)
Kementerian Pelajaran Malaysia
PENGGUNAAN ANALOGI SEBAGAI SATU ALTERNATIF
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN FIZIK YANG
BERKESAN

Burhan Bin Ramli


Sekolah Menengah Sains Machang
Machang Kelantan.

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan pendekatan menggunakan


analogi sebagai satu kaedah P&P Fizik di sekolah dalam matapelajaran Fizik.
Perbandingan antara kaedah analogi ini akan di bandingkan dengan kaedah tradisional
yang di amalkan sekarang. Fizik dipilih untuk kajian ini kerana ia adalah merupakan satu
matapelajaran yang mempunyai banyak konsep abstrak yang memerlukan kaedah tertentu
untuk memahaminya. Objektif khusus kajian ini adalah untuk mengetahui kesan
penggunaan analogi dalam proses P&P Fizik di sekolah berbanding dengan kaedah
tradisional dari segi pencapaian akademik dan untuk menentukan adakah terdapat
perbezaan antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki dalam menggunakan
pendekatan analogi ini dari segi pencapaian akademik. Kajian ini adalah satu kajian
eksperimen yang dijalankan sendiri oleh pengkaji. Dua kumpulan pelajar dipilih dan
dinamakan kumpulan kawalan dan rawatan. Pelajar kumpulan pertama diajar tajuk
elektrik selama sebulan tanpa menggunakan analogi. Kumpulan kedua diajar konsep fizik
dalam tajuk yang sama dengan berbantukan analogi. Ujian pra dan pasca di jalankan
kepada kedua-dua kumpulan. Data kedua-dua ujian akan dianalisis menggunakan min
skor masing-masing.

1.0 PENGENALAN

Peningkatan pencapaian pelajar dari segi kualiti dan kuantiti dalam matapelajaran

Fizik adalah menjadi hasrat semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan di

negara ini. Untuk menjelmakan hasrat ini supaya menjadi satu realiti pelbagai

usaha telah dilakukan baik di peringkat sekolah maupun di peringkat PPD,

Jabatan Pelajaran atau Kementerian Pelajaran sendiri. Bagi guru-guru Fizik

satu usaha yang perlu dibuat adalah dengan memperkemaskan lagi kaedah

Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah P&P yang berbagai ini

akan dapat membentuk sikap positif pelajar terhadap Fizik dan menjadikan Fizik

2
ini lebih menarik dan mudah difahami. Konsep abstrak dalam Fizik memerlukan

satu inovasi tertentu supaya pelajar tidak terpingga-pingga untuk memahaminya.

Pendekatan yang lazim digunakan seperti menjalankan eksperimen , membina

model-model dan lain-lain telah dapat membentuk konsep di kalangan pelajar.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah mestilah sesuai

dengan matlamat matapelajaran Fizik diatas dan berteraskan pembelajaran

inkuiri dan penemuan. Ini bermakna segala aktiviti pembelajaran yang dirancang

perlu melibatkan pelajar secara aktif supaya mereka berpeluang untuk

mengembangkan daya pemikiran yang kritis, analitis dan kreatif. Dalam

merancang dan melaksanakan aktiviti P&P guru harus meningkatkan

keberkesanan pengajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti

eksperimen, projek, kajian kes dan sebagainya. (HSP,PPK1993). Kaedah yang

pelbagai ini akan dapat membentuk sikap positif pelajar terhadap Fizik dan

menjadikannya lebih menarik dan mudah difahami. Konsep yang abstrak dalam

fizik memerlukan satu inovasi tertentu supaya pelajar tidak terpingga-pingga

untuk memahaminya. Pendekatan yang lazim digunakan seperti menggunakan

eksperimen, membina model dan perbincangan telah dapat membentuk konsep

dikalangan pelajar.

Satu kaedah lain yang dapat membentuk konsep abstrak dikalangan pelajar ialah

pendekatan P&P menggunakan analogi (Harrison & Treagust, 1993; Thiele &

Treagust, 1994; Treagust, Duit,Joslin&Lindauer,1992) Analogi telah memainkan

peranan yang sangat penting dalam penerangan sains dan dalam penemuan sains.

Contohnya Johannes Kepler seorang ahli astronomi telah membina satu analogi

3
antara pergerakan planet dengan pergerakan jam. Menurut sejarah perkembangan

sains, para saintis dan pendidik sains telah menggunakan analogi untuk

menerangkan konsep-konsep yang penting (Brown,1992;

Clement,1993,Gentner,1989; Hesse,1996; Hoffman,1980; Lawson, 1993;

Oppenheimer; 1956; Thagard,1992;Venville & Treagust, 1997; Vosniadou&

Ortony,1980)

Selalunya guru tidak menyedari mereka telah menggunakan analogi dalam proses

P&P mereka. Kadang-kadang mereka menggunakan pernyataan seperti “Ianya

sama seperti….,” Ianya dapat dibandingkan dengan …..,” Ianya serupa dengan

…..,”(Iding,1997) Pernyataan-pernyataan ini sebenarnya telah menjuruskan para

guru Fizik kepada penggunaan analogi dalam P&P mereka.

2.0 RASIONAL KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan pendekatan

menggunakan analogi sebagai satu kaedah P&P Fizik di sekolah –sekolah

menengah di Malaysia dalam memahami sesuatu konsep abstrak dalam

matapelajaran Fizik. Perbandingan antara kaedah analogi ini di bandingkan

dengan kaedah tradisional yang di amalkan sekarang. Matapelajaran Fizik dipilih

untuk kajian ini kerana ia adalah merupakan satu matapelajaran yang mempunyai

banyak konsep-konsep abstrak yang memerlukan kaedah tertentu untuk

memahaminya.

4
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:

1. Untuk mengetahui kesan penggunaan analogi dalam proses P&P Fizik di

sekolah berbanding dengan kaedah tradisional dari segi pencapaian akademik.

2. Untuk menentukan adakah terdapat perbezaan antara pelajar perempuan

dengan pelajar lelaki dalam menggunakan pendekatan analogi ini dari segi

pencapaian akademiK.

4.0 SOALAN-SOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Adakah penggunaan analogi dapat meningkatkan pencapaian akademik

pelajar seperti kaedah tradisional?

2. Adakah terdapat perbezaan dalam penggunaan analogi dari segi jantina

pelajar?

5.0 SASARAN KAJIAN

Seramai 55 orang pelajar dari dua kelas tingkatan lima SM Sains Machang terlibat

dalam kajian ini. Kedua-dua kelas ini dipilih kerana prestasi akademik kelas-kelas

ini adalah seimbang.

5
6.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian eksperimen yang dijalankan sendiri oleh pengkaji.

Batasan kajian ini adalah untuk tajuk Elektrik dalam matapelajaran Fizik

tingkatan lima. Penggunaan analogi ini ada limitasi atau konstrain tertentu dan

tidak semua topik perlu menggunakan analogi. Penggunaan analogi adalah hanya

untuk menjelaskan konsep-konsep abstrak yang tidak maujud.

7.0 DEFINISI KONSEP

1. Kaedah P&P Menggunakan Analogi

Satu kaedah P&P untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep asas

Fizik secara mengaitkan konsep itu dengan satu konsep lain yang mempunyai

ciri yang serupa.

2. Kaedah P&P Tradisional

Satu kaedah P&P yang menggunakan kaedah eksperimen, perbincangan dan

lain-lain kaedah selain dari kaedah menggunakan analogi.

8.0 TINJAUAN LITERATUR

8.1 Apa itu Analogi ?

Analogi adalah satu kaedah untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu

konsep asas Fizik secara mengaitkan konsep itu dengan satu konsep lain

yang serupa.

6
8.2 Fungsi Analogi.

Fungsi mencipta dan menggunakan analogi adalah untuk membentuk dan

memahami konsep-konsep asas sains semasa proses P&P.

Contohnya :

 Jantung sama seperti sebuah pam

 Kidney sama seperti penapis

 Mata sama sepeti kamera

 Sel sama seperti sebuah kilang

 Atom sama seperti sebuah stadium kosong

8.3 Membina Analogi : Model TWA

Model Teaching With Analogies (TWA) di hasilkan oleh Glynn,Duit dan

Thiele pada tahun 1995 (Shawn M. Glynn,1995) untuk dijadikan panduan

bagi para guru Fizik mencipta sendiri analogi dalam pengajaran. Dalam

model ini ciri dari konsep analog (analog concept) di bandingkan dengan

konsep sasaran ( target concept). Jika terdapat beberapa ciri yang serupa

maka analogi dapat dibentuk di antara mereka.

Konsep Analog Bandingkan dengan Konsep Sasaran

Ciri-ciri 1.2.3. dll Ciri-ciri 1,2,3 dll

7
Model ini mengemukakan 6 langkah dalam operasinya iaitu:

 Kenalpasti konsep sasaran (contoh: litar elektrik)

 Kenalpasti konsep analog (contoh: litar air)

 Kenalpasti ciri-ciri yang relevan antara kedua-dua konsep itu

 Padankan kesamaan antara kedua-dua konsep itu

 Kenalpasti tahap atau keadaan bagi ciri-ciri antara kedua-dua

konsep itu yang bercanggah

 Buat kesimpulan tentang kedua-dua konsep itu.

Contoh 1:

Konsep Analog Konsep sasaran

Litar Air Litar Elektrik

Air Elektrik

Aliran air Arus

Paip Dawai

Pam Sel Kering

Tekanan Voltan

Penapis Perintang

Halangan Aliran Air Rintangan

Contoh 2:

8
Konsep Analog Konsep sasaran

Kamera Kanta

Aperture pupils

Diaphragm Iris

Filem Retina

8.4 Halangan (Constrain)

Penggunaan analogi boleh mendatangkan ” misconception” jika konsep

analog dan konsep sasaran dikembangkan terlalu jauh. Contohnya dalam

analogi antara litar elektrik dan litar air, jika paip air di potong air akan

memancut keluar tetapi jika dawai dipotong perkara ini tidak akan

berlaku.Dalam contoh analogi antara mata dan kamera, analogi tidak dapat

berfungsi dalam kes memfokus kerana kamera difokus dengan mengubah

jarak antara kanta dengan filem manakala dalam mata manusia pemokusan

dibuat oleh otot-otot siliari dan kornia. Oleh itu dalam menggunakan

analogi semasa P&P perkara-perkara yang boleh mendatangkan

pertembungan fakta antara konsep sasaran dengan konsep analog perlu

dikenalpasti dan dielakkan.

9.0 METODOLOGI KAJIAN

Subjek

9
Populasi sasaran ialah pelajar-pelajar tingkatan 5 Al Biruni (AB) dan

5 Al Farabi (AF) di Sekolah Menengah Sains Machang Kelantan.

Persampelan

Untuk tujuan persampelan, seramai 55 orang dipilih dari populasi 158 orang

pelajar Tingkatan lima. 26 orang pelajar dari tingkatan 5AB diletakkan dalam

kumpulan kawalan dan 29 orang lagi dari tingkatan 5 AF diletakkan dalam

kumpulan eksperimen. Sampel yang dipilih untuk kedua-dua kumpulan adalah

berdasarkan keputusan peperiksaan PMR 2004 dan “Take Off Value (TOV)

peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 tahun 2005. Bilangan pelajar lelaki dan

perempuan untuk kumpulan eksperimen adalah 16 orang lelaki dan 13

perempuan

Peralatan

Instrumen dan bahan yang digunakan ialah:

 Soalan ujian pra (Pre test)

 Soalan ujian pasca (Post test)

Aspek yang dikaji

(a) kesan penggunaan analogi dalam proses P&P Fizik di sekolah berbanding

dengan kaedah tradisional dari segi pencapaian akademik.

(b) kesan penggunaan analogi dalam P&P kepada pelajar dari segi jantina.

Prosedur Kajian

10
Sampel pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diuji dengan soalan-

soalan ujian pra. Ujian ini adalah untuk mendapatkan pengetahuan sedia ada

pelajar bagi kedua-dua tingkatan dalam tajuk elektrik.

Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan selama dua minggu iaitu

sebanyak empat kali pengajaran dalam tajuk Elektrik .

Tajuk untuk setiap P&P adalah:

 Pengajaran & pembelajaran pertama adalah bagi tajuk arus.

 Pengajaran & pembelajaran kedua adalah bagi tajuk rintangan.

 Pengajaran& pembelajaran ketiga adalah bagi tajuk litar siri dan

selari.

 Pengajaran & pembelajaran keempat adalah bagi tajuk litar siri

dan selari

Selepas selesai proses P&P sampel pelajar dalam kedua-dua kumpulan

diuji sekali lagi dengan soalan-soalan pasca (post test).

Prosedur Analisa Data

Markah bagi kedua-dua ujian di analisa dengan menggunakan dapatan min skor

kedua-dua ujian. Min skor untuk kumpulan-kumpulan berikut di hitung:

 kumpulan kawalan (pelajar 5 AB)

 kumpulan eksperimen (pelajar 5 AF)

 pelajar perempuan kumpulan eksperimen

 pelajar lelaki kumpulan eksperimen

11
10.0 DAPATAN

10.1. Min markah untuk setiapUjian

Jenis Ujian Kumpulan Min markah


Ujian pra kumpulan kawalan (5 AB) 57.8%

kumpulan eksperimen (5 AF) 56.4%

pelajar perempuan kumpulan eksperimen 22.1%

pelajar lelaki kumpulan eksperimen. 33.3%


Ujian pasca kumpulan kawalan (5 AB) 82.8%

kumpulan eksperimen (5 AF) 88.9%

pelajar perempuan kumpulan eksperimen 36.2%

pelajar lelaki kumpulan eksperimen. 52.7%

10.2 Analisis ujian Pra Kajian

Berdasarkan nilai min untuk ujian pra, pencapaian untuk kedua-dua

kumpulan adalah seimbang. Beza min hanya 1.4 %. Soalan yang

dikemukakan adalah berdasarkan soalan pengetahuan umum tentang tajuk

kelektrikan yang telah dipelajari pada peringkat menengah rendah dahulu.

Bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan dalam kumpulan eksperimen

di dapati bahawa pencapaian pelajar lelaki lebih tinggi sebanyak 11.2 %.

Ini menunjukkan pengetahuan sedia ada pelajar lelaki lebih tinggi dari

pelajar perempuan dalam tajuk ini.

10.3 Analisis Ujian Pasca kajian

12
Berdasarkan nilai min untuk ujian Pasca, pencapaian untuk kumpulan

eksperimen melebihi sebanyak 6.1% berbanding dengan pencapaian

pelajar kumpulan kawalan . Bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan

kumpulan eksperimen didapati pencapaian pelajar lelaki lebih tinggi

sebanyak 16.5 %

11.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Dari data yang diperolehi didapati bahawa terdapat sedikit perbezaan min di

antara pelajar yang menggunakan kaedah analogi berbanding dengan yang

menggunakan kaedah tradisional dalam proses P&P Fizik bagi tajuk elektrik. Ini

bermakna secara signifikan bahawa penggunaan analogi boleh juga di amalkan

sebagai satu kaedah P&P secara dominan di dalam bilik darjah bagi matapelajaran

Fizik.

Terdapat perbezaan min yang ketara antara pelajar lelaki dengan pelajar

perempuan yang menggunakan pendekatan analogi dengan pendekatan

tradisional. Ini bermakna pelajar lelaki lebih mudah menggunakan pendekatan ini

dalam memahami konsep Fizik.

Dengan dapatan ini maka dicadangkan guru-guru fizik menggunakan juga kaedah

P&P menggunakan analogi ini supaya kefahaman pelajar bagi konsep-konsep

fizik yang abstrak dapat di tingkatkan dengan lebih baik. Model TWA boleh

digunakan sebagai panduan asas bagi guru-guru untuk membina sendiri analogi

semasa P&P. Jika analogi yang dibina adalah relevan dengan pengetahuan asas

pelajar maka ia akan lebih bermakna. Para pelajar sendiri boleh dilatih untuk

13
membina analogi mereka sendiri semasa belajar. Menurut Glynn, 1955 pembinaan

analogi oleh pelajar sendiri akan membentuk satu kaedah belajar secara bebas

(independent approach of learning). Satu konsep sukar akan dapat difahami

dengan lebih mudah dan ini pastinya boleh meningkat motivasi pelajar dalam

belajar mata pelajaran yang sukar seperti Fizik.

BIBLIOGRAFI

14
1. Brown D.E. (1992). Using examples and analogies to remediate

misconceptions in physics : Factors influencing conceptual change. Journal of

Research in Science Teaching, 29,17 – 34.

2. Duit, R (1992). On the role of analogies ang metaphors in learning science.

Science Education, 75, 649-672.

3. Gentner,D. (1989) . The mechanisms of analogical learning. In S. Vosniadau

and A.Ortony Eds.), Similarity and analogical reasoning (pp. 199-241)

Cambridge : Cambridge Press.

4. Glynn,S.M. (1995). Conceptual bridges : Using analogies to explain scientific

concepts. The Science Teacher, 62, 25-27.

5. Glynn,S.M., & Duit, R.,& Thiele,R (1995). Teaching with analogies : A

strategy for constructing knowledge. In S.M. Glynn & R. Duit (Eds.),

Learning science in the schools : Research reforming practice (pp.247-273).

Mahwah, NJ : Erlbaum.

6. Harrison, A.G & Treagust, D.F. (1993). Teaching with analogies : A case study

in grade 10-optics.Journal of Research in Science Teaching, 30, 1291-1307.

7. Iding, M.K. (1997). How analogies foster learning from Science text.

Instructional Science, 25, 233-253.

8. Thagard, P. (1992). Analogy, explanation, and education. Journal of Research

in Science Teaching, 29,537-544.

BIODATA:

Burhan bin Ramli @Md. Nor bertugas di SM Sains Machang sejak 1983.
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Pendidikan (Kepujian) pada tahun

15
1983 dari UTM dan Ijazah Sarjana Sains (pentadbiran pendidikan) pada tahun
1999 dari UPM. Pernah memegang jawatan Ketua Bidang Sains dan Matematik di
SM Sains Machang dari tahun 1996 hingga 1999 sebelum dinaikkan pangkat ke
jawatan Guru Cemerlang Fizik pada tahun 1999.

16
Contoh Pengajaran Dan Pembelaran Yang menggunakan Analogi.

Mata Pelajaran : Fizik

Tarikh:

Tingkatan : 5 AF

Bilangan pelajar: 29 orang

Masa: 80 minit

Tajuk: Arus dan Beza keupayaan dalam litar Elektrik

Objektif Pengajaran: Pada akhir pengajaran pelajar dapat mentakrif arus, beza

keupayaan dan dapat menentukan hubungan antara arus dengan

beza keupayaan.

Pengetahuan Sedia Ada: Pelajar telah diperkenalkan dengan istilah arus dan beza

keupayaan semasa diperingkat menengah rendah.

17
LAMPIRAN.

DATA KAJIAN

A. KEPUTUSAN PMR, TOV , UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

KUMPULAN KAWALAN

TINGKATAN: 5 AB

Bil NAMA PELAJAR PMR TOV UJIAN UJIAN


PRA PASCA
1 AHMAD FIRDAUS MOHAMAD 50 64 68
2 AHMAD NAZIRUL BERHAUMUDIN 57 40 TH
3 AZIZUL ABDULLAH 41 40 52
4 AZWAN AFIF AZIHAR 41 TH 65
5 MOHD. FADHIL RAMLY 45 59 63
6 MOHD. FIRDAUS SULAIMAN 45 63 57
7 MOHD. SHADZWAN KAMARULZAMAN 45 41 57
8 MOHD. SHAFIQ ZUBIR 59 69 75

18
9 MOHD. FARIS HASSAN 50 21 63
10 MOHD. REZZUAN EFENDI 59 61 63
11 MUHD. FAIZ MOHD. SHUKRI 47 46 60
12 MUHD. HARIZ ZULKARNAIN 61 64 67
13 MUHD. IZZUDIN ISMAIL 43 46 58
14 MUHD KHAIRUL RAHIMIE AZMI 68 43 57
15 NIK MUHAMMAD ASHRAF NIK AZLAN 61 56 62
16 NAJWA DURIZAKI 59 49 67
17 NOOR AMALINA ALI 52 70 71
18 NOR RUHAIZI SHAMSUDDIN 55 65 65
19 NOR AMIRAH ZAHARI 41 48 53
20 NORHASLINDA MAZZALAN 61 46 59
21 NORAZLINDA ABDULLAH 48 40 46
22 NUR AMEERA ZULHADI 53 59 65
23 NUR ATISYA ROHADI 43 44 45
24 NURHIDAYU CHE AZLAN 45 45 49
25 NURUL WAHIDA CHE YAACOB 35 57 56
26 Z IRMA Z ISMAIL 40 63 55

TINGKATAN: 5 AF

Bil NAMA PELAJAR PMR TOV UJIAN UJIAN


PRA PASCA

1 AHMAD FADHLIZILIKRAM ABDULLAH 52 53 61


2 AHMAD HADI ABD HALIM 45 59 62
3 EZANEE ABDULLAH 59 44 59
4 HALIMATUSA’DIAH ABD. RAHIM 36 63 59
5 KOR YEE KIM 77 83 77
6 MASTURA ANISAH MOHD. SUKRI 32 53 60
7 MAZLAN MOHAMED 41 43 69
8 MOHD FARIS MOHD ZAIN 68 71 77
9 MOHD NASROLSHARMAN CHE RASDI 41 58 68
10 MOHD NURUL EZUAN MOHD AZIZI 50 71 63
11 MOHD RIZHATUL AIZAT MOHAMAD 70 70 64
12 MHD SYAZWAN MOHD ROSLI 57 69 78
13 MOHD ZAINUL HAFEEZ ZAKARIA 68 84 78
14 MOH ZAIRUL AZUAN ISMAIL 75 74 78
15 MUHAMMAD FATHI ABDUL LATIF 72 71 69
16 MUHAMMAD MUNZIR SHAFIE 46 61 62
17 MUHAMMAD UWIS MOHD MANSOR 66 50 66
18 MOHD ZAWAWI YUNUS 66 55 60

19
19 NAJAH ABDULLAH 61 89 74
20 NIK SHAFI’IN NIK MAN 68 78 67
21 NOOR ASMA MOHD NOOR 43 71 76
22 NORHASLINDA MOHD ROSLI 64 60 59
23 NUR ADIBAH MUHAMMAD 41 50 53
24 NURUL NAIM MOHD RAZALI 59 68 65
25 NURUL SHAHIRAH MAZLAN 48 53 66
26 WAN MOHD IKSAM WAN IBRAHIM 50 53 52
27 WAN NURUL QISTINA WAN YUSOF 61 64 58
28 WAN ZUL AKMALHAKIM WAN ZUKIMAN 50 58 57
29 WONG CHEN FONG 66 80 72

Bil Nama Pelajar PMR TOV Ujian Ujian

Pra Pasca
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

20
28
29

21

Anda mungkin juga menyukai