Anda di halaman 1dari 12

MEKANISME PELAKSANAAN

SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

JABATAN PERUMAHAN NEGARA


KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN

1
SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA

2
KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 LATARBELAKANG. 4
2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN
MyDeposit. 5
3.0 KRITERIA PEMBELIAN
PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN. 5
4.0 SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit. 6
5.0 KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit. 7
6.0 MORATORIUM. 8
7.0 KAEDAH PERMOHONAN. 8
8.0 PENUTUP. 9
9.0 LAMPIRAN.
- LAMPIRAN A . 10
- LAMPIRAN B . 11

3
1.0 LATARBELAKANG

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk


khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika
membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada
23 Oktober 2015.

Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi membantu golongan


pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan sebanyak RM200 juta
akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah
pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit.

Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan


keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini akan
diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara mulai 6 April
2016.

4
2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit.

Syarat –syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan KPKT :


· Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
· Berumur 21 tahun ke atas (tiada had umur maksima);
· Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah;
· Pendapatan isi rumah :
- Pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM9,000.
(Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil
daripada pekerjaan atau perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus,
elaun dan lain-lain);
· Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan
tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang
hendak dibeli; dan
· Carta alir permohonan Skim MyDeposit bagi projek perumahan baharu
yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale) adalah
seperti di lampiran A dan B.

3.0 KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN


Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit:

· Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran


sekunder (subsale); dan
· Harga pembelian adalah diantara RM80,000 hingga RM500,000.

5
4.0 SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit.

Surat tawaran bersyarat akan dikeluarkan kepada pemohon yang telah


ditapis dan diperakukan untuk ditawarkan Skim MyDeposit:

· Tempoh tawaran bersyarat yang diberikan adalah 30 hari daripada


tarikh surat dikeluarkan untuk pemohon untuk memenuhi perkara-
perkara berikut :
i. Menandatangani Surat Setuju Terima Pembiayaan Deposit
Rumah Pertama; dan
ii. Menandatangani Perjanjian Jual Beli dengan pemaju
perumahan atau pemilik rumah.

· Sekiranya pemohon gagal mematuhi syarat yang ditetapkan dalam


tempoh 30 hari tersebut, surat tawaran bersyarat ini adalah BATAL
dan Kerajaan berhak untuk menolak tuntutan bayaran yang
dikemukakan. Kos pembelian rumah tersebut hendaklah ditanggung
sepenuhnya oleh pemohon tersebut.

6
5.0 KAEDAH PEMBAYARAN DIBAWAH SKIM MyDeposit.

Pembayaran Insentif Skim MyDeposit akan dilaksanakan dengan cara


berikut :

· Jumlah insentif MyDeposit bagi satu kelulusan adalah sebanyak 10%


daripada harga jualan atau maksima sebanyak RM30,000 yang mana
terendah;
· Bayaran ini akan dibayar kepada Akaun Pemajuan Perumahan (HDA)
bagi pembelian projek baharu atau Akaun Peguam Perjanjian Jual-Beli
Pembeli bagi pembelian pasaran sekunder (subsale); dan
· Tuntutan bayaran insentif hendaklah dibuat oleh pemohon yang
diluluskan dengan mengemukakan dokumen tuntutan seperti berikut :

i. Surat Tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan


Negara;
ii. Surat Setuju Terima Tawaran yang lengkap dan ditandatangani;
iii. Akuan Bersumpah yang lengkap dan ditandatangani;
iv. Perjanjian Jual-Beli;
v. Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan yang telah diakui terima;
dan
vi. Maklumat berkaitan nama dan nombor Akaun Pemaju
Perumahan atau nama dan nombor Akaun Firma Guaman Jual
Beli pembeli.

7
6.0 MORATORIUM
· Tempoh sekatan moratorium yang dikenakan selama 10 tahun;
· Syarat moratorium dimasukkan ke dalam surat tawaran pembeli dan
surat perjanjian jual beli; dan
· Tempoh moratorium dikira bermula selepas Surat Perjanjian Jual Beli
ditandatangani.

7.0 KAEDAH PERMOHONAN


· Permohonan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang
layak. Permohonan boleh dibuat secara online dengan membuka
akaun di http://ehome.kpkt.gov.my

· Permohonan yang lengkap adalah dengan memuat naik semua


dokumen yang diperlukan iaitu :

· Salinan kad pengenalan pemohon;


· Salinan kad pengenalan pasangan;
· Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;
· Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;
· Penyata gaji terbaru pemohon;
· Penyata gaji terbaru pasangan;
· Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon;
· Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan;
· Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan
pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan
oleh Pesuruhjaya sumpah;

8
· Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan
adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji
bulanan dan tempoh perkhidmatan;
· Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan
adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji
bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan
· Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau
tanggungan (jika berkaitan).

8.0 PENUTUP

· Skim MyDeposit yang diperkenalkan oleh kerajaan akan dapat


membantu pembeli rumah pertama mengurangkan beban kewangan
bagi penyediaan wang deposit bagi pembelian rumah idaman
mereka.

· Usaha dan komitmen kerajaan ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi


program perumahan negara yang lebih komprehensif dan dinamik
untuk kesejahteraan rakyat yang berkekalan menerusi program
perumahan yang mampan dan mesra alam ke arah kehidupan
berkualiti tinggi, untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat
Malaysia.

9
9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN A

CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDeposit BAGI PROJEK


PERUMAHAN BAHARU YANG BERLESEN.

Permohonan secara atas talian (on line)


kepada Jabatan Perumahan Negara
(Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)

Perakuan dan kelulusan oleh


Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit

SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit


( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )

Pemaju bersetuju bayaran deposit pembeli Pembeli perlu memohon


berdasarkan skim MyDeposit pinjaman perumahan .

Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Pembeli menandatangani Surat Tawaran


Beli dengan Pemaju Perumahan Kelulusan Pinjaman Perumahan

Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada Kerajaan

Bayaran Deposit ke Akaun Pemajuan Perumahan

Pemantauan Projek / Moratorium

10
LAMPIRAN B

CARTA ALIR PERMOHONAN SKIM MyDeposit BAGI PROJEK


PERUMAHAN PASARAN SEKUNDER (SUBSALE).

Permohonan secara atas talian (on line)


kepada Jabatan Perumahan Negara
(Surat tawaran/pengesahan pembelian daripada pemaju perlu dikemukakan)

Perakuan dan kelulusan oleh


Jawatankuasa Pemilihan Penerima Insentif MyDeposit

SURAT TAWARAN BERSYARAT SKIM MyDeposit


( Tempoh 30 hari untuk tandatangan Perjanjian Jual Beli )

Penjual bersetuju bayaran deposit pembeli Pembeli perlu memohon


berdasarkan skim MyDeposit pinjaman perumahan .

Pembeli menandatangani Perjanjian Jual Beli Pembeli menandatangani Surat Tawaran


dengan Penjual (Pemilik Rumah) Kelulusan Pinjaman Perumahan

Pembeli mengemukakan tuntutan bayaran deposit daripada


Kerajaan

Bayaran Deposit ke Akaun Peguam Jual-Beli Pembeli

Pemantauan Projek / Moratorium

11
Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51,
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Tel : 603 - 8891 4040


Fax : 603 - 8891 422

12

Anda mungkin juga menyukai