Anda di halaman 1dari 8

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)

PROGRAM E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING

1. Apakah itu Program E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Merupakan suatu inisiatif yang dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi
peluang kepada PATI tanpa dokumen perjalanan yang sah dan bekerja secara haram
di Malaysia diberikan kad kebenaran bekerja sementara bagi memenuhi sektor
FORMAL yang dibenarkan.

Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi
keperluan tenaga kerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta
membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan
pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

Majikan dan PATI yang telah didaftarkan seterusnya perlu mendapatkan dokumen
(Pasport) daripada pihak kedutaan yang berkenaan bagi membolehkan PATI tersebut
diputihkan melalui program ini.

2. Apakah perbezaan antara Program Rehiring dengan Program E-Kad


Sementara Pekerja Asing?

Program E-Kad ini khas untuk PATI tanpa dokumen perjalanan yang sah dan bekerja
secara haram di Malaysia. Ia merupakan kaedah tapisan awal kepada majikan dan
PATI tanpa dokumen bagi membolehkan kelulusan bersyarat diberi secara terus
kepada PATI untuk mendapatkan dokumen yang sah. Seterusnya majikan dan PATI
terlibat memohon PLKS secara terus di Jabatan Imigresen Malaysia.

3. Bilakah jangka masa/ tempoh Program ini dilaksanakan?

Selaras dengan pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri


Dalam Negeri semasa Mesyuarat JKKPA PATI Bil. 1/2017 bertarikh 17 Januari 2017
yang lalu serta kenyataan Media daripada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia pada
20 Januari 2017, program ini akan dimulakan pada 15 Februari 2017 sehingga 30
Jun 2017.

4. Berapa lamakah temph sah laku E-Kad Sementara Pekerja Asing?

E-Kad Sementara Pekerja Asing yang dikeluarkan semasa program ini


berlangsung hanya sah diperlakukan sehingga 15 Februari 2018 sahaja.

1
5. PATI dari negara manakah yang layak menyertai Program E-Kad?

Selaras matlamat bagi mengisi keperluan pekerja kategori separa mahir yang
diperlukan oleh industri, Program hanya dibuka kepada PATI dari 15 negara sumber
pekerja asing sahaja iaitu Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan,
Kemboja, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand,
Turkmenistan, Uzbekistan dan Vietnam.

6. Apakah syarat-syarat utama E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Antara syarat-syarat utama adalah:

 mempunyai Majikan
 bebas daripada sebarang rekod jenayah.
 Lulus pemeriksaan kesihatan ; dan
 Tidak tersenarai dalam senarai syak jabatan

Selain itu, pelaksanaan E-Kad Sementara Pekerja Asing adalah tertakluk kepada
sektor berikut:

1. Perkilangan
2. Pembinaan
3. Perladangan
4. Pertanian
5. Perkhidmatan:

 Restoran (Tukang Masak)


 Pembersihan/Pencucian
 Pulau Peranginan
 Spa
 Refleksologi
 Hotel
 Kedi (Lelaki sahaja)
 Taman Tema
 Dobi
 Tukang Gunting Rambut
 Perniagaan Borong & Runcit
 Perniagaan Tekstil
 Tukang Emas
 Rumah Kebajikan
 Pekerja am di Bengkel
 Pekerja am di Tempat Cuci Kereta
2
 Pekerja am di Pasar (bukan frontliner)
 Pekerja am di Kedai Serbaneka, Stesen Minyak (bukan
frontliner)
 Pekerja am di Hypermarket
 Perlombongan
 Hutan Kayu bakau / Hutan Kayu Balak
 Gudang
 Kargo

Keputusan muktamad ke atas permohonan bagi E-Kad Sementara Pekerja Asing


adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

7. Apakah jantina Pekerja Asing dan Sektor Yang dibenarkan untuk


bekerja bagi program E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Jantina
Bil Negara Sektor
L P
1. Thailand / /
2. Kemboja / /
3. Nepal / /
4. Myanmar / /
5. Laos / /
6. Viet Nam / /
7. Filipina / /
Perladangan, Pertanian, Perkilangan,
8. Pakistan / /
Pembinaan & Perkhidmatan
9. Sri Lanka / /
10. Turksmenistan / /
11. Uzbekistan / /
12. Kazakhstan / /
13. India / /
14. Indonesia / /
15. Bangladesh / /

9. Adakah Program ini dilaksanakan di seluruh negara?

Program ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk


Sabah, Sarawak dan Labuan.

3
10. Siapakah yang perlu mendaftar bagi program ini?

Majikan yang mempunyai Pekerja Asing yang tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja
Sementara (PLKS) yang sah.

11. Adakah tanggungan PATI juga boleh didaftarkan?

Tidak boleh didaftarkan mengikut dasar pekerja asing sedia ada. Namun demikian,
tanggungan PATI perlu hadir di mana-mana Bahagian Penguatkuasa, Pejabat
Imigresen terdekat untuk proses penghantaran pulang ke negara asal melalui
Program (3+1).

12. Adakah pemegang kad UNHCR boleh mendaftar?

Pelarian yang memegang kad UNHCR tidak boleh mendaftar dalam program ini.

14. Bagaimanakah permohonan bagi Program ini dibuat?

Pendaftaran boleh dibuat di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan di semua pejabat
Imigresen Negeri mulai 15 Februari 2017 ini.

15. Berapakah kos yang perlu dibayar bagi Program ini?

Kad ini diberikan secara PERCUMA dan tiada kos pendaftaran dikenakan.

16. Adakah Program ini akan menggugat keselamatan dan


ketenteraman awam Negara?

Pelaksanaan program ini akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya
tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab
yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi
tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan
Majikan untuk menyertai Program ini serta akan memastikan mana-mana PATI yang
tidak layak akan dihantar pulang ke Negara asal mengikut prosedur sedia ada iaitu
Program 3 +1 bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.

17. Apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan jika Majikan masih
menggaji PATI secara haram meskipun PATI itu layak menyertai Program
ini?

Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar dibawah apa-apa
Program yang berkuatkuasa sekarang ini akan dikenakan hukuman yang berat
4
mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI iaitu seperti
mana tertakluk di bawah seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 yang mengenakan
hukuman denda tidak kurang RM 10,000 tetapi tidak lebih RM 50,000 atau penjara
tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

18. Apakah hotline dan nombor untuk dihubungi bagi sebarang


pertanyaan melibatkan Program ini?

Senarai semak dan borang-borang berkaitan boleh diperolehi di laman web


e-Kad.imi.gov.my.

Lain-lain pertanyaan mengenai program ini turut boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan
JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang melalui talian 03 - 8880
1555.

DATO’ SRI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI


KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA

13 FEBRUARI 2017

5
SENARAI SEMAK
PROGRAM PENDAFTARAN E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING
MAKLUMAT UMUM
NAMA SYARIKAT
NOMBOR PENDAFTARAN SYARIKAT
SEKTOR
SUB SEKTOR
NAMA MAJIKAN
NOMBOR KAD PENGENALAN MAJIKAN
NOMBOR TEL. BIMBIT MAJIKAN & EMEL
JUMLAH PATI YANG DIMOHON
SENARAI SEMAK
1 BORANG PERMOHONAN E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING
2 SALINAN KAD PENGENALAN MAJIKAN
3 SALINAN PENDAFTARAN SYARIKAT (SSM YANG DISAHKAN TAHUN 2016-2017)
4 SALINAN PASPORT / DOKUMEN PENGENALAN PATI (JIKA ADA)
DOKUMEN TAMBAHAN (MENGIKUT SEKTOR)
SEKTOR PEMBINAAN
- Lesen CIDB yang masih sah laku
- Kontrak kerja
SEKTOR PERKILANGAN
- Lesen kilang
SEKTOR PERTANIAN
- Geran tanah (Jika permohonan atas individu)
- Kontrak sewa tanah (jika berkaitan)
SEKTOR PERLADANGAN
- Geran tanah (Jika permohonan atas individu)
- Kontrak sewa tanah (jika berkaitan)
SEKTOR PERKHIDMATAN
- Kontrak kerja (pencucian dan pembersihan)
- Surat Akuan Sumpah Majikan (pencucian dan pembersihan) - sekiranya PATI bekerja untuk
kegunaan syarikat sahaja.
- Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Gambar lokasi tempat bekerja

Nota:
Majikan hendaklah membawa bersama dokumen yang asal beserta 2 salinan
Majikan hendaklah memastikan bahawa kesemua perkara seperti di bawah telah diambil tindakan sebelum profil
dikemukakan kepada pihak JIM :
1. Semua maklumat umum yang diperlukan di dalam senarai semak ini telah dilengkapkan; dan
2. Dokumen seperti di senarai semak di atas disertakan bersama. (Mohon tandakan √ di ruangan senarai semak)
3. Senarai semak ini dan dokumen yang diperlukan seperti di senarai semak (mengikut turutan) hendaklah dijilidkan
menggunakan COMB- BINDING .

* SEBARANG UNSUR-UNSUR OUTSOURCING ADALAH TIDAK DIBENARKAN


BORANG PERMOHONAN E-KAD SEMENTARA PEKERJA ASING
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

A. MAKLUMAT MAJIKAN / SYARIKAT:


1. NAMA SYARIKAT:

2. NO. PENDAFTARAN
SYARIKAT:

3. NAMA MAJIKAN:

4. ALAMAT:

5. NO. KAD
PENGENALAN:

6. NO.TELEFON (PEJ): BIMBIT:

7. EMAIL:

8. LAMAN WEB:

9. SEKTOR:
SUB-SEKTOR:
B. PERAKUAN

Saya faham sekiranya saya memperolehi atau cuba untuk memperolehi Pas Lawatan (Kerja
Sementara) untuk pekerja ini secara membuat kenyataan palsu, pemohonan ini akan
DIBATALKAN dan tindakan prosiding mahkamah akan dimulakan ke atas saya di bawah
peruntukan Akta Imigresen 1959/63, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih sepuluh ribu
ringgit (RM10,000) atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima (5) tahun. Saya juga akan
bertanggungjawab memastikan pekerja dihantar pulang dalam tempoh 14 hari sekiranya
gagal/tidak diluluskan menyertai program ini dan akan menanggung kos penghantaran pulang.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan saya boleh DISENARAIHITAMKAN oleh Jabatan
Imigresen Malaysia.

Oleh Saya (MAJIKAN) Di hadapan Saya

Nama: Pegawai Bertugas:


No. Kad Pengenalan: Jawatan:
Tarikh / Masa: Tarikh / Masa:
BORANG MAKLUMAT PATI
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

GAMBAR PATI

A. MAKLUMAT PATI :

1. NAMA PATI:

2. TARIKH LAHIR :

3. WARGANEGARA :

4. JANTINA :

5. NAMA MAJIKAN :

6. ALAMAT :

7. NO.PASPORT :
(Sekiranya ada, jika tiada nyatakan sebab)

B. PERAKUAN

Saya faham sekiranya saya memperolehi atau cuba untuk memperolehi Pas Lawatan (Kerja Sementara)
ini secara membuat kenyataan palsu, pemohonan ini akan DIBATALKAN dan tindakan prosiding
mahkamah akan dimulakan ke atas saya di bawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63, jika sabit
kesalahan boleh didenda tidak lebih sepuluh ribu ringgit (RM10,000) atau penjara bagi tempoh tidak lebih
lima (5) tahun. Saya juga bersetuju dihantar pulang dalam tempoh 14 hari sekiranya gagal/tidak
diluluskan menyertai program ini dan majikan akan menanggung kos penghantaran pulang. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan majikan dan saya DISENARAIHITAMKAN oleh Jabatan Imigresen
Malaysia.

Oleh Saya (PATI) Di hadapan Saya

Nama: Pegawai Bertugas:

No. Pasport (sekiranya ada): Jawatan:

Tarikh / Masa: Tarikh / Masa:

Anda mungkin juga menyukai