Anda di halaman 1dari 9

SJK(C) PU SZE

BAHASA MELAYU TAHUN 3


(KERTAS 1 – PEMAHAMAN)
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (1)
MASA: 1 JAM

Nama: _______________ ( ) Markah :______________%


Kelas: 3 ( ) Tarikh : ________/ 3 /2016
Tandatangan ibu bapa:_____

Arahan Am
Pilih jawapan yang betul.

A) Bulatkan Kata Nama Am yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.


(10 markah)

1. Puan Aizan suka makan buah (bayam , langsat , timun) yang


manis rasanya.

2. Alicia menggantungkan baju-bajunya di dalam (laci , almari ,


meja) itu.

3. Kalang suka mengumpul (ikan , memerang , setem) pada masa


lapang.

4. Ibu Kim Ho sedang menggoreng mi di (dapur , bilik , ruang tamu).

5. Seekor ( harimau , kucing , anjing ) telah membaham seekor


kambing semalam.

Muka surat 1
Soalan 1 hingga 5
B) Baca petikan di bawah. Kemudian, tuliskan jawapan yang betul.
(10 markah)

Singa merupakan haiwan mamalia karnivor


yang termasuk dalam keluarga kucing. Berat singa
dipercayai melebihi 250 kilogram. Singa adalah kucing
yang kedua terbesar selepas harimau.

Singa boleh hidup selama lebih kurang 10-14 tahun di


dalam hutan belantara. Haiwan ini sangat suka bergaul berbanding
dengan kucing-kucing yang lain. Singa juga merupakan haiwan
pemangsa.

Singa liar kini wujud di Asia dan kawasan di Afrika dengan


saki-baki yang sangat terancam. Singa-singa telah pun lama pupus di
benua Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia Barat sejak dari awal-
awal lagi. Di negara kita, Malaysia juga masih terdapat singa yang
dijaga rapi.

1. Berapakah berat seekor singa ?

_________________________________________________

2. Berapa lamakah singa boleh hidup ?

___________________________________________________
___________________________________________________

3. Apakah perbezaan singa dan kucing-kucing yang lain ?

___________________________________________________
___________________________________________________

Muka surat 2
4. Di manakah kawasan singa dikatakan sudah pupus ?

___________________________________________________
___________________________________________________

5. Pada pendapat kamu, di manakah kamu boleh melihat singa di


negara kita ?

C) Bulatkan Kata Nama Khas yang terdapat dalam ayat-ayat di


bawah. (10 markah)

1. “Terdapat pelbagai jenis haiwan di ( Zoo Mini Skudai , Taman


Tema Air Skudai , Taman Rekreasi Mutiara ) , “ beritahu Ahmad
kepada kawannya.

2. _____________ ( Doktor Kamal , Inspektor Razak , Cikgu


Rosnani ) sudah dua tahun mengajar di Sekolah Kebanggsaan
Kampung Pasir.

3. Kim Meng dan keluarganya singgah di ( Perpustakaan Awam


Skudai , Restoran Tomyam Awan , Kedai Alatulis Sutera) untuk
makan malam.

4. Penghulu kampung mengadakan mesyuarat di ( Kelas 3G ,


Balai Raya Taman Setia , Klinik Lim).

5. Budak itu dilanggar oleh sebuah kereta di ( Hospital Tampoi,


Jalan Raja Chulan , Kedai Basikal Ali ) awal pagi semalam.

Muka surat 3
Soalan 1 hingga 5
D) Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikut. (10 markah)

Semua warga sekolah SJK (C) Pu Sze dipelawa untuk menyertai


gotong-royong bagi mengindahkan Perpustakaan Sekolah yang baru
siap dibina. Berikut ialah butir-butir mengenai gotong-royong
tersebut.
Tarikh : 27 Jun 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Perpustakaan SJK(C) Pu Sze

Murid-murid juga boleh membawa barangan terpakai seperti buku-


buku lama, perabot atau komputer untuk disumbangkan kepada
Perpustakaan Sekolah. Sumbangan anda amat dihargai.

1. Bilakah gotong-royong ini akan diadakan ?

A. Ahad B. Isnin C. Selasa D. Sabtu

2. Apakah barangan terpakai yang tidak perlu dibawa oleh

mereka ?

A. Buku-buku lama B. Komputer C. Surat khabar

3. Berapa jam gotong-royong ini diadakan ?

A. 6 jam B. 5 jam

C. 4 jam D. 3 jam

4. Mengapakah aktiviti gotong-royong tersebut dijalankan ?

____________________________________________

______________________________________________ .

Muka surat 4
5. Apakah kerja-kerja yang akan dilakukan oleh mereka dalam

gotong-royong tersebut ?

a ) ____________________________________________.

b) ____________________________________________.

E ) Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


( 14 markah)

ini itu sini situ sana

1. Rumah mewah di seberang jalan _____________ milik Encik Lim.

2. “Cikgu, ____________ yuran sekolah saya,” kata Siti sambil


menyerahkan wang kepada gurunya.

3. Saya akan berpindah ke Pulau Pinang. Di ___________ saya akan


bersekolah di SJK (C) Jit Sin.

4. “Di ___________lah saya terjatuh semalam,” kata Kok Heng


sambil menunjukkan kawasan di bawah sebatang pokok.

5. “Chee Fei, sila datang ke _____,” kata Cikgu Wei Kei.

6. _______ Faiz seorang yang baik hati.


Beliau selalu menderma dan memberikan
sumbangan. (Puan , Saudari , Tuan)

7.
____________ Kamal ialah seorang
anggota polis yang tegas. ( Encik , Cik ,
Puan)

Muka surat 5
F) Pilih jawapan yang betul. (16 markah )

membeli menyusun memasang dibeli menabur


membaiki menjinjing terjatuh memberkas

1. Kim Hoon __________________ buku-buku itu di atas rak.

2. Ainol dan Trishan _______________ beg plastik yang berisi


buku-buku.

3. Nelayan itu ________________ jalanya yang terkoyak di tepi


pantai.

4. Aizat ________________ ketika sedang bermain permainan


tarik tali.

5. Halina beratur di kantin untuk _______________ makanan.

6. Ayah Kim Seng ___________________ benih tomato di tapak


semaian tomato.

7. Ibu __________________ langsir yang baharu di ruang tamu


semalam.

8. Anggota polis berjaya ___________________ tiga orang


perompak itu.

Muka surat 6
G ) Isi tempat kosong dengan Kata Ganti Nama Diri yang betul.
( 10 markah)

mereka kita beta kamu dia beliau

1. “ ________ akan hadir ke majlis itu,” titah Sultan Ahmad.

2. Bella, Farid dan Selva rakan sekelas. _______ tinggal berdekatan.

3. Ini sepupu saya, Faizal. _________ murid tahun lima.

4. _____________ haruslah menjaga kebersihan alam sekitar pada

setiap masa.

5. “Stella, ajaklah kawan-kawan __________ minum petang di ruang


tamu,” beritahu Puan Zandra kepada anak perempuannya.

H) Bulatkan jawapan yang betul. (20 markah)

GAMBAR 1
Soalan 1 berdasarkan gambar 1.

1. ________ hadiah yang diberikan oleh ayah?


A. Kenapakah C. Apakah
B. Siapakah D. Mengapakah

Muka surat 7
2. Pelancong itu datang dari negara ______?
A. siapa C. mana
B. bagaimana D. bila

3. Pakaian Anis berwarna hijau dan _______ bintik-bintik.


A. bercorak C. berbelang
B. berwarna D. berlubang

4. Vijay ________ soalan ujian dengan bersungguh-sungguh.


A. jawab C. menjawab
B. jawapan D. dijawab

5. Nasi lemak yang dimasak oleh Mak Amin laris dijual kerana
rasanya sungguh ______.
A. manis C. sedap
B. pahit D.tawar

6. Bapa _______ keretanya dengan perlahan kerana hujan lebat.


A. memandu C. menunggu
B. menunggang D. menumpang

GAMBAR 2
Soalan 7 berdasarkan gambar 2.
7. Kumar _________ tingkap sebelum keluar.
A. membasuh C. menutup
B. mengelap D. mengemop

Muka surat 8
8. Ahmad _______ kayu api itu menggunakan sebilah kapak.
A. mencincang C. mengangkat
B. membelah D. menyapu

9. Zuria ________ Fatimah ke majlis perkahwinan ibu


saudaranya di kampung.
A. mengajak C. menegur
B. menolak D.membantu

10. Kim Seng telah ___________ acara meniup belon dalam


Sukan Tahunan Sekolah SJK (C) Pu Sze.
A. berusaha C. menyertai
B. mengambil D. peserta

*** KERTAS SOALAN TAMAT ***

Disediakan oleh: Mohd Hasbullah Mt Said


Disemak oleh : Puan Puah Lee Ching

Muka surat 9

Anda mungkin juga menyukai