Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SRI DAMANSARA 1

PERSIARAN PERDANA,BANDAR SRI DAMANSARA


52200 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


BIL 1/2018

Tarikh : 10 Januari 2018


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Anjung Muafakat

KEHADIRAN: KETIDAKHADIRAN BERSEBAB :

1. En. Asmizi bin Mohd Talkhah 1. Pn. Shamala Devi a/p Supramaniam
2. En. Mohd Zulfaris bin Zainal Abidin
3. Pn Nurul Atiqah binti Azami
4. En Ahmad Zukhairi bin Nordin
5. En Ikhmal Hakim bin Sapie
6. En. Faris Izham bin Abd Rashid
7. En. Muhammad Hazran bin Muhammad
8. En. Nik Mohd Zakia bin Nik Husin
9. En. Mohd Ilriady bin Abdul Hadi
10. En. Rusli bin Abas
11. En Ahmad Fikri bin Ahmad Nazari
12. Pn Nada binti Zulkifli
13. Pn Zuraida binti Ibrahim

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab


1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran
guru-guru pada mesyuarat kali ini.

2.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


2.1 Perkara 5.1
Pengerusi menyatakan bahawa semua guru PJK telah mendapat Sukatan
Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
Disamping itu, pengerusi memberi makluman tentang penyebaran DSKP
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan semakan 2018 bagi murid
tahun 2 2018.
Tindakan: Makluman

1
2.2 Perkara 4.3
Ketua Panitia akan mencerap dan memantau guru-guru PJK dan guru
bukan opsyen semasa aktiviti PJK.
Tindakan: Ketua Panitia

3.0 AGENDA BARU

3.1 SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

3.1.1 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah diasingkan


mengikut pecahan waktu yang telah ditetapkan.
3.1.2 Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dipisahkan
menjadi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
3.1.3 Agihan waktu Pendidikan Jasmani 2 kali seminggu dijalankan
selama 30 minit setiap waktu.
3.1.4 Masa Pendidikan Jasmani tidak boleh ditukarkan kepada
Pendidikan Kesihatan dan tidak boleh digunakan untuk mengajar
subjek lain.
3.1.5 Guru-guru subjek Pendidikan Kesihatan boleh meminjam alat
bantu mengajar di bilik PJ dengan merekodkan dalam buku
pinjaman
Tindakan: Semau guru PK

3.2 RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN


3.2.1 En Asmizi menerangkan tentang rancangan pengajaran harian
(RPH) yang perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah
selaras bagi tujuan penyelarasan apabila dipantau pihak atasan.
3.2.2 En Zulfaris telah menerangkan serba sedikit tentang rancangan
pengajaran harian KSSR dengan menunjukkan beberapa contoh.
3.2.3 Puan Zulfaris juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran
harian untuk KSSR mempunyai standart kandungan, pembelajaran,
elemen EMK dan refleksi hendaklah jelas serta teliti dan beberapa
penekanan elemen iaitu keusahwanan.

Tindakan: Semua guru PK

3.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


4.3.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah untuk Subjek Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan akan dilakukan seperti biasa. En Zulfaris
mengingatkan guru-guru pjpk untuk menyediakan rekod transit
supaya mudah untuk membuat pelaporan PBS pada hujung tahun
nanti.

Tindakan: Makluman

2
3.4 BULAN KECERGASAN

3.4.1 Pengerusi memberitahu Bulan Kecergasan akan diadakan pada


bulan 10(Hari Sukan Negara).
3.4.2 Semua guru PJK dan mengajar PJK perlu terlibat sepenuhnya
semasa Bulan Kecergasan dijalankan.

3.5 SEGAK

3.5.1 Ujian SEGAK akan diadakan pada bulan Mac dan bulan Ogos.
Tarikh akan ditetapkan kemudian.
3.5.2 En Zulfaris mengingatkan guru PJK tahap 2 untuk mengisi
maklumat SEGAK ke dalam PAJSK.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru PJK Tahap 2

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 Bilik PJ perlulah dikunci sentiasa dan guru yang ingin menggunakan
alatan perlulah berjumpa dengan Ketua Panitia, Setiausaha Sukan atau
pihak pentadbiran.
4.2 Guru hendaklah mengiringi murid semasa mengambil dan menghantar
alatan PJ.
4.3 Pakaian bagi guru PJK perlulah berpakaian sukan sewaktu menjalani
aktiviti PJ sama ada guru lelaki atau guru perempuan.
4.4 Selesai sahaja aktiviti PJK, pastikan alatan PJ disusun kemas dan teratur.

Tindakan: Semua guru PJK

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang dengan bacaan surah Al-
Asr.

Disedia oleh Disemak oleh Disah oleh

…………………………… …………………………. ………………………..

(PN. NURUL ATIQAH BT AZAMI (EN. MOHD ZULFARIS B. ZAINAL ABIDIN (EN.ASMIZI B. MOHD TALKHAH)
Setiausaha Panitia PK, Ketua Panitia PK GPK Kokurikulum,
SK Bandar Sri Damansara 1. SK Bandar Sri Damansara 1 SK Bandar Sri Damansara 1

Anda mungkin juga menyukai