Anda di halaman 1dari 2

1

Assalamualaikum w.b.t

Yang Berusaha, Puan Siti Norhawati Binti Ramli (Guru Besar SK Sungai Tiang Darat),

Yang Berusaha
Encik Mohd Iqbal bin Zakaria (Penolong Kanan Pentadbiran),
Encik Syahril Izwan bin Said (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid),
Encik Syaiful Nizam bin Mohamed Nasir, (Penolong Kanan Kokurikulum)

Yang Berusaha
Puan Norhayati Binti Abd Ghani, Guru Perpustakaan dan Media SK Sungai Tiang Darat,

Yang dikasihi guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang saya sayangi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat kita berhimpun dalam Majlis
Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat
bagi tahun 2018.

Untuk pengetahun semua, Objektif Kem Membaca 1Malaysia ialah sebagai penggerak
Program NILam atau aktiviti galakan membaca dan seterusnya memupuk minat membaca
secara berterusan.

3) Bacaan Doa

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan sahabat kita Mohd Suhaili bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan .

Majlis merakamkan terima kasih kepada ……………………….. atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

(4) Nyanyian 4 buah lagu

Guru-Guru dan Rakan-rakan sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan 4 buah lagu, lagi Negaraku, Negeri Perak,Lagu Sekolah dan Aku Negaraku

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Semua dipersilakan duduk.
(5) Ucapan Guru Besar

Melilit rotan di dahan ara


Di celah angsana mekar sekata
Ucapan Aluan pembuka bicara
Puan Guru Besar bermadah kata

Guru-Guru dan Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Siti
Norhawati binti Ramli Guru Besar SK. Sungai Tiang Darat untuk menyampaikan bingkisan kata,
ucapan alu- aluan. Seterusnya merasmikan Kem Membaca ! Malaysia peringkat sekolah bagi
tahun 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

##########
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Guru
Besar atas ucapan yang telah disampaikan.

(6) Penutup

Guru-Guru dan Rakan-rakan yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperi


Minum air tampak berkaca
Demi jaya ilmu dicari
Nadi ilmu amalan membaca

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu
nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan waktu dipenghujung ini untuk
menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis permai pada pagi nan ceria
ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera


Berisi hadiah buat pemenang
Ilmu dijulang semangat membara
Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan


Hiasan tersohor dato Bahaman
Ilmu dijulang demi kejayaan
Amalan Membaca gaya wawasan

Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai