Anda di halaman 1dari 6

KANAK-KANAK HYPERAKTIF

DEFINISI HIPERAKTIF (HYPERACTIVE)


Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap tidak mau
diam,tidak terkendali, tidak menaruh perhatian dan impulsif (bertindak sekehendak hatinya).
Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan asyiknya permainan atau mainan
yangdisukai oleh anak-anak lain seusia mereka, dikarenakan perhatian mereka suka beralih
dari satufokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang
menarik danmengasikkan namun tidak kunjung datang. Hiperaktif juga mengacu kepada
ketiadaannya pengendalian diri, contohnya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan
tanpa memikirkanakibat-akibat terkena hukuman atau mengalami kecelakaan.Perlu diketahui
bahwa tingkah laku bukan sekedar suatu pencerminan dari hal-hal yang disukaisebagai
individu, tetapi juga merupakan akibat dari situasi-situasi yang dialami sendiri. Dananak-anak
tersebut umumnya tidak mengeluhkan kondisi hiperaktif kondisi hiperaktif mereka,tetapi
tindakan mereka sering membuat reaksi dari orang lain. Ramai ibubapa yang mendapatisukar
untuk mengurus kanak-kanak yang terlalu aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak kesana
ke mari menerokai persekitaran mereka dan dalam proses ini menyebabkan huru-hara.Ditinjau
dari sudut pandang/perspektif sosiologi, anak merupakan pribadi sosial yangmemerlukan
hubungan dan komunikasi dengan orang lain. Untuk memanusiakan dirinya, anak ingin juga
dicintai, diakui dan dihargai, oleh karena anak yang hiperaktif kurang disukai
dalamlingkungan pergaulannya maka perkembangan dan hubungan anak tersebut dengan
lingkungansosialnya akan terganggu, sehingga anak tersebut akan bersikap semaunya
terhadaplingkungannya, dan tingkah lakunya kurang terkontrol. Demikian halnya dengan
masalah merekadi sekolah, anak juga akan merasa kehilangan dukungan apabila orang tuanya
tidak menemani didalam kelas. Oleh karena itulah anak hiperaktif ini sangat memerlukan
komunikasi dengan oranglain, baik itu orang tua mereka sendiri.Pakar Pediatrik berkata
kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dansukar menumpukan
perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak
mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini,tetapi bagi
ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika berminat
terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul
dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini
boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab
itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul denganmasyarakat serta lemah dalam akademik.
Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom
ini namun menurut mereka sindrom ADHD inimelibatkan faktor genetik. Menurut mereka
ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yangdipanggil neurotransmitter pada otak dan
ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak
normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakanibu yang merokok ketika hamil boleh
menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

SIFAT DAN PERILAKU KANAK-KANAK HYPERAKTIF


Seseorang kanak-kanak dikatakan mengalami Gangguan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan,
jikakanak-kanak tersebut menunjukkan gejala-gejala dalam 3 kumpulan asas dalam
kebanyakansituasi (contohnya di rumah dan sekolah). Kelakuan yang diperlihatkan oleh
kanak-kanak bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian,
mengikutdorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.1 . Berkelakuan terlalu aktif Tahap
aktiviti motor yang tinggi sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari-lari tanpa mengenal penat
tidak boleh duduk diam sentiasa kegelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan
seperti suka berlari-lari, memanjat perabot,sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang
menyebabkandia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak
hiperaktif.2 Kekurangan tumpuan perhatianKurang tahap penumpuan tidak boleh
menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadikaserta tidak menghabiskan tugas yang
diberikan atau aktiviti permainan. Kanak-kanak yangsangat senang beralih pandangan dari
satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olahtidak mendengar apabila orang cuba
bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasatumpuan perhatian. Mereka
selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk bermain dengan lama seperti
kanak-kanak lain.3 Mengikut dorongan hatiTingkah laku impulsif serta perlu memenuhi
kehendaknya dengan segera dan tidak bolehmenunggu giliran dalam permainan menganggu
dan mencelah perbualan orang lain. Kanak-kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah
terus melakukannya. Dia cepat berubahmelakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru
mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak mengikut arahan.Kanak-kanak lelaki lebih
terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuandan masalah itu selalunya turut
menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana,katanya, kekurangan tumpuan dan
hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan merekalewat menerima setiap pelajaran dan
sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka.Lazimnya, keadaan itu lebih kerap
dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskantahap pencapaian mereka di bidang
pelajaran pada peringkat permulaan.Ibubapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-
kanak mereka yang normal tetapisangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Bergantung kepada
umur dan peringkat perkembangan,dorongan untuk suka bermain dalah dianggap normal Jika
anak anda mengalami pencapaian di sekolah yang merosot teruk yang berkaitan dengan gejala
yang dinyatakan di atasdan mengalami masalah interaksi dengan orang lain, kanak-kanak
tersebut mungkin mengalamigangguan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Kanak-kanak
sedemikian biasanya dianggap nakalatau berakkhlak buruk

Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif - Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap
degil.- Mereka suka membantah.- Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.- Lalai dan
tidak memberi tumpuan.- Sering merasa tidak puashati.- Sering tertekan.- Menghadapi
masalah dalam pelajaran.- Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.- Cepat takut dan
risau.- Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA HIPERAKTIF (ADHD)


Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita
ketika proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang
melalui proseskehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani
masalah dihadapiitu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat
ketika proseskehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif.Pergolakan
dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosionalsekaligus mendedahkan
anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanitahamil perlu sentiasa tenang ketika
menghadapi masalah dan menanganinyadengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan
berkeadaan sempurna.Memanjakan anak juga merangsang sifat dan sikap hiperaktif menonjol
dalam diri pengidapnya.Pemanjaan dapat juga disamakan dengan memperlakukan anak terlalu
manis, membujuk-bujuk makan, membiarkan saja, dan sebagainya. Anak yang terlalu dimanja
itu sering memilih caranyasendiri agar terpenuhi kebutuhannya. Ia akan memperdaya
orangtuanya untuk memperoleh apayang diinginkannya. Serta kurangnya disiplin yang
diberikan oleh orangtua kepada anak tersebut. Cara seperti itulah yang akan membuat anak
untuk berbuat sekehendak hatinya.Anak yang dimanja biasanya pengarahan yang diberikan
kepadanya berkurang. Dan kalaudisekolahkan ia akan memilih berjalan-jalan dan berdiri dari
pada mendengarkan pelajaran yangdiberikan oleh guru. Memanjakan membujuk makan,
membiarkan tindakannya sendiri, memnuhisemua keinginannya dan kebutuhannya itu harus
dihindari.Kanak-kanak yang disyaki hiperaktif perlu dirujuk untuk diperiksa oleh doctor dan
akan dirujuk. untu pemeriksaan lanjut oleh Pakar Psikiatri Kanak-kanak.
Ahli profesional yang lainyang juga membantu kanak-kanak ini termasuk Pengawai Psikologi
Klinikal, Pengawai TerapiCara-Kerja dan guru Pendidikan Khas.
CARA PENGESANAN MURID HIPERAKTIF
o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahuno Gejala gejala mestilah
telah melebihi tempoh 6 bulano Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan
seperti di sekolah,rumah, tempat awamo Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur
kanak-kanak ituo Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatano Perubahan perlakuan
menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu disekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan
hariannya

RAWATAN UNTUK PENGHIDAP HIPERAKTIF


1 Teknik-
teknik terapi tingkah laku yang digunakan termasuklah mefokuskan dirinya secaralebih
berguna kepada tugas harian dan interaksi dengan kanak-kanak lain.
2 Ubat hanya diberikan jika perlu bertujuan meningkatkan tahap tumpuan, mengurangkantaha
p aktiviti motor yang tinggi dan mengurangkan tingkah laku impulsif. Antara ubat
yangdidapat berkesan ialah ubat peransang seperti Methylphenidate. Rawatan Biobrain
mempunyaikandungan utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang mampu membantu kanak-
kanak degil danhyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan yang lebih peka terhadap
sesuatu aktiviti. Ia turutmembantu merembeskan neurotransmitter serotonin
yang bertanggungjawab memberikan perasaan ceria kepada kanak-kanak ini dan
membolehkan mereka bergaul dengan kanak-kanak lain seperti biasa.
3 Bantuan dan pendidikan kepada ibubapa dan keluarga tentang cara
pengendalian dan psikologi untuk kanak-kanak hipraktif kerana mereka punyai perilaku yang
berbeza berbandingkanak-kanak normal.
5 Pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak
hiperaktif yang juga menghadapi masalah dengankerja rumah dan pembelajaran yang terjejas
akibat sifat kanak-kanak hipraktif
.6 Sekolah mereka harus timbulkan kesedaran dalam kalangan guru-guru dan menolong guru-
guru untuk mengurus kanak-kanak hiperaktif di dalam kelas dengan cara yang betul dan
bukandengan memberi tekanan seperti menganggap mereka bodoh dan lembab.Masalah
kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yangtinggi
dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk makanan
tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakanserat dan
nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak
kajianmengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu
mengurangkansymptom ADHD.Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur
apabila mereka memasukiusia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak
mustahil anak berkenaanmenunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya
berlaku di kalangan kanak-kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan
beransur pulih apabila merekasemakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian
besar kanak-kanak bermasalahADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam
pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHDsering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan
tertentu seperti meningitis atau penyakit selaputotak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.
CARA CARA MEMBINBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF
1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-
anak anda sebelum mula bercakap.Kemudian pastikan anak anda bertentang mata
dengan anda ketika bercakap. Beri arahan yang jelas dan tepat
2. .2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual yang menjaditan
ggungjawabnya.
3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingatiBerikan ganjaran
kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian.
4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja sekola
h, belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja lebih baik selepas berehat selama 5
minit
atau10 minit.Beri peluang kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang berlebihan den
gan cara berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak fizikal.
5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.
6. Bagi kanak-
kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan guru. Jika perlu, pertimbangkan
untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari
guru bimbingan yang sesuai
.7. Latih anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik
.8. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalaha
nanak anda. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini
kerana,kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa
perubahanseperti kanak-kanak normal
.9. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-
anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang
dilabelkan kepadanya. Dalam melatih ataumengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan
sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaankanak-kanak ini akan dapat menguasai
apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami berbanding kanak-kanak biasa yang lain
dalam sesuatu perkara yang diminatinya.
10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa
harus menentukanrawatan yang terbaik buat anak.
11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak
hiperaktif melebihi saudaranya.Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang
ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.
12. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-
halyang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.

13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik,
dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.
14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang
bolehmembahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak
mencederakan diridan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka.
Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara
menanganinya.
15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak.
Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak
hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus
bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebihkreatif dan idealisme.
16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada
dimeja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan
memainkanmakanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang
harus andalakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.
17. Kita sebagi ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui
apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu
serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.
18. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-
program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral
serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.
19. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka
terutamanya dikala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga
agresifnya itudisalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka
mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.Terimalah had
kebolehan anak anda. Jika anda mampu melahirkan yang terbaik daripadaanak anda dan
kemudian secara perlahan-lahan membantu dia untuk memperbaiki dirinya, makaanda telah
menyempurnakan satu tanggungan

PemulihanIntervensi tingkah laku


Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebutmemberi
perhatian dan memahaminya.
Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkanrasa
harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasagembira
kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik.
CartaBintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak-
kanak berkelakuan dengan lebih baik.

Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku
setiap hari.

Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai
semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu
sebelummengeluarkan kata-kata.

Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik
beratkan pada kelemahannya sahaja.

Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.Guru mencatitkan
kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini bolehmenunjukkannya
kepada ibu bap semasa di rumah, bagi membolehkan anak hiperaktif inidiawasi agar
pembelajaran dan kerja rumah mereka disiapkan.

Anda mungkin juga menyukai