Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

13300 TASEK GELUGOR, PULAU PINANG

KERTAS KERJA

PROJEK TRANSFORMASI BILIK DARJAH ABAD KE-21

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SELAMAT

PROJEK INTERNSHIP (KUMPULAN)

PISMP AMBILAN JANUARI 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG


1.0 PENDAHULUAN

Pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan pengorbanan dan

keprihatinan guru yang tidak sedikit. Amalan pengajaran konvensional melalui cara ‘chalk

and talk’ dilihat sebagai kurang relevan lagi. Pembelajaran Abad ke-21 menuntut murid-

murid untuk menguasai tiga kemahiran utama iaitu kemahiran maklumat dan komunikasi,

kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, dan kemahiran interpersonal dan arah

kendiri.

Pembelajaran Abad ke-21 berperanan melahirkan generasi berilmu untuk berfikir,

bertindak, dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan

teknologi terkini, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan

masa kini. Pengajaran dan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada pemikiran aras tinggi

berbanding kemahiran asas agar dapat menghasilkan murid berupaya berfikir sendiri dan

membuat perubahan.

Pembelajaran Abad ke-21 memberi penekanan terhadap pelaksanaan persekitaran

pembelajaran yang menyeronokkan dan dapat memotivasikan pelajar menggunakan

perisian komputer mengandungi elemen video, audio, teks dan grafik menjurus

pembelajaran. Selain itu, pengajaran guru yang bertunjangkan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) merupakan penanda aras keberkesanan Pembelajaran Abad ke- 21 yang

diuar-uarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014, iaitu selaras dengan

transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025).

2.0 MATLAMAT

Projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 merupakan suatu inisiatif yang

dianjurkan oleh guru pelatih IPG Kampus Pulau Pinang dengan kerjasama Panitia Teknologi

Maklumat dan Komunikasi Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat. Projek ini bertujuan
menyediakan persekitaran pembelajaran abad ke-21 di Sekolah Kebangsaan Kampong

Selamat sekali gus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

3.0 OBJEKTIF

Projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 ini adalah bertujuan untuk:

i. Menyediakan persekitaran pembelajaran abad ke-21 yang kondusif untuk

pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat.

ii. Menyediakan fasiliti pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

iii. Menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia.

iv. Menjadi pusat bagi aktiviti pembelajaran kolaboratif.

v. Memberi akses kepada murid-murid untuk pembelajaran kendiri.

vi. Mendedahkan konsep Pembelajaran Abad ke-21 kepada guru-guru Sekolah

Kebangsaan Kampong Selamat.

4.0 ANJURAN

Projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 merupakan kerjasama guru pelatih IPG

Kampus Pulau Pinang dengan Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah

Kebangsaan Kampong Selamat.

5.0 MAKLUMAT PROJEK

Maklumat Projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 adalah seperti berikut:

Tempat : Bilik Darjah Abad ke-21

Tempoh Pelaksanaan : 14 Julai 2016 sehingga 3 Ogos 2016


6.0 JAWATANKUASA

Penaung : PN. NOORMALA BT ZAINAL ABIDIN

Penasihat : EN. MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

Mentor : PN. ZAHRATI BINTI AZIZAN@ABD MAJID

Pengarah Projek : EN. MOHAMAD SAFWAN BIN RENLEI

Pengerusi : EN. LOGESHVARAN A/L ALAGIRISAMY

Naib Pengerusi I : EN. MUHAMMAD IKRAM BIN ABDULLAH

Naib Pengerusi II : CIK NURUL WAHIDA BINTI ABDUL WAHAB

Setiausaha : EN. SURENTIRAN A/L NAGARETHNAM

Naib Setiausaha : CIK NUR EZZAH IZZATIE BINTI ZAHIDI

Bendahari : PN. NORSUHAIZA BINTI MADZLAN

Ahli Jawatankuasa

Keceriaan : PN. NURULFARAHANI BINTI MOHAMAD RUZI

Peralatan : PN. NUR ZURIAFAZLEEN BINTI ZORKOFLEE

7.0 PERANCANGAN PROJEK

Projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 akan berfokus kepada penyediaan persekitaran

pembelajaran berbantu multimedia yang kondusif dan menyokong pembelajaran kolaboratif

serta pembelajaran kendiri. Berikut merupakan pelan tindakan bagi Projek Transformasi Bilik

Darjah Abad ke-21:

Bil. Tarikh Perancangan


1 14 – 15 Julai Merangka pelan bilik darjah
2016
2 18 – 19 Julai Mengecat bilik darjah
2016
3 20 – 22 Julai Menyusun atur fasiliti bilik darjah dan membalut meja
2016
4 25 – 26 Julai Menyediakan sudut Parking Lot, Abad 21, I-Think Corner,
2016 Gallery Walk, Students’ Work dan Reading Corner
5 27 Julai – 2 Ogos Menghias dan menceriakan bilik darjah
2016
6 3 Ogos 2016 Perasmian Bilik Darjah Abad ke-21

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Bahan dan Alatan Kuantiti Harga

1 Undercoat 1 tong (7 Liter) RM32.00

2 Cat minyak 1 tin RM23.00

3 Tikar getah 10 meter RM60.00

4 Alas meja guru 2 meter RM13.80

5 Banner I-Think 8 RM46.00

6 Mounting board 5 RM13.25

7 Acrylic tape 1 RM8.50

8 Masking tape 1 RM2.10

9 Penyangkut 8 RM16.95

10 Bakul hiasan 6 RM12.70

11 Papan putih mini 3 RM6.35

12 Beg fail 8 RM16.95

JUMLAH RM251.60

9.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya Bilik Darjah Abad ke-21 ini mampu memberi manfaat kepada

guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat. Diharapkan Projek

Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21 akan berjaya dilaksana dan mencapai objektif yang

dirancang.
Disediakan oleh:

(EN. SURENTIRAN A/L NAGARETHNAM)

Setiausaha Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21,

Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat

Disemak oleh:

(PN. ZAHRATI BINTI AZIZAN@ABD MAJID)

Mentor Projek Transformasi Bilik Darjah Abad ke-21,

Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat

Diluluskan oleh:

(PN. NOORMALA BT ZAINAL ABIDIN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat