Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan

Kerjaya merujuk kepada bagaimana individu melihat diri mereka dan hubungannya
dengan apa yang dilakukan. Ianya merujuk kepada apa yang dicita-citakan oleh individu
sepanjang kehidupannya. Selain daripada itu, kerjaya juga merujuk kepada kerja dan tingkah
laku yang dilakukan oleh individu yang mengambil tempat sepanjang kehidupannya.

Pemilihan kerjaya pada masa kini merupakan satu cabaran besar yang perlu dilalui
oleh semua individu yang bakal menempuhi alam pekerjaan. Seringkali didengari rungutan
pelbagai pihak tidak kira di media massa seperti televisyen dan akhbar dan juga menjadi
perbualan harian masyarakat Malaysia tentang masalah kekurangan pekerjaan yang
terpaksa ditempuhi para graduan. Justeru, pemilihan program yang sesuai di Universiti
terutamanya sangat penting kepada para pelajar. Kesilapan membuat pilihan kursus yang
kurang mempunyai peluang pekerjaan akan membuatkan para graduan terpaksa
menganggur atau memilih kerjaya yang tidak sesuai dengan kelulusan.

Peluang kerjaya pada masa kini tidak lagi terbatas kepada kerjaya seperti doktor, guru,
jurutera, peguam dan sebagainya yang telah mengambil tempat sejak puluhan tahun dahulu.
Seiring dengan perkembangan teknologi dan keterbukaan masyarakat pada masa kini, wujud
pekerjaan seperti ethical hacker, web designer, web developer, professional diver,
professional skateboarder, kartunis, kerjaya sebagai ahli sukan professional dan sebagainya
yang mana satu ketika dulu tidak diterima sebagai kerja. Justeru, adalah penting bagi
kaunselor untuk melengkapkan diri dengan maklumat mengenai kerjaya terkini agar dapat
disebarkan kepada pelajar dengan berkesan.

1
2.0 Penulisan Esei
2.1 Konsep Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya

Kerjaya adalah rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Ia satu
siri keadaan yang berlaku secara berterutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan
dengan pemilihan kerjaya, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang
kehidupnya.

Menurut Myrick (1997), konsep Bimbingan Kerjaya adalah merupakan proses


mendidik yang melibatkan maklumat-maklumat diberikan kepada pelajar dalam usaha untuk
membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yang dicita.citakan.
Selain itu, bimbingan kerjaya biasanya diberikan oleh pendidik profesional seperti guru dan
kaunselor dan dibantu oleh sistem sokongan yang lain. Oleh itu, bimbingan kerjaya
merupakan sebahagian daripada program bimbingan yang direka untuk menolong pelajar di
dalam perkembangan kerjaya dan kaunseling kerjaya membabitkan sebahagian daripada
program bimbingan yang melibatkan memberikan kaunseling kepada pelajar berkaitan
perkembangan kerjaya.

Menurut Myrick (1997), kaunseling kerjaya pula merupakan proses menolong yang
memfokuskan kepada kesedaran kendiri, minat, sikap yang melibatkan individu terlatih dan
berlesen. Di samping itu, aktiviti bersangkutan dengan proses menolong pelajar untuk memilih
kerjaya sepanjang kehidupan. Ia kaunseling kerjaya menjelaskan pembuatan keputusan
kerjaya seseorang.

2.2 Sejarah Perkembangan Kaunseling Kerjaya

Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar


Malaya lagi. Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya telah diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia pada tahun 1939. Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri Malayu
Bersekutu telah dikeluarkan :

“ A Guide to Career in Malaysia for parents, teachers and pupils ”.

Pada tahun 1959, profesion kaunseling berkembang dan tersebar selepas tercetusnya
Peran Dunia ke-2 sehingga tahun 1959. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan surat
pekeliling berkenaan dengan bimbingan dan kaunseling pada tahun 1960. Seterusnya, pada
tahun 1961, Kementerian Buruh telah mengeluarkan sebuah buku iaitu ‘ handbook Facilities
in the Federation of Malaya’. Sebuah Jawatankuasa Penyelaras Bimbingan da vokasional
telah ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut telah memanggil seorang pakar rundingan dari luar
Negara yang bernama Russel K.MacKenzie yang merupakan seorang pakar Rancangan
Colombo untuk membantu kerajaan mengembangkan bimbingan dan kaunseling di Malaysia.

2
Selain daripada itu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghasilkan sebuah buku
panduan yang bertajuk ‘Perkhidmatan dan Panduan di sekolah’. (1966) Pada tahun 1969,
hasil usaha sama dengan INICEF, seramai 275 orang guru telah dipilih bagi menghadiri satu
kursus yang dianjurkan oleh UNICEF bagi memberi pendedahan mengenai bimbingan selama
enam hari. Kementerian turut menjalankan satu seminar selama tiga hari berhubung dengan
panduan dan bimbingan kerjaya.

Di samping itu, beberapa garis panduan telah diperkenalkan, iaitu guru-guru


bimbingan hendaklah dilonggarkan daripada bebanan tugas kepada tidak lebih daripada 25
waktu seminggu serta terkecuali daripada segala kegiatan kumpulan yang lain. Tambahan
pula, membolehkan guru-guru bimbingan ini menumpukan sepenuhnya kepada tugas
membimbing pelajar dalam hal-hal kerjaya.

Pada tahun 1973, sekumpulan ahli akademik dan pensyarah psikologi telah
menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Bimbingan Vokasional Malaysia (MAVOGA)
yang dipengerusikan oleh Datuk Yeap Kee Aik. Persatuan ini membantu para pelajar dalam
hal-hal vokasional serta membimbing mereka mencari pekerjaan dan kerjaya yang sesuai.

Pada tahun 1979, Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) telah ditubuhkan yang
berpusat di Institut Teknologi MARA, Shah Alam. Beberapa pertubuhan lain juga yang turut
menjalankan khidmat kaunseling seperti BeFrienders para kaunselor. Maktab Perguruan Ilmu
Khas mengendalikan kursus yang bertaraf sijil selama setahun untuk para kaunselor di
sekolah. Di samping itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula, menyediakan kursus
peringkat diploma dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada peringkat ijazah. Tuntasnya, ini
merupakan satu perkembangan yang baik untuk khidmat kaunseling di Malaysia.

2.3 Kepentingan Teori-teori dalam Bimbingan Kerjaya

Terdapat beberapa kepentingan teori-teori dalam bimbingan kerjaya yang boleh


diaplikasikan dalam kehidupan manusia. Teori-teori yang dipelopori oleh beberapa pelopor
atau tokoh, telah memberikan banyak kebaikkan kepada para pelajar dan juga kepada guru-
guru. Ia teori-teori dalam bimbingan dan kerjay banyak menjelaskan mengenai personality
seseorang dan juga akan dikaitkan dengan pekerjaan yang diminatinya.

Selain itu, teori-teori dalam bimbingan kerjaya telah menerangkan beberapa factor-
faktor yang mempengaruhi minat pekerjaaan serta perkembangan kerjaya seseorang individu.
Sebagai contohnya, jika seseorang individu atau murid menghadapi masalah dalam memilih
bidang kerjaya yang berkaitan dengan minat atau personaliti dia, individu tersebut boleh
merujuk kepada teori-teori dalam bimbingan kerjaya. Dengan ini, individu tersebut dapat
mengenal pasti mengenai bidang kerjaya mengikut minat atau personalitinya.

3
Seterusnya, teori-teori dalam bimbingan kerjaya juga dapat menerangkan tingkah laku
seseorang individu dengan jelas. Teori-teori dalam bimbingan kerjaya mendatangkan
kebaikkan juga kepada penyelidik-penyelidik yang melaksanakan sesuatu kajian kes yang
berasaskan teori-teori dalam bimbingan kerjaya. Dengan ini, seseorang penyelidik dapat
merumuskan sesuatu kajian kes mengikut teori-teori tersebut sebagai buktinya.

Kesimpulannya, teori-teori dalam bimbingan kerjaya banyak memberikan kebaikkan


kepada semua pihak seperti penyelidik dan juga murid-murid sekolah yang masih tidak pasti
dengan minat dan personaliti mereka sendirinya. Oleh sebab itu, teori-teori dalam bimbingan
kerjaya dapat membantu mereka dalam mengenal pasti bidang kerjayanya secara mendalam
dan jelas.

4
3.0 Kajian Kes
3.1 Pengenalan

Nowak (1986), ujian minat kerjaya merupakan satu alat ukuran untuk mengenal pasti
minat individu tentang sesuatu aktiviti dalam pekerjaan-pekerjaan yang khusus berdasarkan
persekitaran kerja. Antara contoh ujian minat kerjaya yang popular ialah Vokasional
Preference Inventory (VPI), Strong-Campbell Interest Inventory (SCII), Self-Directed Search
(SDS), Borang Minat Rothwell-Miller (BMRM), Kuder Preference Records-Vocational (KPRV)
dan Inventory Minat Kerjaya Sidek (IMKS).

Alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) dan Self-Directed Search (SDS)
misalnya ialah ukuran minat kerjaya yang diperkenalkan oleh Holland (1973, 1985, 1996) yang
mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Gerak balas individu terhadap item-item yang
terkandung dalam ujian tersebut dikatakan dapat digunakan untuk menetukan bidang minat
atau jeni personaliti individu. Enam bidang minat atau jenis personaliti yang dapat diukur oleh
alat ukuran VPI dan SDS ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising
(E) dan Conventional (C).

Inventori Minat Kerjaya Sidek atau singkatannya IMKS telah dibina oleh Sidek Mohd
Noah (1996), berasaskan Teori Pemilihan Kerjaya Holland dan Kamus Pengkelasan
Pekerjaan yang diterbitkan oleh Jabatan Tenaga Rakyat. Alat ukuran ini terdiri daripada dua
bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B dan mengandungi 160 item. Alat ukuran ini juga
mempunyai pekali kebolehpercayaan alpha Cronbach yang tinggi iaitu 9.5. Hasil daripada
kajian interkorelasi yang melibatkan alat ukuran piawai lain yang popular seperti SDS dan
BMRM menunjukkan bahawa alat ukuran ini mempunyai kesahan gagasan yang tinggi.

3.2 Subjek

Penyelidik telah melaksanakan kajian inventori ini terhadap murid-murid Tahun 4


Shenbagam di sekolah SJKT Taman Tun Aminah. Penyelidik memilih seramai 5 orang murid
untuk kajian tersebut.

3.3 Kes Yang Dikaji

Penyelidik telah melaksankan satu kajian terhadap murid-murid Tahun 4 Shenbagam


untuk mengenal pasti minat kerjaya mereka. Melalui pandangan penyelidik, murid Tahun 4
Shenbagam menghadapi masalah dalam mengenali bidang kerjaya mengikut tahap atau
minat mereka. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai pengetahuan tentang kerjaya. Murid-
murid Tahun 4 Shenbagam tidak mempunyai mengenai idea untuk memilih sesuatu
kerjayanya. Mengikut penyelidik murid-murid Tahun 4 kurang mempunyai keupayaan untuk
memilih sesuatu kerjaya dengan sendirinya.

5
Oleh sebab itu, penyelidik telah bercadang untuk melaksanakan satu inventori kerjaya
untuk murid-murid Tahun 4 Shenbagam. Penyelidik telah memilih satu inventori yang sesuai
untuk melaksanakan kajian ini. Ia penyelidik telah memilih Inventori Minat Kerjaya Sidek
(IMKS) iaitu dibina oleh Sidek Mohd Noah (1996). Dengan ini, penyelidik dapat mengenali
minat kerjaya muridnya melalui inventori tersebut.

Terlebih dahulu, penyelidik menumpukan seluruh perhatian kepada murid-murid


Tahun 4 Shenbagam sahaja supaya dapat melaksanakan kajian ini dengan lancar. Penyelidik
ingin memberi idea atau cadangan kepada murid-murid mengenai bidang kerjayanya melalui
inventori.

Tuntasnya, melalui inventori yang dijalankan oleh penyelidik, telah membawa


beberapa kebaikkan kepada murid-murid Tahun 4 Shenbagam. Murid-murid dapat
mengetahui minat mereka terhadap bidang kerjaya yang sesuai mengikut kebolehannya.
Melalui ini, murid-murid dapat mengambi keputusan yang sesuai dan tepat dalam pemilihan
bidang kerjayanya.

3.4 Latar Belakang Kes

Pada permulaannya, penyelidik telah melaksanakan satu modul pembangunan diri


untuk murid-murid Tahun 4 Shenbagam. Aktiviti yang dilaksanakan oleh penyelidik ialah
‘Jariku Sayang’. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid telah menyatakan minat, cita-cita,
matlamat, perkara kegemaran dan juga idola mereka dengan menulis dalam jari yang dilukis
pada sehelai kertasnya. Seterusnya, mereka telah menceritakan atau menjelaskan mengenai
apa yang ditulis pada kertas tersebut secara teliti. Melalui aktiviti yang dilaksanakan tersebut,
penyelidik dapat mengenali tentang minat kerjaya murid-murid secara lanjut dan terperinci.

Di samping itu, penyelidik juga telah menyedari bahawa segelintir murid-murid tidak
dapat menerangkan tentang cita-cita yang dipilih olehnya. Mereka tidak beberapa pasti
dengan cita-cita yang dipilihnya. Mereka juga kurang mempunyai pengetahuan mengenai cita-
cita atau pemilihan bidang kerjaya dengan sendirinya. Oleh sebab itu, penyelidik mengambil
keputusan untuk menjalankan satu kajian terhadap murid-murid Tahun 4 Shenbagam
tersebut. Penyelidik telah mengambil keputusan untuk menggunakan beberapa kaedah untuk
mengenalpasti minta murid-murid tersebut secara individu.

Penyelidik telah melaksanakan suatu sesi soal jawab dengan murid-murid Tahun 4
Shenbagam tersebut secara individunya. Penyelidik telah menanyakan beberapa soalan yang
berkaitan dengan bidang kerjaya supaya dapat mengetahui minat murid-murid dengan tepat
dan jelas. Murid-murid tersebut telah menjawab dengan penuh semangat. Cita-cita yang biasa
disebut oleh murid-murid ialah Doktor, Polis, Cikgu dan Jururawat. Cita-cita tersebut biasa

6
disebut oleh ramai murid-murid, semasa ditanya oleh guru di sekolah kerana kerjaya-kerjaya
tersebut sangat terkenal oleh semua murid sekolah.

Oleh sebab itu, penyelidik dapat menyedari bahawa murid-murid Tahun 4 Shenbagam
tersebut tidak beberapa jelas atau berpengetahuan tentang cita-cita ataupun bidang
kerjayanya. Mereka kurang mempunyai informasi mengenai bidang kerjaya yang terdapat
dalam alam dunia ini. Oleh kerana itu, penyelidik berhasrat untuk melaksanakan suatu kajian
terhadap murid-murid Tahun 4 Shenbagam tersebut.

3.5 Strategi Bimbingan


3.5.1 Sebelum
Penyelidik telah merancang beberapa strategi untuk melaksanakan terhadap
murid-murid Tahun 4 Shenbagam, sebelum meneruskan kajian tersebut. Strategi-
strategi yang telah digunakan oleh penyelidik adalah strategi pemerhatian, ujian pra
dan juga temu bual. Strategi-strategi tersebut telah dilaksanakan sebelum
menjalankan Inventori Minat Kerjaya Sidek. Oleh sebab itu, penyelidik dapat
melaksanakan langkah seterusnya dengan lancar dan juga mudah. Dapatan yang
diperoleh oleh penyelidik ialah seperti yang berikut.

3.5.2 Pemerhatian

Penyelidik telah menjalankan pemerhatian ke atas kelakuan murid-murid


Tahun 4 Shenbagam mengenai cita-cita mereka. Penyelidik telah memerhatikan
kelakuan murid-murid dalam kelas semasa menjalankan sesuatu aktiviti, program atau
pengajaran dan pembelajaran. Melalui ini, penyelidik dapat mengenal pasti minat
mereka terhadap sesuatu bidang kerjaya.

3.5.3 Ujian Pra

Seterusnya, ujian pra telah dilaksanakan oleh penyelidik terhadap murid-murid


Tahun 4 Shenbagan tersebut demi mengenal pasti lagi tentang minat kerjayanya.
Penyelidik telah melaksanakan satu modul yang aktivitinya bertajuk ‘Jariku Sayang’.
Iaitu murid-murid harus menekap jari mereka pada sehelai kertas A4. Selepas itu,
murid-murid telah menulis cita-cita, matlamat, idola, kegemaran dan juga minat
mereka atas setiap jari yang telah dilukis oleh mereka tersebut. Murid-murid telah
diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan aktiviti yang diberikan oleh penyelidik.
Penyelidik telah memeriksa atau memantau hasil yang ditulis oleh setiap murid
tersebut secara individu.

7
Penyelidik telah mendapat hasil daripada setiap murid tersebut. Daripada hasil
kerja murid-murid tersebut, penyelidik dapat mengetahui tentang pengetahuan murid
terhadap bidang kerjayanya. Melalui ini, penyelidik dapat mengesan bahawa beberapa
murid tidak mempunyai atau tidak dapat menulis cita-cita mereka. Mereka juga kurang
mempunyai pengetahuan mengenai bidang kerjaya.
Oleh kerana itu, penyelidik telah bercadang untuk menjalankan satu Inventori
Minat Kerjaya Sidek supaya dapat mengenal pasti minat kerjaya sebenar murid-murid
Tahun 4 Shenbagam. Selepas menjalankan Inventori Minat Kerjaya Sidek tersebut,
penyelidik mendapat gambaran yang jelas tentang minat kerjaya setiap muridnya.
Dengan ini, penyelidik dapat membantu murid-murid untuk mengenali bidang kerjaya
yang sangat sesuai dan tepat mengikut dapatan daripada inventori yang
dilaksanakannya.

3.5.4 Temu Bual

Penyelidik juga telah melaksanakan satu temu bual terhadap setiap murid
tersebut untuk mengetahui lagi tentang pengetahuan minat kerjaya mereka. Melalui
temu bual tersebut, penyelidik dapat mengenal pasti minat setiap murid tersebut
secara lebih jelas dan tepat. Semasa menjalankan temu bual dengan setiap murid
tersebut, penyelidik dapat mengesan masalah murid tersebut dan dapat
menyelesaikan masalah mereka.

3.5.5 Semasa

Penyelidik telah melaksanakan Inventori Minat Kerjaya Sidek terhadap murid-


murid tersebut pada 17 Ogos 2016 untuk meneruskan kajian kes ini. Murid-murid telah
memberi komitmen yang baik semasa melakanakan inventori tersebut. Penyelidik
telah memberi masa selama 30 minit untuk murid-murid tersebut.

3.5.5.1 Menyatakan Objektif

Pada permulaannya, penyelidik telah memberi sedikit taklimat atau


penerangan kepada murid-murid Tahun 4 Shenbagam tersebut mengenai inventori
minat kerjayanya. Objektif bagi pelaksanaan inventori minat kerjaya ini adalah murid-
murid dapat mengetahui tentang minat mereka yang sesuai dalam memilih kerjaya yang
sesuai. Selain itu. Murid-murid juga mendapat pengetahuan yang lanjut mengenai
sesuatu bidang kerjaya mengikut minat mereka.

8
3.5.5.2 Melaksanakan Inventori Minat Kerjaya

Penyelidik telah memberi soalan Inventori Minat Kerjaya Sidek kepada setiap
murid dengan masa yang diberikan iaitu 30 minit sahaja. Murid-murid dapat
menghabiskan Inventori tersebut tepat pada masanya. Penyelidik juga telah
membimbing murid-murid tersebut semasa melaksanakan inventorinya.

3.5.5.3 Menganalisis Inventori

Penyelidik telah membuat analisis bagi inventori yang dijalankan terhadap


murid-murid tersebut. Sebelum itu, dengan bantuan penyelidik murid-murid tersebut
diarahkan untuk mengira skor bagi inventori yang dibuat dengan sendiri. Melalui
pengiraan tersebut, penyelidik dapat mengetahui tentang minat murid-murid dengan
tepat.

3.5.5.4 Membuat Rumusan

Penyelidik telah menganalisis semua skor yang diperoleh oleh murid-murid


tersebut. Selepas itu, penyelidik telah memberi penjelasan atau penerangan kepada
murid-murid tentang skor yang diperolehinya. Melalui ini, murid-murid dapat gambaran
yang jelas mengenai personality dirinya. Dengan ini, murid-murid diberi motivasi untuk
memberi perhatian terhadap skor tertinggi mereka.

Murid-murid juga dapat penjelasan tentang bidang kerjaya yang sesuai bagi diri
sendirinya. Oleh sebab itu, murid-murid boleh memberi penuh perhatian terhadap
bidang kerjaya yang berkaitan dengan personality mereka. Murid-murid tidak perlu
mengelirukan diri dengan bidang kerjaya yang lain.

9
3.6 Teori yang Digunakan
Penyelidik telah memilih teori yang sesuai bagi melaksanakan kajian kes ini secara
lanjut. Teori yang sesuai bagi melaksanakan kajian kes ini adalah Teori Pemilihan
Kerjaya Holland yang dipelopori oleh Holland. Teori ini berfokus kepada tipologi dan
banyak dipengaruhi oleh teori Tret dan Faktor. Fokus utama teori ini adalah menjelaskan
tingkah laku vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong
individu bagi memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh kepuasan bekerja. Menurut
Sidek Mohd Noah alat ukuran IMKS boleh digunakan untuk menentukan minat kerjaya
individu terhadap aktiviti pekerjaan dalam bidang-bidang seperti Tema Realistik,
Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konvensional. Penyelidik telah memilih teori
ini untuk kajian kes tersebut supaya dapat melaksanakan dengan mudah. Selain itu, teori
ini juga sangat tepat bagi menjalankan kajian kes tersebut dengan lancar.

3.7 Rasional Pemilihan Strategi dan Teori


3.7.1 Rasional Pemilihan Strategi

Terdapat beberapa sebab untuk memilih strategi-strategi untuk melaksanakan


kajian kes ini. Strategi-strategi yang digunakan oleh penyelidik adalah pemerhatian,
temu bual dan juga ujian pra. Strategi-strategi tersebut sangat sesuai bagi murid-murid
Tahun 4 Shenbagam. Penyelidik dapat mengendalikan murid-murid tersebut dengan
mudah.

Pada permulaannya, penyelidik menggunakan strategi pemerhatian terhadap


murid-murid tersebut. Tujuan memilih strategi tersebut adalah dapat membantu untuk
mengenal pasti personaliti seseorang murid. Dengan ini, penyelidik boleh
memerhatikan setiap murid tersebut dengan terperinci dan secara individu. Penyelidik
juga boleh menganalisiskan personality atau tingkah laku murid-murid tersebut.

Seterusnya, penyelidik telah melaksanakan ujian pra tehadap murid-murid


Tahun 4 Shenbagam. Penyelidik telah melaksanakan satu modul yang bertajuk ‘Jariku
Sayang’ supaya dapat mengenali pengetahuan murid-murid terhadap minat
kerjayanya. Melalui ini, penyelidik dapat mengenal pasti minat kerjaya setiap murid
tersebut dengan jelasnya.

Selain itu, strategi yang telah digunakan oleh penyelidik adalah temu bual.
Strategi ini juga sangat sesuai bagi melaksanakan kajian kes ini. Penyelidik telah
menemu bual setiap murid tersebut secara individu supaya dapat mengenali lagi
mengenai minat kerjaya dan juga personaliti diri murid tersebut dengan tepat.

10
Tuntasnya, strategi-strategi yang telah digunakan penyelidik adalah sangat
sesuai dengan kajian kes tersebut supaya dapat melaksanakan dengan mudah dan
lancar. Penyelidik juga dapat mengenal pasti masalah murid-murid tersebut secara
terperinci dan dapat membantunya dengan senang.

3.7.2 Rasional Pemilihan Teori

Menurut Holland (1985, 1996), Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan


hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak
dipengaruhi oleh teoi Tret dan Faktor. Menurut Brown & Brooks (1984 ),Tret-tret
personaliti biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran
sekolah, aktivit-aktivti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh
digambarkan sebagai ekspresi personaliti.

Menurut pandangan penyelidik pula, Teori Pemilihan Kerjaya Holland ini dipilih
untuk melaksanakan kajian kes ini kerana mendatangkan banyak kebaikan serta
mudah untuk melaksanakannya. Selain itu, teori ini lebih memfokuskan tingkah laku
vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong individu
dalam memilih kerjayanya.

Di samping itu, teori ini ialah satu ekspresi personaliti individu. Kepuasan kerja,
pencapaian, produktiviti dan stability adalah berkadar terus dengan darjah keselarasan
antara jenis personaliti individu dengan jenis persekitaran tempat individu tersebut.
Selain daripada itu, Holland telah mengkategorikan personaliti seseorang individu
kepada 6 jenis. Antaranya ialah Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan
Konvensional. Personaliti-personaliti tersebut dikategorikan melalui melaksanakan
Inventori Minat Kerjayanya.

11
3.8 Aplikasi Teori Terhadap Kes

Pembentukan minat ini mendorong kepada perkembangan kecekapan yang tertentu


di samping pengabaian kepada perkembangan kecekapan-kecekapan yang lain.
Sehubungan dengan itu, pembezaan individu terhadap sesuatu minat hasil daripada
peningkatan umur akan menyebabkan terbentuknya nilai-nilai yang tertentu. Peningkatan
pembezaan individu terhadap aktiviti, minat, kecekapan dan nilai akan menyebabkan
terbentuknya jenis personaliti.

Pada permulaannya, sebelum ujian ditadbirkan, arahan-arahan ujian telah diberitahu


kepada murid-murid tersebut. Arahan-arahan seperti cara menjawab soalan, masa untuk
menyelesaikan ujian dan arahan-arahan khusus tentang sesuatu ujian adalah antara perkara-
perkara yang mesti diterangkan kepada murid-murid tersebut.

Selepas itu, murid-murid telah mengira skor dan mengenali tentang minat kerjayanya.
Mereka telah mengenali personaliti mereka mengikut enam jenis personaliti tersebut iaitu
Realistik, Artistik, Investigatif, Sosial, Enterprising dan Konvensional. Teori Pemilihan Kerjaya
Holland juga telah memperkenalkan lima andaian sekunder yang boleh diaplikasi kepada
kedua-dua aspek personaliti dan persekitaran. Antaranya adalah keselarasan, konsistensi,
pembezaan, kalkulus dan identiti.

Menurut Holland ( 1973,1978,1985 ), setiap individu akan meyerupai salah satu


daripada enam jenis personaliti yang asas. Semakin hampir seseorang itu menyerupai
sesuatu jenis personaliti, maka semakin besar kebarangkalian ia akan menunjukkan tingkah
laku dan ciri-ciri yang berkaitan dengan jenis tersebut. Secara umumnya, darjah keselarasan
ini, dapat meramalkan tingkah laku individu dalam hal pemilihan pekerjaan. Pola personaliti
seseorang individu yang dinyatakan dalam bentuk kod tiga-mata Holland dapat meramalkan
perlakuan vokasionalnya dengan lebih tepat. Penyelidik juga telah mengaplikasikan andaian
sekunder tersebut dalam kajian kes yang dilaksanakannya. Dengan ini, penyelidik dapat
memastikan tingkah laku murid-murid Tahun 4 Shenbagam dengan lebih tepat.

Seterusnya, menurut Holland, menjelaskan bahawa hubungan sesetengah pasangan


personaliti dan persekitaran adalah lebih kuat berbanding pasangan personaliti dan
persekitaran yang lain. Konsistensi atau ketekalan corak personaliti adalah ditentukan oleh
darjah kesamaan antara jenis personaliti yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti yang
ditunjukkan oleh model heksagonal. Holland menjelaskan bahawa darjah ketekalan atau
konsistensi boleh memberi kesan kepada kepuasan kerja, pencapaian dan kestabilan.
Ketekalan yang tinggi dikaitkan dengan kepuasaan kerja, pencapaian dan kestabilan kerja
yang tinggi sementara ketekalan yang rendah dikaitkan dengan kepuasaan kerja, pencapaian
dan kestabilan kerja yang rendah.

12
Menurut Holland pola, sesetengah individu atau persekitaran adalah lebih tulen iaitu
mereka menunjukkan keserupaan yang tinggi kepada satu jenis dan kurang kepada jenis yang
lain. Konsep ini dipanggil pembezaan. Seterusnya, individu atau persekitaran yang
menunjukkan keserupaan yang sama terhadap keenam-enam jenis dianggap individu yang
tidak mempunyai pembezaan atau undifferentiated. Menurut kajian kes yang dilaksanakan
oleh penyelidik, dapat mengesan seorang murid yang mempunyai personaliti tersebut. Iaitu
tidak mempunyai pembezaan atau undifferentiated.

Menurut Holland, pertalian dalam dan antara jenis atau persekitaran boleh dikenal
pasti melalui model heksagonal dengan jarak antara jenis personaliti dan persekitaran adalah
berkadar songsang dengan perhubungan teoritikal antara mereka. Akhirnya, identiti personal
pula didefinisikan sebagai terdapatnya gambaran yang jelas dan stabil tentang matlamat,
minat dan bakat individu. Dengan cara sama, identiti persekitaran dapat diperhatikan dalam
persekitaran atau organisasi yang mempunyai matlamat yang jelas, tugas serta ganjaran yang
jelas dan bersepadu yang stabil dalam suatu jangka masa yang panjang. Mengikut penyelidik,
seorang murid lagi mempunyai personaliti tersebut iaitu identiti.

Di samping itu, enam personaliti yang biasa digunakan dalam Inventori ini adalah
Realistik, Investigatif, Sosial, Artistik, Enterprising dan Konvensional. Realistik (R) adalah jenis
individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.Sebagai contohnya, Jurutera
Awam, Mekanik Kapal Terbang, Operator Mesin dan sebagainya. Mengikut kajian kes yang
dilaksanakan oleh penyelidik, seorang pelajar mempunyai personaliti Realistik. Selain itu,
jenis Investigatif (I), adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari
sesuat, membuat penyelidikan, menganalisis, mnilai dan menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan. Sebagai contohnya, Doktor Perubatan, Doktor Gigi, Ahli Kaji Bumi, Penyelidik
Sains dan sebagainya.

Seterusnya, personaliti Artistik (A) adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan
artistic dan inovatif. Sebagai contohnya, Penyair, Penyanyi Konsert, Pelukis Perdagangan dan
sebagainya. Personaliti Sosial (S), adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi
dengan manusia. Sebagai contohnya, Sosiologi, Guru, Kaunselor peribadi dan sebagainya.
Tambahan pula, personaliti Enterprising (E) adalah Janis individu yang suka bekerja dan
berinteraksi dengan manusia. Sebagai contohnya, Peguam, Ahli Politik, Pengarah Syarikat
dan sebagainya. Akhirnya, personaliti Konvensional (K) adalah jenis individu yang suka
bekerja dengan data dan nombor. Sebagai contohnya, Penyimpan Kira-kira, Kerani Bank,
Operator Komputer dan sebagainya.

13
Akhir sekali, melalui kajian kes yang dilaksanakan, penyelidik dapat mengkategorikan
semua murid tersebut mengikut personality tertentu. Murid-murid juga dapat mengenal pasti
tentang personaliti diri mereka dengan terperinci dan juga jelas.

3.9 Tindakan dan Cadangan

Penyelidik dapat memperolehi bahawa kajian kes in dapat memberi penjelasan kepada
murid-murid Tahun 4 Shenbagam mengenai personaliti masing-masingnya. Sebagai seorang
guru bimbingan dan kaunseling, haruslah mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan
kecenderungan murid-murid dalam pemilihan bidang kerjaya yang mengikut minat mereka.
Antara tindakan yang boleh diambil oleh penyelidik ialah mengadakan Kempen Kesedaran,
Motivasi mengenai pemilihan kerjaya dan sebagainya. Melalui ini, murid-murid akan
mendapat pendedahan tentang bidang kerjaya masing-masing. Sebagai cadangan,
penyelidik boleh menunjukkan beberapa contoh mengenai sesuatu pekerjaan kepada murid-
murid supaya dapat mengetahui tentang sesuatu bidang kerjayanya.

4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau kemajuan
seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yang kerjaya dijadikan bidang profesion atau
pekerjaan yang dipilih sebagai satu cara untuk mencari nafkah. Menurut Parson (1909),
merumuskan bahawa pemilihan kerjaya adalah satu proses membuat keputusan yang paling
penting dan kritikal dalam kehidupan seseorang individu apabila mula memikirkan untuk
memasuki dunia pekerjaan yan sebenar.

14