Anda di halaman 1dari 18

BUTIR - BUTIR PERIBADI PESAKIT

No Pendaftaran : RN 26416

Nama : Mohd Irqim bin Mohamad

Umur : 15 tahun

Jantina : Lelaki

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

- Murid Sekolah Menengah

RIWAYAT PESAKIT

* Sejarah kini – hasil pemeriksaan fizikal :

Bacaan tekanan darah : 140/90 Ujian glukosa darah : 8.6 mmol/l

Tinggi : 175 cm Berat badan : 99 kg

BMI : 32

*Sejarah keluarga –

1. Ayah mengidap penyakit Diabetes Mellitus hampir 2 tahun yang lalu.

2. Ibu mengidap HPT (Hipertension) – tekanan darah tinggi.

1
PENGENALAN

Dewasa ini, pelbagai penyakit berasal dari cara pemakanan. Hal ini termasuklah

makan makanan yang tidak seimbang mengikut pyramid makanan. Kebanyakan individu

yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang mungkin berisiko untuk mendapat

penyakit seperti Diabetis Mellitus, hypertension dan penyakit jantung.

Sehubungan dengan itu, cara pemakanan yang tidak terkawal juga boleh

menyebabkan pelbagai penyakit. Ini termasuklah makan dengan banyak pada suatu

masa serta kurang bersenam. Tabiat ini dapat dilihat dalam kalangan masyarakat

terutamanya kanak kanak dan remaja. Dalam kajian kes ini, saya akan menceritakan

antara faktor penyumbang dalam masalah obesiti.

Prevalens obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja (6-19 tahun)

2
ISU

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk

dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada

2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami

kegemukan pada 2005.

Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara

pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti

ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang

bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia

juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem

pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau

berbasikal yang dapat membakar kalori.

Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada

2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti

dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti,

manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama.

Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh

(BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.

Kegemukan, berat badan berlebihan, obesiti mahupun gemuk melampau menjurus pada

masalah yang sama pada dasarnya, namun hakikatnya setiap satu istilah itu membawa

maksud dan implikasi berbeza.

Perbezaan istilah ini diperjelaskan menerusi kiraan unit kadar khusus untuk

mengklasifikasikan berat tubuh seseorang itu jatuh dalam kategori tertentu. Di seluruh

3
dunia, berat tubuh seseorang dikira menggunakan ukuran Indeks Jisim Tubuh atau

Body Mass Index (BMI). BMI adalah cara kiraan paling mudah di mana berat badan

dalam kilogram dibahagi kepada tinggi individu dalam unit meter kuasa dua. Ini

dilakukan bertujuan mendapatkan berat badan mengikut kesesuaian ketinggiannya.

Misalnya jika seseorang dengan berat badan 150 kilogram tetapi fizikalnya tinggi,

jisim itu bersesuaian dengan tubuh, sebaliknya jika individu itu 80 kilogram dan rendah,

berat itu akan menimbulkan masalah kesihatan buatnya.

Bagi orang Asia, kategori unit berbeza dengan kategori yang ditetapkan oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana memiliki rangka tubuh lebih kecil

berbanding orang barat.

Kadar itu menetapkan individu yang kiraan BMI antara 18 hingga 25 adalah

normal, 25 hingga 27.5 (berat badan berlebihan), 27.5 hingga 32.5 (gemuk), 32.5 hingga

37.5 (obesiti kelas 1), 37.5 ke atas (morbid obesiti atau gemuk melampau) dan 50 ke

atas dikategorikan sebagai ‘super obes’.

Sekiranya BMI lebih 32.5, maka individu itu berada pada kategori obes,

sebaliknya jika kurang, mereka hanya dianggap terlebih berat badan. Jadi bila ada unit

sedemikian, lebih mudah untuk mengklasifikasi dan menjuruskan kaedah rawatan

mengikut BMI pesakit.

Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak yang berusia 12

hungga 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan.

Masalah ini juga dikatakan lebih meruncing dipadankan kanak-kanak dan remaja

daripada keluarga miskin.

Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas

secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah

melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan

4
penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Apa sebenarnya yang

terjadi? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang

menjadi penyebab obesiti. Menurut para pakar kesihatan, berdasarkan pada hasil

kajian, obesiti boleh dipengaruhi pelbagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya

adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola pemakanan yang

berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran.

PENCARIAN LITERATUR

PUNCA-PUNCA OBESITI DALAM KALANGAN REMAJA DAN KANAK-KANAK

1. FAKTOR GENETIK

Obesiti boleh diwarisi dari generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di

dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang

gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya

faktor genetik mempengaruhi dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam

tubuh. Hal ini berkemungkinan kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka

sel-sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan

diturunkan kepada si bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah bila bayi

yang lahir pun memiliki elemen lemak tubuh yang relatif sama besar. Terdapat juga

beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-

sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh

mengakibatkan obesiti. Jika ibu atau bapa seorang yang obesiti, maka tidak mustahil

anak atau generasinya akan datang turut mengalami masalah serupa.

5
2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK

Sistem pengawalan yang mengatur perilaku makanan terletak pada suatu

bahagian otak yang dipanggil ‘hipotalamus‘, sebuah kumpulan sel dalam otak yang

berhubungan dengan bahagian-bahagian lain dari otak dan kelenjar di bawah otak.

‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam

otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah. Dua bahagian

‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘Hipotalamus Lateral’

(HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau pusat makan) dan ‘Hipotalamus

Ventromedial’ (HVM) yang bertugas menghalang nafsu makan (pemberhentian atau

pusat kenyang). Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘Hipotalamus Lateral’

rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati

kecuali apabila dipaksa diberi makanan dan minuman (diberi secara infusi). Sedangkan

bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘Hipotalamus Ventromedial’, maka seseorang akan

menjadi rakus atau gelojoh dan kemungkinan menjadi obesiti.

3. POLA PEMAKANAN BERLEBIHAN

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat

badannya normal terhadap isyarat lapar, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika

waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan, apabila ia merasa ingin makan,

bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan

mereka sukar untuk keluar dari kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan

diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangi berat badan. Hampir sebahagian besar

masalah obesiti berpunca daripada faktor luaran iaitu pemakanan. Pemakanan yang

berlebihan, terutamanya makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi

sebenarnya yang menyumbang kepada masalah ini. Selain makanan, punca obesiti

6
boleh juga disebabkan oleh ubat-ubatan. Amalan mengambil sesetengah ubat-ubatan

seperti steroid atau ubat tradisional Cina tanpa pengawasan dan nasihat pengamal

perubatan boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh

menyebabkan diabetes dan hipertensi.

4. KURANG SENAMAN

Kesibukan bekerja dan sikap malas melakukan aktiviti atau senaman antara

faktor yang boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Hal ini lebih ketara jika

pengidap bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.

Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:

1) Peningkatan aktiviti dan sukan secara umum,

2) Angka metabolisme basal atau peningkatan tenaga yang diperlukan untuk

mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme memiliki tanggungjawab dua

pertiga daripada pengeluaran tenaga orang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya

mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi

bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti memiliki peranan yang sangat

penting. Pada waktu bersukan, berlakunya pembakaran kalori, semakin banyak

bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang. Kalori secara tidak langsung

mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan

mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti dan pergerakan akan

menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi

7
sangat sukar dan kurang dapat dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung

akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh orang tersebut.

5. PERSEKITARAN

Faktor lingkungan atau persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang

untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan yang menganggap

gemuk adalah simbol kemakmuran dan keindahan, maka orang tersebut akan

cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh

faktor luaran, maka orang yang obesiti tidak akan mengalami masalah-masalah

psikologi berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang memiliki berat badan berlebihan dan belum berjaya

mengurangi berat badan, tidak perlu merasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui

faktor-faktor penyebab obesiti seperti di atas anda akan menemui penyebab mengapa

berat badan anda tidak turun. Perkara yang paling penting untuk diingatkan ialah sejauh

mana tubuh anda tidak mengidapi apa-apa penyakit maka tidaklah ada yang salah

dengan tubuh yang besar (gemuk). Perkara lain yang juga tidak kurang pentingnya

adalah cubalah untuk bersukan secara berkesan dan mengawal emosi anda.

8
Berlebihan Berat Badan Dan Kegemukan/Obesiti

Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak

dalam badan anda secara kasar. Cara pengiraan:

Berat badan (kilogram)

Indeks Jisim Tubuh (BMI) = _____________________________

Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur

dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau

kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina. Untuk mengetahui sama ada anda

mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan.

Bagaimana berlebihan berat badan atau obesiti boleh berlaku?

Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa

yang boleh dibakar oleh badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak.

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang

berlebihan tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu. Selalunya ia akan

terkumpul dan tersimpan selama beberapa bulan dan tahun.

9
Faktor risiko termasuk :

• Sejarah keluarga.

• Masalah perubatan.

• Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.

• Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan).

• Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.

Bagaimana masalah ini boleh dikesan?

• membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.

• mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.

• kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.

• diagnosa disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur.

Apakah komplikasi masalah ini?

Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti di kalangan remaja dikaitkan dengan :

• Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang

tinggi.

• Penyakit Kencing Manis/Diabetes.

• Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.

10
• Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.

• Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.

• Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

11
PERBINCANGAN

CARA-CARA MENGATASI MASALAH OBESITI

Kita semua tahu tubuh badan yang cergas dari segi fizikal dapat meningkatkan

setiap aspek kehidupan kita. Bagaimanapun berdasarkan kajian bahawa keseimbangan

antara minda, fizikal dan rohani adalah kunci utama untuk kesihatan yang optimum.

Lazimnya apabila orang bercakap mengenai 'berdiet', apa yang kita bayangkan

ialah menahan diri daripada makan atau 'mengira kalori'. Semua ini betul tetapi berapa

lamakah ia bertahan? Adakah anda mampu mengikat perut sampai bila-bila

memandangkan kita tahu bahawa jika berhenti daripada berdiet, lambat laun berat

badan kita akan naik semula.

Perlu diketahui bahawa musuh utama dari sudut pelangsingan badan ialah tabiat

kita sendiri. Mereka yang semulajadi kurus dari segi genetik jarang berfikir mengenai

makanan berbanding dengan mereka yang mahu melangsingkan berat badan dan risau

dengan berat badan mereka. Golongan ini sentiasa berfikir mengenai makanan dan

secara tidak langsung sama ada mereka akan mengamalkan diet yang keterlaluan atau

mereka sudah hilang semangat untuk mencapai matlamat mereka dengan berdiet

secara sihat. Ini adalah satu tabiat yang harus diperbaiki dengan cara mengikut lima

prinsip di bawah.

1] Makan apabila lapar.

Bagaimanapun, kebanyakan daripada kita akan makan walaupun tidak lapar.

Inilah yang dipanggil sebagai tabiat yang akhirnya akan memudaratkan diri kita sendiri.

Sesetengah daripada kita mempunyai tabiat untuk makan walaupun tidak berasa lapar

12
tetapi sesetengah daripada kita pula tidak akan makan sampai terasa seperti kebuluran.

Sebenarnya kita perlu mempunyai keseimbangan di antara dua sifat ini. Kita perlu tahu,

skala kelaparan bagi kita untuk makan adalah ketika kita berasa agak lapar. Bukannya

ketika kita berasa kita hendak makan walaupun perut kita tidak lapar. Kita juga

hendaklah makan sebelum kita sampai ke tahap kebuluran kerana jika tidak tubuh

badan kita akan ditimpa dengan pelbagai penyakit kerana tidak cukup nutrisi yang

diperlukan. Ini adalah satu tabiat yang perlu diubah dan jangan anda tergolong di dalam

mana-mana dua golongan ini.

2] Makan secara sedar tanpa mengikut nafsu dan perasaan.

Biasakan makan dengan menikmati setiap kunyahan anda dengan cara

memperlahankan makan dan kunyah betul-betul setiap suapan. Minimum kunyahan

adalah sebanyak 21 kali dan setiap kali di antara suapan itu anda perlu meletakkan

sudu garfu anda di atas pinggan. Jangan makan dengan tergesa-gesa dan lahap kerana

ia akan membuatkan anda berasa lebih lapar dan makan lebih banyak. Bagi melakukan

prinsip ini anda perlulah mempunyai tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi.

3] Berhenti makan apabila rasa sederhana kenyang.

Sekiranya anda tidak berhenti, ia akan membuatkan anda mengambil makanan

yang berlebihan dan pada tahap ini juga anda sudah tidak lagi menikmati makanan itu.

Ini kerana ketika anda sudah kenyang tetapi anda meneruskan juga dengan alasan tidak

mahu membazir, anda sendiri yang akan menanggung kesannya. Perlu diingatkan

bahawa ketika anda mengambil atau meletakkan makanan di dalam pinggan, letak

dalam keadaan sedar. Dengan itu anda tidak akan meletakkan makanan secara

berlebihan. Di sini berbalik kepada tabiat anda sendiri.

13
4] Minum air sedikit sebelum makan.

Sekiranya anda terasa lapar, minum dahulu lebih kurang segelas air dan

sekiranya anda tidak lapar selepas itu, ini bermakna ia hanyalah dahaga. Dengan cara

ini anda tidak akan mengambil makanan secara berlebihan. Bagaimanapun, sekiranya

selepas minum anda masih lagi berasa lapar, ini bermakna tubuh anda memerlukan

makanan. Justeru, anda perlu mengambil makanan sebanyak mana yang diperlukan.

Kajian sudah menunjukkan bahawa diet yang membabitkan minum banyak air adalah

lebih efektif dalam jangka masa panjang. Apatah lagi jika air yang digunakan adalah air

yang sudah dirawat dan mengandungi khasiat-khasiat seperti air zam-zam, air daripada

sumber semula jadi atau air bertenaga aura.

SENAMAN

Bersenam atau sebarang aktiviti bergerak akan membuatkan sel-sel otot kita

menjadi aktif dan ia penting bagi membolehkan hormon & enzim dalam darah terhasil.

Mitokondria adalah sel-sel yang terdapat dalam otot. Otot yang tidak aktif mengeluarkan

tenaga yang sedikit kerana bilangan mitokondrianya sangat kecil. Otot yang kuat

membuatkan pembakaran lemak dalam tubuh menjadi pantas dengan penggunaan

tenaga yang berkesan. Bermakna kita perlu melakukan senaman yang boleh

meningkatkan saiz otot dan menguatkan otot.

14
Cara Mudah Melakukan Senaman Setiap Hari

1. Bangun dari tidur 30 minit lebih awal, tarik nafas sedalam-dalamnya. Rasai

nikmat anugerah Tuhan di sekeliling anda. Berjalan di persekitaran rumah anda.

Di samping itu anda boleh melakukan sedikit aktiviti regangan. Boleh

dipraktikkan semasa berjalan kaki ke sekolah.

2. Menggunakan tangga apabila memasuki bangunan. Anda tidak semestinya naik

menggunakan tangga sepenuhnya tetapi anda boleh menaiki lif separuh

perjalanan sahaja. Ini merupakan senaman yang baik untuk jantung, membakar

kalori dan membina otot.

3. Aktiviti berkebun juga boleh dijadikan sebagai aktiviti senaman di rumah. Anda

boleh menanam sayur-sayuran, ulam-ulaman atau buah-buahan. Anda bukan

sahaja dapat memakan hasil tersebut, malah anda juga akan menjadi semakin

sihat.

4. Berbasikal atau berjogging. Anda bukan sahaja dapat menikmati udara segar di

sekeliling, malah dapat mengeluarkan peluh.

5. Melakukan kerja rumah seperti menyapu sampah, mencuci lantai atau mencuci

perabut di rumah anda. Amalan membersih tingkap, permaidani, ruang tamu dan

sebagainya juga membantu membakar kalori anda. Oleh itu, lakukan amalan ini

setiap hari.

6. Rancang aktiviti hari minggu anda bersama keluarga. Tidak semestinya pergi ke

pantai atau keluar berjalan-jalan, sebaliknya anda boleh lakukan sesuatu di

rumah misalnya membersihkan kawasan rumah bersama-sama ahli keluarga

anda.

15
7. Jika anda memiliki alat senaman di rumah, anda boleh membaca bacaan ringan

di samping melakukan senaman dengan menggunakan alat senaman ini. In

tentunya menjadikan anda lebih tenang.

16
RUMUSAN

Berdasarkan apa yang dibincangkan, masalah obesiti dalam kalangan remaja

dan kanak-kanak pada masa kini amat membimbangkan dan meruncing. Ini dapat dilihat

berdasarkan kajian yang dilakukan. Jika masalah ini tidak ditangani dengan serius, ini

boleh memburukkan lagi keadaan dan tidak mustahil pada masa akan datang, bilangan

penduduk Malaysia yang mengalami masalah obesiti akan bertambah. Untuk mengatasi

masalah ini, semua pihak yang bertanggungjawab hendaklah mencari langkah

penyelesaian. Selain itu, ibu bapa juga perlu melaksanakan tanggungjawab mereka

dengan memastikan apa yang dimakan oleh anak-anak mereka adalah makanan yang

berkhasiat.

17
RUJUKAN

1) Peter G. Kopelman (2005). Clinical obesity in adults and children: In Adults and

Children. Blackwell Publishing. p. 493.ISBN 978-1-4051-1672-5.

2) Bessesen DH (June 2008). "Update on obesity". J. Clin. Endocrinol.

Metab. 93 (6): 2027–34. doi:10.1210/jc.2008-0520.PMID 18539769.

3) Kimm SY, Obarzanek E (2002). "Childhood obesity: a new pandemic of the new

millennium". Pediatrics 110 (5): 1003–

7.doi:10.1542/peds.110.5.1003. PMID 12415042.

4) http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/remaja_content

5) http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BERLEBIHANBERATBADAN.pdf

6) http://www.kekalsihat.com/artikel/keluarga/childhood-obesity.html

18

Anda mungkin juga menyukai