Anda di halaman 1dari 3

BAHASA MELAYU TINGKATAN 1, 2012

Kemahiran Mendengar & Bertutur

Band 2

Penyataan Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
Standard

Deskriptor B2 DL1
Mendengar dan memahami sesuatu perkara

Evidens B2 DL1 E1
Menceritakan perkara yang didengar.

Aktiviti 1. Murid mendengar rakaman perbualan.


Pentaksiran 2. Murid menjelaskan perkara-perkara penting dalam perbualan (watak/ tempat/
masa/ tujuan).
3. Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

Contoh Item Perbualan Tiga Sahabat – Buku teks ms 39 (Unit 6 – Remaja Berwawasan)

Mohan Saya bercita-cita menjadi pegawai polis apabila dewasa kelak. Saya
berpendapat kerjaya kepolisan sangat sesuai dengan jiwa saya. Polis bertugas
menjaga ketenteraman masyarakat dengan menguatkuasakan undang-
undang.

Kevin Saya lebih berminat menjadi tentera. Kerjaya ketenteraan lebih mencabar.
Tentera mempertahan negara daripada serangan musuh dari dalam dan luar.

Khairi Sebenarnya, kerjaya polis atau tentera semuanya bagus. Yang penting, kita
mestilah menjalankan tanggungjawab dengan penuhtanggung jawab dan
dedikasi.

Soalan:
1. Apakah cita-cita Kevin?
2. Mengapakah Kevin memilih cita-cita tersebut?
3. Berdasarkan perbualan, ceritakan tugas polis dan tentera.
Kemahiran Membaca

Band 2

Penyataan Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
Standard
Deskriptor B2 DB1
Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks

Evidens B2 DB1 E1
Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan.

Aktiviti 1. Guru mengedarkan petikan.


Pentaksiran 2. Murid membaca petikan dengan sebutan yang jelas dan betul.
3. Murid menyatakan maksud perkataan yang bergaris dalam petikan.
4. Murid membacakan maksud perkataan yang bergaris.

Contoh Item Baca petikan berikut dan berikan maksud perkataan yang bergaris mengikut
konteks.

Bintang Menghiasi Langit (Buku teks Tg 1 – ms 200)

Kita dapat melihat bintang bertaburan di langit pada waktu malam. Tahukah anda,
apakah sebenarnya bintang?
Sejak dahulu manusia menggunakan bintang di langit untuk menentukan kalendar,
menentukan arah dan meramalkan masa depan manusia. Dalam bahasa Melayu
bintang bermaksud tokoh yang terkenal dalam sesuatu bidang seperti bintang filem
dan bintang bola sepak.
Kebanyakan bintang kelihatan seperti titik cahaya yang berwarna perak dan
bergemerlapan. Sebenarnya, bintang ialah bebola gas. Bebola ini berkilau, sangat
panas, bergelora dan berputar. Gas bintang ini terikat oleh tarikan graviti.
Kebanyakan bintang, sebahagian besarnya terdiri daripada gas hydrogen, gas helium
dan sedikit unsur lain. Gas ini sangat mampat dan sangat panas di pusat bintang.
Keadaan ini menyebabkan berlakunya satu tindak balas yang dipanggil tindak balas
nuklear. Tindak balas ini menghasilkan tenaga yang bergerak ke permukaan bintang
lalu menghasilkan cahaya dan haba.

Berikan makna perkataan-perkataan yang berikut:


i) bertaburan - berselerakan
ii) terkenal - termasyhur/tersohor
iii) bergemerlapan - berkerlipan
iv) berputar - berpusing
v) mampat - padat
Kemahiran Menulis

Band 2

Penyataan Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
Standard
Deskriptor B2 DT1
Menulis jawapan pemahaman

Evidens B2 DT1 E1
Menjawab soalan pemahaman dengan betul

Aktiviti 1. Guru menunjukkan gambar dan meminta pelajar meneliti gambar tersebut.
Pentaksiran 2. Murid menjawab soalan-soalan pemahaman berkaitan gambar yang ditunjukkan.

KERATAN GAMBAR POLIS/ ASKAR/ BOMBA

Soalan Pemahaman:
1. Nyatakan 3 tugas yang perlu dijalankan oleh pihak polis?

2. Huraikan 3 nilai murni yang perlu diamalkan oleh anggota keselamatan.

3. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya tidak ada anggota
keselamatan yang bertugas di negara kita?

Anda mungkin juga menyukai