Anda di halaman 1dari 2

SYAIR BIDASARI - Jamilah Hj.

Ahmad (Penyelenggara)

RANGKAP MAKSUD
Dengarkan tuan suatu riwayat, 1 Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri
Raja di desa Negeri Kembayat, Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir
Dikarang fakir dijadikan hikayat, sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi
Supaya menjadi tamsil ibarat. contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Ada raja suatu negeri, 2 Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan
Sultan halifah akas bestari, yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja yang
Asalnya baginda raja yang bahari, cemerlang dan elok pekerti. Keadilan baginda telah
Melimpah ngadil dagang senteri. menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh
(pelajar ilmu agama yang merantau).
Hairan orang empunya temasya, 3 Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda
Baginda itulah raja perkasa, memang mengkagumkan. Diceritakan bahawa raja itu
Sangat tiada merasai susah, sangat berkuasa. Sesaat pun baginda tidak mengalami
Entah pada esok dan lusa. kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada
keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.
Seri sultan raja bestari, 4 Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh
Setelah ia sudah beristeri, alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri
Beberapa bulan beberapa hari, baginda pun hamil.
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, 5 Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia
Baginda duduk bersuka-sukaan, dan aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda.
Datanglah beroleh kedukaan, Baginda terpaksa berundur dari istana.
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa, 6 Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa
Melayanglah unggas dari angkasa, melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Garuda, iaitu
Unggas gurda sangat perkasa, helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair
Menjadi negeri rosak binasa. dieja sebagai gurda) yang ganas dan kuat melanggar
Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan
kemusnahan di negeri Kembayat.
Datanglah menyambar suaranya bahana, 7 Garuda melakukan serangan dengan suara yang bergema
Gemparlah sekalian mulia dan hina, luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam
Seisi negeri gundah-gelana, keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda
Membawa diri ke mana-mana. duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera/lintang-pukang
tanpa arah tujuan menyelamatkan diri masing-masing.

Baginda pun sedang dihadap orang, 8 Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana
Mendengar gempar seperti perang, sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata.
Bertitah baginda raja yang garang, Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas
"Gempar ini apakah kurang." kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas
menanyakan tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

Tema
Tema syair ini ialah cabaran yang dihadapi oleh seorang raja sewaktu memerintah negara.
Raja negeri Kembayat yang pertama amat bijaksana dan cekap dalam memerintah/mentadbir Negara.
Manakala, raja kedua yang mengambil alih kuasa pemerintahan Negeri Kembayat bersikap garang dan tidak
prihatin terhadap masalah rakyat yang berhadapan denganburung garuda.

AAAR : Syair Bidasari 2018


Persoalan

 Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin.


 Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih terjamin.
 Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang tersayang.
 Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga.

Bentuk Syair

 Terdiri daripada 8 rangkap.


 Bilangan baris setiap rangkapadalah sama. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
 Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
 Semua baris dalam setiap rangkap adalah maksud.
 Rima akhir syair ini aaaa.

Gaya Bahasa

 Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan tuan suatu riwayat (a)


 Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
 Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah, takhta
 Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
 Repetisi/pengulangan : contoh: beberapa bulan beberapa hari
 Hiperbola : datanglah menyambar suaranya bahana (R7B1)
 Simile : cth, mendengar gempar seperti perang (R8B2)

Nilai

Nilai ketaatan
-Rakyat Kembayat taat dan patuh kepada sultan pemerintah negeri Kembayat.
Nilai tanggungjawab
-Raja negeri Kembayat yang pertama bertanggungjawab mentadbir negerinya degan sempurna.
Nilai keperihatian seorang pemimpin -
Seseorang perlu prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh orang lain.
Nilai kasih-sayang
-Raja Negeri Kembayat yang menyayangi rakyat dan isterinya.
Nilai keadilan -
Raja Negeri Kembayat yang pertama memberikan layanan yang adil dan saksama kepada rakyat termasuklah
pedagang.

Pengajaran
1. Sebagai pemimpin, kita perlulah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah.
2. Sebagai pemimpin, kita perlulah melayani setiap orang dengan adil dan saksama tanpa membezakan-
bezakan darjatatau kedudukan seseorang. 3.Kita haruslah
bersedia setiap masa bagi menghadapi sebarang ancaman musuh atau malapetaka yang tidak dijangka.
4. kita haruslah memupuk sifat kasih sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga demi melahirkan
keluarga yang bahagia.

AAAR : Syair Bidasari 2018

Anda mungkin juga menyukai