Anda di halaman 1dari 1

6. Langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju..

Antara langkah-langkah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah kita
perlulah sentiasa bersikap inovatif dan berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya
dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan.Keamanan dan perpaduan perlulah
sentiasa dipelihara kerana kemajuan sesebuah negara itu dipengaruhi oleh keadaan
didalam negaranya. Jika negara kita tidak aman, pelabur dari negara luar pasti was-was
untuk melabur di negara kita.Kita memerlukan pelabur asing untuk melabur di negara
kita untuk mengukuhkan kewangan negara.
Selain itu, faktor pemerintahnya juga diambil kira. Pemerintah yang memerintah
negara kita perlulah seorang yang adil, sentiasa berwibawa,sentiasa berpandangan jauh
dan berkebolehan menjangka perubahan yang bakal berlaku.Hal ini penting untuk
memastikan negara kita sentiasa berkembang mengikut peralihan masa.Seterusnya,kita
perlu meneliti dan menghayati perubahan yang berlaku pada masyarakat lalu dan
mengambil iktibar daripada peritiwa yang telah berlaku serta menjadikannya sebagai
inspirasi untuk terus maju.
Selanjutnya, kawasan-kawasan yang strategik yang dapat menarik minat
pelancong asing, bolehlah dimajukan untuk tujuan pelancongan. Hal ini dapat
membantu negara dalam mempromosikan negara kita kepada negara lain. Pusat-pusat
pendidikan perlulah dimajukan dan pendidikan haruslah dijadikan sebagai keutamaan
kerana ilmu itu pelita hidup. Para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM, bolehlah dihantar belajar ke luar negara supaya mereka
mendapat pengetahuan yang lebih mendalam dan lebih terperinci seterusnya dapat
memberi serba sedikit ilmu yang diperoleh ketika berkhidmat kepada negara.
Sektor pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan
kemajuan ekonomi yang dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu
destinasi. Selain itu, sekolah-sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah
ditambah supaya dapat melahirkan lebih ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita.
Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing seperti negara Jepun lebih canggih
daripada negara kita. Oleh itu, kita boleh juga membuat pertukaran teknologi agar
negara kita juga setanding dengan negara mereka.Selanjutnya, seperti yang diketahui
umum, zaman sekarang merupakan zaman kemunculan teknologi-teknologi canggih.
Oleh itu, negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar negara kita juga maju
seperti negara mereka.
Pihak kerajaan juga bolehlah membantu pengusaha-pengusaha kecil dan usahawan-
usahawan muda dengan memberi wang insentif kepada mereka supaya mereka dapat
menggunakan wang tersebut untuk memajukan perusahaan mereka sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi. Program-program yang berkaitan seperti program cara
menjadi pengusaha atau usahawan yang berjaya boleh diadakan untuk memberi
panduan kepada para pengusaha dan usahawan untuk memajukan perusahaan masing-
masing.

CONTOH JAWAPAN PELAJAR

Anda mungkin juga menyukai