Anda di halaman 1dari 25

28 April – 30 April 2017

MRSM KOTA KINABALU

KARNIVAL SUKAN
GURU DAN STAF MRSM
ZON SELATAN (SUZONS)
KALI KE-27, TAHUN 2017

BUKU
PERTANDINGAN
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
FUTSAL (WANITA) 5 SEBELAH
KARNIVAL SUZONS 2017

1 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Futsal (Wanita) 5 sebelah SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Antarabangsa
Persatuan Bola Sepak (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Peraturan
Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 8
orang pemain (5 pemain utama dan 3 pemain simpanan)
4.2 Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM LIGA 1 PUSINGAN untuk peringkat
awal dalam 4 kumpulan. Pusingan seterusnya (suku akhir) akan dijalankan
secara SISTEM KALAH MATI dengan johan dan naib johan keempat-empat
kumpulan akan disilangkan. Peringkat separuh akhir dan akhir juga akan
menggunakan SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan oleh pihak
pengelola.
5.2 Dalam perlawanan yang dijalankan menggunakan SISTEM KALAH MATI, jika
berlaku seri, penentuan kemenangan adalah berdasarkan :
i. Pasukan akan diberi 3 sepakan penalti dan jaringan gol terbanyak dikira
pemenang.
ii. Jika masih seri, 1 sepakan penalti secara berselang seli akan
dijalankan sehingga ada pemenang.

6. TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan adalah 5 – 1 - 5 dalam peringkat pusingan kumpulan. Semi final
dan perlawanan akhir 7-1-7.

7. PERALATAN
7.1 Semua pasukan dikehendaki menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna
dan hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (sekurang-kurangnya
di belakang jersi).
7.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (NIKE atau
ADIDAS)

8. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

9. KELEWATAN
9.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
9.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA SEPAK 9 SEBELAH
KARNIVAL SUZONS 2017

1 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah SUZON 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Peraturan-peraturan dan undang-undang Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)
hendaklah diikuti (kecuali tiada undang-undang offside) serta Peraturan Karnival
SUZONS Tahun 2017.

4. SYARAT KELAYAKAN PEMAIN


4.1 Pemain yang bekerja di dalam MARA sahaja khasnya MRSM

5. PENDAFTARAN PEMAIN
5.1 Setiap pemain mesti mendaftar dalam borang yang disediakan.
5.2 Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama senarai pemain tidak melebihi
15 orang.
5.3 Borang pendaftaran yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak
penganjur selewatnya-lewatnya 30 minit sebelum bertanding.

6. SISTEM PERTANDINGAN
6.1 Pertandingan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan dalam setiap
kumpulan masing-masing.
6.2 Semua pasukan akan diundi dalam kumpulan yang ditetapkan.
6.3 Pasukan yang menjadi JOHAN DAN NAIB JOHAN dalam setiap kumpulan
layak ke pusingan separuh akhir.
6.4 Tiap-tiap pasukan yang menang pada liga, mendapat 3 mata, 1 mata untuk
seri dan 0 mata untuk kalah.
6.5 Jika terdapat dua pasukan atau lebih memperolehi mata yang sama maka :
a) Jumlah jaringan gol ‘masuk’ tertinggi dianggap pemenang.
b) Jika jaringan gol ‘masuk’ sama, pasukan yang mempunyai jaringan ‘Bolos’
Terendah akan dianggap pemenang.
c) Jika masih seri juga, pasukan yang pernah menewaskan lawannya adalah
menduduki tempat yang lebih tinggi.
d) Jika masih juga seri, lambungan syiling akan dijalankan sebanyak tiga kali
e) Sekiranya terdapat tiga (3) pasukan yang sama kedudukan dalam satu
kumpulan, cabutan undi akan dijalankan.
7. TEMPOH PERMAINAN
7.1 Masa permainan adalah 10 – 1 – 10. Semi final dan final 12-1-12*
7.2 Tiada masa tambahan diberi sekiranya keputusan berkesudahan seri dalam
pusingan awal
7.3 Pada peringkat suku akhir dan separuh akhir, sekiranya keputusan
berkesudahan dengan seri, tendangan penalti 3 kali akan dijalankan. Jikalau
masih juga seri, tendangan penaliti secara ‘Sudden Death’ akan dijalankan.
7.4 Pada perlawanan akhir tambahan masa 5 minit bagi setiap separuh masa
(silver goal). Jikalau masih juga seri, tendangan penaliti 3 kali dan secara
‘Sudden Death’ akan dijalankan

8. PERALATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan
hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (sekurang-kurangnya di
belakang jersi).
8.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (NIKE atau
ADIDAS)

9. KELEWATAN / KEKURANGAN PEMAIN


9.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 5 minit sebelum
masa yang ditetapkan bagi perlawanan.
9.2 Masa selama tidak lebih daripada 5 minit adalah diberikan kepada pasukan
yang lewat. Selepas masa 5 minit, pasukan yang lewat itu dikira ‘walk
over’ dan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan tersebut
dikekalkan keseluruhannya.
9.3 Sekurang-kurangnya 7 orang pemain mestilah berada di padang sebelum
perlawanan dimulakan. Sekiranya kurang dari jumlah tersebut, pasukan itu
dikira menerima kekalahan.
9.4 Diwajibkan seorang pemain veteran bermain dalam satu-satu perlawanan.
9.5 Pasukan yang mendapat kemenangan melalui ‘walk over’ mendapat tiga
(3) mata dan 3 jaringan gol berbalas kosong (0)
9.6 Setiap pasukan dibenarkan membuat 3 pertukaran dalam satu perlawanan
9.7 Mana-mana pemain yang telah digantikan tidak dibenarkan bermain semula
dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil tendangan penalti

10. TINDAKAN TATATERTIB


10.1 Seseorang pemain yang telah mendapat 2 kad kuning dalam perlawanan
yang berasingan akan digantung 1 perlawanan berikutnya.
10.2 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang selepas menerima
dua kali amaran bertulis di dalam perlawanan yang sama akan digantung 1
perlawanan berikutnya.
10.3 Seseorang pemain yang diperintahkan keluar padang kerana mendapat
kad merah akan digantung 1 perlawanan berikutnya.

11. JADUAL PERTANDINGAN


Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA JARING
KARNIVAL SUZONS 2017

1 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Jaring SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Gabungan Bola Jaring Wanita
Antarabangsa IFNA, Persatuan Bola Jaring Malaysia serta Peraturan Karnival
SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap kontingen hanya dibenarkan untuk mendaftarkan satu (1) pasukan
sahaja yang terdiri daripada :
4.1.1 Seorang (1) Pengurus;
4.1.2 Seorang (1) Jurulatih;
4.1.3 Sepuluh (10) orang pemain:
Termasuk 2 orang pemain veteran (40 tahun ke atas).
4.2 Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.
4.3 Pemain veteran yang ingin ditukarkan, maka pemain veteran juga yang akan
dimasukkan.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM LIGA SATU PUSINGAN untuk
peringkat awal dalam 4 kumpulan.
5.2 Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan sebelum ini akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut


dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian,


maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.3 Pusingan seterusnya (suku akhir) akan dijalankan secara SISTEM KALAH
MATI dengan johan dan naib johan keempat-empat kumpulan akan
disilangkan.
5.4 Peringkat separuh akhir dan akhir juga akan menggunakan SISTEM KALAH
MATI. Undian akan dilakukan oleh pihak pengelola.
5.5 Tiada penentuan tempat ketiga, pasukan yang kalah pada perlawanan separuh
akhir secara automatik menjadi pemenang tempat ketiga (pemenang bersama).

6. TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan adalah 5 – 1 – 5 dalam peringkat pusingan kumpulan dan suku
akhir. Pada peringkat separuh akhir dan akhir tempoh permainan adalah 7 – 1 – 7

7. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN


7.1 CARA LIGA
7.1.1 Cara memberi mata
 Menang : 3 mata
 Seri : 1 mata
 Kalah : 0 mata

Jika 2 atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan
ditentukan seperti berikut :

a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang


dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
b) Jika purata gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara
PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol
yang kena.
c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

7.2 SISTEM KALAH MATI


Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan
pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut :

a) Apabila tamat masa perlawanan, pasukan akan diberi masa rehat


selama 2 minit.
b) Masa tambahan selama 2 x 3 minit setiap bahagian akan dimainkan.
c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan
semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah
berikutnya.
d) Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
e) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat 2 kelebihan gol.

7. PERALATAN
7.1 Semua pasukan dikehendaki menyediakan sendiri barang seperti berikut:
a) 2 set bibs berlainan warna
b) 2 set Jersi yang berlainan warna (sopan)
c) Seluar tracksuit yang bersesuaian, seluar pendek dan skirt TIDAK
DIBENARKAN.
7.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (MOLTEN)

8. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

9. KELEWATAN
9.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
9.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.

10. MENARIK DIRI


10.1 Jika sesuatu pasukan menarik dari daripada satu perlawanan, maka pasukan
itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini.
10.2 Pasukan yang keluar gelanggang semasa pelawanan diberhentikan kerana
sesuatu kecederaan akan dikira kalah tanpa menimbangkan mata yang
diperolehinya. Pasukan ini dikira menarik diri daripada keseluruhan kejohanan
ini.
10.3 Pasukan yang melakukan kesalahan di para 10.1 dan 10.2 dianggap
tidak menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah
diperolehi dibatalkan.

11. HADIAH
Hadiah-hadiah yang akan disediakan bagi pemenang adalah sebagaimana berikut :
KEDUDUKAN HADIAH

PIALA PUSINGAN
JOHAN PIALA IRINGAN
10 Pingat Emas
10 Pingat Perak
NAIB JOHAN

20 Pingat Gangsa
KETIGA BERSAMA (10 pingat bagi setiap pasukan)

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


12.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan AM ini dan peraturan
permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA TAMPAR LELAKI
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Tampar Lelaki SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Tampar
Antarabangsa (FIVB) yang berkuatkuasa sekarang serta Peraturan Karnival SUZONS
Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar satu pasukan yang terdiri daripada 9
orang pemain termasuk sekurang-kurangnya 1 orang pemain veteran (40 tahun
ke atas). Seorang pemain veteren wajib bermain dalam setiap permainan.
4.2 Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.
4.3 Penggantian pemain veteran, maka pemain veteran juga yang akan
dimasukkan.

5. SISTEM PERTANDINGAN( perbincangan)***


5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Double knock Out. Undian akan
dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali pertama dan disahkan
dalam mesyuarat kali kedua.
5.2 Semua pertandingan adalah . Kiraan mata adalah secara ‘rally points’. Mata
maksimum adalah 30. Sekiranya berlaku ‘deuce’, perbezaan 1 mata diguna
pakai sehingga maksimum 32. Final best of 3. kiraan mata 25 .
6. PERALATAN
6.1 Setiap pasukan hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (mesti di
depan & belakang jersi).
6.2 Libero mestilah memakai jersi yang berlainan warna dari rakan sepasukan lain.
6.3 Bola pertandingan disediakan oleh pengelola. (MIKASA)

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
SEPAK TAKRAW
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Sepak Takraw SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang diiktiraf oleh
Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persatuan Sepak Takraw
Malaysia (PSM) serta Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu regu yang terdiri daripada 4
orang pemain (3 pemain utama dan 1 pemain simpanan)
4.2 Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Double Knock Out. Undian akan
dilakukan oleh pihak pengelola.
5.2 Sistem kiraan mata untuk perlawanan adalah dengan menggunakan kiraan
mata 21 dengan 3 kali servis. Sekiranya berlaku ‘deuce’ 2 mata mata
terakhir.
6. PERALATAN
6.1 Ketua regu dikehendaki memakai ‘arm band’ di lengan.
6.2 Setiap regu hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (depan &
belakang jersi).
6.3 Bola pertandingan disediakan oleh pengelola. (GAJAH EMAS 511)

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BADMINTON
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Badminton SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan Persekutuan
Badminton Antarabangsa (IBF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta
Peraturan Karnival SUZONS 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Pertandingan dijalankan mengikut kategori seperti berikut :
4.1.1 1 bergu lelaki (terbuka),
4.1.2 1 bergu lelaki veteran (40 tahun ke atas) dan
4.1.3 1 bergu campuran (terbuka)
4.2 Seseorang pemain TIDAK BOLEH bermain dalam dua kategori.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara SISTEM KALAH MATI. Undian akan
dilakukan oleh pihak pengelola.
5.6 Sistem kiraan mata adalah 21 secara ‘rally points’. Mata ke 11 bertukar
gelanggang. Mata maksimum bagi set ialah 21. Sekiranya berlaku ‘deuce’ (20-
20) perbezaan 2 mata diguna pakai sehingga maksimum 25 mata. kiraan mata
adalah best of 3 sets.

6. PERALATAN
Bulu tangkis akan disediakan oleh pihak pengelola. (RCL speed 77)

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. Kelewatan
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, seseorang peserta atau
sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
DART
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Dart SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini
adalah mengikut Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1 Berpasukan lelaki (3 pemain)
4.1.2 Berpasukan wanita (3 pemain)

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara Double Knock Out. Undian akan dilakukan
oleh pihak pengelola.
5.2 Pengiraan mata 2 kali ganda dan 3 kali ganda akan digunapakai.
5.3 Berpasukan Perempuan menggunakan kaedah pengumpulan mata
keseluruhan.
5.3.1 Pertandingan akan dijalankan sebanyak 3 pusingan dan setiap
pusingan seorang peserta diberikan 3 kali balingan secara bergilir
dengan pihak lawan. Setiap pasukan akan membuat 27 balingan
keseluruhan untuk pungutan mata keseluruhan. Pasukan akan
dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan Johan dan naib johan setiap
kumpulan layak ke peringkat separuh akhir.
5.3.2 Pertandingan akan dijalankan sebanyak 3 pusingan.
5.3.3 Pertandingan akan bermula tanpa lesen dan setiap ahli kumpulan
mempunyai 3 kali balingan secara bergilir dengan pihak lawan sebelum
diakhiri dengan mata berganda
5.4 Berpasukan Lelaki pula menggunakan kaedah mata 501.
5.4.1 Pertandingan akan dijalankan sebanyak 3 pusingan.
5.4.2 Pertandingan akan bermula tanpa lesen dan setiap ahli kumpulan
mempunyai 3 kali balingan secara bergilir dengan pihak lawan sebelum
diakhiri dengan mata berganda.
5.4.3 Pasukan pertama yang menamatkan mata 501 akan dikira sebagai
pemenang.

6. PERALATAN
Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan ’dart arrow’ dan ’dart board’ untuk
kelancaran pertandingan.

7. KELEWATAN
7.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
7.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PETANQUE
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Petanque SUZONS 2017.

4. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini
adalah mengikut Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1 Berpasukan lelaki (3 pemain)
4.1.2 Berpasukan wanita (3 pemain)

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM Double knock out. Undian akan
dilakukan oleh pihak pengelola.
5.2 Sistem kiraan mata 9 akan digunakan. Final 13 kiraan mata
5.3 Sebelum pertandingan dimulakan, undian membaling “jecker” dijalankan untuk
menentukan pasukan yang memulakan permainan. Pasukan yang memulakan
permainan dikehendaki berada di dalam gelanggang.
5.4 Selepas “jecker” dibaling, pemain pasukan berkenaan dikehendaki membaling
bola. Selepas itu, pasukan lawan akan membaling bola. Bola yang jauh
daripada ‘jecker’ dikehendaki meneruskan balingan. Permainan berjalan
seterusnya sehingga bola habis.
5.5 Pihak lawan boleh memukul / menolak bola dan sebaliknya. Sekiranya “jecker”
ditolak keluar dan pasukan yang masih mempunyai bola dikira pemenang
“game’ berkenaan berdasarkan jumlah bola.
5.6 Bola yang terkena dinding atau terkeluar dari pertandingan akan dikira batal.

6. PERALATAN
Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan bola dan ’jecker’ untuk kelancaran
pertandingan.

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PING PONG
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Ping Pong SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Ping Pong
Antarabangsa (ITTF) dan Kesatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) serta Peraturan
Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.3 Pertandingan dijalankan mengikut kategori seperti berikut :
4.1.1 1 single lelaki (terbuka),
4.1.2 1 bergu lelaki terbuka
4.1.3 1 bergu wanita (terbuka)
4.1 Seseorang pemain BOLEH bermain dalam dua kategori.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM LIGA SATU PUSINGAN untuk
peringkat awal dalam 4 kumpulan. Undian akan dilakukan oleh pihak pengelola.

5.2 Kiraan mata adalah secara ‘rally points’. Sistem mata mengikut kiraan mata
11 dan pemenang ditentukan secara “best of 3 set” digunakan pada peringkat
kumpulan dan suku akhir.

5.3 Pada peringkat separuh akhir dan akhir pemenang ditentukan secara “best of
5 set”akan digunakan.

5.4 Dalam peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, sekiranya pasukan
mendahului 2 kategori berturut-turut maka kategori ketiga tidak akan
dipertandingan dan pasukan tersebut dikira sebagai pemenang.

6. PERALATAN
6.1 Bat yang diluluskan oleh ITTF sahaja dibenarkan.
6.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (NITTAKU 3 STAR
40mm)

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua peserta dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan
bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, seseorang peserta atau
sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
KAROM
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Karom SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini
adalah mengikut Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.4 Pertandingan dijalankan kategori seperti berikut :
4.1.1 1 bergu lelaki (terbuka),
4.1.2 1 bergu wanita (terbuka) dan
4.1.3 1 bergu campuran (terbuka)
4.1 Seseorang pemain TIDAK BOLEH bermain dalam dua kategori.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan
dalam mesyuarat pengurus pasukan kali pertama dan disahkan dalam
mesyuarat kali kedua.
5.2 Semua pertandingan adalah “Best of 3 sets” bagi setiap kategori
5.3 Permainan dimulakan dengan buah karom diletakkan ditengah papan
permainan. Buah merah akan dikeluarkan apabila peserta yang memulakan
permainan selesai menjentik ‘striker’ untuk memulakan permainan.
5.4 Pemain yang memasukkan buah karom lawan atau ‘striker’ dikehendaki
membayar denda dalam bentuk menambahkan buah karomnya sendiri
berdasarkan jumlah buah lawan yang telah dimasuki.
5.5 Pasukan yang berjaya memasukkan semua buah karomnya dikira sebagai
pemenang.

6. PERALATAN
Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan seperti papan karom, buah karom
dan ’striker’ untuk kelancaran pertandingan.

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, seseorang peserta atau
sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG UNDANG
PERMAINAN CATUR
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Catur SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Fiderules dan Peraturan
Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap MRSM hanya boleh menghantar 1 pasukan max 2 orang pemain sama
ada lelaki atau wanita. (Terbuka)

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM SWISS dan menggunapakai ”Swiss
Manager”.
5.2 Pemain tidak dibenarkan menggangu pihak lawan semasa perlawanan
berlangsung.
5.3 Pemain mesti meneruskan pergerakan buah catur yang telah disentuh (Touch
Move). (TIDAK DIBENARKAN mengundurkan buah catur selepas sentuhan
dan gerakan buah catur telah berlaku).

6. PERALATAN
Peralatan akan disediakan oleh pihak penganjur.

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas daripada tempoh masa ini, seseorang atau sesebuah pasukan
yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
TENIS
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Tenis SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Peraturan Tenis Antarabangsa
(ITF) dan Persatuan Tenis Malaysia serta Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1 1 Perseorangan lelaki ( terbuka )
4.1.2 1 bergu lelaki ( terbuka )
4.1.3 1 bergu veteran (40 Tahun Ke atas)
4.2 Seseorang pemain TIDAK BOLEH bermain dalam dua kategori.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara liga dalam kumpulan dan sistem kalah mati
pada peringkat suku akhir sehingga akhir Undian akan dilakukan dalam
mesyuarat pengurus pasukan kali pertama dan disahkan dalam mesyuarat kali
kedua.
5.2 Kiraan mata mengikut kiraan Pro Set mata 6 pada peringkat kumpulan.
Pemenang ditentukan berdasarkan kepada siapa dahulu mencapai mata 6.
Bertukar gelanggang setiap mata ganjil.
5.3 Kiraan mata mengikut kiraan Pro Set mata 8 pada peringkat suku akhir
sehingga akhir. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada siapa dahulu
mencapai mata 8. Bertukar gelanggang setiap mata ganjil.

6. PERALATAN
6.1 Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan berkaitan untuk kelancaran
pertandingan.
6.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (DUNLOP FORT
ELITE)

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas daripada tempoh masa ini, seseorang atau sesebuah pasukan
yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
TENPIN BOWLING
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Tenpin Boling SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3.UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah
mengikut peraturan dan undang-undang Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) serta
Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4.PENDAFTARAN
4.1 Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1 Individu Lelaki
4.1.2 Individu Wanita
4.1.3 Berpasukan (3 pemain lelaki dan 2 pemain wanita)
4.1.4 Individu VIP (2 pemain – Pengetua, timbalan pengetua)
4.1.5 Kategori jemputan*/pesara jemputan
4.2 Pemenang kategori individu mestilah terdiri daripada peserta kategori
berpasukan KECUALI kategori Individu VIP.

5.SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara “terbuka tanpa handicap”
5.2 Pertandingan akan dijalankan secara “cross lane”
5.3 Pertandingan akan dijalankan sebanyak tiga (3) game sahaja.
5.4 Pemenang berdasarkan kepada jumlah jatuhan pin terbanyak keseluruhan
untuk kategori individu dan berpasukan. Sekiranya terdapat seri dalam
menentukan pemenang maka keputusan akan ditentukan berdasarkan jumlah
jatuhan pin permainan terakhir. Jika masih berlaku seri, maka jumlah jatuhan
pin permainan kedua akhir akan diambilkira dan seterusnya.
5.5 Pingat untuk kategori VIP juga dikira dalam pungutan mata.
5.6 Kategori jemputan tidak dikira pingat.

6.PERALATAN
Peserta boleh menggunakan peralatan sendiri yang bersesuaian.

7.JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8.KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, seseorang peserta atau
sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dibatalkan penyertaannya.
PERATURAN DAN UNDANG UNDANG
ROAD RUN TEAM
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Road Run SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Peraturan Karnival SUZONS
Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
Setiap MRSM boleh menghantar 3 orang peserta bagi setiap kategori.(wanita dan
lelaki).

4.1 Kategori pertandingan adalah seperti berikut :


4.1.1 Individu Lelaki
4.1.2 Individu Wanita
4.1.3 Berpasukan lelaki (3 pemain)
4.1.4 Berpasukan wanita (3 pemain)
4.2 Pemenang kategori individu mestilah terdiri daripada peserta kategori
berpasukan.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Trek larian sepanjang 5km bermula dan berakhir sekitar kawasan kompleks
sukan likas(rujuk trek larian)
5.2 Pasukan yang mempunyai skor min terendah akan diambil sebagai pemenang
iatu nombor kedudukan ketiga-tiga peserta akan ditambah dan dibahagi dengan 3.
Contoh: no.1+no.5+no.9 / 3= skor min 5.
5.3 Sekiranya skor min seri, maka kedudukan no.3 yang terbaik daripada ahli
pasukan akan menjadi penentu kemenangan.

6. PERALATAN
Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan berkaitan untuk kelancaran
pertandingan.

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua peserta dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan
bermula.
8.2 Jika selepas daripada tempoh masa pendaftaran seseorang peserta tidak
hadir, maka peserta itu dibatalkan penyertaannya.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
CONGKAK
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Congkak SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini
adalah mengikut Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1 Berpasukan Wanita (3 pemain)

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan dijalankan secara SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan
oleh pihak pengelola.
5.4 Permainan mengikut pola ”menang tapak”. ”Pemain Menang” ialah yang
menang dua papan.”Pasukan Menang” ialah yang mengalahkan 3 pemain lawan

6. PERATURAN PERMAINAN

6.1 2 orang peserta berhadapan


6.1.1 Permainan dijalankan dalam 2 papan. Kedua-dua peserta jalan /
menapak serentak pada semua pusingan untuk papan pertama dan
kedua. Papan Ketiga (jika seri)
6.1.2 Setelah diberi aba-aba mula permainan serentak dengan mengambil
semua cakak dari mana-mana rumah anak di kampung sendiri,
kemudian menapak dari kanan ke kiri lalu;
6.1.3 Memasukkan cakak dari satu demi satu butir ke dalam tiap rumah
dengan mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam keadaan
tangan genggam tergadah.
6.1.4 Ikut giliran jalan / menapak.

6.2 Boleh memintas. Langkau adalah ditegah. Apabila tiba di rumah ibu sendiri,
hendaklahdimasukkan juga 1 butir cakak tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak
yang masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.
a. Cakak terakhir masuk ke rumah isi mestilah dilepaskan genggaman dulu
sebelum mengambil cakak kembali menapak.
b. Peserta mati giliran jalan / menapak ialah jika cakak akhir masuk ke mana-
mana rumah kosong.
c. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan. Jika naik rumah maka peserta
hidup boleh meneruskan jalan semula.

7. PENENTUAN KEMENANGAN

7.1 Menang menapak (lawan telah ketiadaan cakak di rumah anak)


7.2 Menang 2 papan
7.3 Pihak lawan membuat 3 kesalahan yang sama atau di buang gelanggang.

8. LARANGAN DAN DENDA

8.1 Bermain dengan tangan terlungkup


8.2 Tidak masukan cakak ke rumah ibu atau rumah anak.
8.3 Sentuhan cakak tapi tidak jalan / menapak
8.4 Dikira berfikir lebih 5 saat.
8.5 Cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa cakak baru.
8.6 Memasukkan cakak di mana-mana rumah anak dan ibu lebih dari 1 butir

8. KELEWATAN

8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum


pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA KERANJANG 3 ON 3
KARNIVAL SUZONS 2017

1 NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Keranjang 3 on 3 SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola
Keranjang Antarabangsa(F|BA Basketball Official Rules 2012), Undang-undang 3x3
FIBA (FIBA 3x3Rules of the garfte), Peraturan-Peraturan Am MSSM dan Peraturan
Karnival SUZONS Tahun 2017.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar seramai 5 orang pemain sahaja.(3
pemain utama dan 2 pemain simpanan)
4.2 Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”
ketika bola mati.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.7 Pertandingan dijalankan secara SISTEM LIGA SATU PUSINGAN untuk
peringkat awal dalam 4 kumpulan. Pusingan seterusnya (suku akhir) akan
dijalankan secara SISTEM KALAH MATI dengan johan dan naib johan
keempat-empat kumpulan akan disilangkan. Peringkat separuh akhir dan akhir
juga akan menggunakan SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan oleh
pihak pengelola.
5.8 Dalam perlawanan yang dijalankan menggunakan SISTEM LIGA SATU
PUSINGAN, jika berlaku kedudukan seri, penentuan kemenangan adalah
berdasarkan :
i. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan tertinggi akan diambil
sebagai pemenang.
ii. Jika masih seri, pasukan yang mempunyai jaringan bolos terendah akan
diambil sebagai pemenang.
iii. Jika masih seri juga, 3 jaringan percuma akan dijalankan oleh ketiga-
tiga pemain utama. Sekiranya masih seri, jaringan sudden death akan
dilakukan.
5.9 Satu-satu pasukan perlu membuat satu cubaan jaringan dalam tempoh 20
saat.
Perlakuan di bawah adalah satu kesalahan(violation): .
- Kegagalan bermain secara aktif,
- Melengah-lengahkan permainan,
- Tidak menjaring dalam masa 20-saat adalah satu kesalahan.

5.7 Pasukan akan dianggap kalah tanpa bertanding (game lost by forfeit) apabila:
- Mereka tidak dapat hadir dalam gelanggang seperti mana yang dijadualkan.
- Kurang daripada 3 orang pemain bersedia untuk bermain.

5.8 Memainkan bola:


- Selepas jaringan gol atau jaringan bebas akhir yang berjaya, pasukan bertahan
akan memulakan permainan dengan mengelecek atau menghantar bola terus
dari dalam gelanggang bawah keranjang ke satu tempat di luar garisan
lengkung.
- Jika jaringan tidak berjaya, pasukan penyerang (offensive team) yang
memperoleh bola pantulan(rebound) maka permainan itu boleh diteruskan
tanpa terlebih dahulu dihantar ke luar garisan lengkung.
- Jika jaringan tidak berjaya, bola yang terkena keranjang gol atau melantun hasil
dari percubaan' jaringan yang tidak berjaya (rebound) diperolehi pasukan
bertahan, bola itu mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar garisan
lengkung kepada pemain sepasukanya sebelum membuat serangan.

5.9 Foul/ Jaringan Bebas:


- Satu-satu pasukan dianggap dalam situasi penalty apabila pasukan tersebut kena
7 kali foul.
- Pemain yang melakukan foul 4 kali mesti keluar dari perlawanan.
- Jaringan bebas akan diberikan:
i. apabila foul terhadap jaringan gol dalam garisan lengkung.
ii. apabila foul terhadap jaringan gol yang berjaya dalam situasi penalty foul
iii.jaringan bebas akan diberikan apabila foul terhadap jaringan gol
berlaku di luar garisan lengkung.

Skor
- 1 mata bagi setiap jaringan dalam garisan lengkung.
- 2 mata bagi setiap jaringan di luar garisan lengkung.

6. TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan adalah 4 – 2 – 4 dalam peringkat pusingan kumpulan dan suku
akhir.Pada peringkat separuh akhir dan akhir tempoh permainan adalah 5 – 2 – 5

7. PERALATAN
7.1 Semua pasukan dikehendaki menyediakan sendiri barang seperti berikut:
a) 2 set bibs berlainan warna
c) Jersi pasukan yang seragam (sopan)
7.2 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (MOLTEN)

8. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

9. KELEWATAN
9.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
9.3 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BATU SEREMBAN
KARNIVAL SUZONS 2017

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Batu Seremban SUZONS 2017.

2. KELOLAAN
MRSM Kota Kinabalu.

3. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Peraturan Karnival SUZONS Tahun 2017 dan merujuk kepada undang-undang
permainan tradisional. Berikut adalah undang-undang permainan:

3.1 Satu permainan tiga pusingan sahaja. Setiap satu permainan, seorang pengadil
sahaja diperlukan duduk di tengah-tengah.

3.2 Permainan dalam satu bulatan dengan pemain diselang-selikan. Contoh –


Pemain Kumpulan A diselangkan dengan pemain Kumpulan B.

3.3 Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan bercakap atau bertanya kepada
pemain lain atau pengadil untuk mengetahui pemain telah mati di buah mana.
Pemain perlu mengingati di mana pemain telah mati. (Kumpulan boleh
menggunakan pemain simpanan sebagai memperingatkan pemain dan boleh
bertanya dengan bahasa isyarat sahaja)

3.4 Semasa bermain, pemain boleh mengangkat punggung jika buah yang
dilambung agak jauh untuk disambut.

3.5 Buah timang anak tidak dikira mati selagi buah lambung tidak jatuh.

3.6 Buah lambung tidak boleh terkena pada badan. Jika terkena pada badan, dikira
mati.

3.7 Semasa bermain, tidak boleh tongkat tangan. Tangan hendaklah dilepaskan ke
depan.

3.8 Semasa bermain buah tidak boleh terkena lengan baju.

3.9 Pemain boleh menukar posisi duduk. Tetapi hendaklah memastikan belum
sampai kepada giliran bermain.

3.10 Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-
mana buah yang berhampiran.

3.11 Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang jatuh
ke lantai.

3.12 Pada setiap peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk
peringkat yang lain.

3.13 Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu


kesilapan/kesalahan yang telah dilakukan.

3.14 Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya


diperingkat ia telah melakukan kesalahan.
3.15 Mana-mana peserta yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira
pemenang.

3.16 Hukuman dan Larangan (mati)

(a) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang dilambung.

(b) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain.

(c) Pada tingkah timbang, ketika menyambut semula ke tapak tangan, jumlah
tidak sama.

(d) Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.

4. PENDAFTARAN
4.1 Setiap maktab dikehendaki mendaftar satu pasukan yang terdiri daripada 3
orang pemain..

5. FORMAT PERTANDINGAN

Cara Bermainan

5.1 Buah Satu: Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. Sebelum buah
yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buah yang
dilambung tadi dengan tangan yang sama. Letakkan ke tangan kiri. Ulang
semula hingga habis buah di lantai dan dengan sekali lambung masukkan buah
yang terkumpul di tangan kiri ke tangan kanan.

5.2 Buah Dua: Sama seperti buah satu, cuma pungut dua buah setiap kali
dilambung

5.3 Buah Tiga: Sama juga seperi buah satu dan dua, bezanya sekali lambung
pungut satu dan lambung kedua pungut tiga.

5.4 Buah Empat: Sama, cuma pungut keempat-empat buah dengan sekali
lambung.

5.5 Buah Lima: Serakkan biasa, ambil 3 buah di tangan kanan dan 2 buah di
tangan kiri, lambung satu buah yang di tangan kanan sambil meletakkan ke
lantai buah-buah yang ada dikedua-dua tangan dan segera sambut buah yang
dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan
kedua-dua tangan (dua buah di tangan kiri dan 2 di tangan kanan). Sambut
buah yang dilambung. Dan sekali lambung kumpulkan buah ke tangan kanan.

5.6 Buah Sentuh: Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah di lantai
dengan sekali lambung pungut kesemua buah.

5.7 Buah Pungut: Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah dan
masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung kumpulkan ke tangan
kanan semula.

5.8 Buah Tukar: Serakkan buah, ambil satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali
lagi lambung sambil menukar buah di tangan dengan satu buah di lantai. Ulang
hingga kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali, sambil lambung letakkan buah
di tangan ke lantai dan sekali lambung pungut kesemua buah.
5.9 Buah Lambung: Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua bijij buah
dilambung dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan kanan
pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang dilambung kumpulkan ke
tangan kanan.

5.10 Buah Timbang: Untuk menentukan mata/point timbang buah ke belakang


tapak tangan. Sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan dengan
angka lima juga dan mata dikira lima. Jumlah mata tertinggi setelah tamat 3
pusingan akan diambil sebagai pemenang.

6. PERALATAN
6.1 Setiap pasukan hendaklah membawa peralatan (batu seremban) dan
kelengkapan yang bersesuaian.

7. JADUAL PERTANDINGAN
Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola.

8. KELEWATAN
8.1 Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum
pertandingan bermula.
8.2 Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak
hadir, pasukan itu dikira kalah.

Anda mungkin juga menyukai