Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN TUAN PENGETUA SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG


KALI KE-14 TAHUN 2018

Yang berbahagia, Yang Dihormati En. K.Kandasamy, General


Manager Mado’s Holding Sdn. Bhd.

Yang Dihormati, Syed Abd Aziz, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Tun Fatimah Hashim.

Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata


Pelajaran, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan
dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan


terima kasih atas kesudian En. K.Kandasamy untuk hadir dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang SMK Tun
Fatimah Hashim kali Ke-14, 2018.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem


pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib
dijalankan sepanjang tahun. Jadi, kejohanan Padang dan Balapan
sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara
dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya
sukan dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap
kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang
seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke
arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Saudara dan saudari sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa


responsif terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina
bakat bagi murid yang berkecenderungan memilih kerjaya mereka
dalam apa jua bidang sukan. Dasar 1 Murid 1Sukan yang diperkenalkan
mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti
sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang
seimbang. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini sebenarnya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang


bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
Dasar sukan Negara dimulakan di peringkat sekolah melalui dua
strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting
dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kepada semua
murid. Bagi strategi Sukan untuk Kecemerlangan pula, prestasi murid
yang berbakat dan berpotensi akan terus dibangunkan di bawah
Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang
demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting
sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1 Malaysia yang sihat,
cergas, dinamik dan bersatu padu.

Hadirin yang dihormati,

Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa,


aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan
akademik dengan keperluan fizikal. Aktiviti seperti ini memberikan
akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan
dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
Murid-murid zaman ini cenderung mementingkan kecemerlangan
dalam bidang akademik sahaja dan beranggapan aktiviti sukan
hanyalah membuang masa mereka. Jadi, mereka perlu disedarkan
tentang kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan
mereka memasuki pusat pengajian tinggi kelak.

Hadirin sekalian,

Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha
kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal
insan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali saya ingin mengambil


kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. K.Kandasamy, YDP
PIBG serta para tetamu yang telah sudi menerima undangan kami pada
Majlis Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-14,
SMK Tun Fatimah Hashim.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai