Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum,

Definisi pengurusan dapat ditakrifkan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di
dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan oleh Harold Koontz (1972). Pengurusan pembelajaran juga dapat
ditakrifkan sebagai proses merancang pengajaran dan pemudahcara agar mencapai matlamat, menentukan dan
memberi garis panduan kepada perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan matapelajaran
yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta
memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang telah dirancang.

Selain itu, pengurusan pembelajaran dapat membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dengan
merancang strategi pengajaran yang menarik sebelum masuk ke dalam kelas. Hal ini dilakukan supaya murid
tidak berasa bosan ketika di dalam kelas.Kaedah pengajaran pula terbahagi kepada dua iaitu kaedah moden dan
kaedah tradisional.Kedua dua kaedah tersebut bertujuan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam satu-
satu subjek yang diajar dan bmemberikan potrensi untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang tersebut. Kurt
Burch (1995) menyatakan bahawa pelajar merasakan pengetahuan adalah suatu reformasi tetapi bagi pihak
pendidik pula menyatakan bahawa pengetahuan yang sebenar adalah berasaskan kepada pemahaman yang
telah diperolehi oleh para pelajar. Oleh sebab itu, pengajar perlu mengambil inisiatif untuk menggalakkan pelajar
memahami apa yang diajar oleh guru mereka. Seterusnya, melalui pengurusan pembelajaran, ia dapat
memudahkan seseorang guru untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana,
pengurusan atau perancangan dalam pembelajaran amat penting untuk guru mencapai objektifnya sesudah
proses P&P. Contohnya, objektif seseorang guru ialah murid dapat mengenali dan memahami tajuk yang diajar
dan dengan adanya pengurusan pembelajaran, guru dapat mencapai objektif dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Bahan bantu mengajar juga merupakan salah satu elemen daripada pengurusan pembelajaran yang sangat
penting.Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai pembantu guru untuk menerangkan sesuatu konsep abstrak
yang sukar kepada pelajar. Keterangan ini ditegaskan lagi dengan beberapa tokoh iaitu “Mengguna alat bantu
mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma,
1991). Tujuannya adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang sesuatu subjek. Oleh itu, dengan
adanya pengurusan dalam pembelajaran,guru dapat meningkatkan lagi mutu pengajarannya.

Sekian,
Kelompok tertinggi dalam lapisan masyarakat pada ketika itu adalah golongan pemerintah yang terdiri
daripada pembesar- pembesar di tanah Melayu. Kedatangan british ke tanah melayu menyebabkan perubahan
yang drastik dalam semua sistem pentadbiran di tanah melayu pada ketika itu. apabila mereka telah menguasai
struktur pemerintahan dan menjadi golongan pemerintah dalam kelompok tertinggi. Semasa zaman tradisi,
pemerintah tertinggi adalah raja yang merupakan peneraju utama dalam tampuk pemerintahan dan diikuti oleh
kerabat diraja iaitu golongan yang berasal daripada keturunan diraja. Golongan kerabat diraja ini diberi
keistimewaan terutamanya dalam jawatan yang disandang seperti menjadi bendahara ataupun temenggung.
Bagi kelas pemerintah ini ia dapat dikelompokkan berdasarkan kedudukan dan jawatan yang mereka sandang.
Di bawah golongan kerabat diraja pula terdiri daripada golongan pemerintah yang bukan daripada keturunan
diraja. Golongan inilah yang menjadi tulang belakang dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran
kerajaan serta bertanggungjawab sepenuhnya kepada golongan pemerintah iaitu raja. Walaupun begitu, semasa
abad ke-19 telah berlaku satu perubahan dalam pemerintahan masyarakat Melayu tradisi.

Populasi utama penduduk semasa zaman pra-kolonial terdiri daripada masyarakat melayu yang
menetap di sekitar kawasan pedalaman dengan kelompok mereka yang lebih besar menetap di kawasan yang
berhampiran dengan laut atau d pinggir sungai. Golongan pribumi lain terdiri daripada kumpulan-kumpulan orang
asli yang terlibat dalam aktiviti memburu, mengumpul hasil hutan dan menjalankan aktiviti pertanian pindah.
Kegiatan ekonomi pada ketika itu adalah ekonomi sara diri yang mudah. Kegiatan pertanian ini dijalankan tanpa
melibatkan kegunaan lebihan tanah dan benyak menggunakan kerahan tenaga kerana penduduk tempatan
menggunakan alatan tradisional untuk pertanian.

Aktiviti penternakan juga turut dilakukan dan merupakan aktiviti sampingan selain aktiviti bersawah padi dan
menangkap ikan. Antara bintang ternakan adalah seperti lembu dan kerbau. Ia digunakan untuk membantu
urusan pekerjaan seperti membajak sawah serta menarik kayu. Aktiviti memburu juga turut dilakukan seperti
memburu kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Masyarakat Melayu turut mengamalkan kerjakerja kemahiran
di antaranya seperti bertukang, menganyam, menghasilkan kraf tangan, pelbagai jenis alat senjata dan membuat
perahu. Antara alat senjata yang digunakan ialah keris, lembing, pedang, pisau dan kapak.

Masyarakat awal di Kepulauan Melayu sebelum wujudnya kuasa imperialisme yakni d Tanah Melayu itu sendiri,
sistem sosial masyarakat melayu pada waktu itu adalah berasaskan sistem feudal iaitu bercorak hierarki yang
mana konteks susun lapis masyarakatnya dapat dibahagikan kepada dua iaitu golongan memerintah dan
golongan di perintah. Golongan pemerintah merujuk kepada raja atau sultan, keluarga dan kerabat diraja,
pembesar, pentadbir serta ulama istana manakala golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat
ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.yang terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan
hamba.Justeru itu, perbincangan kali ini lebih menjurus kepada ciri kehidupan atau bagaimana kehidupan
masyarakat melayu sebelum kemasukan kuasa barat yakni sama ada meliputi aspek politik ekonomi dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai