Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA

MASA KLUE TEKS CATATAN


KETIBAAAN VVIP MENGUMUMKAN KETIBAAN ,YANG
BERBAHAGIA..........................................................................
(tunggu sehingga VVIP duduk di tempat masing-masing.)

UCAPAN ALU- BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM


ALUAN ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATUH,
SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN,SALAM SATU MALAYSIA.

YANG
BERBAHAGIA..............................................................................................

YANG
BERUSAHA.................................................................................................
MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN
BERCERITA PERINGKAT …………………………………………………

YANG BERUSAHA.........................................................................................

YANG BERUSAHA,ENCIK....................................................,WAKIL PEJABAT


PELAJARAN DAERAH ………. MERANGKAP PENYELARAS JAWATANKUASA
INDUK PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT DAERAH REMBAU, NEGERI
SEMBILAN

YANG DIHORMATI ,KETUA-KETUA PENOLONG PENGARAH, TETAMU-

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 1


TETAMU KHAS, TETAMU-TETAMU JEMPUTAN ,GURU-GURU PENGIRING,
PESERTA-PESERTA , TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SERTA MURID – MURID
YANG DI KASIHI SEKALIAN.

UCAPAN ALU-
ALUAN Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata

Alhamdulillah.
Bersyukur Kita Ke Hadrat Allah Swt Kerana Dengan Keizinannya
Dapat Kita Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Kita Pada Pagi Ini
Iaitu
Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah Rembau ini.
Di kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan amat
mengalu-alukan kehadiran hadirin sekalian di Dewan ………………..

BACAAN DOA Untuk makluman hadirin, pertandingan bercerita peringkat


……………………………………………….. ini telah menerima sebanyak ……….
penyertaan dari sekolah-sekolah dalam zon ………… yang terdiri
daripada bahagian ………………………………………………

Hadirin dan hadirat sekalian,

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 2


Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa dipinta agar berkat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

………………………………………………………………. Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

UCAPAN Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


PERASMIAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada …………………………………………………………….. atas bacaan doa
itu tadi.

Daun semulur di pecan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,majlis


seterusnya menjemput yang
berbahagia ..................................................... untuk menyampaikan
ucapan perasmian.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 3


PESERTA PERTAMA Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia...........................di
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Indah mekar si bunga kiambang,


Mekar mewangi di taman melati,
Pertandingan ini harapannya gemilang,
Melahirkan individu berpotensi tinggi

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-sama kita


menyaksikan para peserta menunjukkan bakat dan potensi masing-
masing dalam pertandingan yang akan dilaksanakan pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang pertama iaitu
adik ........................dari ....................... untuk menyampaikan cerita
TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 4
yang bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan.

PESERTA KEDUA Pergi menebang pohon angsana


Bawa bersama jambangan melati
Sungguh indah tutur bicara
Lunak suara penuh jati diri

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita


yang kedua iaitu adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 5


PESERTA KETIGA Terima kasih diucapkan kepada adik ………………………………………………

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita


yang ketiga iaitu adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

ACARA SELINGAN Terima kasih diucapkan kepada peserta dari ………………………………..


(TARIAN)
Terbang bebas si rama-rama
Teratai mekar di tengah lembah
Menyusun langkah semerdu irama
Tarian zapin Johor kini dipersembah

Hadirin yang dihormati sekalian, membuka tirai persembahan pada


hari ini,majlis menjemput pasukan tarian daripada
…………………………….. untuk mempersembahkan tarian zapin Johor di
bawah pimpinan …………………………….
Apa kata kita terbang seketika ke negeri Johor dengan menikmati
tarian yang akan dipersembahkan.

Majlis mempersilakan

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 6


PESERTA KEEMPAT Terima kasih diucapkan kepada pasukan ………………………………….. di
atas persembahan sebentar tadi.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa,
Ayuh kita terus memerhati
Lontaran cerita si cilik permata.

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang keempat iaitu
adik ........................dari....................... untuk menyampaikan cerita
yangbertajuk ...........................

Majlis mempersilakan.

PESERTA KELIMA Terima kasih diucapkan kepada adik ………………………………………………


DAN KEENAM
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita
yang kelima iaitu adik ........................ dari ....................... untuk
menyampaikan ceritanya yang bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

Terima kasih diucapkan kepada adik ………………………………………………

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita


yang keenam iaitu adik ........................ dari ....................... untuk

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 7


menyampaikan ceritanya yang bertajuk ...........................

Majlis mempersilakan

SELINGAN Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebentar lagi kita akan dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu


patriotik yang akan dipersembahkan oleh kumpulan
koir ..................................................
Kumpulan koir tersebut akan mendendangkan dua buah lagu yang
iaitu..............................................dan.......................

Dipersilakan

PENYAMPAIAN Terima kasih diucapkan kepada kumpulan koir...............................di


CENDERAMATA bawah bimbingan.........................................

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih ,majlis berbesar hati


menjemput yang berusaha.........................................
untuk menyampaikan cenderahati dari pihak penganjur.

Dipersilakan.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 8


Dijemput Encik……………………………………………
penyelaras pertandingan bercerita peringkat Daerah Rembau.

Seterusnya cenderahati kepada panel hakim.

Dijemput encik (hakim 1)


Encik (hakim 2)

Seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru


pengiring .

Dijemput(rujuk senarai )

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.


Mendahului senarai dijemput (rujuk lampiran)

PENYAMPAIAN Berkebaya batik berwarna merah,


HADIAH Diserikan dengan permata berlian,
PEMENANG Tibalah masa penyampaian hadiah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Sesungguhnya pertandingan bercerita pada kali ini bukan sahaja
dapat melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan tetapi
juga merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak
agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga
sahsiah agar mampu menerajui negara kita pada masa akan datang.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 9


Penyampaian Hadiah kepada para pemenanh. Untuk itu, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati
……………………………………………………………. Diiringi oleh
………………………………………………………………

Dengan sukacitanya,dipersilakan

Seterusnya di jemput pemenang pertandingan bercerita Peringkat Daerah


Rembau
Pemenang tempat ketiga dipersilakan.................................................dari
sekolah..........................................................membawa pulang
……………………………………………….
(dan seterusnya)

UCAPAN Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah juga kepada


PENGHARGAAN murid-murid yang telah mengambil bahagian. Terima kasih
diucapkan kepada.................................................................. atas
penyampaian hadiah itu tadi.

Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan


kepada semua panel hakim yang telah turut serta bagi
menyumbang tenaga untuk sama-sama menjayakan Pertandingan
Bercerita Peringkat Daerah Rembau pada kali ini.

Tidak lupa juga kepada hadirin dan hadirat sekalian, yang sanggup
meluangkan masa bagi sama-sama menjayakan seterusnya
memeriahkan lagi majlis yang di adakan.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 10


Juga di rakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada
semuayang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini

PENUTUP Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali

Hadirin yang dihormati,


Kita telahpun berada di penghujung majlis. Dikesempatan ini, saya
mewakili jawatankuasa pengelola pertandingan bercerita,
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sebelum kita bersurai, tirai Pertandingan Bercerita Peringkat Daerah


Rembau tahun 2012 ditutup dengan beberapa rangkap pantun.

Subur padi Allah kurnia,


Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.

Di atas dahan burung tempua,

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 11


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Dilain masa bersua lagi

Hadirin hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kalau berkayuh dah sampai ke muara


kalau berenang dah sampai ke tepian
kalau berlari dah sampai ke garisan
kalau berjalan dah sampai ke penghujung

Dengan kata-kata ini maka, selesai sudah majlis kita

gurau senda sekadar saja


silap bicara maaf dipinta
moga berjumpa dilain masa

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

TEKS BERCERITA 2012 TASEK JB KNK 12 12