Anda di halaman 1dari 36

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

GP8: GARIS PANDUAN MENGENAI PERAKAUNAN UNTUK


GERAN/BANTUAN

TUJUAN

Garis panduan ini dikeluarkan di bawah subseksyen 86B (1) Akta Koperasi 1993
bertujuan untuk menerangkan cara-cara mengakaunkan penerimaan dan
penggunaan geran/bantuan yang diberikan oleh kerajaan atau badan-badan lain
kepada koperasi.

LATARBELAKANG

2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mewujudkan Program Bantuan


Pembangunan kepada koperasi-koperasi dalam bentuk bantuan kewangan.

3. Selain menerima bantuan daripada SKM, koperasi juga menerima


geran/bantuan sama ada dalam bentuk tunai atau aset (komputer, tanah,
bangunan) daripada agensi-agensi kerajaan dan pihak-pihak lain seperti
FELCRA, KEDA, kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, Konsortium dan
Kesatuan. Geran/bantuan ini adalah untuk pelbagai tujuan seperti geran
pelancaran, modal pusingan, pelaburan, penyelesaian hutang pinjaman jangka
panjang dan sebagainya.

1
PENGENALAN

4. Garis panduan ini bertujuan memberikan penerangan yang jelas berkaitan


perlakuan akaun (accounting treatment) untuk geran/bantuan kerajaan sama ada
dalam bentuk tunai atau aset yang diterima oleh koperasi agar penyata
kewangan yang disediakan oleh koperasi memberikan gambaran yang benar
dan saksama khususnya berkaitan geran/bantuan kerajaan selaras dengan
piawaian yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (FRS
120) dan kehendak SKM.

5. Geran ditakrifkan sebagai bantuan yang diterima dalam bentuk


pemindahan sumber kepada sesuatu entiti yang memenuhi di masa lalu dan
akan datang terhadap kriteria-kriteria tertentu yang berkaitan aktiviti-aktiviti
operasi entiti tersebut. 1

6. Bantuan ditakrifkan sebagai tindakan oleh kerajaan atau badan-badan


lain bertujuan untuk memberikan manfaat ekonomi yang spesifik kepada sesuatu
entiti atau kumpulan entiti-entiti yang berkelayakan di bawah kriteria tertentu. 1

7. Geran/bantuan yang berkaitan dengan aset adalah geran/bantuan di


mana syarat utamanya menghendaki entiti berkenaan membeli, membina
ataupun memperoleh aset jangka panjang. 1

8. Geran/bantuan yang berkaitan dengan pendapatan adalah


1
geran/bantuan selain daripada yang berkaitan dengan aset. Ia lebih berbentuk
subsidi untuk perbelanjaan yang spesifik.
________________________________________________________________
1
Rujuk Piawai FRS 120 para 3

2
PENGIKTIRAFAN DAN PERSEMBAHAN GERAN/BANTUAN

9. Geran/bantuan tidak akan diiktiraf sehingga terdapat kepastian


munasabah berkaitan: 2

(a) entiti tersebut mematuhi syarat-syarat berkaitan bantuan dan

(b) geran/bantuan tersebut akan diterima.

10. Perlakuan akaun (accounting treatment) bagi geran/bantuan terbahagi


kepada dua iaitu:

(a) geran/bantuan berkaitan dengan aset

(b) geran/bantuan berkaitan dengan pendapatan

Geran/Bantuan Berkaitan Dengan Aset

11. Geran/bantuan yang berkaitan dengan aset (contohnya, untuk ubahsuai


bangunan kedai) hendaklah diiktirafkan sebagai pendapatan mengikut tempoh
dan amaun susut nilai yang dikenakan ke atas aset tersebut. 3

12. Terdapat dua cara persembahan akaun bagi geran/bantuan yang


berkaitan dengan aset iaitu:

(a) menunjukkan geran/bantuan sebagai pendapatan tertangguh di


mana pendapatan diiktiraf secara sistematik mengikut usia guna
aset tersebut. 4

(b) geran/bantuan dipelaraskan dengan (writing off against) kos aset.


Kos aset dikurangkan dan aset disusutnilaikan berdasarkan kos
selepas pelarasan. 5
________________________________________________________________
2
Rujuk Piawai FRS 120 para 7
3
Rujuk Piawai FRS 120 para 17
4
Rujuk Piawai FRS 120 para 24 dan 27
5
Rujuk Piawai FRS 120 para 24 dan 28

3
13. Cara persembahan geran/bantuan di para (b) hanya digalakkan bagi aset
yang nilainya adalah kecil. Dalam Nota kepada akaun perlu dinyatakan setiap
tahun amaun kos aset yang dipelaraskan dengan geran/bantuan bagi
menunjukkan kos sebenar aset (selagi aset tersebut masih wujud) dengan
rujukan kepada surat tawaran geran/bantuan.

14. Contoh persembahan geran/bantuan berkaitan aset adalah seperti di


Lampiran 1.

15. Sekiranya geran/bantuan yang diterima melebihi harga aset yang dibeli,
maka baki lebihan tersebut boleh terus ditunjukkan sebagai butiran
geran/bantuan di antara Kumpulan Wang Anggota dan Liabiliti Bukan Semasa
di Kunci Kira-Kira selagi ia belum selesai digunakan.

16. Contoh persembahan bagi geran/bantuan yang melebihi harga aset


adalah seperti di Lampiran 2.

17. Geran/bantuan juga boleh dalam bentuk pindahan aset bukan dalam
bentuk tunai seperti tanah atau sumber-sumber lain untuk kegunaan entiti.
Dalam keadaan ini, aset tersebut lazimnya dinilai bagi menentukan nilai saksama
dan kedua-dua geran/bantuan dan aset diakaunkan pada nilai saksama yang
ditentukan. 6

18. Bagi tanah pajakan yang dapat ditentukan nilainya, koperasi hendaklah
melunaskan susut nilai tanah tersebut mengikut tempoh pajakan dengan akaun
geran tanpa menunjukkannya sebagai belanja dalam Akaun Untung Rugi.

19. Bagi tanah milik bebas yang tidak melibatkan susut nilai, koperasi
hendaklah menunjukkan kos tanah tersebut sebagai butiran aset geran/bantuan
di bahagian Aset Tetap dan sebagai butiran geran/bantuan di antara Kumpulan
Wang Anggota dan Liabiliti Bukan Semasa di Kunci Kira-Kira dengan amaun
yang sama.
________________________________________________________________
6
Rujuk Piawai FRS 120 para 23

4
20. Contoh persembahan geran/bantuan berkaitan tanah anugerah adalah
seperti di Lampiran 3.

21. Dalam keadaan di mana geran/bantuan aset yang diterima tidak dapat
ditentukan nilainya daripada agensi pembekal, maka satu nilai nominal perlu
dinyatakan bagi menunjukkan kewujudannya. Perincian aset yang diterima juga
perlu dinyatakan dalam Nota kepada Akaun.

22. Bagi tanah anugerah yang dinilai semula, ia adalah tertakluk kepada
perenggan 55(1)(b) Akta Koperasi 1993 iaitu perlu mendapat kelulusan
Suruhanjaya dan segala keuntungan daripada penilaian semula hendaklah
dikreditkan ke Akaun Rizab Modal.

23. Contoh persembahan bagi geran/bantuan aset yang tidak dapat


ditentukan nilainya adalah seperti di Lampiran 4.

Geran/Bantuan Berkaitan Dengan Pendapatan

24. Bagi geran/bantuan yang berkaitan dengan pendapatan (aktiviti/projek


atau operasi) dan menyatakan secara khusus tujuan penggunaannya
(contohnya, untuk belian stok, belanja promosi produk dan belanja penyelidikan
produk), maka ia hendaklah diiktirafkan sebagai pendapatan mengikut tempoh
yang perlu dipadankan dengan kos-kos yang berkaitan dengan tujuan pemberian
geran/bantuan tersebut, secara sistematik. 7

________________________________________________________________
7
Rujuk Piawai FRS 120 para 16

5
25. Geran/bantuan yang diberikan tanpa dinyatakan secara khusus atau tidak
dapat ditentukan tujuan penggunaannya (contohnya, sebagai modal pusingan
atau geran pelancaran), ia sewajarnya dikreditkan ke Akaun Pembahagian
Keuntungan sebagai pelarasan bukan operasi tidak lebih daripada 10% daripada
jumlah perbelanjaan am operasi semasa (di Akaun Untung Rugi Induk seperti
dalam Garis Panduan Penyeragaman Bentuk Penyata Kewangan Koperasi). Ini
adalah bertujuan untuk mengelakkan koperasi memindahkan keseluruhan
amaun geran ke Akaun Untung Rugi sebagai pendapatan dan seterusnya
membayar dividen dan honorarium daripada keuntungan tersebut.

26. Sekiranya geran/bantuan yang diterima melebihi belanja yang terlibat,


maka baki lebihan tersebut hendaklah terus ditunjukkan sebagai butiran
geran/bantuan di antara Kumpulan Wang Anggota dan Liabiliti Bukan Semasa
di Kunci Kira-Kira selagi ia belum selesai digunakan.

27. Dalam keadaan di mana geran/bantuan yang diterima dikreditkan ke


Akaun Perdagangan atau Akaun Untung Rugi, amaun tersebut tidak boleh
digunakan sebagai asas untuk membayar dividen, honorarium dan
pembahagian lain di bawah subseksyen 57(5) Akta Koperasi 1993.

28. Contoh persembahan geran/bantuan berkaitan pendapatan adalah seperti


di Lampiran 5.

Geran/bantuan sebagai pampasan

29. Berdasarkan piawaian perakaunan, geran/bantuan yang diterima sebagai


pampasan untuk perbelanjaan atau kerugian yang telah berlaku (contohnya
bantuan kecemasan akibat banjir) atau untuk tujuan pemberian bantuan
kewangan segera kepada entiti yang tidak melibatkan kos-kos berkaitan di masa
hadapan (no future related costs) sewajarnya diiktirafkan sebagai pendapatan
dalam tempoh ia diterima dan ditunjukkan sebagai butiran luar biasa, sekiranya
bersesuaian. 8
________________________________________________________________
8
Rujuk Piawai FRS 120 para 20

6
30. Walau bagaimanapun, adalah lebih wajar geran/bantuan yang diterima
sebagai pampasan ditunjukkan sebagai:

(a) pendapatan dalam Akaun Untung Rugi sekiranya ia diterima dalam


tahun kewangan yang sama di mana perbelanjaan atau kerugian itu
berlaku atau

(b) pelarasan bukan operasi dalam Akaun Pembahagian Keuntungan


iaitu selepas pembahagian berkanun dan pembahagian lain jika ia
diterima dalam tahun kewangan berikutnya.

31. Contoh persembahan geran/bantuan berkaitan pampasan adalah seperti


di Lampiran 6.

Geran/bantuan untuk menjelaskan baki pinjaman

32. Bagi geran/bantuan yang diterima untuk menjelaskan baki pinjaman, ia


sewajarnya ditunjukkan sebagai butiran geran/bantuan di antara Kumpulan
Wang Anggota dan Liabiliti Bukan Semasa di Kunci Kira-Kira dan akan terus
wujud dalam akaun koperasi bagi mengelakkan koperasi daripada dikenakan
bayaran untuk Kumpulan Wang Rizab Statutori, Kumpulan Wang Amanah
Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi
memandangkan wang geran/bantuan telahpun digunakan (offset) untuk
menyelesaikan tunggakan pinjaman.

33. Contoh persembahan geran/bantuan untuk penjelasan baki pinjaman


adalah seperti di Lampiran 7.

Geran/bantuan yang melibatkan projek yang diserahkan kepada pihak


ketiga

34. Bagi geran/bantuan yang melibatkan projek yang diserahkan kepada


pihak ketiga untuk menguruskannya (tidak dijalankan oleh koperasi sendiri),
maka geran/bantuan tersebut perlu ditunjukkan sebagai pelaburan dalam
projek di bawah Aset Separa Tetap di Kunci Kira-Kira.

7
35. Sebarang pulangan/keuntungan yang diperoleh daripada projek tersebut
boleh ditunjukkan sebagai pendapatan dalam Akaun Untung Rugi koperasi.

36. Sekiranya berlaku kerugian dalam projek, koperasi boleh mempelaraskan


kerugian projek tersebut dengan geran/bantuan yang diterima mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan dalam surat tawaran geran/bantuan.

37. Sekiranya berlaku penamatan dalam projek tersebut, koperasi hendaklah


mempelaraskan kos pelaburan projek tersebut dengan geran/bantuan yang
diterima mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat tawaran
geran/bantuan.

38. Contoh persembahan geran/bantuan bagi projek yang diserahkan kepada


pihak ketiga adalah seperti di Lampiran 8.

Geran/bantuan digunakan bagi tujuan bayaran Fi Masuk dan Modal Syer


Anggota

39. Geran/bantuan yang diberi sebagai geran pelancaran bagi tujuan bayaran
fi masuk dan modal syer anggota, koperasi perlu mempelaraskan geran/bantuan
dengan modal syer anggota dan fi masuk.

40. Fi Masuk yang menggunakan geran/bantuan dan dikreditkan ke


Akaun Untung Rugi tidak boleh digunakan sebagai asas untuk membayar
dividen, honorarium dan pembahagian lain di bawah subseksyen 57(5)
Akta Koperasi 1993.

41. Contoh persembahan geran/bantuan bagi tujuan bayaran fi masuk dan


modal syer anggota adalah seperti di Lampiran 9.

42. Sekiranya terdapat jenis geran/bantuan yang tidak diterangkan dalam


garis panduan ini, panduan secara berasingan mengenai perlakuan akaun akan
diberikan mengikut kes.

8
PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA

43. Semua koperasi dikehendaki mematuhi Garis Panduan ini dan


dikuatkuasakan pemakaiannya mulai tarikh ia dikeluarkan.

“Peneraju Kecemerlangan Koperasi”

9
LAMPIRAN 1

Contoh Persembahan Geran/Bantuan Berkaitan Dengan Aset

1. Geran/Bantuan ditunjukkan sebagai pendapatan tertangguh


(Melalui Akaun Untung Rugi)

(a) Contohnya koperasi menerima bantuan pengukuhan di bawah sub-


bantuan fizikal sebanyak RM10,000 bagi membiayai belanja
pengubahsuaian kedai dalam tahun 2007 yang berjumlah
RM50,000.

Catatan : Debit - Bank RM10,000


Akaun

Kredit - Geran/Bantuan RM10,000


(Pendapatan
Tertangguh)

Debit - Aset-ubahsuai kedai RM50,000

Kredit - Bank RM50,000

(b) Pada akhir tahun 2007, koperasi akan pindah sebahagian daripada
geran/bantuan kepada Akaun Untung Rugi sebagai pendapatan
berdasarkan kepada kadar susut nilai yang dikenakan iaitu 20%
setahun (susut sama rata). Oleh itu, amaun yang akan diiktiraf
sebagai pendapatan ialah sebanyak RM2,000 (RM10,000 x 20%).

Catatan : Debit - Geran/Bantuan RM2,000


Akaun (Pendapatan
Tertangguh)

Kredit - Akaun Untung Rugi RM2,000

10
(c) Pada masa yang sama, aset ubahsuai kedai akan disusutnilaikan
pada kadar 20% setahun (5 tahun).

Catatan : Debit - Susut nilai aset RM10,000


Akaun

Kredit - Aset-ubahsuai kedai RM10,000

(d) Persembahan di Akaun Untung Rugi untuk tahun berakhir 31


Disember 2007 adalah seperti berikut:

PENDAPATAN
Geran/Bantuan RM2,000

PERBELANJAAN
Perbelanjaan Am:
Susut nilai aset - ubahsuai kedai RM10,000

(e) Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah


seperti berikut:

NOTA RM
ASET TETAP
Aset (Ubahsuai Kedai) 1 40,000

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan(Pendapatan 2 8,000
Tertangguh)

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

11
NOTA 1 – ASET GERAN/BANTUAN

RM
Kos Ubahsuai Bangunan 50,000
Tolak : Susutnilai (10,000)

40,000

NOTA 2 – GERAN/BANTUAN (PENDAPATAN TERTANGGUH)

RM
Geran/Bantuan yang diterima dalam tahun 10,000
Tolak : Pindah ke Akaun Untung Rugi (2,000)

8,000

2. Geran/Bantuan dipelaraskan dengan kos aset

(a) Dengan menggunakan contoh yang sama, catatan perakaunan


yang terlibat untuk penerimaan geran/bantuan ubahsuai kedai dan
belanja pengubahsuaian kedai adalah sama iaitu:

Catatan : Debit - Bank RM10,000


Akaun

Kredit - Geran/Bantuan RM10,000

Debit - Aset-ubahsuai kedai RM50,000

Kredit - Bank RM50,000

12
(b) Pada akhir tahun, koperasi perlu mempelaraskan kos ubahsuai
kedai dengan geran/bantuan yang diterima. Dengan ini, belanja
susut nilai bagi ubahsuai kedai telah dikurangkan akibat daripada
pengurangan dalam kos aset.

Catatan : Debit - Geran/Bantuan RM10,000


Akaun

Kredit - Aset-ubahsuai kedai RM10,000

(c) Pada masa yang sama, aset ubahsuai kedai akan disusutnilaikan
pada kadar 20% setahun (5 tahun) iaitu berdasarkan RM40,000
(kos aset RM50,000 – geran/bantuan RM10,000).

Catatan : Debit - Susut nilai aset RM8,000


Akaun

Kredit - Aset-ubahsuai kedai RM8,000

(d) Persembahan di Akaun Untung Rugi untuk tahun berakhir 31


Disember 2007 adalah seperti berikut:

PENDAPATAN
Pendapatan Daripada Aktiviti-aktiviti RM xxx

PERBELANJAAN
Perbelanjaan Am:
Susut nilai aset - ubahsuai kedai RM8,000

13
(e) Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah
seperti berikut:

NOTA RM
ASET TETAP
Aset (Ubahsuai Kedai) 1 32,000

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx

Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 2 -

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

NOTA 1 – ASET UBAHSUAI KEDAI

RM
Kos Ubahsuai Kedai 50,000
Tolak : Pelarasan dengan geran/bantuan (10,000)
40,000
Tolak : Susut nilai (8,000)
Baki Pada 31.12.2007 32,000

NOTA 2 – GERAN/BANTUAN

RM
Geran/Bantuan yang diterima dalam tahun 10,000
Tolak : Pelarasan dengan aset (10,000)
Baki Pada 31.12.2007 -

14
LAMPIRAN 2

Contoh Persembahan Geran/Bantuan Yang Melebihi Harga Aset

1. Contohnya, koperasi telah menerima bantuan penstrukturan di bawah


Sub-Bantuan Aktiviti Perkhidmatan sebanyak RM8,000 dalam tahun 2007
untuk tujuan membeli mesin jahit. Dalam tahun tersebut, koperasi hanya
membelanjakan sebanyak RM2,000 untuk membeli 1 unit mesin jahit.
Kadar susut nilai yang dikenakan ialah 20% setahun.

Dengan menggunakan kaedah persembahan geran/bantuan sebagai


pendapatan tertangguh, maka catatan perakaunan yang terlibat ialah:

Catatan Akaun : Debit - Bank RM8,000

Kredit - Geran/Bantuan RM8,000


(Pendapatan
Tertangguh)

Debit - Aset Geran/Bantuan RM2,000


(mesin jahit)

Kredit - Bank RM2,000

2. Pada akhir tahun 2007, koperasi akan pindah sebahagian daripada


geran/bantuan kepada Akaun Untung Rugi sebagai pendapatan
berdasarkan kepada kadar susut nilai yang dikenakan iaitu 20% setahun
(susut sama rata). Oleh itu, amaun yang akan diiktiraf sebagai
pendapatan ialah sebanyak RM400 (RM2,000 x 20%).

Catatan Akaun : Debit - Geran/Bantuan RM400


(Pendapatan
Tertangguh)

Kredit - Akaun Untung Rugi RM400

15
3. Pada masa yang sama, aset mesin jahit akan disusutnilaikan pada kadar
20% setahun (5 tahun).

Catatan Akaun : Debit - Susut nilai aset RM400

Kredit - Aset Geran/Bantuan RM400

(a) Persembahan di Akaun Untung Rugi untuk tahun berakhir 31


Disember 2007 adalah seperti berikut:

PENDAPATAN
Geran/Bantuan RM400

PERBELANJAAN
Perbelanjaan Am:
Susut nilai aset – mesin jahit RM400

(b) Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah


seperti berikut:

NOTA RM
ASET TETAP xx
Aset Geran/Bantuan 1 1,600

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan (Pendapatan 2 7,600


Tertangguh)

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

16
NOTA 1 – ASET GERAN/BANTUAN

RM
Kos Mesin Jahit 2,000
Tolak : Susutnilai (400)

1,600

NOTA 2 – GERAN/BANTUAN (PENDAPATAN TERTANGGUH)

RM
Geran/Bantuan yang diterima dalam tahun 8,000
Tolak : Pindah ke Akaun Untung Rugi (400)

7,600

17
LAMPIRAN 3

Geran/Bantuan Dalam Bentuk Tanah Anugerah

1. Contohnya, dalam tahun 2007 koperasi telah menerima geran/bantuan


dalam bentuk tanah anugerah daripada kerajaan negeri yang bernilai
RM495,000 dengan tempoh pajakan selama 99 tahun.

Catatan Akaun : Debit - Aset Geran/Bantuan RM495,000


(tanah anugerah)

Kredit - Geran/Bantuan RM495,000

2. Pada akhir tahun 2007, koperasi akan mempelaraskan susut nilai tanah
pajakan dengan geran/bantuan iaitu sebanyak RM5,000 setahun
berdasarkan tempoh pajakan. (RM495,000 dibahagikan dengan
99 tahun).

Catatan Akaun : Debit - Geran/Bantuan RM5,000

Kredit - Aset Geran/Bantuan RM5,000


(tanah anugerah)

18
3. Persembahan di Kunci Kira-Kira pada Disember 2007 adalah seperti
berikut:

NOTA RM
ASET TETAP
Aset Geran/Bantuan 1 490,000

ASET SEPARA TETAP xx

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx

Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 2 490,000

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

NOTA 1 – ASET GERAN/BANTUAN

RM
Kos Tanah Anugerah 495,000
Tolak : Susut nilai diselaraskan dengan (5,000)
geran/bantuan
Baki Pada 31.12.2007 490,000

NOTA 2 – GERAN/BANTUAN

RM
Geran/Bantuan yang diterima dalam bentuk tanah 495,000
anugerah
Tolak : Pelunasan susut nilai (5,000)
Baki Pada 31.12.2007 490,000

19
LAMPIRAN 4

Contoh persembahan bagi geran/bantuan aset yang tidak dapat ditentukan


nilainya

1. Contohnya, dalam tahun 2007 koperasi telah dianugerahkan tanah


kerajaan seluas 170 ekar dalam Mukim Hutan Melintang Daerah Hilir
Perak yang mana tidak dapat ditentukan nilainya. Dalam keadaan ini,
satu nilai nominal akan diakaunkan (contohnya RM10) bagi menunjukkan
kewujudannya.

Catatan Akaun : Debit - Aset Geran/Bantuan RM10


(tanah anugerah)

Kredit - Geran/Bantuan RM10

2. Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah seperti


berikut:

NOTA RM
ASET TETAP xx
Aset Geran/Bantuan 1 10

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 1 10

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

20
NOTA 1- ASET GERAN/BANTUAN

Kos Tanah Anugerah RM10

Koperasi telah dianugerahkan tanah kerajaan seluas 170 ekar dalam


Mukim Hutan Melintang Daerah Hilir Perak dalam tahun 2007 yang mana
tidak dapat ditentukan nilainya.

21
LAMPIRAN 5

Contoh Persembahan Geran/Bantuan Berkaitan Dengan Pendapatan

1. Geran/Bantuan ditolak daripada perbelanjaan yang berkaitan

(a) Contohnya, koperasi diberi bantuan penstrukturan di bawah Sub-


bantuan Aktiviti Pemasaran sebanyak RM100,000 dalam tahun
2007 bagi tujuan membiayai kos promosi dan pemasaran produk.

Catatan : Debit - Bank RM100,000


Akaun

Kredit - Geran/Bantuan RM100,000

(b) Dalam tahun 2007, koperasi telah membelanjakan sebanyak


RM30,000 untuk pengiklanan.

Catatan : Debit - Belanja iklan RM30,000


Akaun

Kredit - Bank RM30,000

(c) Oleh kerana belanja iklan merupakan sebahagian daripada kos


promosi produk, maka ia boleh dipelaraskan dengan geran/bantuan
yang diterima.

Catatan : Debit - Geran/Bantuan RM30,000


Akaun

Kredit - Akaun Untung Rugi RM30,000

22
(d) Persembahan di Akaun Untung Rugi untuk tahun berakhir 31
Disember 2007 adalah seperti berikut:

PENDAPATAN
Geran/Bantuan RM30,000

PERBELANJAAN
Perbelanjaan Am:
Belanja iklan RM30,000

(e) Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah


seperti berikut:

NOTA RM
ASET TETAP xx

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 1 70,000

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

23
NOTA 1 – GERAN/BANTUAN

RM

Geran/bantuan yang diterima dalam tahun 100,000

Tolak : Belanja iklan (30,000)

Baki Pada 31.12.2007 70,000

2. Geran/Bantuan dikreditkan ke Akaun Pembahagian Keuntungan

(a) Contohnya, koperasi menerima bantuan pengukuhan di bawah


sub-bantuan fizikal dalam tahun 2007 sebanyak RM20,000 bagi
tujuan modal pusingan, maka catatan perakaunan yang terlibat
ialah:

Catatan : Debit - Bank RM20,000


Akaun

Kredit - Geran/Bantuan RM20,000

(b) Dalam keadaan di mana jumlah belanja am operasi koperasi bagi


tahun 2007 ialah sebanyak RM50,000, maka amaun geran/bantuan
maksimum yang boleh dipindahkan ke Akaun Pembahagian
Keuntungan sebagai pelarasan bukan operasi ialah sebanyak
RM5,000 (10% x RM50,000).

Catatan Debit - Geran/Bantuan RM5,000


Akaun

Kredit - Akaun Pembahagian RM5,000


Keuntungan

24
(c) Persembahan di Akaun Pembahagian Keuntungan untuk tahun
berakhir 31 Disember 2007 adalah seperti berikut:

NOTA RM
Untung Bersih Tahun Semasa xxxx

Tolak : Pembahagian Berkanun


Kumpulan Wang Rizab Statutori x
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan x
Koperasi (2%)
Kumpulan Wang Amanah x
Pembangunan Koperasi (1%)
xx
Untung Selepas Pembahagian xxx
Berkanun

Tolak : Pembahagian Lain


Dividen xx
Honorarium x
xx
Baki Keuntungan Yang Belum x
Dibahagi-bahagikan
Campur : Pelarasan Bukan Operasi 1 5,000
xxx
Keuntungan Terkumpul Pada Awal xx
Tahun
Keuntungan Terkumpul Pada Akhir xxxx
Tahun

NOTA 1 – PELARASAN BUKAN OPERASI


koperasi telah menerima bantuan pengukuhan sebanyak
RM20,000 dalam tahun 2007 bagi tujuan modal pusingan dan
sebanyak RM5,000 daripada bantuan ini telah digunakan untuk
membiayai 10% daripada jumlah perbelanjaan am operasi
koperasi.

25
(d) Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah
seperti berikut:

NOTA RM
ASET TETAP xx

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 1 15,000

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

NOTA 1 – GERAN/BANTUAN

RM
Geran/Bantuan yang diterima dalam tahun 20,000
Tolak : Pindah ke Akaun Pembahagian Keuntungan (5,000)

Baki Pada 31.12.2007 15,000

26
LAMPIRAN 6

Contoh persembahan geran/bantuan berkaitan pampas an

1. Pampasan diterima dalam tahun kewangan yang sama

(a) Contohnya, koperasi menerima bantuan pengukuhan sebanyak


RM5,000 dalam tahun 2007 bagi tujuan membaik pulih bangunan
kedai koperasi yang ditenggelami banjir yang menelan belanja
upah pembaikan sebanyak RM8,000. Catatan perakaunan yang
terlibat ialah:

Catatan : Debit - Bank RM5,000


Akaun

Kredit - Geran/Bantuan RM5,000

Debit - Belanja upah RM8,000


pembaikan

Kredit - Bank RM8,000

(b) Sekiranya pampasan diterima dalam tahun kewangan yang sama


dengan kerugian/perbelanjaan berkaitan berlaku, maka
geran/bantuan boleh ditunjukkan sebagai pendapatan dalam Akaun
Untung Rugi.

Catatan : Debit - Geran/Bantuan RM5,000


Akaun

Kredit - Akaun Untung Rugi RM5,000

27
(c) Persembahan di Akaun Untung Rugi untuk tahun berakhir 31
Disember 2007 adalah seperti berikut:

PENDAPATAN
Geran/Bantuan RM5,000

PERBELANJAAN
Perbelanjaan Am:
Upah pembaikan kerosakan banjir RM8,000

2. Pampasan diterima dalam tahun kewangan yang berikutnya (selepas


kerugian berlaku)

(a) Dengan menggunakan contoh yang sama, catatan perakaunan


yang terlibat untuk penerimaan bantuan pengukuhan sebanyak
RM5,000 yang diterima dalam tahun berikutnya iaitu tahun 2008
adalah seperti berikut:

Catatan : Debit - Bank RM5,000


Akaun

Kredit - Geran/Bantuan RM5,000

(b) Oleh kerana pampasan diterima dalam tahun kewangan yang


berikutnya iaitu selepas tahun kewangan kerugian/perbelanjaan
berkaitan berlaku, maka geran/bantuan ditunjukkan sebagai
pelarasan bukan operasi dalam Akaun Pembahagian Keuntungan.

Catatan : Debit - Geran/Bantuan RM5,000


Akaun

Kredit - Akaun Pembahagian RM5,000


Keuntungan

28
(c) Persembahan di Akaun Pembahagian Keuntungan untuk tahun
berakhir 31 Disember 2008 adalah seperti berikut:

NOTA RM
Untung Bersih Tahun Semasa xxxx

Tolak : Pembahagian Berkanun


Kumpulan Wang Rizab Statutori x
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan x
Koperasi (2%)
Kumpulan Wang Amanah x
Pembangunan Koperasi (1%)
xx
Untung Selepas Pembahagian xxx
Berkanun

Tolak : Pembahagian Lain


Dividen xx
Honorarium x
xx
Baki Keuntungan Yang Belum Dibahagi- x
bahagikan
Campur : Pelarasan Bukan Operasi 1 5,000
xxx
Keuntungan Terkumpul Pada Awal xx
Tahun
Keuntungan Terkumpul Pada Akhir xxxx
Tahun

NOTA 1 – PELARASAN BUKAN OPERASI


koperasi telah menerima bantuan pengukuhan sebanyak RM5,000
dalam tahun 2008 bagi tujuan membaik pulih bangunan kedai
koperasi yang ditenggelami banjir dalam tahun 2007.

29
LAMPIRAN 7

Geran/Bantuan Bagi Penyelesaian Pinjaman

1. Contohnya, koperasi menerima geran/bantuan sebanyak RM1.5 juta


daripada kerajaan persekutuan untuk menjelaskan tunggakan pinjaman
jangka panjang dalam tahun 2007.

Catatan Akaun : Debit - Bank RM1.5 juta

Kredit - Geran/Bantuan RM1.5 juta

2. Apabila koperasi menggunakan wang tersebut untuk menjelaskan hutang


pinjaman, maka catatan perakaunan yang terlibat ialah:

Catatan Akaun : Debit - Pinjaman J/Panjang RM1.5 juta

Kredit - Bank RM1.5 juta

30
3. Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah seperti
berikut:

NOTA RM
ASET TETAP xx

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 1 1,500,000

LIABILITI BUKAN SEMASA


Pinjaman Jangka Panjang 2 -
Liabiliti Lain x
x
xxx

NOTA 1 – GERAN/BANTUAN

Koperasi telah menerima geran/bantuan sebanyak RM1.5 juta daripada


kerajaan persekutuan dalam tahun 2007 bagi menjelaskan tunggakan
pinjaman jangka panjangnya dengan Bank Rakyat yang mana telahpun
digunakan sepenuhnya dalam tahun yang sama untuk tujuan tersebut.

NOTA 2 – PINJAMAN JANGKA PANJANG (BANK RAKYAT)

Baki pinjaman pada 1.1.2007 RM1.5 juta


Tolak: Bayaran melalui geran yang diterima (RM1.5 juta)
Baki pinjaman pada 31.12.2007 -

31
LAMPIRAN 8

Geran/Bantuan Untuk Pelaburan

1. Contohnya, dalam tahun 2007 koperasi menerima bantuan sebanyak


RM200,000 untuk projek ternakan lembu yang mana diuruskan
sepenuhnya oleh syarikat lain.

Catatan Akaun : Debit - Bank RM200,000

Kredit - Geran/Bantuan RM200,000

2. Jika kesemua wang tersebut digunakan untuk melabur dalam projek


tersebut , maka catatan perakaunannya ialah:

Catatan Akaun : Debit - Pelaburan Projek RM200,000


Lembu

Kredit - Bank RM200,000

32
3. Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2007 adalah seperti
berikut:

NOTA RM
ASET TETAP xx

ASET SEPARA TETAP


Pelaburan Dalam Projek Lembu 1 200,000

ASET SEMASA xxx

LIABILITI SEMASA xx

Aset/Liabiliti Semasa Bersih xx


xxx
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota xx
Akaun Untung Rugi Terkumpul x
Kumpulan Wang Anggota xxx

Kumpulan Wang Rizab x

Geran/Bantuan 1 200,000

LIABILITI BUKAN SEMASA x


xxx

NOTA 1 – GERAN/BANTUAN
Koperasi telah menerima menerima bantuan sebanyak RM200,000 untuk
projek ternakan lembu yang mana diuruskan sepenuhnya oleh Syarikat
ABC Berhad.

33
LAMPIRAN 9

Geran/Bantuan Untuk Bayaran Fi Masuk Dan Modal Syer Anggota

1. Contohnya, dalam tahun 2008 koperasi telah menerima bantuan sebanyak


RM30,000 sebagai geran pelancaran bagi tujuan bayaran fi masuk dan
modal syer anggota.

Catatan Akaun : Debit - Bank RM30,000

Kredit - Geran/Bantuan RM30,000

2. Jika dalam tahun tersebut, terdapat kemasukan 50 anggota baru di mana


fi masuk dan modal syer ditanggung oleh geran yang diterima, maka
catatan perakaunan yang terlibat (dengan andaian fi masuk dan modal
syer minimum setiap orang ialah RM10 dan RM100 masing-masing):

Catatan Akaun : Debit - Geran/Bantuan RM5,500

Kredit - Fi Masuk RM500

Kredit - Modal Syer Anggota RM5,000

3. Selain itu, koperasi juga telah mencarum sebanyak RM5,000 daripada


geran yang diterima dalam Koperasi Nasional. Catatan perakaunan yang
terlibat ialah:

Catatan Akaun : Debit - Pelaburan dalam RM5,000


Koperasi Nasional

Kredit - Bank RM5,000

34
4. Persembahan di Akaun Untung Rugi pada 31 Disember 2008 adalah
seperti berikut:

PENDAPATAN
Fi Masuk RM500

PERBELANJAAN
Perbelanjaan Am:

5. Persembahan di Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2008 adalah seperti


berikut:

NOTA RM

ASET SEPARA TETAP


Pelaburan Dalam Koperasi Nasional 5,000

ASET SEMASA
Wang Di Bank 25,000

30,000
Dibiayai oleh:
Modal Syer Anggota 5,000
Untung Terkumpul 500
Geran/Bantuan 1 24,500

30,000

NOTA 1 – GERAN/BANTUAN
Koperasi telah menerima menerima bantuan sebanyak RM30,000 sebagai
geran pelancaran bagi tujuan bayaran modal syer anggota.

RM

Geran/bantuan yang diterima dalam tahun 30,000

Tolak : Fi Masuk (500)

Modal Syer Anggota (5,000)

Baki Pada 31.12.2008 24,500

35
RUJUKAN:

1. FRS 120 Accounting for Government Grants and Disclosure of


Government Assistance (MASB)
2. Financial Reporting Standards for Malaysia (Second Edition)
(Jane Lazar, Huang Ching Choo)
3. Kriteria Bantuan Pembangunan (SKM)

36

Anda mungkin juga menyukai