Anda di halaman 1dari 11

LATAR BELAKANG TEMPAT KAJIAN

SUNGAI BATU

Sungai Batu yang terletak di Sungai Petani Kedah merupakan salah satu daripada

tamadun yang tertua di Asia Tenggara. Sungai Batu telah mula digunakan sejak kurun ke-5

Sebelum Masihi, berterusan, daripada semasa ke semasa, sehingga kurun ke-17 Masihi, iaitu

selama 2200 tahun. Ini mengesahkan Kompleks Sungai Batu adalah tamadun tertua di rantau ini.

Sungai batu yang ada sekarang ini dikatakan merupakan daratan yang paling hampir dengan laut

dan menjadi pusat pelabuhan dan perdagangan antarabangsa sekitar 600 tahun sebelum Masihi

lagi. Sungai Batu terletak dalam tamadun Lembah Bujang yang juga dikenali sebagai Kedah Tua.

Kedah Tua dikenali dengan pelbagai nama seperti Kataha, Kataram, Kalah, Chieh-Cha, Quedah

dan banyak lagi. Bukti tentang Kedah Tua ditemui melalui tulisan atau dokumen seperti dalam

rekod pelayaran dan perdagangan serta melalui kajian arkeologi. Segala-galanya bermula atas

permintaan Mantan Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memohon Jabatan

Warisan Negara (JWN) membantu melengkapkan data Lembah Bujang. Kajian pada tahun 2008

bermula dengan jumpaan permukaan berupa bata di dalam ladang kelapa sawit. Sebanyak 10

tapak telah dikaji pada 2009, 6 tapak (2010), dan pada 2011 sedang mengkaji 4 tapak. Daripada

20 tapak yang dikaji, 4 mendedahkan bengkel peleburan besi, 8 bukti senibina jeti tepi sungai, 1

jelas senibina bangunan upacara dengan dikelilingi oleh 4 senibina berbentuk dewan dan 3 yang

terbaru mendedahkan bangunan pentadbiran.


Gambar menunjukkan Peta taburan 97 tapak (titik merah) di Sungai Batu

Kerajaan Kedah Tua yang sudah pun wujud sejak kurun kelima sebelum Masihi hanya kini

dibongkar. Melayu selama ini adalah sebuah bangsa yang pernah mempunyai satu ketamadunan

yang sama tinggi dengan ketamadunan bangsa-bangsa lain setanding tamadun Mohenjodaro,

Aztec, Maya dan Babylon. Setelah 5 tahun sehingga ke tarikh ini, sebanyak 46 tapak telah

dibuka. Sehingga kini, 46 tapak tersebut telah mendedahkan 4 fungsi, iaitu:

1) Pusat Ritual Atau Keagamaan

Ditemui satu monumen yang dasarnya berbentuk bulat (diameter 10.1m), di atasnya dibina

senibina empat segi tepat (5.5 X 5.5m) dan di atas sekali ada senibina bulatan kecil (diameter

1.5m). Ianya dibina sepenuhnya daripada bata yang ditarikhkan dengan kaedah OSL tahun 110

Masihi. Monumen ini jelas menunjukkan ciri digunakan untuk kepercayaan animisma- iaitu

penyembahan alam semulajadi dan dikenali sebagai monumen Sungai Batu. Yang menariknya,
tiada satu pun yang sama senibinanya di dunia ini. Ini jelas menunjukkan ianya senibina

tempatan dan daripada bandingan senibina yang ada ia jelas menggambarkan senibina melayu.

Menurut Prof. Dr. Mokhtar, berdasarkan tangga naik ke atas bangunan yang berada di selatan

tapak maka dijangkakan monumen ini digunakan untuk penyembahan Gunung Jerai yang berada

di utaranya. Adalah dijangkakan agama Hindu-Budha di Lembah Bujang hanya bermula paling

awal pada penghujung kurun ke-4 Masihi. Ini menunjukkan masyarakat Melayu di Lembah

Bujang bermula dengan kepercayaan animism kemudiannya Hindu-Budha dan akhirnya Islam.

Pembinaan candi-candi Hindu-Budha di Lembah Bujang adalah bersaiz sangat kecil berbanding

yang terdapat di tempat lain seperti di Indonesia, Kemboja malah di Selatan India sendiri. Ini

menunjukkan candi tersebut mungkin lebih digunakan hanya oleh pedagang India dan China

yang beragama tersebut bersama segelintir masyarakat melayu asal.

Gambar menunjukkan monumen tertua di asia tenggara dan satu-satunya senibina di dunia yang
asasnya berbentuk bulat. (Berdasarkan hasil perbincangan Seminar Antarabangsa Lembah
Bujang pada julai 2010 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur)
2) Pelabuhan

Setakat ini 8 tapak mendedahkan bukti jeti tepi sungai yang berlokasi bertentangan antara sama

lain di antara sungai selebar 100 meter. Bukti jeti ditunjukkan oleh lokasi kesemuanya di tepi

Sungai Batu kuno, mencerun ke arah sungai tersebut dan juga kehadiran senibina lantai jeti,

laluan keluar-masuk, dan tangga. Sungai ini menjadi kecil dan hampir dilihat seakan saliran

parit. Di satu lokasi telah ditemui sebahagian kayu kemungkinan daripada sebuah kapal di dalam

kolam yang bertakung di antara tengah-tengah lokasi yang ditandai sebagai Sungai Kuno.

Gambar menunjukkan Struktur senibina jeti tepi Sungai Batu kuno dan sungai kuno yang
dikatakan pusat pelabuhan

3) Pusat Peleburan Besi (Perusahaan Industri Berat)

Wujud tapak industri peleburan besi yang telah beroperasi sejak lebih 300 tahun sebelum

Masehi. Bukti peleburan besi ditunjukkan oleh kehadiran bijih besi, sisa besi, tuyere (peniup

angin), sisa relau, arang dan abu pembakaran serta jongkong-jongkong besi. Lokasi yang

ditunjukkan mempunyai jutaan jongkong-jongkong besi. Ada yang tertanam dan ada yang timbul

dipermukaan tanah. 4 daripadanya adalah industri peleburan besi. Bukti yang didapati ialah sisa

besi, bahan mentah (hematit dan magnetit), ketulan besi merupai jongkong, juga ditemui 'tuyere',
pecahan atau tinggalan relau, abu dan arang pembakaran. Sampel arang telah dihantar ke

Makmal Radiokabon untuk ditentukan tarikhnya. Keputusannya sehingga kini menunjukkan

Sungai Batu telah dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan

besi sejak abad pertama Masihi (2000 tahun dahulu) hingga abad 13 Masihi (800 tahun dahulu)

Gambar menunjukkan Tapak ekskavasi bijih besi dan ‘tuyure’ alat yang digunakan semasa proses
peleburan bijih besi.

Kajian di Sungai Batu belum menemui relau yang lengkap. Semuanya didapati pecah, yang

tinggal hanya bekas bahagian dasar sahaja. Penemuan relau lengkap dengan 'tuyere' di Kampung

Gading, Jeniang telah memberikan kemungkinan gambaran rupa bentuk relau di Sungai Batu.

Arang dan sedimen terbakar dalam dan keliling relau di Jeniang ini memberikan pentarikhan dari

abad ke-4 Masihi (1600 tahun dahulu) -12 Masihi (800 tahun dahulu). Ini menunjukkan pada

jarak 40 km antara Sungai Batu dan Jeniang, telah berlansung industri peleburan besi pada masa

yang agak sama. Jarak ini menggambarkan keluasan tamadun berasaskan besi ini mencapai lebih

1000 km persegi.
Gambar menunjukkan Relau tanah liat bersama 'tuyere' yang masih lengkap ditemui di Kampung
Gading, Jeniang, sekitar 40km ke timur laut Sungai Batu. Ianya memberikan gambaran
kemungkinan bentuk relau di Sungai Batu.

4) Pusat pentadbiran

Di bahagian paling ke barat tapak Sungai Batu ditemui 12 tinggalan bangunan yang

menunjukkan telah digunakan sebagai bangunan sokongan kepada aktiviti jeti yang juga ianya

mungkin sebagai bangunan pentadbiran. Tiga daripada 12 tinggalan senibina tersebut

memberikan tarikh kurun ke-5 Sebelum Masihi. Setakat ini masih banyak lagi yang sedang

dikaji. Sebagai contoh, kumpulan arkeologi masih belum menjumpai kawasan utama pentadbiran

perumahan dan juga perkuburan. Prof. Dr. Mokhtar menjangkakan potensinya berada di antara

tapak Sungai Batu sekarang sehingga ke puncak Gunung Jerai. Survei dan pemetaan telah,

sedang dan akan dijalankan di kawasan tersebut. Dengan berjalan kaki, Prof. Dr. Mokhtar dan

kumpulan penyelidik telah menemui lebih 20 tapak baru di kawasan tersebut antaranya

kemungkinan sebuah istana lama.


Gambar menunjukkan Tapak lantai pusat pentadbiran.
MUZIUM KUALA KEDAH

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah.

Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor

Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan

Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis

oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-

tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok

timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini

juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan

rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di

dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng

wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas
tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978

kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium

Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di

bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan

Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan,

termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Pintu Gerbang Kadapuri

Terdapat Sebuah pintu gerbang yang dikenali sebagai Pintu Gerbang Kadapuri dibina di

bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka oleh Inggeris. Kota Kuala Kedah memiliki

pelbagai peninggalan artifak sejarah, termasuk meriam katak puru dan meriam badak berendam

yang dibeli dari Belanda dan British di letakkan di sekeliling kota ini untuk tatapan pelancong

luar dan tempatan. Apabila Kedah dengan rasminya diletakkan di bawah penguasaan British

pada 1909, beberapa pejabat kerajaan dibina dalam kawasan kota itu, termasuklah sebuah rumah

api yang masih berfungsi sehingga kini.

Markas tentera jepun

Penduduk, Mohd Zahir Man, 41, berkata, menurut cerita orang terdahulu Kota Kuala

Kedah pernah dijadikan markas tentera Jepun ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu

sehinggalah tentera Jepun kalah di tangan British sekitar 1945. “Kota Kuala Kedah ini penah

dimusnahkan dua kali oleh Armada Acheh dan Armada Siam. Pada 2000 Jabatan Muzium

Malaysia telah melaksanakan kerja baik pulih tembok timur dan selatan, termasuk membina

semula Pintu Gerbang Kadapuri yang runtuh,” katanya ketika ditemui. Mohd Zahir berkata, dulu
terdapat sebuah sekolah yang dijadikan tempat pelajar menimba ilmu pada ketika itu dan pejabat

guru besar yang dijadikan muzium pada hari ini setelah sekolah tersebut berpindah ke Kampung

Seberang Kota. “Terdapat lima bilik darjah di sekolah itu dan 30 murid setiap bilik darjah serta

terdapat dua sesi pembelajaran pagi dan petang. “Pintu Gerbang Kadapuri merupakan jalan

utama ke sekolah itu. Pelajar terdiri dari anak-anak nelayan yang tinggal di Kampung Baru,

Kampung Seberang Kota dan Kampung Seberang Alor,” katanya, yang juga penah belajar di

situ.

Anda mungkin juga menyukai