Anda di halaman 1dari 1

DEFINISI

Pengenalan Pertolongan Cemas

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit.

Konsep Pertolongan Cemas

Pertolongan Cemas ditakrifkan / diertikan sebagai Bantuan Permulaan / Bantu Mula / Rawatan Awal

Yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit
secara mengejut / tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor
atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS

1.Selamatkan nyawa

Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa
sepertipendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan lain lain
lagi.

2. Mengelakkan dari bertambah buruk

Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan
ataukeadaan pesakit menjadi bertambah buruk.

3.Mengurangkan kesakitan

Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit

DAPATKAN BANTUAN KECEMASAN ATAU LANJUTAN

•Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar yang segera

•Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga bantuan tiba